Koleksi Esei Dimensi Diri

15
KELANTAN Soalan 1 Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai. Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani stres. Pendahuluan : „Lulus cemerlang dengan 10A+‟, „Pergi Tuisyen‟, „Masuk Kelas Qiraati atau belajar berenang‟, dan „Masuk Summer Camp‟ adalah antara ungkapan yang sudah basah di mulut para ibu bapa. Sebaliknya, ungkapan yang sama pula sudah menjadi mangli dan alergi kepada anak-anak. Antara anak-anak dan ibu bapa, malah guru juga kadang-kadang sudah tidak sealiran sekalipun berada dalam laras matlamat yang sama. Keinginan yang melampau dan impian tinggi menggunung oleh ibu bapa telah meninggalkan kesan fobia dan trauma dalam kalangan anak-anak. Mujurlah bagi yang berupaya, mereka dapat memenuhi hasrat ibu bapa, sebaliknya kepada yang kurang timbullah pelbagai kesan stres dan kemurungan. Bagi diri saya, isu ini ibarat ditelan mati bapa diluah mati emak kerana hakikatnya semua adalah penting. Oleh itu, saya memerlukan beberapa strategi yang berhemat untuk mengimbangi kedua-duanya. Isi-isi penting : Isi 1 : Bersedia lebih awal menjadikan agenda belajar mengatasi segala yang lain cuba menuruti ikon- ikon cemerlang sebagai sumber rujukan Isi 2 : Bawa berbincang dengan ibu bapa dan guru jelaskan keupayaan sebenar kepada mereka dapatkan bimbingan dan motivasi Isi 3 : Mesti jelas matlamat dan hala tuju cita-cita hendaklah diukur kepada minat dan kemampuan diri Isi 4 : Bertemu guru-guru kaunseling mereka mempunyai kelayakan untuk membuat konsultasi kemukakan segala masalah yang terbuku di hati Isi 5 : Banyak berdoa dan bermuhasabah diri tidak melupai Tuhan yang sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya. Kesimpulan : Memetik kata-kata dalam pepatah Arab, bahawa setiap penyakit ada ubatnya, jelas menunjukkan kita tidak boleh tenggelam punca dalam menangani sebarang masalah. Kita wajar berlapang dada dan dingin kepala untuk mencari langkah penyelesaian. Kebijaksanaan bukan terletak kepada jumlah A yang dikutip tetapi bijaksana dalam menguruskan diri umpama, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.

description

Uploaded from Google Docs

Transcript of Koleksi Esei Dimensi Diri

Page 1: Koleksi Esei Dimensi Diri

KELANTAN Soalan 1 Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai. Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani stres. Pendahuluan : „Lulus cemerlang dengan 10A+‟, „Pergi Tuisyen‟, „Masuk Kelas Qiraati atau belajar berenang‟, dan „Masuk Summer Camp‟ adalah antara ungkapan yang sudah basah di mulut para ibu bapa. Sebaliknya, ungkapan yang sama pula sudah menjadi mangli dan alergi kepada anak-anak. Antara anak-anak dan ibu bapa, malah guru juga kadang-kadang sudah tidak sealiran sekalipun berada dalam laras matlamat yang sama. Keinginan yang melampau dan impian tinggi menggunung oleh ibu bapa telah meninggalkan kesan fobia dan trauma dalam kalangan anak-anak. Mujurlah bagi yang berupaya, mereka dapat memenuhi hasrat ibu bapa, sebaliknya kepada yang kurang timbullah pelbagai kesan stres dan kemurungan. Bagi diri saya, isu ini ibarat ditelan mati bapa diluah mati emak kerana hakikatnya semua adalah penting. Oleh itu, saya memerlukan beberapa strategi yang berhemat untuk mengimbangi kedua-duanya. Isi-isi penting : Isi 1 : Bersedia lebih awal – menjadikan agenda belajar mengatasi segala yang lain – cuba menuruti ikon-ikon cemerlang sebagai sumber rujukan Isi 2 : Bawa berbincang dengan ibu bapa dan guru – jelaskan keupayaan sebenar kepada mereka – dapatkan bimbingan dan motivasi Isi 3 : Mesti jelas matlamat dan hala tuju – cita-cita hendaklah diukur kepada minat dan kemampuan diri Isi 4 : Bertemu guru-guru kaunseling – mereka mempunyai kelayakan untuk membuat konsultasi – kemukakan segala masalah yang terbuku di hati Isi 5 : Banyak berdoa dan bermuhasabah diri – tidak melupai Tuhan yang sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya. Kesimpulan : Memetik kata-kata dalam pepatah Arab, bahawa setiap penyakit ada ubatnya, jelas menunjukkan kita tidak boleh tenggelam punca dalam menangani sebarang masalah. Kita wajar berlapang dada dan dingin kepala untuk mencari langkah penyelesaian. Kebijaksanaan bukan terletak kepada jumlah A yang dikutip tetapi bijaksana dalam menguruskan diri umpama, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.

Page 2: Koleksi Esei Dimensi Diri

JOHOR Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa untuk menjadikan aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup. Pendahuluan : Ketika Malaikat Jibril memeluknya dan mengajarkan baginda membaca, Nabi Muhamad SAW sebelum itu adalah buta huruf. Namun, dengan berkat membaca yang bermula dengan surah Iqra, baginda telah bangkit sebagai pemimpin agung yang memancari seluruh jazirah Arab dan dunia amnya dengan wadah keilmuan yang tiada tolok bandingannya. Demikianlah suatu keajaiban ilmu dengan wasilah membaca. Membaca Jambatan Ilmu adalah antara slogan yang menyatakan sekiranya mahu berada dalam alam bijaksana pilihlah wadah membaca. Demi merealisasikan tradisi keilmuan itu, wajarlah pelbagai langkah dan strategi diambil oleh seseorang untuk mengangkat martabat diri ke persada ilmu. Isi-isi penting : Isi 1 : Memupuk diri sendiri untuk mencintai ilmu dan membudayakan ilmu – ilmu dijadikan alat mengubah cara berfikir dan gaya hidup Isi 2 : Memilih kawan dan khalayak yang gemar membaca dan menuntut ilmu – menjadi motivasi agar saling menyokong dan bersaing dalam kegiatan yang berfaedah Isi 3 : Menyediakan sendiri perpustakaan mini di rumah – sentiasa berbangga dengan koleksi buku-buku Isi 4 : Mengunjungi pusat-pusat pameran buku, kedai buku, dan pusat sumber – dapat membentuk jiwa yang cenderung dan berminat kepada segala jenis maklumat yang dihidangkan di dalam buku Isi 5 : Menyimpan impian agar pada suatu hari kelak anda akan berjaya menjadi seorang ilmuwan dan menyumbangkan idea dengan menulis buku-buku – anda sebagai pewaris ilmu dan penyebar ilmu (peribahasa gajah mati dikenali tulang, harimau mati dikenali tulang, dan manusia dikenali jasa) Kesimpulan : Sesungguhnya, insan yang paling bijaksana ialah insan yang dpat mengenali dirinya. Langkah untuk mengenali diri hendaklah dengan wadah ilmu. Tuntutlah ilmu sama ada dunia mahupun akhirat kerana ilmu ......

Page 3: Koleksi Esei Dimensi Diri

KEDAH Pelajar disarankan menguasai sekurang-kurang satu kemahiran yang relevan dengan tuntutan semasa seperti penguasaan bahasa kedua, kemahiran ICT, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, atau kemahiran bekerja dalam pasukan. Sebagai pelajar, apakah persediaan yang perlu anda lakukan bagi menguasai sekurang-kurang satu kemahiran tersebut. Pendahuluan : Menjelang tahun 2020, Malaysia harus berganjak daripada kumpulan negara-negara sedang membangun menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Demikianlah hasrat para pemimpin dan rakyat Malaysia seperti yang dicanang-canangkan pada setiap masa. Kata haruslah dikotakan dan janji mestilah ditepati. Demi menterjemahkan hasrat tersebut agar menjadi kenyataan, para pelajar dan golongan remajalah yang menggalas amanah yang amat penting itu. Golongan tersebut haruslah memperlengkap diri dengan pakej keterampilan yang menggabungkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan berdasarkan keperluan semasa. Sebagai pelajar saya cukup sedar dengan tuntutan menguasai pelbagai kemahiran dan sedang berusaha ke arah itu. Isi-isi penting : Isi 1 : Mengenal pasti potensi diri saya dan cuba berjinak-jinak dengan bidang kemahiran yang sesuai dengan bakat sendiri – mudah untuk memperkembangkan bakat sedia ada Isi 2 : Mengambil jurusan akademik yang sesuai dan ada hubung kait dengan kemahiran yang saya ada potensinya. Isi 3 : Memilih rakan yang sealiran dan seangkatan – sebagai sumber memperoleh motivasi dan inspirasi Isi 4 : Mendampingi guru dan golongan yang lebih berpengetahuan tentang bidang yang diminati – mudah mendapat akses pembelajaran Isi 5 : Mendalami pengetahuan dalam bidang yang berkaitan – mengoptimumkan penggunaan ICT dan teknologi siber untuk memperoleh banyak maklumat dalam bidang yang berkaitan Isi 6 : Mengenal pasti bidang dan kerjaya yang selari dengan minat dan kemahiran yang dipilih – bidang yang diceburi hendaklah relevan dengan pasaran pekerjaan. Kesimpulan : Tidak dinafikan bahawa jatuh bangun sesebuah negara amatlah bergantung kepada ketahanan dan kecemerlangan golongan remaja. Demi berhadapan dengan gelombang globalisasi yang kian mencabar, setiap remaja hendaklah menguasai bidang kemahiran sebagai nilai tambah kepada kecemerlangan akademik. Hanya inilah saja laluan (wasilah) untuk melahirkan sebuah negara bangsa yang berjaya dan mampu bersaing di persada antarabangsa.

Page 4: Koleksi Esei Dimensi Diri

NEGERI SEMBILAN Remaja hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti bergotong royong Huraikan punca-punca berlakunya gejala ini. Pendahuluan : Peribahasa pernah menyatakan, bagaimana rentak gendang begitulah tarinya. Berdasarkan petikan peribahasa tersebut, barangkali sangat tepat untuk kita mengasosiasikan gerak laku sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada gelombang dan trend semasa masyarakat. Menyalahkan remaja yang tidak mahu berjinak-jinak dengan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong royong adalah umpama meludah ke langit menimpa batang hidung sendiri. Memang benar remaja hari ini tidak berminat dengan aktiviti seumpama itu akibat didalangi oleh pelbagai faktor yang menjadi latar kehidupan masyarakat masa kini. Isi-isi penting : Isi 1 : Masyarakat kini kurang mengamalkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti bergotong royong – masyarakat sibuk dengan urusan sendiri – situasi negatif seperti itu turut mempengaruhi sikap dan minda remaja Isi 2 : Hubungan yang kadang-kadang agak renggang antara golongan dewasa dan remaja – kedua-dua pihak lebih senang membawa haluan masing-masing – remaja tidak berpeluang untuk bersama-sama dalam aktiviti sosial golongan dewasa Isi 3 : Bebanan berat yang terpaksa dipikul oleh remaja – bebanan terhadap pelajaran (menyiapkan tugasan sekolah, menghadiri kelas tuisyen dan kelas tambahan) – masa untuk remaja hari ini terlalu eksklusif Isi 4 : Pengaruh permodenan dan teknologi – remaja terlalu terikat dengan budaya ICT, media elektronik, dan hiburan – menganggap aktiviti kemasyarakatan sebagai tidak relevan dan tidak ekonomik Isi 5 : Kesan daripada budaya kuning – remaja lebih gemar berpelisiran, bergaul bebas, kecanduan hiburan dan merempit – kesan daripada runtuhnya nilai-nilai murni dalam masyarakat – remaja tidak terdidik dengan kehidupan yang mementingkan sikap saling menyokong Kesimpulan : Merujuk kepada peribahasa arus di muara dibentuk oleh alur di hulu adalah ternyata bahawa segala bentuk tingkah laku remaja amat berkait rapat dengan acuan kehidupan semasa mereka. Keengganan mereka melakukan aktiviti yang berfaedah adalah berkait rapat dengan asuhan yang mereka terima. Kini tibalah masanya semua pihak menyedari bahawa segala yang tersasar di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan. Kegiatan seperti bergotong royong hendaklah disuburkan semula dalam kalangan remaja agar mereka dapat merasai roh dan nilai insaniahnya secara tersirat.

Page 5: Koleksi Esei Dimensi Diri

PAHANG Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi faktor penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal. Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seeorang pelajar sebagai pelengkap untuk memasuki alam pekerjaan. Pendahuluan : Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi akhir kepada kebanyakan pelajar. Sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka sudah mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan. Justeru, seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan. Isi 1 : Memiliki kemahiran dalam berkomunikasi - petah berbicara, matang mengeluarkan hujah dan pendapat, dan berani berhadapan dengan pelbagai peringkat klien - berinteraksi dalam gaya yang sopan Isi 2 : Kemahiran menguasai pelbagai bahasa - mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan dan peringkat - menguasai bahasa-bahasa penting di dunia seperti bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Arab, Jepun, dan banyak lagi - berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih lumayan di seberang laut Isi 3 : Kemahiran teknologi - penting selaras dengan kemajuan teknologi global - hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu oleh sektor perindustrian – teknologi pembuatan, kejuruteraan, dan penciptaan - memiliki aset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor – (pembuatan, pemesinan, perkakasan, dan operasi) Isi 4 : Kemahiran dalam ICT – selaras dengan kemajuan teknologi langit terbuka - mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian internet dan laman web - boleh bersaing dalam gelanggang maklumat yang menguasai gaya hidup moden (peribahasa tidak boleh hidup seperti katak di bawah tempurung) Isi 5 : Kemahiran dalam penampilan dan penyesuaian diri - penampilan fizikal, gaya bersosial, mengawal emosi, dan matang berfikir - meyakinkan orang lain terhadap keupayaan diri - mudah diterima dalam kelompok Isi 6 : Kemahiran-kemahiran seni istimewa - seni suara, seni muzik, memasak, ketukangan, hiasan, dan dekorasi - sebagai aset tambahan untuk lebih berdaya saing

Page 6: Koleksi Esei Dimensi Diri

Kesimpulan : Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada sesiapapun yang tahu mengajari kita agar berusaha mencipta tuah. Oleh yang demikian, penampilan diri dengan pelbagai kemahiran merupakan tuah yang boleh dicipta demi mencapai kejayaan peribadi seperti yang diidam-idamkan. PERLIS Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja. Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda. Pendahuluan : Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, “Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita. Sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari daripada bersahabat kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang diri. Banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada hari kemudian. Isi-isi penting : Isi 1 : Rakan sebaya yang memiliki iman dan taqwa (takwa) terhadap Tuhan maha pencipta – orang bertakwa ialah orang yang baik – memiliki wawasan dunia dan akhirat Isi 2 : Rakan sebaya yang bijak dan pintar – boleh membantu saya terutama dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran (peribahasa, meminta pada yang ada bertanya pada yang tahu) Isi 3 : Rakan sebaya yang berakhlak mulia – memiliki nilai-nilai peribadi yang luhur – sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke jalan yang benar Isi 4 : Rakan sebaya yang sealiran – memiliki minat dan cita-cita yang sama – dapat saling bertukar fikiran tentang cita-cita dan masa depan (peribahasa,berlapik seketiduran, sebantak sekalang hulu = sangt akrab seia sekata) Isi 5 : Rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri - tidak mudah terjebak ke dalam angkara yang memudaratkan – ampuh bertahan daripada segala anasir yang tidak baik (peribahasa, ampuh bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak masin) Kesimpulan : Sesungguhnya, setiap insan yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi, beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, saya akan berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.

Page 7: Koleksi Esei Dimensi Diri

PULAU PINANG PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk merealisasikan cabaran tersebut. Pendahuluan : Tokoh pendidik dan motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah menyatakan, “Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”. Kata-kata tersebut benar-benar menyuntik kesedaran kita agar insaf dan bangkit segera daripada lamunan. Sebagai anak nusa yang mempunyai jati diri, kita dibebani amanah untuk menggalas tanggungjawab kepada negara. Pemuda dan pemudi hendaklah segera bangkit dengan persediaan mental dan fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling bernilai kepada tanah air tercinta. Isi 1 : Bersedia menjadi orang muda yang beriman dan bertakwa kepada Allah – ketakwaan menjadikan kita lebih patuh, bersedia dan tinggi motivasi – kita mempunyai garis panduan dan hala tuju yang jelas Isi 2 : Memperlengkap diri dengan pakej fizikal, mental, emosi dan sahsiah yang baik – memenuhi prakarsa untuk memperlengkap diri sebelum boleh memberikan sumbangan Isi 3 : Memanfaatkan usia muda untuk berjuang di medan ilmu – memperlengkap diri dengan ilmu yang strategik dengan tuntutan masa – belajar tanpa jemu dan mesti cemerlang Isi 4 : Mengenali potensi diri – memilih bidang kemahiran dan profesional yang sesuai dengan bakat dan minat – sebagai set lengkap yang digabungjalinkan dengan ilmu bagi memenuhi tuntutan pasaran kerja Isi 5 : Insaf akan tanggungjawab menyelamatkan negara – bersemangat waja dan berjiwa patriotik – utamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri dan kelompok Isi 7 : Menjauhkan diri daripada anasir perosak – gejala samseng, dadah, berpelisiran dan sampah masyarakat dan membebankan negara Kesimpulan : Rumah kecil tiang seribu Rumah besar tiang sebatang Kecil-kecil ditimang ibu Sudah besar ditimang gelombang Demikianlah erti sebuah kehidupan yang menuntut banyak perjuangan dan pengorbanan. Oleh itu, kita harus bersedia untuk berhadapan dengan gelombang kehidupan yang kadang-kadang lebih mencabar daripada gelombang di tengah segara. Bukan senang untuk menjadi warga yang berguna kepada bangsa, agama dan negara, sebaliknya kita dituntut untuk melakukan persediaan yang rapi.

Page 8: Koleksi Esei Dimensi Diri

SABAH Guru merupakan antara insan yang banyak berjasa kepada negara dan jasa mereka wajar diberi penghargaan. Anda ingin menulis esei bertajuk “Cara-cara Menghargai Jasa Guru” untuk dimuatkan dalam buletin khas sempena Perayaan Hari Guru sekolah anda. Tulis esei tersebut selengkapnya. Perhatian : Soalan ini jenis karangan berformat. Pelajar jangan lupa masukkan tajuk rencana yang sesuai dan nama penulis. Pendahuluan : Kalangan bijaksana pernah menukilkan bahawa, matahari dan bulan yang terang-benderang cahayanya pun akan gelap apabila sampai masanya, namun suluhan sinar ilmu daripada para guru akan tetap bercahaya abadi dan selama-lamanya. Kata-kata tersebut menjelaskan bahawa sumbangan guru terhadap muridnya bukan suatu perkara yang boleh dihitung dengan jari, malahan percikan liur basah daripada gurulah yang telah mencipta mutiara kehidupan untuk pelajar-pelajar. Oleh hal yang demikian, saya dengan penuh kesedaran merakamkam penghargaan kepada para guru tentang “Langkah dan Cara-cara Menghargai Jasa Guru”. Isi-isi penting Isi 1 : Sentiasa berdoa kepada Allah agar melimpahi guru dengan rahmat dan keberkatan – guru dipanjangi usia dalam kesihatan – bertambah ilmu dan hikmah dengan segala kebijaksanaan – dimurahi rezeki dan selamat dunia dan akhirat Isi 2 : Memetik dan menyunting segala mutiara kata dan tunjuk ajar guru – dijadikan panduan hidup sebagai insan yang berjaya Isi 3 : Menghormati guru – menghargai jasa mereka sama ada yang telah lalu atau yang masih mengajar – tunduk merendah diri dan bersopan Isi 4 : Menziarahi mereka sama ada dalam waktu sihat atau sakit – sebagai tanda hubungan kasih sayang yang tidak pernah putus Isi 5 : Mempraktikkan ilmu pengetahuan yang diperoleh sama ada untuk diri sendiri mahupun masyarakat – membudayakan ilmu dalam kehidupan – menjadi masyarakat terpelajar Kesimpulan : Sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW telah berpesan bahawa, “Dua insan yang tidak terputus doa mereka sama ada baik atau buruk ialah kedua-dua ibu ibu dan guru yang pernah mendidik kita. Oleh itu, demi kejayaan di dunia dan akhirat, percayalah kepada nasihat dan tunjuk ajar guru dan taatilah mereka. Sebenar-benarnya insan yang tidak pernah berbohong kepada kita ialah para guru kerana ilmu bukan perkara yang boleh dibohongi.

Page 9: Koleksi Esei Dimensi Diri

PERLIS PERCUBAAN 2010

Anda meminati sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, persediaan awal amat penting

sebelum anda mencari pekerjaan tersebut.

Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan.

Sampel pendahuluan :

Samudera terbentang berlabuh kapal

Cuaca redup ditutup mega

Jikalau kail sejengkal panjang

Lautan dalam jangan diduga

Pantun yang tersebut di atas membawa amanat bahawa sesuatu yang berisiko jangan sama sekali dicuba tanpa

sebarang persediaan yang rapi. Banyak padah yang boleh menimpa jikalau tersalah duga. Walau bagaimanapun,

dalam dunia yang mencabar seperti hari ini, kemampuan meneroka sesuatu yang baharu dan lebih mencabar

memungkinkan individu tertentu boleh mencapai kejayaan sehingga di luar jangkaan. Sebagai individu yang inginkan

cabaran saya mengidami kecemerlangan dalam kerjaya kelautan (anda boleh masukkan sebarang kerjaya sendiri

yang menjadi minat anda). Oleh yang demikian, saya faham untuk memenuhi matlamat tersebut bukanlah sesuatu

impian yang boleh dicapai dengan mudah. Persis untuk mencapai matlamat besar seperti itu, saya hendaklah

memperlengkapkan diri dengan pelbagai persediaan sama ada dalam aspek fizikal, mental, emosi, dan berani

menempuh segala cabaran .

Isi cadangan : (Persediaan-persediaan diri)

Isi 1: Memantapkan diri dengan persediaan yang paling asas – persediaan fizikal, mental, emosi, cita-cita dan

motivasi (olahkan setiap satu persediaan tersebut)

Isi 2: Memprogramkan jadual kehidupan harian yang amat teliti dan berdisiplin – agar semua perancangan dapat

berjalan mengikut jadual

Isi 3: Memantapkan psikologi dan emosi – agar sentiasa bermotivasi tinggi

Isi 4: Membuat kajian dan mencari maklumat yang tepat tentang bidang dan kerjaya yang ingin diceburi – usaha

melalui pembacaan, berbincang dengan rakan-rakan, guru, dan memperoleh maklumat daripada tokoh-tokoh yang

pernah terbabit dalam kerjaya berkenaan

Isi 5: Berusaha dan bertawakal dengan tidak pernah melupakan ibadah kepada Allah SWT – sebagai sandaran agar

segala usaha dan cita-cita dimakbulkan.

Page 10: Koleksi Esei Dimensi Diri

Sampel kesimpulan :

Berpandukan maksud peribahasa hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa, saya sudah pasti akan berusaha

sehabis daya untuk merealisasikan impian saya menjadi kenyataan. Saya amat yakin dengan cita-cita, usaha, dan

amal takwa Allah tidak akan menghampakan setiap niat yang baik daripada hamba-Nya. Oleh itu, saya yakin setiap

semua persediaan yang saya buat secara berterusan akan memberi natijah yang besar kepada diri saya.

KEDAH PERCUBAAN 2010

Remaja kini gemar berhibur. Hal ini amat membimbangkan semua pihak kerana remaja merupakan

aset penting kepada negara.

Bincangkan kesan-kesan gejala suka berhibur kepada golongan remaja.

Sampel pendahuluan :

Mengunjungi pusat-pusat hiburan dan pusat beli-belah, mencuri-curi masuk ke pusat video, bersengkang

mata sehingga larut malam, merempit dan mendengar hiburan yang melampau telah menjadi sebahagian

daripada kegilaan remaja masa kini. Mereka sanggup menghabiskan wang saku, malah rela berhutang-

berbaris semata-mata untuk mendapatkan cakera padat atau alat permainan video. Segala-gala yang

dilakukan hanya berkiblatkan keseronokan dan hiburan. Demikianlah gambaran remaja hedonistik yang

sedang melanda masyarakat masa kini. Sebenarnya aktiviti melampau yang mengejar hiburan seperti itu

lebih banyak mengundang padah kepada remaja. Mereka akan hilang segala-galanya dalam usia yang

mentah akibat kemarukan hiburan yang melampau-lampau.

Isi-isi cadangan : (kesan-kesan negatif)

Isi 1: Melahirkan remaja pemuja hedonisme – timbul gejala lupa agama, budaya, asal usul, dan etika murni

– hilang matlamat hidup kerana sekadar memenuhi nafsu dengan perkara-perkara yang penuh ilusi dan

fatamorgana.

Isi 2: Mencemari nilai-nilai murni kesopanan dan kesusilaan – hilang sifat budi bahasa – cuba mencari

kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan tanpa mempedulikan

larangan agama, adat, dan kesusilaan

Isi 3: Terlalu membazir masa – tiada minat belajar, berpelisiran dan bergelandangan, berkawan dengan

remaja seanutan yang tiada hala tuju – menempah masa depan yang gelap.

Isi 4: Tidak minat belajar – gagal dalam pelajaran, putus cita-cita dan hidup tanpa panduan yang jelas

Page 11: Koleksi Esei Dimensi Diri

Isi 5: Merugikan wang ringgit dan harta benda – berbelanja tanpa had semata-mata untuk memenuhi nafsu

gila berhibur – tamsilan pengembara yang dahaga yang meminum air laut, selagi diminum bertambah

dahaga.

Isi 6: Menimbulkan pelbagai angkara negatif – pergaulan tanpa had, bergaduh, merosakkan harta benda

awam, mengganggu ketenteraman awam dan menjatuhkan imej negara, masyarakat dan budaya bangsa

yang murni.

Sampel kesimpulan :

Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata, “Petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat

apabila bangsa tersebut amat mencintai hiburan”. Kata-kata tersebut memberi amaran bahawa, sesiapa

jua terutama remaja haruslah berwaspada dengan hiburan yang keterlaluan kerana sikap seumpama itu

boleh mendedahkan bangsa tersebut kepada kemusnahan.

PERAK PERCUBAAN 2010

Menerusi “Konsep 1 Malaysia” kerajaan berhasrat untuk menyatupadukan masyarakat tanpa

mengira kaum bagi membolehkan mereka menikmati kemajuan dan kemakmuran negara secara adil

dan saksama.

Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai konsep 1 Malaysia

tersebut.

Sampel pendahuluan :

Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila Perdana Menteri

Malaysia yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Beliau ialah Dato

Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan ayahandanya Tun Abdul Razak bin

Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut telah menjadi mercu tanda baru satu lagi

gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

kini menjadi landasan penting untuk pemimpin dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan

Malaysia dalam pelbagai bidang menjelang hari-hari yang mendatang. Oleh hal yang demikian, dalam

merealisasikan matlamat keramat itu, sebagai wargenagara yang sedar akan tanggungjawab terhadap

negara, saya beriltizam untuk memainkan peranan yang aktif supaya matlamat murni tersebut menjadi

kenyataan.

Isi-isi cadangan :

Isi 1 : Mengutamakan amalan kepimpinan melalui teladan – apabila saya menjadi seorang pemimpin saya

perlu menunjuk teladan yang baik - maju atau mundur sesebuah negara terletak atas kebijaksanaan

Page 12: Koleksi Esei Dimensi Diri

pemimpin yang menentukan dasar dan hala tuju Negara - melaksanakan tugas mengurus negara dengan

sifat ketelusan, bertanggungjawab, dan bijak

Isi 2 : Memastikan kerjasama yang terjalin kukuh antara pemimpin dan rakyat – saya akan menyeru

supaya;

- mewujudkan suasana harmoni dalam negara – sikap saling menyokong dan saling hormat

- pemimpin menyerlahkan kepemimpinan yang berwibawa – rakyat menyokong dan mematuhi pemimpin

tanpa berbelah bahagi

- (Peribahasa ke gunung sama didaki dan ke lurah sama dituruni)

Isi 3 : Memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi yang tuntas - mahu menjadi

remaja yang bervisi dan boleh dicontohi

Isi 4 : Menjalinkan perpaduan yang sejati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum – saya akan menjalankan

usaha dan kempen kesamarataan dalam kalangan masyarakat – berusaha mengubah nilai ketaksuban

terhadap kaum hendaklah digantikan dengan ketaksuban terhadap bangsa Malaysia – mencari jalan agar

semua pihak mempertingkatkan nilai hormat terhadap kepercayaan agama, adapt resam, dan kaum

Isi 5 : Mempertingkatkan daya usaha dan kesungguhan semua pihak untuk memajukan negara

- mempelbagaikan potensi ekonomi negara

- memaksimumkan daya usaha sama ada dalam cara berfikir, cara bekerja, dan kreativiti

- memaksimumkan bidang kemahiran dan teknologi – bangkit bersaing dengan negara-negara maju

- memaksimumkan daya pengeluaran negara terutama ke pasaran antarabangsa

Sampel kesimpulan :

Memetik lirik-lirik dalam lagu patriotik “Malaysia Berjaya” yang berbunyi “Dari Perlis hinggalah ke Sabah,

kita sudah berjaya” memaparkan betapa pentingnya kita bersatu dan berusaha untuk membentuk sebuah

negara yang berdaulat dan merdeka. Kini kejayaan tersebut hendaklah direalisasikan oleh generasi baru

Malaysia agar segala agenda yang telah dirancang oleh pemimpin yang terdahulu dapat mengimpakkan

manfaat yang berganda kepada seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, gagasan 1Malaysia, Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan harus saya teruskan dengan pengisian dan keterlibatan menyeluruh

oleh rakyat Malaysia.

Page 13: Koleksi Esei Dimensi Diri

PULAU PINANG PERCUBAAN 2010

Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyak berlaku di sekolah-

sekolah.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah

tersebut.

Sampel pendahuluan :

Hasrat untuk mengangkat martabat pendidikan Negara menjadi “Pendidikan bertaraf dunia” atau

pendidikan sebagai penjana mentality berkelas dunia merupakan hasrat yang amat murni. Dalam arus

globalisasi dan peranan Malaysia yang begitu aktif di peringkat dunia, hasrat seperti ini bukanlah suatu

perkara yang mustahil. Pada hari ini, Malaysia telah menjadi destinasi kepada limpahan pelajar asing yang

menuntut di pelbagai institusi awam dan swasta. Namun demikian, di sebalik kejayaan Malaysia menjadi

hub pendidikan bertaraf dunia, masalah dalam rumah tangga sendiri pula yang menjadi duri dalam daging.

Masalah tersebut ialah gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Masalah ini bukan lagi menjadi isu

kecil tetapi telah menjadi isu nasional apabila saban hari ribuan remaja yang mengambil kesempatan untuk

ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, saya berpendapat pelbagai usaha

hendaklah diambil untuk menangani gejala tersebut daripada terus menjadi isu negara.

Isi-isi cadangan :

Isi 1 : Usaha pihak sekolah – sentiasa mencari kaedah terbaik dan terkini agar sekolah menjadi syurga

kepada pelajar dan P&P menjadi santapan rohani pelajar (pelajar senang dan selesa ketika P&P) –

menuntut kreativiti, kerja kuat guru-guru

Isi 2: Usaha ibu bapa – acap kali menjadikan agenda pelajaran sebagai topik utama yang dibincangkan di

dalam rumah – anak-anak selalu disogok dan diberi jaminan akan berjaya apabila ada ilmu – mendorong

anak-anak ke sekolah

Isi 3 : Kesedaran pelajar – pelajar hendaklah mempunyai matlamat tentang masa depan dengan cara

menuntut ilmu – kesedaran yang perlu lahir dari dalam setelah digerakkan oleh pihak luar (guru, ibu bapa,

dan masyarakat)

Isi 4: Sokongan daripada rakan-rakan – rakan menjadi penggerak rakan sebaya untuk sesuatu kejayaan –

mewujudkan doktrin dan slogan setia kawan “Sama-sama Kita Bangun dan Berjaya” – pelajar akan lebih

seronok ke sekolah apabila sering menerima dorongan rakan

Isi 5: Sokongan daripada masyarakat – masyarakat setempat hendaklah memiliki kesedaran tentang

kepentingan wahana ilmu – sentiasa bercakap tentang kelebihan ilmu dan ilmu sebagai pembuka laluan

kerjaya – mendorongi pelajar untuk berlumbalumba mencari ilmu

Page 14: Koleksi Esei Dimensi Diri

Isi 6 : Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar yang mesra ilmu kepada pelajar – menyediakan pelbagai

institusi mengikut keperluan semasa (mempelbagaikan aliran dan bidang) – sistem pendidikan harus

berganjak daripada sistem yang berorientasikan peperiksaan semata-mata kepada sistem yang

berpaksikan minat , latar belakang dan kebolehan pelajar – mengelak pelajar berasa bosan dengan sistem

yang selalu menekan diri mereka.

Sampel kesimpulan :

Mafhum daripada sepotong ayat suci al Quran yang bermaksud, “Adakah sama golongan yang berilmu

dengan yang tidak berilmu (jahil)?”. Pernyataan tersebut membuktikan bahawa ilmulah yang akan

membezakan martabat dan nilai diri seseorang itu. Oleh itu, gejala ponteng sekolah hendaklah diperangi

dengan apa-apa cara jua agar sindrom kejumudan tidak terus-menerus menyerang masyarakat negara

kita. Kebodohan ialah suatu kecelakaan yang akan menjahanamkan sesuatu umat itu.

NEGERI SEMBILAN PERCUBAAN 2010

Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal

menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh remaja untuk memupuk semangat patriotisme

dalam diri mereka.

Sampel pendahuluan:

Mutakhir ini, sudah menjadi lumrah seseorang remaja mampu menghafal dengan lancar dan pantas nama-

nama selebriti dan penghibur sanjungan mereka. Namun demikian, remaja yang sama begitu jengkel untuk

menyebut nama tokoh-tokoh pejuang dan negarawan. Bagi mereka nama-nama tersebut tidak mempunyai

sentuhan ajaib terhadap diri mereka. Sikap tidak menghargai tokoh negara itu akhirnya membawa kepada

sikap endah tidak endah terhadap nilai kemerdekaan tanah air. Inilah fenomena yang sekiranya tidak

dibendung boleh melahirkan lebih ramai generasi masa depan yang tidak patriotik. Memandangkan

golongan ini menjadi penerus legasi kepimpinan negara pada masa hadapan, justeru pelbagai inisiatif

perlu dilaksanakan secara terancang untuk memupuk semula semangat patriotisme dalam diri remaja.

Isi-isi cadangan :

Isi 1 : Sering bermuhasabah terhadap diri sendiri – berasa diri amat bertuah kerana dapat hidup bernegara

– membuat perbandingan dengan masyarakat pendatang yang dilayan sebagai warga kelas kedua apabila

berada di negara orang – lahir perasaan sayang akan negara – (sesuaikan dengan peribahasa, tempat

jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dilahirkan).

Page 15: Koleksi Esei Dimensi Diri

Isi 2 : Belajar mengagumi tokoh-tokoh agung dunia dan tokoh negara sendiri – lahir perasaan berbangga

kerana negara kita memiliki pemimpin yang berdedikasi (berikan contoh pemimpin idola)

Isi 3 : Menyimpan cita-cita untuk menjadi insan yang berjiwa besar – mahu mencapai kejayaan cemerlang

terutama dalam kerjaya yang terbilang – mahu berkhidmat untuk negara

Isi 4 : Sentiasa berbangga dan mengagungkan imej dan nama negara – berbangga dengan jenama

negara, berbangga dengan tokoh yang mengharumkan nama negara (ahli sukan, tokoh akademik dan

tokoh seni tanah air) – berbangga dengan budaya dan adat resam masyarakat Malaysia – (di mana bumi

dipijak di situ langit dijunjung)

Isi 5 : Menjalinkan perpaduan dan persahabatan yang erat dalam kalangan masyarakat majmuk –

mengiktiraf dan menghormati setiap potensi yang dimiliki oleh setiap kaum – mengembangkan potensi

yang ada untuk mengangkat imej negara di persada dunia.

Isi 6 : Memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi – dapat bangkit untuk

bersaing dengan masyarakat dunia dalam arus dunia tanpa sempadan

Isi 7 : Meneruskan kelestarian alam sekitar – menjaga semua khazanah alam negara agar tidak tercemar –

berjaya mengekalkan ekosistem dan keindahan alam sekitar – boleh dijadikan aset untuk memperkembang

sektor ekonomi.

Sampel kesimpulan :

Sesungguhnya, bangsa yang mulia ialah bangsa yang sentiasa berbangga terhadap tanah air, seperti kata

peribahasa Arab, “Kasih akan Negara adalah sebahagian daripada iman”. Oleh itu, sedari kecil binalah

kekuatan nilai patriotisme dalam kalangan rakyat.