Kuliah 2 PDF

download Kuliah 2 PDF

of 19

Transcript of Kuliah 2 PDF

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    1/19

    KULIAH 2: PENGENALAN KEPADA MAKROEKONOMI

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    2/19

    1. Pendapatan/ Keluaran Negara2. Guna Tenaga dan Tenaga Buruh

    3. Pengangguran

    4. Inflasi5. Imbangan Pembayaran

    6. Pertumbuhan Ekonomi

    7. Pertumbuhan Kebajikan

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    3/19

    Imbangan pembayaran ialah penyata kewanganyang merekodkan nilai semua urus niaga danaliran wang antara negara dalam satu tahun.Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan

    per agangan uar negara. Penyata kewangan tentang segala urus niagadan aliran modal antara negara itu dengannegara lain dalam setahun.

    Imbangan Pembayaran = Imbangan AkaunSemasa + Imbangan Akaun Kewangan +Kesilapan dan Ketinggalan

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    4/19

    Lebihan dalam imbangan pembayaran

    menguntungkan negara dengan: menambahkan rizab pertukaran asing negara.

    merugikan negara kerana :- mengurangkan rizab pertukaran asing negara.- menjejaskan kestabilan nilai mata wang.- mengurangkan kegiatan ekonomi negara.

    Kerajaan terpaksa bercampur tangan dalam ekonomimelalui kawalan langsung dll.

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    5/19

    Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi

    berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaranbarang dan perkhidmatan, pertambahan infrastrukturdan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya

    merupa an a at untu mengu ur prestaspembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam

    kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan

    keluaran (KDNK benar) dalam sesebuah ekonomi. KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan

    yang dikeluarkan dalam sesebuah negara mengikut

    harga tetap pada tahun asas.

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    6/19

    Pengukur prestasi pembangunan ekonomi

    berbentuk fizikal misalnya pertambahanjumlah keluaran barang perkilangan,pembangunan infrastruktur, pembangunan

    .

    Pertumbuhan ekonomi = [KDNK benar tahunbaru KDNK benar tahun asal) / KDNK benartahun asal] x 100% (cara pengukuran yanglebih sesuai kerana menunjukkanpertambahan output dalam negaraberkenaan) atau

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    7/19

    Pertumbuhan ekonomi = [KNK benar tahunbaru KNK benar tahun asal) / KNK benar

    tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang

    kurang sesuai kerana termasuk pertambahanoutput di luar negara

    Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut

    harga tetap pada tahun asas untukmengelakkan pengaruh kesan inflasi

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    8/19

    Kenaikan taraf hidup masyarakat. Meningkat ketika Pendapatan Per Kapita (PPK)

    benar meningkat (apabila pertambahanPendapatan Negara benar melebihi

    per am a an pen u u . PPK benar ialah pendapatan purata pendudukdalam sesebuah negara mengikut harga tetappada tahun asas.

    Pertumbuhan Kebajikan = [(PPK benar tahunbaru PPK benar tahun asal) / PPK benar tahunasal] x 100%

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    9/19

    Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti

    oleh pertumbuhan kebajikan / kenaikan tarafhidup masyarakat kerana peratus pertambahanpenduduk mungkin melebihi peratus

    per am a an enar, a u ara upmasyarakat tidak naik tetapi turun. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi hanya

    mengambil kira pertambahan keluaran (KDNK

    benar) tanpa mempeduli faktor-faktor lain yangboleh menentukan taraf hidup masyarakatseperti komposisi keluaran, agihan pendapatan,dan eksternaliti negatif.

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    10/19

    3 matlamat dasar makroekonomi:

    Mencapai tingkat guna tenaga penuh

    Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar penganggurankuran dari ada % iaitu han a berlaku en an uran eseran

    sahaja dalam ekonomi.

    Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat keranafaktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.

    Keluaran negara meningkat dan berlaku peningkatan dalampertumbuhan ekonomi.

    Apabila guna tenaga penuh tercapai, KNK sebenar sama denganKNK potensi.

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    11/19

    Mencapai kestabilan tingkat harga umum

    Kestabilan tingkat harga umum bermaknaekonomi tidak menghadapi masalah kenaikanharga atau kejatuhan harga kurang daripada 4%.

    Kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil dan iniakan meningkatkan taraf hidup dan kebajikanmasyarakat.

    Kegiatan ekonomi semakin meningkatdisebabkan inflasi yang terkawal dan berlakukestabilan kadar bunga di pasaran.

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    12/19

    Meningkatkan pertumbuhan ekonomiPertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan

    ekonomi semakin meningkat.

    Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan

    dan mengurangkan pengangguran.

    Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan

    masyarakat turut meningkat

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    13/19

    2 Dasar: Sebelah Permintaan dan SebelahPenawaran.

    Dasar sebelah permintaan

    Dasar kerajaan mempengaruhi permintaanagregat dalam negara melalui :

    Dasar Fiskal

    Dasar Fiskal Budi Bicara

    Dasar Fiskal Kewangan

    Dasar Kawalan Langsung

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    14/19

    Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah

    perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian untukmempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalamekonomi.

    Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga

    penu an mengawa n as . Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakandasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar cukaidan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagimengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi

    masalah inflasi. Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), kerajaan

    akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, iaitumenambahkan perbelanjaan keajaan dan mengurangkan

    kadar cukai bagi meningkatkan perbelanjaan agregatuntuk mengatasi masalah pengangguran.

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    15/19

    Dasar Fiskal budibicara merupakan dasar

    kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan

    kerajaan.

    Contohnya, untuk meningkatkan permintaanagregat, kerajaan menurunkan cukai dan

    menambahkan perbelanjaan kerajaan.

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    16/19

    Dasar kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh

    Bank Pusat untuk mengawal penawaran wang dan kadarbunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregatuntuk mencapai tingkat guna tenaga dan mengawalinflasi.

    emasa n as , an usat a an men a an an asarkewangan menguncup, iaitu mengurangkan penawaranwang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkanperbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

    Semasa kemelesetan ekonomi atau deflasi, kerajaan akan

    menjalankan dasar kewangan mengembang, iaitumenambahkan penawaran wang dan mengurangkankadar bunga dalam pasaran bagi meningkatkanperbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah

    pengangguran.

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    17/19

    Dasar kawalan langsung merupakan langkah

    kawalan langsung kerajaan ke atas harga,

    kadar upah, eksport dan import negara bagi

    memperbaiki imbangan pembayaran danmengawal inflasi.

    Contohnya, kerajaan boleh mengenakan

    kawalan harga maksimum ke atas barangankawalan tertentu bagi mengatasi masalah

    inflasi.

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    18/19

    Dasar sebelah penawaran ialah dasar kerajaan yang

    mempengaruhi kegiatan ekonomi dari segipenawaran dengan meningkatkan keupayaanpengeluaran ekonomi.

    asar se e a penawaran erma su asar era aanmelalui pencukaian dan galakan pelaburan yang cubameningkatkan keupayaan pengeluaran dalamekonomi bagi meningkatkan penawaran agregat dan

    mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi.Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi dapatditingkatkan dengan menggalakkan lebih ramairakyat terlibat dalam aktiviti pengeluaran tertentu.

  • 8/9/2019 Kuliah 2 PDF

    19/19

    Contoh dasar sebelah penawaran ialah

    insentif pengecualian cukai kepada pengeluar

    dan penurunan cukai import bagi input

    pengeluaran. Kedua-dua dasar ini akanmeningkatkan penawaran agregat.

    Kesannya, harga menurun dan pendapatan

    bertambah.