Krb 3013

29
KRB 3013 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN UNIT 5 Extensive reading (Membaca secara ekstensif) 1

description

mengajar membaca

Transcript of Krb 3013

Page 1: Krb 3013

KRB 3013 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

UNIT 5 Extensive reading

(Membaca secara ekstensif)

1

Page 2: Krb 3013

W e l e a d

EXTENSIVE READING

• Membaca sebanyak mungkin• Dalam keadaan relaks dan santai.• Tujuan memahami bahan bacaan.

Apa?• Belajar membaca dengan sebenarnya

membaca, bukannya melalui latihan (seperti Matematik dsbnya)

• Bertentangan dengan intensive readingAsas

2

Page 3: Krb 3013

W e l e a dEXTENSIVE READING

Extensive reading

Membaca sebanyak mungkin buku, artikel dsb

Kerana minat, hobi – kefahaman

asas tentang bahan bacaan

Buku cerita, novel, surat khabar,

majalah

Intensive reading

Membaca dengan konsentrasi

Untuk memahami teks bacaan

Bacaan akademik, perniagaan,

guaman

3

Page 4: Krb 3013

W e l e a d

CONTOH PROGRAM EXTENSIVE READING

Yemen: Readers Interview

Fiji: Book Flood

Malaysia: Projek NILAM….?

4

Page 5: Krb 3013

W e l e a dCIRI-CIRI EXTENSIVE READING

(1) Murid membaca sebanyak mungkin bahan

(2) Pelbagai bahan,

pelbagai topik

(3) Murid pilih bahan

bacaan sendiri

(4) Ikut minat, hobi,

maklumat, utk

kefahaman asas

(5) Tiada aktiviti latihan susulan

Day & Bamford (1998)

5

Page 6: Krb 3013

W e l e a d

CIRI-CIRI EXTENSIVE READING…samb

6. Bahan ikut aras pembacaan murid– Kamus jarang digunakan kerana akan merencatkan

kelajuan pembacaan

7. Bacaan secara individu dan senyap– Murid pilih lokasi– Ikut kelajuan murid

8. Kelajuan bacaan tinggi sebab bahan mudah difahami

6

Page 7: Krb 3013

W e l e a d

CIRI-CIRI EXTENSIVE READING…samb

9. Tugas guru– Bantu capai objektif program extensive reading– Terangkan kaedah perlaksanaan– Simpan rekod bacaan murid

10. Guru sebagai role model– Aktif membantu murid– Tunjukkan kaedah membaca secara ekstensif yang

betul

7

Page 8: Krb 3013

W e l e a dMEREKOD BACAAN

8

Tajuk Tarikh pinjam Tarikh pulang Bil m/s Komen

Arnab dan Kura-kura

2/4/2013 5/4/2013 14 Menarik, banyak

pengajaranAladdin dan

Tukang Kasut12/4/2013 13/4/2013 12 Gambar

menarik tapi susah sikit nak faham

Nama: Alieya Hani binti Ahmad Zamri No Ruj: 1234 Kelas: 2 Mimosa Pudica

Page 9: Krb 3013

W e l e a d

KEPENTINGAN EXTENSIVE READING

1.Boleh membantu penguasaan bahasa dengan syarat:

Pendedahan yang mencukupi terhadap aras bahasa yang digunakan

Bahan-bahan yang dibaca menarikPersekitaran bacaan yang relaks dan tidak

tegang (tension)

9

Page 10: Krb 3013

W e l e a d

KEPENTINGAN EXTENSIVE READING

2.Boleh meningkatkan pendedahan terhadap kemahiran bahasa yang lain

Kemahiran membaca membawa kepada kemahiran menulis dan kemahiran berkomunikasi

3. Meningkatkan perbendaharaan kata Kajian menunjukkan hanya sebahagian kecil

perbendaharaan kata dipelajari secara langsung semasa pengajaran. Selebihnya dikuasai secara melalui pembacaan secara tidak langsung.

10

Page 11: Krb 3013

W e l e a d

KEPENTINGAN EXTENSIVE READING

4.Memotivasikan murid untuk membacaTerutamanya bila buku cerita tempatan (Arnab &

Kura-kura, Sang Kancil, dsbnya)5. Mengukuhkan penguasaan bahasa yang dipelajari

di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung semasa murid cuba

memahami bahan bacaan6. Membantu memahami teks panjangKebanyakan bahan bacaan intensif di dalam kelas

merupakan teks pendek11

Page 12: Krb 3013

W e l e a d

KEPENTINGAN EXTENSIVE READING

7.Membantu proses pertindanan teks (textual redundancy)• Kajian bidang psikologi kognitif menunjukkan bacaan

perlahan dalam intensive reading boleh menyebabkan kurang kefahaman.

• Ini kerana terdapat banyak maklumat dalam bentuk visual yang tidak dapat diproses oleh otak kerana bacaan perlahan.

• Kesan: Maklumat yang tidak dapat diproses akan hilang dan kefahaman berkurang.

• Melalui bacaan pantas, berlaku pertindanan teks dalam bahan bacaan yang merupakan satu proses penting untuk kefahaman.

12

Page 13: Krb 3013

W e l e a d

KEPENTINGAN EXTENSIVE READING

8.Membantu perkembangan kemahiran membuat jangkaan• Constructivist: Pengetahuan baru diperolehi dengan

menjangkakan makna teks menggunakan platform skema sedia ada dalam minda pembaca.

• Semasa membaca, skema ini akan diaktifkan untuk menyahkod (decode) mesej dalam teks menjadi makna.

• Murid membuat jangkaan, membuat hipotesis, mengorganisasi semula dan memahami semula maklumat semasa membaca.

13

Page 14: Krb 3013

W e l e a d

PANDUAN MENGADAKAN PROGRAM ER

1. Maksimumkan penglibatan murid• Selain daripada membaca, murid juga

dilibatkan dengan pengurusan program ER• Contoh: murid-murid sendiri mengumpulkan

dan mempamerkan buku-buku yang boleh dibaca semasa sessi ER. Murid sendiri merekod bacaan mereka.

• Penglibatan murid dapat meningkatkan semangat kepunyaan (ownership) terhadap program tersebut.

14

Page 15: Krb 3013

W e l e a d

PANDUAN MENGADAKAN PROGRAM ER

2. Adakan perbincangan guru-murid• Mengenai bahan yang dibaca oleh murid.• Dapat membantu murid memahami membaca

sebagai sesuatu yang aktiviti yang menyeronokkan.

• Dapat membantu guru memantau keberkesanan program dan mengambil tindakan intervensi.

15

Page 16: Krb 3013

W e l e a d

PANDUAN MENGADAKAN PROGRAM ER

3. Guru membaca secara kuat (teknik read aloud)• Sebutan guru dapat menjadi motivasi kepada

murid untuk membaca (kajian di Yemen).• Terutama semasa fasa awal membaca.• Ingat* murid membaca secara senyap4. Persembahan murid• Persembahan ringkas tentang apa yang dibaca • Galakkan komen dalam kalangan murid sendiri• Guru membantu menanyakan soalan yang

menggalakkan perkongsian maklumat.16

Page 17: Krb 3013

W e l e a d

PANDUAN MENGADAKAN PROGRAM ER

5. Murid menulis tentang bahan yang dibaca• Contoh: (1)Apa yang murid suka tentang bahan

bacaan, (2)mencatat perbendaharaan kata yang baharu, (3)membuat ringkasan.

6. Elakkan menggunakan ujian untuk mentaksir• Elakkan stress, tingkatkan keseronokan.• Guru mentaksir melalui pemerhatian, soal

jawab lisan.• Pembacaan di luar bilik darjah dikawal

sepenuhnya oleh murid.17

Page 18: Krb 3013

W e l e a d

PANDUAN MENGADAKAN PROGRAM ER

7. Elakkan penggunaan kamus yang berlebihan• Penggunaan kamus – semasa pembacaan

intensif semasa P & P.• Penggunaan kamus semasa ER akan

menyebabkan fokus murid tertumpu kepada bahasa, dan bukannya mesej yang terkandung di sebalik bahan bacaan.

• Ini akan menyebabkan bacaan yang tersekat-sekat dan kurang efisien.

• Nota* ER biasanya untuk pemb bahasa kedua18

Page 19: Krb 3013

W e l e a d

PANDUAN MENGADAKAN PROGRAM ER

8. Pantau pembacaan murid• Pemantauan terhadap (1) pembacaan murid

dan juga (2) pengurusan program ER.• Contoh: sistem fail untuk merekodkan apa yang

dibaca dan tarikh buku-buku dipinjam dan dipulangkan.

• Maklumat digunakan untuk melihat masalah yang dihadapi murid dan mengemaskini bahan bacaan.

19

Page 20: Krb 3013

W e l e a d

PANDUAN MENGADAKAN PROGRAM ER

9. Kekalkan minat murid terhadap program• Aspek yang paling penting.• Guru perlu mempromosi program ER dan bahan

bacaan. Contoh: Ceritakan tentang buku-buku yang menarik, bawa murid ke perpustakaan, dsb.

• Jemput murid yang telah pandai membaca untuk bercerita di kelas awal membaca.

20

Page 21: Krb 3013

W e l e a dPEMILIHAN BAHAN BACAAN

• Murid perlu:• Membaca buku dan bukannya melihat kulit,

ilustrasi atau scan & scheme.• Pilih bahan yang menarik untuk dibaca.

Sekiranya bahan yang dipilih sukar dan membosankan, berhenti dan pilih bahan lain.

• Pilih bahan yang boleh dibaca tanpa perlu menggunakan kamus

• Pilih bahan yang boleh difahami dari ‘kulit ke kulit’

21

Page 22: Krb 3013

W e l e a dPEMILIHAN BAHAN BACAAN

• Guru perlu:• Mencadangkan buku-buku yang sesuai untuk

dibaca terutamanya dengan mengambilkira perbezaan tahap membaca dalam kalangan murid-murid.

• Satu kaedah yang oleh digunakan ialah dengan merujuk kepada buku beraras (graded books).

• Buku beraras akan dibincangkan di bahagian akhir pengajaran ini.

22

Page 23: Krb 3013

W e l e a dBILANGAN BUKU

Bilangan buku yang diperlukan:• Bil kelas ER X bil murid dlm kelas X bil buku yang

perlu untuk dibaca oleh seorang muridContoh: 4 X 30 X 3 = 360 + set untuk buku

= 400 – 500 buku• Berkongsi buku? Seboleh-bolehnya tidak

digalakkan untuk mengelakkan kehilangan minat terhadap bahan bacaan. Perkongsian buku yang minima dibenarkan.

23

Page 24: Krb 3013

W e l e a dBUKU BERARAS (GRADED BOOKS)

• Murid mempunyai tahap pembacaan yang berbeza-beza.

• Oleh itu, murid-murid memerlukan bahan bacaan yang berbeza.

• Buku beraras merujuk kepada buku yang ditulis berasaskan kepada kebolehan murid untuk membaca.

• Buku beraras mempunyai panjang berbeza mengikut kebolehan murid.

24

Page 25: Krb 3013

W e l e a dBUKU BERARAS (GRADED BOOKS)

• Kegunaan: (1) untuk pengajaran di dalam kelas, terutamanya pengajaran bersemuka dengan murid (one-to-one). (2) murid boleh membaca secara bersendiri di luar bilik darjah tanpa bantuan– sesuai dengan ciri-ciri ER.

• Contoh penerbit: Panguin Readers (Pearson) dan Macmillian Guided readers.

• Nota* Sehingga kini masih belum ada buku penerbitan buku beraras dalam Bahasa Malaysia.

25

Page 26: Krb 3013

W e l e a dBUKU BERARAS (GRADED BOOKS)

26

Page 27: Krb 3013

W e l e a dBUKU BERARAS (GRADED BOOKS)

27

Page 28: Krb 3013

W e l e a dKESIMPULAN

• Extensive reading merupakan sebahagian daripada kaedah untuk meningkatkan penguasaan membaca.

• Asasnya ialah murid meningkatkan penguasaan membaca dengan cara membaca secara santai dan cuba memahami mesej yang terkandung dalam bahan bacaan.

• Kerjasama guru dan murid penting untuk menjayakan program ER

28

Page 29: Krb 3013

Terima kasih

Presented byAZK/JSS/RY/YCL | Universiti Sains Malaysia

29