Koleksi Definisi Wacana

4
DEFINISI Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, wacana bermaksud 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah ) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=khutbah&d=10 KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Kesatuan fikitan yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. ASMAH HAJI OMAR, 1986 Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi. KAMUS DEWAN, 1996:1540 Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, siri ensiklopedia dan sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982) TEKS PRA-U STPM Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam

description

Definisi, takrif, maksud wacana

Transcript of Koleksi Definisi Wacana

DEFINISIMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, wacana bermaksud 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen):http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=khutbah&d=10KAMUS DEWAN EDISI KEEMPATKeseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan.Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.Kesatuan fikitan yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.

ASMAH HAJI OMAR, 1986Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.

KAMUS DEWAN, 1996:1540Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, siri ensiklopedia dan sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982)

TEKS PRA-U STPMWacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.

KAJIAN BAHASAWacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, dan sebagainya yang dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Dengan perkataan lain, wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap.

TEKS DAN RUJUKAN LENGKAP BAHASA MELAYU KERTAS 1&2Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satu satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku.

KESIMPULANNYAWacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.

RUJUKANGoay Teck Chong, ChooSay Tee, Zainuddin Ahmad (2007), Teks Pra-U STPM, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985), Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.(2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka.Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nornajmah Najmuddin, Rosdah Omar (2007), Bahasa Melayu Kertas 1&2 teks dan rujukan lengkap, Arah pendidikan Sdn. Bhd.

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/definisi-wacana-maksud-wacana.htmlPengertian WacanaOka (1994 : 30) Memberi definisi yang pendek dan sederhana bahwa wacana merupakan satuan bahasa yang paling besar. Selain itu wahab (1991 : 128) memberi definisi wacana sebagai organisasi bahasa yang lebih luas dari kalimat atau klausa. Demikian pula Kridalaksana, mendefinisikan wacana adalah satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Wacana merupakan satuan bahasa yang membawa amanat yang lengkap. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh, seperti novel, buku, seri ensiklopedia, dan sebagainya.Ciri-ciri wacanaBerdasarkan penjelasan di atas, dapat diperoleh ciri atau karakterisitik sebuah wacana. Ciri-ciri wacana adalah sebagai berikut.1. Satuan gramatikal2. Satuan terbesar, tertinggi, atau terlengkap3. Untaian kalimat-kalimat4. Memiliki hubungan proposisi5. Memiliki hubungan kontinuitas, berkesinambungan6. Memiliki hubungan koherensi7. Memiliki hubungan kohesi8. Rekaman kebahasaan utuh dari peristiwa komunikasi9. Bisa transaksional juga interaksional10. Medium bisa lisan maupun tulis11. Sesuai dengan konteksPengertian Analisis WacanaAnalisis wacana digunakan untuk menemukan apa yang benar-benar dimaksudkan orang ketika mereka mengatakan ini atau itu, atau menemukan realitas di balik wacana (Jorgensen & Phillips, 2007)

Analisis wacana mempelajari bahasa dalam pemakaian; semua jenis teks tertulis dan data lisan; dari percakapan sampai dengan bentuk-bentuk percakapan yang sangat melembaga (McCarthy, 1991: 5)

Berdasarkan berbagai definisi yang telah dijelaskan oleh para ahli tentang analisis wacana, terlihat adanya upaya mengaitkan disiplin ilmu lain ke dalam pemaknaan analisis.

Analisis wacana dapat berjalan dengan sempurna jika disokong oleh disiplin ilmu lain, khususnya sosiolinguistik, etnolinguistik, psikolinguistik, dan pragmatik.http://kmbsi.blogspot.com/2013/05/makalah-pengertian-wacana.html