KONSEP RUKUN NEGARA & LATAR BELAKANG

download KONSEP RUKUN NEGARA & LATAR BELAKANG

of 38

Transcript of KONSEP RUKUN NEGARA & LATAR BELAKANG

Hubungan Etnik ( WAJ 3106 ) : Penggubalan Rukun Negara

SITI NOOR FATIAH BINTI MOHAMED YUSOFF ( 900824-03-5606 ) WONG CHIEW PENG (900210-04-5180 )

PISMP 3 D

PENGGUBALAN RUKUN NEGARA

PUAN FATIMAH BINTI DAHLAN 22. MAC. 2011

PENDAHULUAN

Mampu untuk menghafal dan setiap elemen rukun negara namun sayangnya mereka tidak mampu untuk memahami makna disebalik setiap elemen .

Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab kita seharusnya menjadikan rukun Negara sebagai satu landasan yang memacu tindakan di masa hadapan.

Kata ucapan yang telah diucapakan oleh mantan perdana menteri telah membuktikan kepentingan Rukun Negara.

Saya menyeru warga Malaysia berusaha bersama saya memperkukuhkan perpaduan nasional. Kita harus mempertahankan dan meningkatkan hubungan harmoni yang terjalin dalam kalangan warga yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Kita harus terus istiqamah dalam membina satu kesamaan identiti yang kukuh berakar dalam persekitaran Negara Malaysia, berlandaskan segala keistimewaan yang terkandung dari pelbagai budaya. Kita hendaklah terus menghargai semangat toleransi dan saling menghormati yang menjadi penentu kepada kedamaian dan perdaduan yang kita capai. satu hasrat untuk merialisasikan ideologi rukun negara yang semakin dilupakan pada masa kini.

LATAR BELAKANG PENGGUBALAN RUKUN NEGARA

`

Kedatangan Inggeris dan dasar-dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar corak dan bentuk kehidupan masyarakat negara ini. Dasar pecah perintah Inggeris juga telah memisahkan ketigatiga kaum yang terdapat di negara ini daripada bidang pendidikan. Ketiga-tiga kaum ini tidak berpeluang untuk berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain kerana dipisahkan melalui jurang pendidikan dan penempatan. Keadaan ini berterusan sehingga kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. negara mencapai

`

`

`

`

Rukun negara telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Yang Di Pertuan Agong iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong V Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada 31Ogos 1970, iaitu semasa sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-13.

`

Peristiwa 13.Mei.1969 telah membantu membentuk ideologi rukun negara, peristiwa 13 Mei telah mengakibatkan keyakinan rakyat terhadap hubungan pelbagai kaum di Tanah Melayu terjejas

`

Rukun Negara telah diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul negara

tanggungjawab

menjalankan

pemerintahan

apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969.`

MAGERAN ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (Pulau Pinang), 1960 (Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 ( Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (KualaLumpur).

`

Antara ahli-ahli MAGERAN ialah : a) YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato Hussein (Pengarah MAGERAN) b) YAB Tun (Dr.) Ismail bin Dato Abdul Rahman (Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri) c) YAB Tun Tan Siew Sin (Menteri Tugas-tugas Khas) d) YAB Tun V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom) e) YB En. Hamzah bin Abu Samah (Menteri Penerangan dan Penyiaran) f) Ketua Turus Angkatan Tentera Jeneral Tunku Osman bin Tunku Mohd. Jewa (diganti oleh Jeneral Tan Sri Abu Hamid bin Bidin) g) Ketua Polis Negara (YB Tan Sri Salleh bin Ismael) h) YB Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin (Ketua Pentadbir Hal Ehwal Awam dan kemudiannya Ketua Setiausaha Kerajaan) i) YB Tan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie

(Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri)

`

Rukun

Negara

adalah

hasil

daripada

perbincangan-

perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak.

`

MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara.

` `

Kronologi Masa Penggubalan Rukun Negara 13 Mei 1969 : Rusahan kaum telah tercetus : Pergaduhan setempat merebak menjadi konflik.

`

16 Mei 1969: Darurat diisytiharkan oleh YDA dan fungsi parlimen digantung. MAGERAN dibentuk, : kawalan keselamatan. Ordinan Khas 1969, perintah berkurung, larangan berkumpul dan

`

Ogos Disember 1969 : Badan-badan Khas Keamanan dan Pembangunan a) Jawatankuasa Muhibah Negara b) Jawatankuasa Perpaduan Negara : Digabung menjadi Kementerian Perpaduan Negara

`

29 Januari 1970 : Majlis Perundangan / Perpaduan Negara, Jawatankuasa Khas Rukun Negara : Badan penasihat MAGERAN menggubal panduan norma dan nilai-nilai untuk perpaduan.

`

31 Ogos 1970 : RUKUN NEGARA sebagai ideologi Kebangsaan dirasmikan : Diisytiharkan oleh YDA pada sambutan kemerdekaan ke-13

KONSEP DAN OBJEKTIF PENGGUBALAN RUKUN NEGARA

Rukun Negara Sebagai Satu Ideologi Kebangsaan Negaraa) Ideologi negara telah menjadikan lima prinsip utama yang dilahirkan daripada aspirasi negara dan masyarakat Malaysia b) Rukun negara telah dibentuk mengikut acuan negara ini yang memiliki rakyat pelbagai kaum dan telah menjadi pedoman untuk membentuk masyarakat yang mempunyai intergriti. c) Rukun negara merupakan satu susuncara prinsip hidup bermasyarakat bermasyarakat. yang mempunyai norma sosial dan

Rukun Negara Menjadi Pedoman Untuk Rakyat Malaysia Dan Menjadi Kunci Masyarakat. a) Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikanRukun negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. b) Rukun negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada serta perlembagaan, membentuk kedaulatan kesusilaan. undang-undang

masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan

Rukun Negara Merupakan Satu Dokrin Untuk Mencapai Perpaduan Kaum Untuk Kemakmuran Negara. a) Rukun negara juga menjadi pendoman kepada seluruhrakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat.

b) melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

Objektif Penggubalan Rukun Negara- Rukun negara telah digubal untuk melahirkanmasyarakat Malaysia yang madani yang demokratik, sainstifik, dan progresif serta bersatu padu dan bersifat terbuka dan pelbagai cara hidup. a) Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat b) Memelihara cara hidup yang demokratik c) Mencipta masyarakat yang adil supaya kemakmuran dapat dikecapi bersama d) Membentuk satu liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya e) Membina masyarakat yang progresif dan menggunakan sains dan teknologi

FAKTOR-FAKTOR PENGGUBALAN RUKUN NEGARA

Rusuhan Kaum Pada 13 Mei a) perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkandalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan

mempertahankan kebebasan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. b) Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanan politik yang stabil.

`

Meningkatkan kefahaman rakyat mengenai perlembagaan negara a) merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957 b) Perlembagaan Negara telah mengandungi 183 perkara,

iaitu undang-undang tertinggi di Malaysia. Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat c) undang-undang yang digubal tersebut adalah saksama dan adil tanpa mengira agama dan bangsa.

Jurang Masyarakat Yang Berbezaa) Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu, Pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza telah mengurangkan interaksi antara tiga kaum di Tanah Melayu . b) Kebanyakkan orang Melayu tinggal di luar bandar dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di bandar yang bekerja sebagai seorang peniaga atau pelombong biji timah, manakala orang India pula tinggal di kawasan ladang dan bekerja sebagai buruh.

`

Pendudukan Jepun Anti Pro-cina Dan Melayu a) pihak Jepun telah mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan orang Cina terhadap orang Melayu. b) mula mempunyai prasangka yang menyebabkan

kemudian mereka mengambil kesempatan untuk membalas dendam c) kebanyakkan orang Cina pada masa itu merupakan anggota Parti Komunis manakala orang Melayu pula menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada tahun 1948-1960

`

Struktur Masyarakat Majmuk Di Malaysiaa) Majlis Gerakan Negara (Mageran) menjalankan tugas dan meneliti isu-isu yang menyebabkan berlakukan pertumpahan darah pada 13 Mei, majlis telah mendapati bahawa masalah yang paling ketara ialah struktur masyarakat yang majumuk di Malaysia. b) Masyarakat Malaysia telah terbahagi atas perbezaan agama, bangsa, dan negara. perpaduan yang harus dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan antara kaum, malah turut harus melibatkan penyatuan ekonomi dan sosial.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUBALAN RUKUN NEGARA

o

Kepercayaan Kepada Tuhana) Prinsip ini menekankan perlunya seseorang itu mempunyai

ikatan keagamaan, nilai keagamaan yang dianuti adalah untuk memandu fikiran, perbuatan dan pertuturan manusia supaya ianya selamat dan bermanfaat untuk orang lain. b) berpegang kepada ajaran boleh membantu seseorang daripada digodai nafsu dan menggelapkan diri daripada dosa sehingga terjebak kepada tingkahlaku yang menyeleweng. c) ikatan agama, manusia mengetahui erti dosa dan pahala, bertimbangrasa dan bersyukur dan hidup dan suasana harmoni.

o

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

a) Bertujuan memupuk rasa sayang dan cinta kepada negaradi samping menghormati raja yang menjadi lambang kedaulatan dan tumpah setia. b) Dengan asuhan setiap individu yang menjadi rakyat bertanggungjawab, patriotik, dan sanggup berkorban untuk negara. - Sifat bertanggungjawab - Patriotik dan berkorban - menyumbang kepada negara

o

Keluhuran PerlembagaanPerlembagaan merupakan sumber perundangan yang tertinggi. Luhur bermaksud tinggi dan mulia, dan ianya hendaklah dipatuhi dan dihormati - Kedudukan raja-raja - Kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera dalam pembangunan sosioekonomi terjamin - Bahasa melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan

o

- Agama islam sebagai agama rasmi negara - Hak asasi rakyat terjamin - Penetapan kerakyatan - Peraturan pentadbiran/pemerintah termasuk agihan kuasa diantara kerajaan negeri dan kerajaan pusat B ) Kepentingan prinsip ini dapat dilihat daripada sejarah penggubalan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan merupakan kontrak sosial antara semua kaum yang berpeluang terhadap penggubalanya.

o

Kedaulatan Undang-Undanga) Merupakan mekanisma untuk menjamin ketenteraman sosial dan mengawal tingka laku anggota masyarakat. b) Daulat bermakna mulia dan berkuasa, jadinya kedudukan yang tinggi tidak boleh dipersendakan. Kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan untuk menjamin fungsinya untuk melindungi rakyat c) Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undan serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Undang-undang juga dikawal oleh institusi kehakiman yang bebas dab berwibawa

o

Kesopanan dan Kesusilaana) Melahirkan masyarakat yang bersopan dan bersahsiah mulia, bermaruah, bertatatertib dan bertatasusila, selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan. b) Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. c) Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

KESIMPULAN HASIL PENGGUBALAN RUKUN NEGARA

Kelahiran Rukun negara tidak menempuh perjalanan yang begitu panjang, namun begitu, rukun negara dihasil berlatarbelakangkan sejarah yang begitu panjang.

Tempoh setahun diambil untuk digubal namun Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjadi pendorong utaman

penggubalan rukun negara dimana ianya berhubungkait dengan dimensi sejarah yang begitu meluas dan jauh kebelakang.

Perpaduan kaum adalah merupakan matlamat ataupun elemen utama yang mahu dicapai oleh semua kaum danpenggubalan rukun negara menjadi satu titik permulaan kearah pencapaian perpaduan diantara semua kaum di Malaysia.

Rukun negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

Beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini.

Tindakan

seperti

mempertikaikan

kuasa

Raja-Raja

Melayu;

kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan.