Konflik Institusi Beraja Dalam Politik Malaysia

9
KONFLIK INSTITUSI BERAJA DALAM POLITIK MALAYSIA Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya mampu bertahan selama 10 bulan di Perak telah mencetuskan konflik di antara rakyat dengan institusi beraja di negara kita. Ia telah merancakkan lagi kemelut politik yang tercetus selepas tsunami 8 Mac 2008 dan terus mendedahkan kepincangan politik negara yang sudah tiba masanya untuk dirombak semula secara drastik. Kemelut politik di Perak sememangnya sesuatu yang sudah dijangka di mana Pakatan Rakyat hanya mampu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti yang rapuh apabila ia hanya mempunyai lebihan tiga kerusi DUN berbanding dengan Barisan Nasional. Walaupun DAP berjaya mencapai kejayaan yang gemilang serta disokong oleh para calon bukan Melayu PKR namun situasi politik di Perak terus tidak menentu terutamanya membabitkan soal kuasa pentadbiran serta pengagihan exco di negeri tersebut. Kesempatan tersebut jelas digunakan sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk memulihkan imejnya yang tercalar teruk dalam dua pilihan raya semula di Permatang Pauh serta Kuala Terengganu. Keputusan dua ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi ( Behrang ) dan Mohd Osman Mohd Jailu ( Changkat Jering ) dan Hee Yit Foong dari DAP untuk keluar parti dan memberi sokongan terhadap Barisan Nasional telah mencetuskan suasana panik di kalangan pemimpin 1

description

Krisis yang berlaku di Perak mendedahkan lagi kepincangan yang berlaku dalam institusi raja berperlembagaan di negara kita.

Transcript of Konflik Institusi Beraja Dalam Politik Malaysia

Page 1: Konflik Institusi Beraja Dalam Politik Malaysia

KONFLIK INSTITUSI BERAJA DALAM POLITIK MALAYSIA

Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya mampu bertahan selama 10 bulan di Perak telah

mencetuskan konflik di antara rakyat dengan institusi beraja di negara kita. Ia telah merancakkan

lagi kemelut politik yang tercetus selepas tsunami 8 Mac 2008 dan terus mendedahkan

kepincangan politik negara yang sudah tiba masanya untuk dirombak semula secara drastik.

Kemelut politik di Perak sememangnya sesuatu yang sudah dijangka di mana Pakatan

Rakyat hanya mampu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti yang rapuh apabila ia hanya

mempunyai lebihan tiga kerusi DUN berbanding dengan Barisan Nasional. Walaupun DAP

berjaya mencapai kejayaan yang gemilang serta disokong oleh para calon bukan Melayu PKR

namun situasi politik di Perak terus tidak menentu terutamanya membabitkan soal kuasa

pentadbiran serta pengagihan exco di negeri tersebut. Kesempatan tersebut jelas digunakan

sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk memulihkan imejnya yang tercalar teruk dalam dua

pilihan raya semula di Permatang Pauh serta Kuala Terengganu.

Keputusan dua ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi ( Behrang ) dan Mohd Osman

Mohd Jailu ( Changkat Jering ) dan Hee Yit Foong dari DAP untuk keluar parti dan memberi

sokongan terhadap Barisan Nasional telah mencetuskan suasana panik di kalangan pemimpin

pembangkang. Tindakan ketiga-tiga ADUN tersebut merupakan sesuatu yang berlaku di luar

jangkaan setelah Pakatan Rakyat mendapat kemenangan moral apabila Datuk Nasarudin Hashim

( Bota ) ADUN UMNO mengumumkan beliau keluar parti dan menyertai PKR. Namun begitu,

ia dilihat secara satu gimik politik UMNO yang cuba untuk menghalalkan tindakannya untuk

merampas kuasa di Perak. Ia berikutan tindakan Datu Nasarudin yang kemudiannya bertindak

menyertai semula UMNO dan membawa bersama pengunduran tiga ADUN Pakatan Rakyat

yang bertindak keluar parti untuk menjadi ahli Bebas dan memberi sokongan terhadap BN.

Dalam usaha untuk terus mempertahankan mandat rakyat , Datuk Seri Nizar mengambil

keputusan untuk menghadap Sultan Perak bagi mendapatkan mandat agar pilihan raya semula

diadakan. Malangnya usaha itu menemui kegagalan apabila Sultan Perak tidak memperkenankan

langkah tersebut dan menitahkan Datuk Seri Nizar untuk meletak jawatan dan memberi laluan

1

Page 2: Konflik Institusi Beraja Dalam Politik Malaysia

kepada Barisan Nasional untuk mengambil alih pucuk kepimpinan negeri. Keputusan tersebut

jelas mengecewakan banyak pihak dan tindakan Datuk Seri NIzar yang enggan melepaskan

jawatannya serta terus mempertahankan kerajaan yang dipilih rakyat telah mengakibatkan

Pakatan Rakyat dituduh sebagai penderhaka dan ia diperburukkan lagi dengan insiden kekecohan

yang tercetus semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry

di Kuala Kangsar. Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak telah

dimanipulasi oleh UMNO untuk mengalih pandangan rakyat terhadap taktik kotornya dan ia

ternyata berjaya menyemarakkan sentimen rakyat terhadap kedudukan dan intitusi beraja di

Malaysia. Ia jelas menampakkan belang UMNO yang terus memainkan isu perkauman dan turut

mengheret institusi beraja dalam kancah politik bagi mengabsahkan kedudukannya dalam arena

politik Malaysia. Di mana kecundangnya komponen-komponen parti kaum yang lain seperti

MCA, Gerakan, PPP dan MIC merupakan satu petunjuk yang jelas dari rakyat yang mulai

menolak politik perkauman yang sempit serta tidak menyumbang ke arah pembentukan negara

bangsa.

Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah mencurahkan ‘minyak ke api’ apabila beberapa

siri demonstrasi jalanan dilancarkan di seluruh negara dan lebih daripada seratus laporan polis

telah dibuat terhadapnya. Reaksi yang begitu hebat daripada orang ramai khususnya orang

Melayu terhadap kenyataan Karpal Singh dikaitkan dengan motif politik Barisan Nasional yang

bertindak memperjudikan institusi beraja apabila ‘senjatanya’ politik perkauman dianggap basi.

Justeru itu, ia melakukan penjenamaan semula agenda politiknya dengan memasukkan unsur-

unsur tambahan dengan mengutarakan isu kontrak sosial, kedudukan orang Melayu, kedaulatan

Raja Melayu serta status agama Islam. Motif politik UMNO begitu ketara apabila sekumpulan

pemuda UMNO yang dipimpin bekas Menteri besar Selangor, Datuk Seri Muhamamad Khir

Toyo bertindak mengadakan satu demontrasi di Pulau Pinang dan cuba menghampiri rumah

pemimpin DAP tersebut. Ia kemudian disusuli dengan ugutan bunuh terhadapnya dan

keselamatan Pengerusi DAP turut tergugat apabila sekumpulan penyokong UMNO Selangor

telah bertindak menceroboh bangunan Parlimen bagi mendesaknya memohon maaf atas tuduhan

terhadap parti tersebut. Ia kemudiannya disusuli dengan dakwaan terhadapnya di mahkamah atas

kesalahan di bawah Akta Hasutan.

2

Page 3: Konflik Institusi Beraja Dalam Politik Malaysia

Perisitiwa yang berlaku sejurus kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak seharusnya dilihat

sebagai satu jenayah terancang Barisan Nasional yang kemaruk kuasa serta enggan menerima

hakikat bahawa mandat rakyat terhadapnya sejak 51 tahun lagi sudah berkubur . Lantaran itu, ia

sanggup mengenepikan soal etika, keadilan serta prinsip-prinsip demokrasi dalam usahanya

untuk terus kekal relevan dalam kancah politik negara. Serangan demi serangan dilancarkan ke

atas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan Selangor, Pulau Pinang serta Kedah

turut tidak terlepas daripada ancaman Barisan Nasional. Kontroversi yang melibatkan dakwaan

penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid serta penyebaran

gambar-gambar ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dalam keadaan yang mengaibkan telah

menimbulkan keributan di Selangor. Manakala Kedah dan Pulau Pinang pula menyaksikan

peletakkan jawatan dua wakil PKR, Arumugam di DUN Bukit Selambau dan Timbalan Ketua

yang bertujuan untuk mengaibkan seseorang tokoh dan memanipulasikan perundangan serta

menjadikan SPRM dan pihak polis sebagai medium dalam usaha memberi tekanan kepada

pembangkang.

Persoalan yang timbul kini ialah apakah kewajaran yang perlu diambil oleh Pakatan

Rakyat dalam terus pertahankan haknya serta menjalankan kewajipan yang diberikan oleh rakyat

? Tindakan Sultan Perak yang tidak merestui pilihan raya semula serta keengganan Barisan

Nasional untuk berhadapan dengan pembangkang dalam satu siri pilihan raya telah meletakkan

Pakatan Rakyat di jalan buntu. Datuk Seri Nizar terpaksa mengingkari arahan pemerintah Perak

untuk berundur dan bertindak membelakangi arus perdana dengan membawa kes tersebut ke

mahkamah. Namun begitu, kejayaan Datuk Seri Nizar di pilihan raya semula Parlimen Bukit

Gantang menunjukkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat masih utuh. Tindakannya yang

menjadi penderhaka terhadap Raja demi untuk pertahankan hak rakyat berjaya meraihkan

sokongan serta simpati para penduduk di negeri Perak walaupun sokongan pengundi Melayu

sedikit merosot.

Dalam membicarakan isu penderhakaan terhadap raja Melayu, ia bukanlah satu perkara

yang baru walaupun ia sering dikaitkan dengan budaya politik pembangkang. Orang Melayu

mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap institusi beraja. Budaya tersebut telah

sebati dengan kehidupan masyarakat tersebut sejak zaman feudal lagi. Ia dikaitkan dengan

3

Page 4: Konflik Institusi Beraja Dalam Politik Malaysia

perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Di mana hubungan akrab antara

pemerintah dengan rakyat jelata telah menjadi sebahagian daripada identity dan kekuatan bangsa

Melayu. Namun begitu, konflik antara rakyat dengan pihak istana telah tercetus sejak era

Kesultanan Melayu Melaka lagi. Penderhakaan Hang Jebat terhadap Sultan Melaka yang zalim

serta tidak berkaliber terus menjadi perbualan serta perbahasan sehingga hari ini. Hang Jebat

yang berpegang kepada prinsip ‘ Raja yang adil, raja disembah dan raja yang zalim, raja

disanggah’. Tindakan penderhakaan itu jelas bertentangan dengan budaya orang Melayu yang

berpegang teguh kepada pepatah ‘ Biar mati anak jangan mati adat ’. Pembunuhan Hang Jebat

oleh rakannya sendiri, Hang Tuah membuktikan kesetiaan orang Melayu terhadap institusi beraja

namun begitu, ia gagal menghalang empayar Melaka daripada menerima ‘tulahnya’ apabila

ditewaskan oleh penjajah Portugis pada tahun 1511. Badi Kesultanan Melayu Melaka berterusan

di Johor apabila warisnya yang terakhir, Suitan Mahmud II mati dibunuh oleh pembesarnya

sendiri. Laksamana Megat Sri Rama bertindak nekad membunhu Sultan Mahmud II yang

bertindak zalaim membelah perut isteri Sri Rama yang mengidamkan nangka diraja. Kejadian

tersebut dikaitkan dengan perisitiwa ‘Sultan Mahmud mangkat dijulang’. Deretan peristiwa yang

berlaku membuktikan bahawa masyarakat Melayu yang terikat dengan konsep ‘daulat’, ‘tulah’

mahupun ‘derhaka’ masih mempunyai kewarasan apabila berhadapan dengan soal keadilan dan

kemanusiaan. Lantaran itu sikap taat setia terhadap institusi beraja perlu dilihat dari konteks yang

lebih luas dengan mengambil pertimbangan seperti ketetapan dalam perlembagaan, keadilan,

amalan demokrasi serta perbezaan pemahaman serta budaya masyarakat Malaysia yang bersifat

plural.

Dalam konteks sejarah moden pula, konflik istana dengan golongan politikus yang

dikatakan mewakili kepentingan rakyat juga tidak kurang hebatnya. Tengku Razaleigh dalam

kenyataan kepada Malaysiakini mendakwa ‘tiada siapa yang telah mendatangkan kemudaratan

yang lebih serius terhadap institusi beraja selain daripada UMNO’. Tengku Razaleigh dalam

laman webnya menegaskan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat mengingkakri arahan Sultan Perak

bukanlah insiden pertama perbuatan derhaka orang melayu terhadap sultan. Ini kerana UMNO

dikatakan bertindak melucutkan kedaulatan raja-raja Melayu apabila mencadangkan pindaan

terhadap undang-undang persekutuan yang membolehkan sesuatu akta yang diluluskan di kedua-

dua dewan rakyat dan negara dilaksanakan walaupun tanpa perkenaan sultan. Ia turut

4

Page 5: Konflik Institusi Beraja Dalam Politik Malaysia

melucutkan imuniti raja-raja melayu. Lantaran itu beliau mempersoalkan siapakah yang

mendatangkan ancaman terhadap institusi beraja ? Adakah demonstrasi yang diadakan selama

beberapa hari atau tindakan UMNO yang merampas kuasa raja-raja Melayu semasa krisis dalam

parti tersebut? Lantaran itu, tindakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta segelintir

pemimpin UMNO yang lantang mengkritik barisan pembangkang dilihat hanyalah satu gimik

politik murahan menjelang perhimpunan Agung UMNO.

Konflik istana dengan rakyat turut mendapat perhatian raja-raja Melayu yang melahirkan

kekesalan terhadap situasi yang berlaku dan menggesa agar semua pihak menerima

perlembagaan negara serta menghormati kedudukan raja-raja Melayu seperti yang telah

dimaktubkan dalam perlembagaan tersebut. Ia perlu bagi memastikan kesinambungan dalam

keselamatan serta keharmonian kaum. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah berpendapat bahawa

tindakan sesetengah pihak yang bersifat radikal dan terus mempersoalkan hak istimewa akan

menjejaskan perlembagaan dan baginda gusar ketamadunan Melayu akan digugat. Lantaran itu,

baginda menggesa agar orang Melayu bersatu bagi terus mempertahankan identiti bangsa

Melayu itu sendiri dengan memperkemaskan takrif Melayu. Di mana orang Melayu perlu diikat

dengan adat, disimpulkan dengan dengan bahasa serta disalut dengan agama.

Peranan institusi beraja yang bersifat raja berperlembagaan sememang perlu terus

dipertahankan malah ada yang berpandapat imuniti golongan tersebut perlu dipulijkan bagi

memastikan institusi itu terus relevan dan mengelakkan pencabulan berterusan oleh pihak

tertentu. Lantaran itu sudah tiba masanya, semua pihak berganding bahu dalam usaha

memartabatkan institusi beraja semoga golongan pemerintah itu dapat melaksanakan tugasnya

sebagai ketua negara serta mampu menangani konflik ekonomi, politik serta sosial yang semakin

runcing di negara kita. Ia selaras dengan kepercayaan masayarakat Tionghua yang menekankan

bahawa seseorang pemerintah itu merupakan wakil dari langit ( tian ) untuk memerintah dan

madat baginda bergantung kepada kewibawaannya serta keadilannya. Kegagalan dalam

melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat jelata alan mengakibatkan pemerintah itu hilang

mandat dari syurga. Ia dapat dilihat apabila negara mulai ditimpa pelbagai bencana lantaran itu,

pemerintah itu wajar digantikan. Raja Hishamuddin Rais dalam artikalnya di Malaysiakini yang

bertajuk Ahkirnya Tinggal Empat Ekor berpendapat "Akhirnya dalam dunia ini akan tinggal

empat ekor raja sahaja iaitu Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk."

5

Page 6: Konflik Institusi Beraja Dalam Politik Malaysia

6