konstruktisme

4

Click here to load reader

description

m

Transcript of konstruktisme

Page 1: konstruktisme

Bandingkan pembelajaran secara konstruktisme dengan pembelajaran secara tradisional.

PEMBELAJARAN SECARA

KONSTRUKTISME

PEMBELAJARAN SECARA

TRADISIONAL

Kemahiran

Berfikir

Dalam proses membina pengetahuan

baru, murid akan berfikir untuk

menyelesaikan masalah, menjana idea,

dan membuat keputusan yang

bijak dalam menghadapi pelbagai

kemungkinan dan cabaran. Sebagai

contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti

penyelidikan dan penyiasatan

seperti mengenal pasti masalah,

mengumpul maklumat, memproses

data,

membuat interpretasi dan membuat

kesimpulan.

Kefahaman Kefahaman murid tentang sesuatu

konsep dan idea lebih jelas apabila

mereka terlibat secara langsung dalam

pembinaan pengetahuan baru.

Seorang murid yang memahami apa

yang dipelajari akan dapat

mengaplikasikan pengetahuan yang

baru dalam kehidupan dan situasi

baru.

Ingatan Setelah memahami sesuatu konsep,

murid akan dapat mengingati lebih

lama konsep tersebut kerana mereka

terlibat secara aktif dalam

mengaitkan pengetahuan yang diterima

dengan pengetahuan sedia ada

untuk membina pengetahuan baru.

Keyakinan Murid yang belajar secara

konstruktivisme diberi peluang untuk

membina

Page 2: konstruktisme

sendiri kefahaman mereka tentang

sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih

yakin kepada diri sendiri dan berani

menghadapi dan menyelesaikan

masalah dalam situasi baru.

Kemahiran

sosial

Murid yang berkemahiran sosial boleh

bekerjasama dengan orang lain

dalam menghadapi sebarang cabaran

dan masalah. Kemahiran sosial ini

diperoleh apabila murid berinteraksi

dengan rakan-rakan dan guru dalam

membina pengetahuan mereka.

Seronok - Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri

pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih

faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat

walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

Page 3: konstruktisme

Merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran dengan mengambil kira tiga prinsip teori

pelaziman klasik (Pavlov)

- Generalisasi

- Diskriminasi

- Penghapusan