Kertas Kerja Naik Taraf 2014 Smk Kubang Rotan

10
SMK KUBANG ROTAN, 06250 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN RINGKASAN PROJEK 2014 UBAHSUAI SEPENUHNYA KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN KELAS BIASA KEPADA KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN

description

kubro

Transcript of Kertas Kerja Naik Taraf 2014 Smk Kubang Rotan

Page 1: Kertas Kerja Naik Taraf 2014 Smk Kubang Rotan

SMK KUBANG ROTAN, 06250 ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN

RINGKASAN PROJEK

2014 UBAHSUAI SEPENUHNYA

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARANKELAS BIASA KEPADA KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

BERMASALAH PEMBELAJARAN

RINGKASAN PROJEK UBAHSUAI SEPENUHNYA

Page 2: Kertas Kerja Naik Taraf 2014 Smk Kubang Rotan

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARANKELAS BIASA KEPADA KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK KUBANG ROTAN,

06250 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN

Mengubahsuai sepenuhnya kelas Pendidikan Khas dengan ruang yang lengkap seperti

bilik pembelajaran, bilik guru, dapur, bilik air / mandi serta tandas Orang Kurang Upaya,

bilik pengurusan diri, bilik rehat serta stesen-stesen pembelajaran dengan ciri-ciri

keselamatan. Menyediakan peralatan-peralatan infrastruktur dan pembelajaran yang

lengkap dan bersesuaian serta memenuhi keperluan murid .

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran SMK

Kubang Rotan, mula dibuka pada awal tahun 2008 dengan sebuah bilik darjah biasa

yang berkeluasa 3 bay dijadikan kelas Pendidikan Khas. Tahun demi tahun jumlah

murid bertambah sehingga kini mencapai 33 orang murid bersama dengan 5 orang

guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Kelas ini tidak mengikut justifikasi

sebagai sebuah kelas yang digunakan untuk murid-murid kurang upaya. Program ini

merupakan satu-satunya program yang menyediakan aktiviti pembelajaran kepada

murid-murid kurang upaya dan jumlah murid akan bertambah pada setiap tahun.

Memandangkan keluasan bilik yang ada sekarang tidak dapat menampung jumlah

yang ada, adalah menjadi harapan kami agar pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

mengubahsuai sepenuhnya mengikut justifikasi kelas Pendidikan Khas.

Page 3: Kertas Kerja Naik Taraf 2014 Smk Kubang Rotan

Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah yang menyediakan program

Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran. Memandangkan

kedudukannya terletak di antara Kuala Kedah dan Gunung, sekolah ini menjadi

pilihan waris murid-murid kurang upaya dari pelbagai kawasan yang berdekatan.

Menyediakan infrastruktur yang lengkap dan kondusif bagi menyediakan murid

berkembang dari segi jasmani, emosi rohani, intelek dan sosial (JERIS) merupakan

matlamat program ini. Adalah diharapkan dengan bantuan daripada Kementerian

Pelajaran Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya.

2. BIODATA

Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan

Daerah : Kota Setar

Status : Luar bandar

Bil. Guru : 5

Bil. PPM : 2

Bil. Murid : 33

Bil. Bilik Darjah : 1

Sesi Persekolahan : Satu Sesi

Kawasan Parlimen : Kuala Kedah

Kawasan DUN : Kubang Rotan

Page 4: Kertas Kerja Naik Taraf 2014 Smk Kubang Rotan

3. OBJEKTIF PROJEK

3.1 Mengubahsuai sepenuhnya kelas biasa kepada kelas Pendidikan Khas

Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang lengkap, kondusif dan mempunyai

ciri-ciri keselamatan serta mempunyai ruang-ruang yang lengkap seperti :

3.1.1 Ruang dapur

3.1.2 Ruang tamu

3.1.3 Bilik Pengurusan Diri

3.1.4 Bilik mandi dan tandas OKU

3.1.5 Bilik–bilik pembelajaran

3.1.6 Bilik guru

3.1.7 Stesen-stesen pembelajaran

4. KOMPONEN PROJEK

4.1 Mengubahsuai sepenuhnya kelas Pendidikan Khas

4.1.1 Mengubahsuai sepenuhnya kelas Pendidikan Khas yang mengandungi

ruang dapur, ruang tamu, bilik pengurusan diri, bilik mandi dan tandas

yang mempunyai ciri-ciri Orang Kurang Upaya (OKU), dua kelas untuk

aktiviti pembelajaran, sebuah bilik guru dan ruang-ruang stesen

pembelajaran yang lengkap dengan peralatan yang bersesuaian,

kondusif dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.

4.2 Keperluan-keperluan Lain

4.2.1 Memohon 2 set computer yang lengkap, LCD dan skrin untuk

digunakan semasa aktiviti pembelajaran.

Page 5: Kertas Kerja Naik Taraf 2014 Smk Kubang Rotan

5. ANGGARAN KOS5.1 Perincian anggaran kos bagi mengubahsuai kelas sepenuhnya serta

peralatan-peralatan yang digunakan.

BIL

ITEM JUSFIKASI ANGGARAN KOS ( RM )

1. Bangunan

Mengubahsuai sepenuhnya kelas Pendidikan Khas yang lengkap dengan ruangan berhawa dingin serta peralatan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin dari segi pintu (sliding cermin gelap), tingkap(sliding bercermin gelap) serta bergrill dan lantai yang berjubin .

RM160,000.00

1. Ruang DapurMenyediakan ruang dapur yang lengkap dengan cirri-ciri keselamatan, mempunyai saluran udara(asap-ekzos fan) dan berkabinet. 2. Ruang TamuMenyediakan ruang tamu yang lengkap dengan perabut

3. Bilik Pengurusan DiriMenyediakan ruang pengurusan diri yang lengkap dengan kelengkapan set bilik tidur.

4. Bilik mandi dan tandas mesra OKUMenyediakan 2 buah bilik mandi untuk lelaki dan perempuan serta 1 buah tandas duduk dan 1 tandas cangkung yang bercirikan OKU yang lengkap.5. Bilik–bilik pembelajaranMenyediakan 4 kelas pembelajaran untuk sesi pembelajaran yang lengkap .. 6. Bilik guruMenyediakan sebuah bilik guru yang dengan peralatan serta perabot.

7. Lain-lain.- berpagar

Page 6: Kertas Kerja Naik Taraf 2014 Smk Kubang Rotan

2. Pendawaian Elektrik

Menyediakan sistem pendawaian yang yang selamat dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan.

- Satu sub DB (21 fius)- Plug ( 16 unit)- Lampu (24 unit)- Kipas ( 5 unit)- Penghawa dingin ( 2 unit)

RM 20,000.00

3. Perabot dan Peralatan Elektrik

Menyediakan perabot yang solid serta peralatan elektrik yang tahan lama

Cadangan perabot dan peralatan elektrik :. sofa, televisyenLCD pemain DVD serta permaindani.. set bilik tidur.- kerusi dan meja untuk guru dan murid, - papan kenyataan, - papan putih - perabot yang menyimpan peralatan pembelajaran- perabot yang boleh menyimpan fail- fail serta dokumen murid .- dapur masak,- kabinet, - meja makan,- peralatan elektronik seperti mesin pengisar, periuk nasi, cerek, pembakar roti, water heater serta pinggan mangkuk dan peralatan untuk memasak.- 2 komputer dan 1 pencetak

RM30,000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM210,000.00

Page 7: Kertas Kerja Naik Taraf 2014 Smk Kubang Rotan

5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

5.2 Dapat menyediakan ruang belajar yang selesa dan kondusif kepada murid.

5.3 Dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

bersistem dan lebih berkesan.

5.4 Dapat meningkatkan prestasi murid dengan adanya peralatan yang

mencukupi dan memenuhi keperluan murid.

6. JUSTIFIKASI PROJEK

6.1 Projek ini dapat memperkasakan Program Pendidikan Khas Integrasi selaras

dengan Transformasi Pendidikan Negara.

6.2 Program yang dijalankan ini merupakan program yang dijalankan di sekolah-

sekolah integrasi kepada murid-murid yang mempunyai masalah

pembelajaran yang bertujuan agar dapat menyediakan murid dari aspek

jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS) mereka.

6.3 Penyediaan tempat yang lebih selesa dan peralatan yang mencukupi akan

dapat memberi keyakinan kepada murid untuk belajar.

Page 8: Kertas Kerja Naik Taraf 2014 Smk Kubang Rotan

7. PENUTUP

Diharap kertas cadangan ini dapat memenuhi kriteria-kriteria untuk mengubahsuai

sepenuhnya kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di sekolah

ini.

Sekian.

Disediakan oleh:, Disemak dan disahkan oleh,

………………………… ………………………………( MOHD NAJMI BIN ABD KARIM ) (SHARIF BIN BAHARI)Penyelaras Pengetua Program Pend. Khas Integrasi SMK Kubang RotanSMK Kubang Rotan