Konsep KBAT

5
APA ITU KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila menghadapai masalah dengan mempunyai lebih dari satu penyelesaian. Ia merupakan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menganalisa, menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran kritial, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta-kognitif. Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) dicetuskan melalui masalah bukan rutin iaitu maslah yang tidak jelas. Pemikiran Aras Tinggi (HOTs) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya membina satu model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai " Model Polya". KBAT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat

description

konsep kbat

Transcript of Konsep KBAT

Page 1: Konsep KBAT

APA ITU KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak

menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa maksud

tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila menghadapai masalah dengan mempunyai lebih dari

satu penyelesaian. Ia merupakan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi,

menganalisis, menganalisa, menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran kritial, pemikiran

kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta-kognitif. Kemahiran berfikir aras

tinggi(KBAT) dicetuskan melalui masalah bukan rutin iaitu maslah yang tidak jelas.

Pemikiran Aras Tinggi (HOTs) merupakan salah satu komponen utama dalam

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya

membina satu model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai " Model Polya". KBAT juga

merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang

mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan

pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau

penyelesaian situasi rumit.

Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran

berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai

dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Manakala Onosko dan Newmann (1994) pula mendefinasikan Pemikiran Aras Tinggi

(higher order thinking) sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-

cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir,

menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah

yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal

untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan

membuahkan hasil.

Zevin (1995) pula berpendapat, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat

yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatau yang baru atau asli. Masalah-masalah

Page 2: Konsep KBAT

yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras

Tinggi.

KBAT

Transformasi sistem pendidikan negara antara lain adalah bagi melahirkanpelajar berilmu dengan kualiti kepimpinan dan kecekapan dwibahasa yang lebihbaik. Justeru itu dalam Rangka Tindakan Pendidikan Awal yang telah dinyatakanoleh Perdana Menteri, pelajar perlu dilengkapkan dengan kemahiran berfikir arastinggi supaya mampu bersaing dengan yang terbaik di peringkat antarabangsa.(Bernama, 2012)Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merujuk kepada lebih daripadakeupayaan sekadar boleh membaca, menulis dan mengira. Dalam dunia yang serbakompetitif hari ini, pelajar perlu melakukan lebih daripada sekadar menghafal ataumenceritakan semula fakta. KBAT mengangkat kemahiran berfikir ke satu tahapyang lebih tinggi di kalangan pelajar berbanding sekadar menyatakan semula fakta.Mereka perlu mampu memahami fakta, menghubungkaitkannya antara satu samalain dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja pada masadepan.2KBAT merupakan salah satu komponen yang terdapat di dalam kemahiranberfikir secara kritis dan keatif. Menurut taksonomi Bloom, terdapat tiga peringkatpemikiran aras tinggi iaitu analisis, sintesis dan penilaian. KBAT juga merupakanaras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif yang melibatkan penerimaanmaklumat, penyimpanan dalam memori, menyusun, mengaitkan dan memanjangkanmaklumat untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. PenerapanKBAT di dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini dapat dinilai denganmerujuk kepada kemampuan pelajar dalam menerapkan pemikiran kritikal semasamembuat penyelesaian masalah bukan rutin. Pemerhatian boleh dilakukan terhadapkemahiran seseorang pelajar dalam membuat penilaian tentang sesuatu data atau

Page 3: Konsep KBAT

maklumat yang memerlukan kemahiran seperti membanding, membeza, menyusunatur, mengkelas dan mengenalpasti sebab dan akibat. (Azizah Kamar, 2012).Dalam menyediakan pelajar yang berkemahiran menggunakan pemikiran arastinggi ini, Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3) yang telah dibentangkan diParlimen pada April 2001 telah menggariskan dengan jelasnya ilmu dan kemahiranyang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia supaya negara dapat bersaing denganNegara-negara lain yang jauh lebih kehadapan. Antara isi kandungan RRJP3 ialah“Kurikulum sekolah akan dikaji semula dalam usaha memupukkemahiran berfikir dan menjana daya cipta serta pembelajaran kendiridi kalangan pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah danmenengah”(Rangka Rancangan Jangka Panjang 3)Rajendran (2001), penyemakan semula kurikulum sekolah telah dikendalikandi Malaysia sejak awal tahun 1980an. Kajian secara komprehensif terhadap sistempendidikan di Malaysia telah dilaksanakan dan telah mencadangkan beberapalangkah untuk membawa perubahan yang signifikan pada setiap peringkatperancangan. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1981dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1989 telahmemperkenalkan program menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif3dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Program ini telah diperkenalkan secararasmi dalam kurikulum sekolah pada tahun 1992 dan dalam kurikulum pendidikanguru pada tahun 1993 ( Rajendran, 1998).Penerapan pemikiran aras tinggi di dalam pengajaran memerlukan kebolehanuntuk mengurangkan kekeliruan dan meningkatkan minat pelajar terhadap tugasanyang diberikan oleh guru. Sokongan dari guru dalam menggalakkan pelajar berfikirsecara terbuka untuk melontarkan idea dalam menyelesaikan masalah juga dapatmembantu pelajar meningkatkan kemahiran pemikiran aras tinggi mereka (FJ Kinget.al, 1998).