KPD6044 - FairuzSyazwani - Tugasan 1

20
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AMALAN & KAJIAN DALAM PEMBENTUKAN KOPERATIF KPD6044 TUGASAN 1 DISEDIAKAN OLEH: FAIRUZ SYAZWANI BINTI BADIOZE ZAMAN M20131001196 0

description

Pengenalan Pembelajaran Koperatif dan Amalannya

Transcript of KPD6044 - FairuzSyazwani - Tugasan 1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

AMALAN & KAJIAN DALAM PEMBENTUKAN KOPERATIFKPD6044

TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH:FAIRUZ SYAZWANI BINTI BADIOZE ZAMANM20131001196

DISEDIAKAN UNTUK:PROFESOR MADYA DR. QISMULLAH YUSUFISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT1.0 Pengenalan22.0 Aspek-Aspek Pembelajaran Koperatif33.0 Rancang Dan Pelan Aktiviti Yang Menyokong8 Pembelajaran Koperatif4.0 Bagaimana Menilai Persembahan Pelajar Dalam 9Pembelajaran Koperatif5.0 Halangan-Halangan Pengaplikasian 10Pembelajaran Koperatif6.0 Rujukan117.0 Lampiran13

1.0 PengenalanPada masa kini pendidikan menjadi satu perkara asas yang harus dimiliki oleh semua orang bagi memenuhi tuntutan duniawi dan akhirat. Oleh itu, manusia akan sentiasa berlumba-lumba bagi mendapatkan nama, kedudukan, kemewahan dan kesenangan. Jika dulu bagi sesiapa yang tidak mampu bertahan akhirnya akan tertinggal di belakang manakala yang bertahan akan teruskan persaingan justeru terus maju dan mara dalam kehidupan.

Namun, kini berjalan seiring, maju bersama, mara ke hadapan amatlah digalakkan agar setiap manusia bersama-sama dalam menempuh kejayaan dan memastikan tiada yang ketinggalan. Sehubungan itu, bagaimanakah caranya agar memastikan manusia dapat sama-sama berjaya dan mara ke hadapan beriringan. Pendidikan lah yang perlu menjadi tapak utama kepada keberhasilan yang diinginkan. Sehubungan itu, koperatif amatlah digalakkan terutama bagi kanak-kanak yang akan jauh ketinggalan dalam mata pelajarannya. Melalui koperatif, mereka bakal belajar bersama-sama tanpa ada yang ketinggalan atau ke terbawah.

Pembelajaran koperatif adalah satu teknik yang amat bagus diguna pakai pada masa kini. Hal ini adalah kerana bekerjasama dalam satu kumpulan kecil akan mendapat penglibatan dari semua ahli kumpulan termasuklah tiada yang bakal ketinggalan. Menurut Slavin (1982), di dalam Mohd Fadzli Ali, Normah Binti Salleh, Juhazren Junaidi (t.t), pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan pelajar daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Terdapat beberapa aspek-aspek penting yang terdapat di dalam pembelajaran koperatif bagi memastikan keefektifannya berjalan lancar.

2.0 Aspek-aspek Pembelajaran KoperatifPada tahun 1994, Johnson & Johnson telah memperkenalkan 5 aspek utama di dalam pembelajaran koperatif yang mana ianya adalah penting untuk kumpulan pembelajaran yang berkesan, pencapaian, dan aras tinggi sosial, peribadi dan kemahiran kognitif (contohnya, penyelesaian masalah, penaakulan, membuat keputusan, merancang, menyusun, dan mencerminkan). Kelima aspek tersebut adalah 1) Positive Interdependence, 2) Individual Accountability, 3) Face-to-face Interaction, 4) Social Skills dan 5) Processing Skills.

2.1 Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Yang Positif)Di dalam aspek yang pertama ini, dikatakan setiap murid-murid mempercayai bahawa mereka adalah saling memerlukan di antara satu sama lain. Murid-murid tidak akan boleh berjaya sepenuhnya jika salah seorang daripada mereka tidak berjaya. Kepercayaan ini adalah penting dalam pembentukan sebuah kumpulan yang mantap.

Apabila keadaan yang disusun agar pencapaian matlamat individu secara positif, individu merasa bahawa mereka dapat mencapai matlamat mereka jika dan hanya jika ahli yang lain turut mencapai matlamat mereka (Johnson & Johnson, 2006). Tujuan mereka saling kebergantungan antara satu sama lain adalah memastikan matlamat dapat dicapai secara bersama, mendapat ganjaran bersama, perkongsian maklumat secara bersama dan setiap mereka dapat memainkan peranan masing-masing. Johnson & Johnson (2006) turut membahagikan positive interdependence kepada 9 perkara untuk menjayakan positive interdependence sepenuhnya iaitu:

2.1.1 Product goal interdependenceSetiap individu merasakan mereka boleh mencapai mencapai hanya jika rakan-rakan yang lain mencapai matlamat yang sama. Setiap murid-murid mempunyai matlamat yang sama dan bekerja keras untuk menjayakannya.

2.1.2 Reward InterdependenceMeraikan kejayaan secara bersama. Setiap murid-murid akan diberikan ganjaran bersama-sama atas kejayaan setiap ahlinya.

2.1.3 Resource InterdependenceWujud apabila individu masing-masing mempunyai sumber-sumber tertentu yang diperlukan bagi kumpulan secara keseluruhan untuk berjaya. Contohnya setiap salah seorang ahli mempunyai satu kalkulator, satu kamus dan sebagainya. Dengan cara ini secara tidak langsung mereka akan saling bergantungan antara satu sama lain.

2.1.4 Role interdependenceWujud apabila peranan khusus diberikan kepada ahli pasukan (Cth:, perakam, penjaga masa, penulis laporan dan pembentang) ketika membuat tugasan tertentu. Peranan-peranan ini adalah perlu agar pasukan berfungsi. Selain itu, peranan ini juga boleh bertukar-tukar secara teratur agar setiap ahli turut dapat merasakan peranan dan tanggungjawab yang sama.

2.1.5 Task or sequence interdependenceBerlaku apabila seorang ahli kumpulan harus terlebih dahulu menyelesaikan tugas beliau sebelum tugas seterusnya dapat selesai. Sebagai contoh, mengumpul sampel air mungkin diberikan kepada dua anggota kumpulan, manakala kajian tentang bagaimana untuk mengumpul sampel adalah dilakukan oleh dua ahli kumpulan yang lain.

2.1.6 Identify InterdependenceAhli kumpulan mewujudkan satu identiti bagi kumpulan mereka bagi menyemarakkan semangat pasukan seperti nama kumpulan, bendera, moto atau pun lagu.

2.1.7 Environmental InterdependencePelajar terikat dengan persekitaran fizikal di mana mereka bekerja. Oleh itu, guru perlu mencari persekitaran yang menyatukan pelajar. Contohnya setiap ahli duduk di tempat yang sama setiap hari dan akan wujudnya satu ruangan mereka sendiri.

2.1.8 Fantasy InterdependenceTugas yang diberikan yang memerlukan ahli untuk membayangkan bahawa mereka berada dalam keadaan hidup atau mati dan harus bekerjasama untuk terus bertahan.

2.1.9 Outside Enemy InterdependenceKumpulan diletakkan dalam persaingan antara satu sama lain. Ahli kumpulan kemudian merasa saling bergantung kerana mereka berusaha untuk mengalahkan kumpulan lain untuk menang.

2.2 Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)Telah difahami bahawa setiap ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai matlamat untuk berjaya. Namun begitu, walaupun segala tugasan adalah dilakukan secara berkumpulan tetapi setiap individu juga adalah bertanggungjawab terhadap pencapaian masing-masing. Oleh itu, guru boleh membuat penilaian berdasarkan individu, yang mana penilaian mungkin akan dibuat melalui penglibatan dalam kumpulan, tahap kerjasama dan pelaksanaan tanggungjawab. Tujuannya adalah untuk melihat murid tersebut juga boleh kuat sebagai seorang individu.

Sejauh mana mereka berkemampuan secara individu, sudah pasti mereka dapat sama membantu ahli dalam kumpulan setanding dengan mereka. Menurut Slavin (1993) di dalam di dalam bukunya sendiri Cooperative Learning, perkara yang mustahak dalam individual accountability adalah insentif oleh murid sendiri untuk saling membantu dan menggalakkan ahli yang lain untuk berusaha mencapai matlamat mereka bersama. Jelas di sini menunjukkan keutuhan pembelajaran koperatif dalam memastikan setiap individu berjaya.

Hal ini adalah berbeza dengan pembelajaran secara tradisional yang mana dapat dilihat apabila tugasan diberikan hanya beberapa ahli sahaja yang melakukan tugasan manakala yang lain tidak membantu (https://sites.google.com/a/pdst.ie/cooperative-learning/5-basic-elements/accountability).

2.3 Face-to-face Interaction (Interaksi Bersemuka)Mengikut Mahmudin (2009), interaksi bersemuka adalah memberi kesempatan kepada murid-murid secara individu untuk saling bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah, mewujudkan rasa hormat, perhatian dan dorongan antara satu sama lain sehingga mereka rasa termotivasi untuk terus bekerja keras untuk berjaya.

Interaksi bersemuka akan berlaku apabila setiap ahli saling berkongsi sumber maklumat yang dapat sama-sama membantu, memberi dorongan saling memuji antara satu sama lain agar dapat meningkatkan perpaduan dan integriti sesama mereka. Selain itu, elemen ini menunjukkan kepentingan perpaduan sesama manusia, mengurangkan rasa penting diri dan anti-sosial di kalangan masyarakat kini. Tambahan pada masa kini sememangnya suasana kerja, kediaman, fasiliti kesemuanya sudah berunsurkan privasi.

Di dalam Foundation The Coalition (t.t) menyatakan walaupun interaksi bersemuka adalah satu elemen penting dalam pembelajaran koperatif, saling bergantung juga tidak dapat menghasilkan tingkat dan intesiti yang baik dalam pembelajaran koperatif. Setiap ahli perlu setkan minda bahawa kejayaan pasukan adalah bergantung pada sumbangan setiap ahlinya. Oleh itu, mereka perlu berfikir dengan adanya interaksi bersemuka secara berterusan dapat memastikan kejayaan.

2.4Social Skills (Kemahiran Sosial)Bagi menjayakan koperatif dalam sesebuah kumpulan perlulah disokongi dengan kemahiran bersosial yang baik. Tanpa kemahiran sosial, matlamat untuk berjaya dikira gagal kerana koperatif bukan sahaja memerlukan eleman interaksi bersemuka malahan perlu dengan kemahiran sosial yang baik. Menurut Johnson & Johnson (2006), menempatkan individu yang tidak mempunyai kemahiran sosial di dalam satu kumpulan berkenaan koperatif adalah terang-terangan gagal.

2.4 Group Processing Skills (Kemahiran Kerja Berkelompok)Kemahiran kerja berkelompok wujud apabila ahli kumpulan memikirkan bagaimana mereka dapat mencapai matlamat dan mengekalkan hubungan kerja yang efektif membuat penyesuaian dengan sewajarnya. Kerja berkumpulan yang berkesan dipengaruhi oleh sama ada atau tidak kumpulan secara berkala merefleksikan bagaimana mereka berfungsi dan merancang bagaimana untuk memperbaiki proses kerja mereka (Johnson & Johnson, 2006).

3.0 Rancang Dan Pelan Aktiviti Yang Menyokong Pembelajaran KoperatifMemandangkan saya bukanlah seorang guru dan merupakan seorang Eksekutif Unit Sumber Manusia, saya telah menjalankan satu kursus berkenaan Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Laporan Berkualiti. Telah menjadi tanggungjawab saya menyediakan latihan kepada kakitangan bagi meningkatkan kemajuan kakitangan dalam mencapai mutu dan kualiti kerja.

Oleh itu, kursus telah dijalankan selama dua hari berturut-turut yang melibatkan peringkat Pembantu Eksekutif sehinggalah kepada Pengurus. Kebanyakan kakitangan adalah daripada Unit Penilaian Kredit yang melakukan aktiviti pinjaman dan bantuan kewangan kepada orang awam, Unit Kawalan Kredit, Unit Pentadbiran dan Pengurusan dan Unit Hal Ehwal Korporat. Kesemua unit ini adalah saling bergantungan kerana setiap penglibatan kerja adalah bersangkut-paut.

Sepanjang masa PdP dijalankan mereka diaturkan duduk secara individu bagi memahami pengajaran yang diberi oleh tenaga pengajar. Selain itu, kakitangan bebas untuk bersoal jawab bersama tenaga pengajar dan saling bertukar pandangan dan pendapat agar memastikan mereka benar-benar memahami dan menerima pembelajaran yang diberikan.

Bagi menjalankan sesi latihan, saya telah membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil iaitu seramai 4 orang setiap kumpulan yang mana mereka bebas untuk memilih ahli kumpulan sendiri. Tugasan yang diberikan adalah mereka perlu menulis satu surat rasmi dan laporan yang berkualiti mengikut format yang telah diajari. Setiap kumpulan perlu membuat pembentangan kepada semua ahli di dalam kelas bagi bersama-sama mengenal pasti sebarang kesilapan dan kesalahan dari segi format, tatabahasa, kesantunan bahasa dan sebagainya.

4.0 Bagaimana Menilai Persembahan Pelajar Dalam Pembelajaran KoperatifSebagai seorang Eksekutif Sumber Manusia dan juga pemerhati bagi latihan yang dibekalkan, saya telah menilai setiap kakitangan berdasarkan pemahaman dan kerjasama antara kakitangan. Bagi kursus ini, penilaian dibuat berdasarkan pembentangan setiap ahli kumpulan dan juga hasil perbincangan serta mutu persembahan yang dibuat. Mereka akan menjelaskan berkenaan format dan laras bahasa yang bersesuaian dengan situasi surat. Wakil bagi ahli kumpulan akan memberi penerangan manakala ahli yang lain akan menyokong rasional surat tersebut berdasarkan pembentangan oleh wakil.

Semasa pembentangan dijalankan, guru telah membuka peluang kepada satu kelas untuk memberi komen, pendapat dan mengenal pasti sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa dan laras bahasa yang tidak bersesuaian. Ketika ini jelas kelihatan berlaku situasi pembelajaran koperatif apabila kesemua ahli melibatkan diri dalam sesi perbincangan. Setiap ahli dapat menerima komen dan pandangan oleh ahli lain, manakala ahli-ahli yang lain juga bersama-sama berbincang bagi membetulkan kesalahan semasa pembentangan. Hal ini adalah bersesuaian seperti yang dikatakan oleh Lie (2004) dalam Rawangchan (2012) iaitu struktur pembelajaran koperatif yang berkesan dapat memastikan pelajar-pelajar aktif terlibat dalam menstrukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama memberi semangat antara satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran masing-masing.

Selain itu, mereka juga telah membuat pembetulan terhadap tugasan-tugasan yang telah diberikan lantas berkongsi maklumat secara beramai-ramai melalui kemudahan e-mel. Dimaklumkan setiap tugasan adalah berbeza-beza situasi suratnya, maka pembetulan yang telah dibuat kini menjadi bahan rujukan kakitangan dalam penulisan surat rasmi terutama surat tersebut melibatkan orang-orang kenamaan dan orang penting kerajaan negeri.

5.0 Halangan-Halangan Pengaplikasian Pembelajaran KoperatifMelalui hasil pembentangan dan kerjasama yang ditunjukkan, ternyata setiap kakitangan dapat memberi efek yang baik semasa semasa mempersembahkan kefahaman dan penerimaan mereka terhadap ilmu yang diberi oleh tenaga pengajar. Namun begitu, pada pendapat saya pembelajaran koperatif sebenarnya lebih sesuai dilaksanakan dalam suasana persekolahan yang mana setiap ahli adalah terdiri daripada kanak-kanak yang masih mudah dibentuk dan dilentur. Bagi saya yang menjalankan kaedah pembelajaran koperatif bersama-sama dengan rakan sekerja adalah sedikit sukar. Hal ini adalah kerana faktor usia di antara rakan sekerja menyukarkan pembelajaran kerana di dalam usia mereka, mengikuti semula sesi pembelajaran seperti di sekolah adalah amat sukar dan membosankan. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar memberikan fokus terhadap pembelajaran yang disampaikan.

Faktor yang kedua pula, kengkangan pangkat di antara ahli kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membuat satu penulisan surat rasmi dan laporan. Namun begitu didapati bagi kakitangan yang berperingkat pengurusan kanan lebih senang memberi arahan semata kepada kakitangan bawahan. Telah kelihatan kurangnya kerjasama secara bersama yang mana elemen individual accountability tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam program ini.

Kecanggihan teknologi kini walaupun banyak manfaat positif yang dapat diberi namun gagal dalam mendidik etika dan peradaban manusia. Semasa PdP dijalankan terdapat beberapa orang kakitangan yang tidak memberi fokus kepada ceramah dan lebih memberi tumpuan kepada telefon pintar masing-masing. Mereka lebih gemar melayani social networking dan memberi tumpuan terhadap sesi bergambar bersama-sama yang mana fenomena selfie kini sedang berleluasa.

Oleh yang demikian, saya merasakan pengaplikasian pembelajaran koperatif bagi kumpulan kerja adalah tidak berjaya. Koperatif gagal diterapkan ke dalam diri mereka sepenuhnya, tetapi pada pendapat saya untuk menjayakan koperatif di kalangan kumpulan kerja memerlukan jangka masa yang panjang dan sudah pastinya perlu menggunakan teknik-teknik PdP yang terbaik bagi menarik perhatian mereka.

6.0 Bibliografi

Azizi Yahaya & Intan Sapinas Bahuri. (t.t). Pembelajaran Koperatif. Universiti Teknologi Malaysia.

Cooperative Learning. (t.t). Diakses pada September 30, 2014, daripada https://sites.google.com/a/pdst.ie/cooperative-learning/5-basic-elements

Hennessey, A & Dionigi, R.A. (2013). Implementing cooperative learning in Australian primary schools: Generalist teachers perspectives. Issues in Educational Research, 23(1). Diakses pada Oktober 15, 2014 daripada http://www.iier.org.au/iier23/hennessey.pdfJohnson, D.W & Johnson, F.P. (2006). Joining Together Group theory And Group Skills. Boston: Pearson Education Inc.

Mimi Mohaffyza binti Mohamad, Md.Nazaruddin b. Sarji & Masitah binti Misman. (t.t). Strategi Pengajaran Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Rekabentuk Dan Penghasilan Projek (Matapelajaran Kemahiran Hidup). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Muhammad Faiq. (2012). Model Pembelajaran Kooperatif : Ketergantungan Positif. Diakses pada September 30, 2014, daripada http://penelitiantindakankelas.blogspot.com/2012/05/model-pembelajaran-kooperatif.html

Positive Interdependence, Individual Accountability, Promotive Interaction: Slavin, R.E. (1995). Cooperative Learning. Massachusetts: Allyn and Bacon.Three Pillars of Cooperative Learning. (t.t). Diakses pada September 30, 2014, daripada https://www.uwstout.edu/soe/profdev/resources/upload/acl_piiapi.pdf

Rawangchan. (2012). Pembelajaran koperatif dalam matematik. Diakses pada Oktober 15, 2014, daripada http://rawangchan.blogspot.com/2012/04/amazing-lecture.html

7.0Lampiran

Kakitangan YBUDR dan YBUH yang menyertai Kursus Penulisan Surat dan Laporan Berkualiti. Tarikh 20 & 21 Oktober 2014 bertempat di Hotel Seri Malaysia, IpohLDK : Pembentangan kumpulan Format dan penggunaan tatabahasa yang sesuaiLDK : Pembentangan kumpulan Format dan penggunaan tatabahasa yang sesuaiLDK : Aktiviti kumpulan Tugasan penulisan surat rasmi Sesi Pengenalan dan Taklimat Tatabahasa oleh Tuan Mohd Jamil Mat Said

0