Kertas Kerja PL
description
Transcript of Kertas Kerja PL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS SULTAN MIZAN
BESUT, TERENGGANU
KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN LUAR 2009UNIT:
PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2008SEMESTER 3
TEMA:
BACK TO NATURE
LOKASI:
PULAU PERHENTIAN
TARIKH:
22-28 MAC 2009ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
IPGM- KAMPUS SULTAN MIZANKERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN LUAR 2009PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
SEMESTER 3IPGM-KAMPUS SULTAN MIZAN1. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
2. FALSAFAH PENDIDIKAN LUAR
Alam semulajadi adalah kaya dengan sumber pendidikan yang digabungkan dengan maklumat pembelajaran, pengalaman dan pengetahuan serta dapat memupuk individu bagi melahirkan pelajar yang sihat dari segi mental, fizikal, emosi dan sosial agar dapat mewujudkan pelajar yang berketrampilan.
Pendidikan Luar menjadikan alam sekitar sebagai makmal hidup sumber pendidikan selain daripada bilik darjah bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya mengabungjalinkan pengkayaan pengalaman dan pemupukan nilai murni serta gabungan pendidikan primitif dengan moden dalam merealisasikan pelatih kepada situasi yang sebenar ke arah pembinaan insan yang memiliki kualiti sosial yang unggul.3. PENDAHULUAN
Amali Pendidikan Luar di Pulau Perhentian yang dirancang ini adalah merupakan satu keperluan dalam kurikulum Pendidikan Luar bagi pelatih major PISMP - IPG Pendidikan Jasmani.Amali ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka alam sekitar dan melaksanakan aktiviti yang mencabar di samping menimba ilmu pengetahuan yang baru. Selain itu, amali ini akan menyediakan peluang-peluang dan situasi bagi memupuk semangat dan kualiti tertentu seperti kerjasama, tolak ansur, berdikari, ketahanan mental, kepimpinan, kegigihan, disiplin dan sebagainya. Seterusnya, dapat menyumbang ke arah pembangunan kecergasan fizikal dan merupakan salah satu cara meredakan tekanan mental yang berkesan. Manusia dan alam semulajadi tidak dapat dipisahkan dan saling bergantungan antara satu sama yang lain. Meskipun tidak dapat diukur, tetapi terdapat ikatan yang kukuh antara manusia dengan alam semulajadi sejak zaman berzaman.4. RASIONAL
Alam sekitar dan alam luar merupakan medium yang sangat kaya dengan sumber pembelajaran. Pemilihan Pulau Perhentian adalah memenuhi dengan kehendak dan keperluan sukatan Pendidikan Luar yang memerlukan alam semulajadi yang dapat menyediakan cabaran alam untuk pembelajaran.5. OBJEKTIF
a. Memberi pengalaman langsung dalam merancang dan mengelola sesuatu aktiviti luar.
b. Memberi pengalaman langsung kepada pelajar bagaimana menyesuaikan diri dalam persekitaran semulajadi.c. Meningkatkan kepekaan guru pelatih terhadap keindahan alam sekitar dan bagaimana mengekalkannya.d. Meningkatkan kemahiran asas seperti berkayak, tali, survival, snorkeling dan ilmu perkhemahan.
e. Menggunakan aktiviti perkhemahan ini sebagai sumber rangsangan untuk meningkatkan kemahiran aktiviti luar.6. TEMA
Back To Nature7. TARIKH , TEMPOH DAN TEMPAT AKTIVITI
Tempat aktiviti : Pantai Air Berani, Pulau Perhentian,
Besut Terengganu
Tarikh lawatan : 22 hingga 28 Mac 2009
Tempoh aktiviti: 7 hari 6 malam
8. PENYERTAAN
Bilangan pensyarah pengiring
: 5 orang
Bilangan pemandu bot
: 1 orang
Bilangan guru pelatih PISMP sem 3: 20 orang
Jumlah penyertaan
: 26 orang
(senarai nama seperti di lampiran 1)9. JAWATANKUASA PENGELOLAPenaung: Dr Maznah Bt Abd Samad
Pengarah IPSMBPenasihat
: En. Che Ishak bin Ismail
Penyelaras
: En. Zakari Bin ZakariaPenyelaras aktiviti : En. Yakcob bin Mamat Pengerusi
: Md Aizuddin B Junaidi Naib pengerusi
: Mohd Hafizee B Alias Setiausaha
: Siti Salwa Bt MailBendahari: Nur Adibah Bt MohamadAhli Jawatankuasa:-Logistik dan Peralatan: Mohd Ilman B Hamzah:Syed Nor Aizudin B Syed Basir
Pengangkutan
: Mohd Khairul Hafiz B Abu Bakar
Raihan Syazwani Bt GhaziMakanan
: Abd Wafiy B Mohd Ruslee
Mohd Amier Syakirin B Md SharifKeselamatan
: Mohd Helmi B Zaini
Aktiviti
: Mohd Rizal B Abd Halim
:Raihana Bt Tajurazi Pelaporan
: Zetty Akhtar Bt Mohd Zaid @ Mohd Said
: Azrool Afizie B Ahmad
Buku Program /
: Bukhari B Abd RazakPublisiti / Dokumentasi: Husnil Madihaty Bt Mohd RejabKebersihan
: Mohd Fadzil B Abol Kasim
Abd Halim B Hj Susol
Kerohanian /
: Muhammad Syazwan Safwan B JaafarKebajikan
10. ANGGARAN BELANJAWAN (Tanggungan Institut)OS 42000
10.1 Makanan, minuman pelajar dan sewa tapak
RM 36 x 20 orang x 7 hari
:RM 5040.00
10.2 Sewa bot pergi dan balik
RM 25 x 20 orang x2
:RM 1000.00
OS 26000
10.3 Kos petrol
RM 1.70 x 300 liter
:RM 510.00
10.4 Minyak 2T Oktboard
RM 25 x 4 liter
:RM 100.00
10.5 Spark plug
RM 10 x 5 biji
:RM 50.00
(bot pengiring)
JUMLAH BESAR (Tanggungan Institut):RM 6700.0011. PENGANGKUTAN1. Sebuah bas Institut
2. 2 buah Dinggi
3. Sebuah Bot (Sewa)
4. 10 buah kayak12. SENARAI AKTIVITI 1. Aktiviti Berkayak
2. Aktiviti Orientaring / Trekking
3. Aktiviti Kraf Perkhemahan
4. Aktiviti Kemahiran Tali 5. Aktiviti Snorkeling
6. Ikhtiar Hidup
7. Tazkirah Ilmu
8. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)13. TENTATIF PROGRAMLampiran 214. PENUTUP
Di harap melalui program Pendidikan Luar ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara guru pelatih dan pensyarah. Pelajar juga harap mempelajari sebanyak mungkin sumber sumber ilmu yang ditemui sepanjang program samada berbentuk ilmiah atau riadah. Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak pengurusan Institut supaya mempertimbangkan permohonan Program Pendidikan Luar kami ini. Kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam.
Disediakan oleh,.
(SITI SALWA BINTI MAIL )Setiausaha Program Pendidikan Luar,PISMP Semester 3,Sesi 2009,Institut Pendidikan Guru MalaysiaKampus Sultan Mizan,
Besut, TerengganuDisahkan oleh,..
(EN. CHE ISHAK BIN ISMAIL)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan,
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Mizan,
Besut, TerengganuUlasan :
Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan program dalam kertas kerja ini.
..
(DR MAZNAH BINTI ABDUL SAMAD)PengarahInstitut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu
Disemak oleh .
.
(EN. ZAKARI BIN ZAKARIA)
Penyelaras,
Program Pendidikan Luar PISMP Sem 3,
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu
PAGE