Kualiti Pendidik Prasekolah

download Kualiti Pendidik Prasekolah

of 20

description

Pembentangan ISL 10 Pengurusan Program Prasekolah

Transcript of Kualiti Pendidik Prasekolah

PowerPoint Presentation

Kualiti Pendidik prasekolahDiusahakan Oleh : Hilary Jainol PRA 3143Pensyarah : Cik Patmah Bustaman

Topik 5: pengurusan pelaksanaan program prasekolahMinggu 10Arahan ISL : Pelajar secara berpasangan mencari dan membuat nota ringkas mengenai :Komunikasi terbuka dan membina perkongsian pintar dengan keluarga.Penilaian program prasekolah.Arahan tutorial:Pelajar membentangkan hasil dapatan ISL mengikut cara pengurusan grafik.

1. Komunikasi terbuka dan membina perkongsian pintar dengan keluarga.Verdeber & Verdeber (2002) and Hybels & Weaver (2001) mendefinisikan komunikasi adalah proses membentuk dan berkongsi makna, perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis atau ucapan awam. Proses biasa melibatkan individu dan interaksi mereka dengan unsur-unsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising (gangguan) dan maklum balas digunapakai.

Komunikasi ini adalah satu proses apabila seseorang individu yang mempunyai kepentingan bagi menyampaikan maklumat secara verbal atau bukan verbal yang akan mempengaruhi tingkah laku orang lain.KomunikasiKomunikasi TerbukaKesefahaman, sikap terbuka, penerimaan

Perkongsian hal berkongsi; persekutuan atau persatuan dlm sesuatu kegiatan.

Sumber : Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)Usaha mendapatkan atau mewujudkan kerjasama dalam apa jua hal akan tetapi keuntungan atau faedah yang terhasil akan dikongsi bersama. Manfaatnya dikongsi bersama.Perkongsian Pintar

Salah satu fungsi atau peranan guru prasekolah adalah sebagai perantara antara kanak-kanak dengan masyarakat (ibu bapa)Untuk menjadi perantara yang berkesan, guru perlu:Menguasai kemahiran berkomunikasi dengan ibu bapaMendengar secara aktif. (makna perkataan dan perasaan)Bersifat terbuka menerima latar belakang merekaMemahami masalah dan minat mereka

Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk menjalinkan hubungan yang positif dengan ibu bapa termasuklah: Guru terlebih dahulu perolehi maklumat lengkap mengenai ibu bapa kanak-kanak.Maklumat mengenai penglibatan ibu bapa hendaklah diberikan semasa pendaftaran kanak-kanakMengadakan pertemuan untuk membincangkan falsafah, matlamat serta PdP di prasekolah Maklum-kan kemajuan kanak-kanak dari masa ke semasa.Libatkan ibu bapa dalam majlis-majlis sosial prasekolah

1. Penilaian Program PrasekolahPenilaian biasanya diukur berdasarkan sejauh mana objektif program prasekolah yang dibuat telah dapat dicapai secara keseluruhannya.Program pendidikan prasekolah merupakan suatu bentuk pendidikan yang fleksibel dan kurang menekankan formaliti.Di Malaysia, pusat-pusat prasekolah banyak dikendalikan oleh agensi yang berbeza spt KEMAS, FELDA, Jabatan Perpaduan, KPM dan swasta. Dari segi matlamat dan penubuhannya juga berbeza.Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah.

Bagaimana mengenal pasti objektif tadika dapat dicapai?Penilaian dan Pentaksiran terhadap kanak-kanak prasekolah.KognitifAfektifpsikomotor6 tunjang pembelajaran prasekolah (KSPK)Cuba ingat balik..

Domain-domain tersebut dipamerkan melalui penaksiran autentik seperti rekod anekdot, rekod berterusan, senarai semak, rekod pensampelan masa dan peristiwa serta penaksiran portfolio.

Penaksiran autentik yang dilaksanakan secara berterusan mampu menilai sejauh mana keupayaan ataupun kemahiran yang sudah dikuasai ataupun sebaliknya oleh kanak-kanak

Contoh format rekod anekdot

Contoh format rekod berterusan

Contoh format senarai semak

Contoh format rekod persampelan masa

Contoh format rekod persampelan Peristiwa

Hasil penilaian kemudian dianalisis untuk menentukan pola perkembangan murid dari pelbagai aspek. Jika murid berjaya berkembang selaras dengan objektif prasekolah tersebut, maka program prasekolah tersebut dikira berjaya.

Mengubah suai amalan untuk memastikan objektif lebih berkesan.Antara amalan pendidik/ pengusaha prasekolahAda sesetengah pengusaha yang tidak bersungguh-sungguh melaksanakan program mereka.Ada pula yang hanya mementingkan keuntungan semata-mataAda pengusaha pusat prasekolah hanya mementingkan akademik sahaja. Ada yang memberikan penekanan kepada aspek sosialisasi kanak-kanak.

Objektif baru yang lebih baik boleh ditambah bagi tujuan penambahbaikan pusat prasekolah.Sebagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia, matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun.Objektif selari dengan dasar pendidikan prasekolah yang bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH KPM

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agamaMempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalahMempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosialMempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baikMempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Kesimpulan Kesimpulannya, komunikasi terbuka serta pembinaan perkongsian pintar memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan penubuhan sesebuah pusat prasekolah dalam mencapai objektifnya. Penglibatan ibu bapa yang aktif dalam pelaksanaan program prasekolah dapat dikembangkan lagi dengan adanya persefahaman serta komunikasi yang ikhlas antara guru dan ibu bapa.