KK Rasm Uthmani Individu

19
HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002 PENGENALAN Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk wahyu melalui perantaraan malaikat Jibrail.Wahyu yang diturunkan mengandungi prinsip perundangan,peradaban,petunjuk serta panduan kepada umat manusia dan segala makhluk di dunia hingga hari kiamat.Oleh itu Al-Quran Al-karim adalah merupakan kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Rasullullah saw ,ditulis dalam bentuk mushaf dan dinukilkan secara mutawatir dan membacanya adalah merupakan salah satu daripada ibadat.Ianya merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah yang azali,terpelihara,tidak berubah,ianya juga sebagai petunjuk kepada semua makhluk di muka bumi ini. Al-Quran menurut pengertian dari segi bahasa ialah bacaan yang berasal daripada perkataan Arab,iaitu perkataan Qira’ah.Namun begitu maksud sebenarnya ialah apa yang dibaca bukan bacaan.Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Qiyamah ayat 17 dan 18 yang bermaksud: Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu(dalam dadamu),dan menetapkan bacaannya(pada lidahmu).Oleh itu,apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya(kepadamu, dengan perantaraan Jibril),maka bacalah menurut bacaannya itu. 1

Transcript of KK Rasm Uthmani Individu

Page 1: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

PENGENALAN

Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk wahyu

melalui perantaraan malaikat Jibrail.Wahyu yang diturunkan mengandungi prinsip

perundangan,peradaban,petunjuk serta panduan kepada umat manusia dan segala

makhluk di dunia hingga hari kiamat.Oleh itu Al-Quran Al-karim adalah merupakan

kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Rasullullah saw ,ditulis dalam

bentuk mushaf dan dinukilkan secara mutawatir dan membacanya adalah merupakan

salah satu daripada ibadat.Ianya merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah yang

azali,terpelihara,tidak berubah,ianya juga sebagai petunjuk kepada semua makhluk di

muka bumi ini.

Al-Quran menurut pengertian dari segi bahasa ialah bacaan yang berasal daripada

perkataan Arab,iaitu perkataan Qira’ah.Namun begitu maksud sebenarnya ialah apa yang

dibaca bukan bacaan.Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Qiyamah ayat 17 dan 18

yang bermaksud:

Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu(dalam dadamu),dan

menetapkan bacaannya(pada lidahmu).Oleh itu,apabila Kami telah menyempurnakan

bacaannya(kepadamu, dengan perantaraan Jibril),maka bacalah menurut bacaannya itu.

Manakala dari segi istilah pula ,ada pendapat yang menyatakan bahawa Al-Quran

membawa erti kalam Allah yang tertulis di Luh Mahfuz semenjak azali dan diturunkan ke

Baitul ‘Izzah di langit pertama,kemudian dibawa pula kelangit dunia,seterusnya

diturunkan dan disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat

Jibrail dalam bahasa Arab sebagai mukjizat Nabi Muhammad s.a.w dan disampaikan

kepada umat manusia dengan jalan mutawatir ..

1

Page 2: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

Sebagaimana yang dijelaskan dan dimaklumi bahawa konsep utama penurunan Al-quran

adalah untuk menjadi panduan ,pertunjuk serta ikutan kepada umat manusia seluruhnya

yang meliputi urusan keduniaan,pentadbiran,pendidikan,akhlak,hukum hakam dan

ibadat.Malah di dalam al-Quran juga terkandung peristiwa yang telah,sedang dan akan

berlaku.Al-Quran juga diturunkan dengan meliputi tujuan umum dan tujuan

khusus.Lantaran itu al-quran diturunkan berkaitan dengan peristiwa Nuzul Al-Quran.

Dari segi bahasa Sebab Nuzul bermaksud, sebab-sebab turunnya ayat-ayat Al-Quran

kepada Nabi Muhammad s.a.w.Manakala dari segi istilah pula,para ulamak mentakrifkan

Sebab Nuzul ialah penurunan ayat untuk menjelaskan peristiwa yang berlaku atau

menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepada nabi atau memberi penjelasan hukum

terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.

Sebab-sebab turunnya al-Quran secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Penurunan Al-Quran tanpa sebab

Wahyu dan ayat yang diturunkan tanpa sebab pada umumnya memperkatakan

tentang perkara dan soal kehidupan harian yang sering berlaku.Selain itu juga ,ianya

menyatakan tentang perkara yang telah diketahui maklumatnya,seperti akhlak

mulia.Wahyu al-quran jenis ini diturunkan untuk memberi maklumat

tambahan,penjelasan yang kurang serta membetulkan kekeliruan.Wahyu jenis ini banyak

berlaku dan jumlahnya terdapat dalam Al-Quran yang melebihi jumlah ayat yang

diturunkan dengan bersebab.Contoh wahyu dan ayat yang diturunkan tanpa sebab:

Penurunan semata-mata untuk memberi panduan kejalan yang benar,tanpa

menjawab persoalan atau tanpa menjelaskan peristiwa atau pertanyaan.

Penurunannya untuk menceritakan tentang umat dahulu,menenangkan serta

menghiburkan Nabi serta para sahabat.

Penurunannya untuk pengajaran,contoh tauladan dari kisah kaum terdahulu

seperti kaum Nabi Luth,Kaum ‘Ad dan kaum Samud

2

Page 3: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

2. Penurunan Al-Quran Bersebab

Antara contoh penurunan Wahyu dan Al-Quran dengan bersebab ialah:

Sebab Nuzul untuk menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan

kesilapan.Sebagaiman Firman Allah:

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu hampiri

sembahyang(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk,hingga kamu

sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan……….

(Surah An-Nisa’ ayat 43)

Penurunan Wahyu dan al-Quran untuk menjawab kemusykilan yang diajukan

kepada baginda.Sebagaiman Firman Allah:

Terjemahan:” Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) , mengenai

Zul-Qarnain.Katakanlah:”Aku akan bacakan kepada kamu(Wahi daripada Allah

yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”

(Surah al-Kahfi ayat 83)

Penurunan Wahyu dan Al-Quran apabila Rasulullah ditanya tentang sesuatu

perkara,maka diturunkan ayat yang menerangkan hukumnya.

Penurunan Wahyu dan al-Quran apabila berlaku sesuatu peristiwa besar.

3

Page 4: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN DAN PENULISANNYA

Penurunan Al-Quran memakan masa hampir 23 tahun dari tarikh permulaan

Rasulullah menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadhan pada tahun 610 masihi

ketika baginda berusia 40 tahun.Wahyu dan Al-Quran telah diturunkan secara peringkat-

peringkat.Ekoran daripada itulah aktiviti pemgumpulan ayat-ayat Al-Quran telah

dijalankan.

Maksud penulisan,pengumpulam dan pembukuan Al-Quran dalam ertikata yang

sebenarnya ialah dengan merangkumi penghafalan didada.Semua itu terkandung dalam

istilah Jam’ul al-Quran. Yang mana gerakan tersebut sudah bermula pada masa

Rasulullah s.a.w masih hidup.Namun begitu kemuncak penulisan ,pengumpulan dan

pembukuan Al-quran dalam mashaf berlangsung pada zaman pemerintahan Khalifah

Uthman Bin Affan.Penulisan,pengumpulan dan pembukuan Al-quran terbahagi kepada

empat peringkat zaman dan masa:

1. Pengumpulan dan Penulisan Al-Quran Pada Zaman Rasulullah s.a.w

Penulisan Al-quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w.Menurut para ahli

sejarah ,sebaik sahaja Rasulullah s.a.w menerima wahyu,baginda memerintahkan

jurutulisnya mencatat ayat-ayat Al-quran yang diterimanya.Diantara jurutulis baginda

ialah Khulafa’Ar Rasyidin,yang empat,Zaid bin Thabit,Ubai bin Kaab dan Thabit bin

Qais r.a.

Rasulullah s.a.w amat mengambil berat terhadap setiap wahyu yang dan ayat Al-Quran

yang diturunkan kepada baginda.Baginda menghafalnya dengan segera dan membacanya

kepada para sahabat.Pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w terbahagi

kepada dua iaitu :

4

Page 5: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

i.Menghafal

Disebabkan Nabi Muhammad s.a.w tidak tahu menulis dan membaca,maka

baginda sentiasa menghafaz dan bergantung kepada kekuatan daya ingatan baginda untuk

menghafal setiap ayat yang diturunkan kepada baginda dan menyampaikannya secara

tertil kepada para sahabat.Baginda juga mentafsirkan dan menjelaskan rahsia ayat-ayat

Al-quran yang baginda terima.Disamping itu juga Rasulullah akan segera membacanya

kepada para sahabat supaya ayat yang diturunkan tidak lupa atau luput.Walaupun pada

ketika itu para sahabat terdiri daripada golongan orang Arab Ummi namun mereka

mempunyai daya hafalan dan daya ingatan yang tajam.Dalam pada itu juga para sahabat

amat mengambil berat terhadap Al-quran dengan menghafal dan mengajar isteri dan

anak-anak mereka.

Sebagai rumusannya , Rasulullah dan para sahabat telah berusaha untuk

mengumpul ayat-ayat al-Quran dengan cara hafalan dan menginggatinya ,sesuai dengan

keadaan Rasulullah yang ummi dan dibangkitkan dalam kalangan orang yang pada waktu

itu mejoritunya adalah ummi juga.Ditambah lagi dengan tiada peralatan tulisan yang

mencukupi.Ekoran daripada itulah cara pengumpulan Al-quran pada zaman Rasulullah

bergantung lebih kepada hafalan berbanding dengan penulisan.

ii.Tulisan

Didalam pengumpulan dan pembukuan Al-Quran,para sahabat tetap menekankan

pengumpulan melalui penulisan.Rasulullah dan para sahabat tidak mengabaikan

kepentingan menulis dan mencatat Al-Quran.Walaubagaimanapun, penulisan dan catatan

itu dilakukan mengikut kadar yang diizinkan oleh Rasulullah dengan cara dan peralatan

yang ada serta sesuai pada zaman mereka.Rasulullah akan menyuruh sahabat menulis

Al-Quran sebaik-baik sahaja baginda menerima wahyu daripada Allah SWT.

5

Page 6: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

Ayat-ayat Al-quran yang ditulis oleh penulis wahyu akan disimpan di rumah

Rasulullah.Walaupun demikian ada juga para sahabat yang menulis untuk kegunaan dan

simpanan peribadi mereka.Tetapi hasil tulisan mereka tidak mengikut tertib surah-surah

dan ayat-ayat seperti tulisan rasmi.Oleh kerana ketika itu ketiadaan kertas, maka para

jurutulis telah mencatatkannya pada pelepah-pelepah tamar,kepingan batu-batu,tulang-

tulang dan lain-lain lagi dengan tujuan untuk pengumpulan ayat-ayat Al-Quran.

Sebagai kesimpulannya,pada zaman Rasullulah,Al-Quran belum lagi

dikumpulkan dan dibukukanNamun begitu jelaslah pada kita bahawa Al-Quran telah

dikumpulkan dalam bentuk tulisan pada zaman Rasulullah disamping hafalan.Disamping

itu juga ia telah dihafal dengan baik oleh para sahabat dengan teratur mengikut tertib

ayat dan surah.

Ketika Rasulullah wafat,Al-Quran telah dikumpul dan disusun dengan rapi dalam

bentuk hafalan dan tulisan.Berbeza dalam bentuk tulisan ianya pada ketika itu masih

belum terkumpul dalam bentuk mushaf atau kitab kerana ianya ditulis dalam keadaan

yang tidak tersusun iaitu ditulis pada pelepah-pelepah tamar,tulang,kulit,batu dan

sebagainya.

2. Pengumpulan Dan Penulisan Al-Quran Pada Zaman

Syaidina Abu Bakar As Siddiq

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w,para sahabat telah bersepakat untuk melantik

Syaidina Abu Bakar r.a untuk menjadi khalifah yang pertama.Beliau terpaksa

menghadapi pelbagai peristiwa hebat dan beberapa persoalan yang sukar.Pada zaman

beliau berlakulah beberapa peperangan,diantaranya ialah gerakan yang memerangi

mereka yang engkar daripada membayar zakat dan memerangi kaum yang murtad.

6

Page 7: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

Dalam satu peperangan yang terkenal iaitu peperangan Yamamah yang berlaku

pada tahun ke 12 Hijrah,ramai dari kalangan huffaz yang gugur syahid.Kira-kira 70 orang

sahabat yang hafal al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan itu.

Hal ini telah mendorong Syaidina Umar Bin Al-Khattab r.a mencadangkan

beberapa kali kepada Khalifah Abu Bakar As Siddiq r.a supaya mengumpul dan

membukukan Al-quran kerana beliau bimbang Al-quran akan terhapus dengan sebab

kematian para huffaz.

Akhirnya Khalifah Abu Bakar As Siddiq r.a bersetuju di atas cadangan

itu,walaupun pada peringkat permulaannya beliau enggan menerima cadangan Syaidina

Umar kerana beliau merasakan cukup berat untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah

Rasulullah lakukan.Dengan itu,beliau telah memerintahkan Zaid Bin Thabit r.a dengan

dibantu oleh beberapa orang sahabat menyalin semula ayat-ayat Al-quran yang telah

dihafal dan ditulis pada zaman Rasulullah.Zaid bin Thabit telah dilantik menjadi ketua

dalam penulisan itu memandangkan beliaulah yang paling kuat daya ingatannya serta

paling banyak menginggati ayat-ayat Al-Quran.Zaid dan para sahabat telah menyalin

semula ayat-ayat Al-quran yang telah ditulis pada pelepah-pelepah tamar,kulit,ketulan-

ketulan batu serta membandingkannya dengan hafalan para sahabat dan hafalan beliau

sendiri.Dalam ertikata lain bahawa Zaid telah menggunakan kedua-dua sumber itu

dengan teliti dalam proses melaksanakan amanat Khalifah Syaidina Abu Bakar r.a.

Dengan usaha tersebut maka terlaksanalah permintaan Khalifah Syaidina Abu

Bakar atas usaha Zaid dan para sahabat,maka terhasillah sebuah Al-Quran yang pertama

telah dikumpulkan dalam bentuk suhuf.Setelah kewafatan Syaidina Abu Bakar,suhuf itu

disimpan di rumah Syaidina Umar Al-Khattab r.a dan apabila beliau wafat,mushaf

tersebut disimpan pula oleh anaknya iaitu Syaidina Hafsah Bt Umar r.a.Dengan itu

juga,terselamat dan terpeliharalah ketulinan Al-Quran.

7

Page 8: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

3 . Pengumpulan DanPenulisan Al-Quran Pada Zaman

Syaidina Uthman Bin Affan r.a

Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan r.a ,Islam telah berkembang

dengan luasnya hingga ke Wilayah-wilayah khasnyaMekah,Madinah,Syam,Basrah,Kufah

dan lain-lain wilayah termasuklah disekitar Armia dan Azbaijan.Umat Islam yang berada

di merata tempat itu telah mempelajari dan membaca Al-Quran menurut kaedah-kaedah

bacaan Rasulullah s.a.w melalui riwayat bacaan daripada para sahabat yang masyhur di

kalangan mereka seperti:

Penduduk Mekah mengambil kaedah bacaan daripada Ubai Bin Kaab dan Zaid

bin Thabit

Penduduk Madinah mengambil kaedah bacaan daripada Ubai Bin Kaab,Syaidina

Umar Bin Al-Khattab dan Zaid bin Thabit

Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Syaidina Uthman Bin Affan

r.a.

Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah Bin Abbas dan

Ubai Bin Kaab r.a.

Manakala penduduk Kufah pula mengambil kaedah pembacaan daripada

Abdullah Bin Mas’ud dan Syaidina Ali bin Abi Talib r.a dan lain-lain.

Ekoran pelbagai kaedah pembacaan oleh penduduk yang berlainan tempat , maka

lama-kelamaan berlakulah penyelewengan keatas perbezaan keadah-kaedah bacaan

tersebut. Dan ini menyebabkan timbulnya masalah dan menyebabkan berlakunya

perselisihan dan perbalahan yang besar di kalangan kaum Muslimin mengenai

pembacaan Al-Quran dan hal-hal yang berkaitan dengan pembacaan Al-Quran.

8

Page 9: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

Keadaan tersebut amat membimbangkan para sahabat dan Khalifah Uthman Bin

Affan r.a.Lantaran itu seorang sahabat yang bernama Huzaifah Al-Yaman r.a telah

mencadangkan kepada Khalifah Uthman Bin Affan r.a supaya mencari jalan untuk

menyatukan kaum Muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi

perbalahan dan perpecahan di kalangan kaum Muslimin kerana disebabkan mereka tidak

mengikut kaedah bacaan yang mutawatir dan berbeza dari bacaan yang sebenarnya.

Dengan yang demikian Khalifah Uthman Bin Affan r.a telah membentuk satu

jawatankuasa penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Syaidina Zaid Bin Thabit r.a

dengan beberapa orang anggota terdiri daripada Abdullah Bin Zubair,Said Bin Al-

As,Abdul Rahman Bin Harith Bin Hisham r.a.

Tugas jawatankuasa ini ialah menyusun Al-Quran iaitu dengan menyalin lambaran-

lambaran suhuf Al-Quran yang diambil dari simpanan Syaidina Hafsah Binti Umar untuk

dijadikan mushaf.Ketika mereka menjalankan tugasan ini,Syaidina Uthman Bin Affan r.a

menasihati mereka supaya:

Membuat rujukan di dalam penulisan Al-Quran berdasarkan bacaan para huffaz

Jika terdapat perbezaan di dalam bacaan maka hendaklah ditulis mengikut

bacaan-bacaan suku orang-orang Quraisy kerana Al-Quran itu diturunkan

menurut bahasa mereka.

Jawatankuasa itu juga telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mushaf Al-

Quran menurut pendapat yang muktamad dan kemudiannya tiap-tiap satu dikirimkan ke

Mekah,Syam,Basrah dan Kufah untuk dijadikan bahan rujukan dan dua lagi ialah untuk

kegunaan penduduk Madinah dan kegunaan Khalifah Uthman Bin Affan yang dikenali

dengan nama Mushaf Al-Iman.

9

Page 10: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

Khalifah Syaidina Uthman Bin Affan r.a bukan sahaja mengutuskan mushaf-mushaf

itu untuk dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk-penduduk di Wilayah

berkenaan,malah beliau mengutuskan bersama-sama setiap mushaf itu seorang guru atau

imam yang adil dan muttaqin di dalam bacaan Al-Quran untuk mengajar penduduk-

penduduk di Wilayah berkenaan.Guru atau imam tersebut ialah:

i.Abdullah Bin Saib r.a di Mekah

ii.Al-Mughirah bin Abi Shihab di Syam

iii.Abdul Rahman Abdullah Bin Habib Assulami r.a di Kufah

iv.Amir Bin Qais di Basrah

v.Zaid bin Thabit di Madinah

Selepas itu, Khalifah Uthman Bin Affan r.a memerintahkan supaya mengumpul

semua lambaran-lambaran Al-Quran yang ditulis untuk dibakar.Dengan demikian itu

maka pengumpulan dan penulisan Al-Quran pada zaman Khalifah Syaidina Uthman Bin

Affan itu mempunyai faedah yang amat besar kepada seluruh umat Islam.Antara faedah-

faedahnya ialah:

Dapat menyelamatkan umat Islam daripada perbalahan dan perpecahan

Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin mengenai penulisan Al-Quran

Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam mengikut ejaan dan tulisan

mushaf Uthmani.

Dapat menyatukan bacaan.Walaupun masih terdapat perbezaan bacaan hingga

sekarang,namun ianya tidak bercanggah dengan ejaan dalam mushaf Uthmani.

Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang kita dapati

pada mushaf-mushaf sekarang.

10

Page 11: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

PELETAKAN TANDA-TANDA AL-QURAN PADA ZAMAN ALI BIN ABI

TALIB DAN PEMANTAPANNYA PADA ZAMAN UMAIYAH

SERTA SEBAB-SEBABNYA

Pada peringkat awal penulisan Al-quran dan pengumpulan pada zaman Khalifah

Abu Bakar,iaitu Mashaf Abu Bakar dan zaman Khalifah Uthman dengan terhasilnya

Mashaf Rasm Uthmani,pada ketika itu Al-quran belum lagi mempunyai tanda-tanda

bacaan,titik dan baris.Ekoran daripada keperluan masyarakat Islam yang semakin ramai

dan meluas,maka pemerintah Islam mengambil pendekatan lain untuk

memperlengkapkan Al-Quran dengan tanda-tanda bacaan seperti baris dan titik.Usaha ini

bertujuan supaya Al-Quran akan lebih mudah dibaca oleh semua golongan terutama

daripada golongan bukan arab.

Penyusunan tanda-tanda bacaan,iaitu titik pada mashaf Al-Quran mula

diusahakan pada masa pemerintahan Marwan bin al-Hakam yang dikendalikan oleh al-

Aswad al-Dua’li.

Tahap penulisan Al-quran Rasm Uthmani seperti yang kita dapati sekarang melalui

beberapa peringkat iaitu:

i. Peringkat pertama ialah penulisan Al-quran belum ada diletakkan sebarang

tanda-tanda bacaan sebagaimana sekarang.

ii. Peringkat kedua pula ialah penulisan Al-quran yang ditandakan dengan titik

yang dipelopori oleh Abu Al-Aswad Al-Dua’li yang meninggal dunia pada

tahun 69 Hijrah iaitu pada Zaman pemerintahan Khalifah Marwan Bin Al-

Hakam.

iii. Peringkat ketiga pula ialah penulisan Al-Quran mula diberi tanda dengan baris

(harakah) yang dipelopori oleh gabenor Khalifah Marwan Al-Hakam iaitu Al-

Hajjaj Bin Yusuf Al-Thaqafi.

iv. Peringkat keempat Al-quran telah ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan

lain-lain tanda bacaan.

11

Page 12: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

Kesemua peringkat penulisan Al-Quran seperti tersebut diatas adalah bertujuan untuk

memudahkan lagi pembacaan dan pemahaman isi kandungan Al-Quran bagi seluruh

umat.Al-quran tersebut ditulis tangan dengan Khat Kuffi,kemudian ditulis dalam Khat

Raihani,diikuti pula dengan Khat Tuluth dan akhir sekali ditulis dengan Khat Nasakh.

PENUTUP

Al-Quran adalah merupakan wahyu dari Allah yang disampaikan kepada Nabi

Muhammad s.a.w melalui perantaraannya Malaikat Jibrail.Ianya mengandungi prinsip-

prinsip perundangan,peradaban,pertunjuk serta panduan kepada kita dalam mengharungi

kehidupan seharian.Maka sudah semestinya kita hendaklah mengamalkan pembacaan Al-

quran dengan sebaik-baiknya mengikut Kaedah bacaan Rasm Uthmani.Seperti yang kita

ketahui bahawa Rasm Uthmani banyak kelebihannya seperti berikut:-

Mengikut Sunnah rasulullah s.a.w

Mengikut tulisan Al-Quran yang asal

Kita boleh memahami maksud yang berlainan dan tidak pula terkeluar

daripada makna yang sebenar.

Memudahkan bacaan dengan berbagai-bagai wajah Qiraat

Satu mukjizat al-quran

Bertepatan dengan riwayat bacaan secara mutawatir

Suatu rukun daripada bacaan Al-Quran

Ianya berdasarkan dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas.

Al Rasm Uthmani mengandungi rahsia dari segi mengekal dan mengugurkan

huruf.

Berdasarkan kelebihan itu maka,cara pembacaan Rasm Uthmani adalah lebih

mudah dan mempunyai pendekatan yang tersendiri.Sebagaiman hadis yang diriwayatkan

oleh At-Tirmizi yang bermaksud:

“ Orang yang paling mulia dikalangan umatku ialah orang yang

beramal dan mentadabbur Al-Quran”

12

Page 13: KK Rasm Uthmani Individu

HBQE1203: Nor Aini Bte.Hj.Anuar

RASM AL UTHMANI 640813-11-5178002

13