Laporan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Upsr Tahun 6

download Laporan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Upsr Tahun 6

of 5

description

laporan

Transcript of Laporan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Upsr Tahun 6

LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 6

Tarikh:Hari:Tempat:Pusat Sumber Sekolah

Objektif:-Antara objektif yang ingin dicapai melalui program yang dujalankan ialah :-1. Mengetahui cara dan teknik yang betul untuk menjawab soalan UPSR.2. Mengetahui topik-topik penting yang perlu diberikan tumpuan.3. Meningkatkan pemahaman dan memperkasakan keazaman untuk kecemerlangan diri.

Sasaran:Semua murid Tahun 6 Senarai:Rujuk lampiran

Strategi Pelaksanaani. Motivasiii. Kemahiran Belajar Berkesaniii. Kemahiran Teknik Menjawab Soalan UPSR

[a]Sebelum pelaksanaanProgram Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6 merupakan salah satu program hasil perancangan guru baharu dengan Unit Peperiksaan. Sebelum melaksanakan program ini, kami telah berbincang bersama-sama dan juga berkolaborasi bersama guru mentor dan pasukan pengurusan sekolah. Hasil perbincangan kami, penyelaras Tahun 6 telah memanjangkan kepada Guru Besar.Hasil daripada itu, satu perjumpaan dengan semua guru Tahun 6 telah dilaksanakan di mana dalam perjumpaan tersebut, penerangan ringkas mengenai perjalanan program dari segi jumlah kewangan, tentative program dan juga pengisian program telah diberikan. Cadangan yang diberikan diterima oleh semua guru yang terlibat dan mereka memberi sokongan yang baik terhadap program tersebut. Oleh itu, kami berkolaborasi bersama guru mentor dan beberapa orang guru bagi mengagihkan tugas mengikut tugasan masing-masing.

[b]Semasa pelaksanaanPada 31 April dan 01 April yang lalu iaitu hari Rabu dan Khamis, Unit Kurikulum telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6 dengan kerjasama guru-guru Tahun 6. Para peserta telah berkumpul dan mendaftar pada jam 7.30 pagi. Setelah mendaftar semua peserta dan guru pengiring telah berada di Pusat Sumber Sekolah bagi membuat persiapan.Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan 4 orang pencermah iaitu Puan Faridah Rasit (Bahasa Melayu), Cikgu Sadun Bin Matnor(Sains), Cikgu Hasim(Matematik) dan Puan Rose Eli(Bahasa Inggeris). Mereka merupakan guru cemerlang dalam bidang masing-masing.Sesi teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Matematik telah dimulakan dengan aktiviti menyanyikan lagu motivasi. Aktiviti ini diadakan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan semangat peserta untuk memantapkan persediaan mereka bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba.Murid-murid telah dibekalkan dengan bahan edaran agar mereka dapat memberi tumpuan yang lebih kepada isi kandungan yang akan disampaikan oleh penceramah. Sesi ini berjalan dengan lancar. Penceramah telah memberikan banyak panduan sebagai teknik menjawab soalan Matematik. Murid-murid juga diminta untuk tampil kehadapan bagi menyelesaikan soalan yang diberikan berpandukan teknik menjawab soalan yang telah dipelajari. Semua murid tahun enam memberikan tumpuan yang baik dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi.

Sesi teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Bahasa Inggeris juga berjalan lancar. Penceramah begitu bersemangat memberikan panduan dan tips dalam menjawab soalan bagi subjek Bahasa Inggeris. Penceramah telah memberikan tumpuan serta bimbingan yang lebih terhadap murid yang lemah dalam menguasai subjek ini. Aktiviti perbincangan dan soal jawab juga telah diadakan bagi memberikan ruang kepada murid-murid untuk menyatakan masalah mereka dalam menjawab soalan. Semua peserta memberikan sepenuh perhatian terhadap penerangan yang telah diberikan.Pada hari yang berikutnya, sesi teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu telah dijalankan. Penceramah telah menerangkan cara dan teknik yang betul bagi menjawab soalan Bahasa Melayu. Semua murid memberikan tumpuan yang baik terhadap penerangan tersebut. Murid diberi peluang untuk menyalurkan idea mereka menerusi aktiviti sumbang saran dan perbincangan. Mereka digalakkan untuk berkongsi idea berdasarkan pengalaman dan juga pengetahuan sedia ada yang mereka peroleh. Murid-murid menunjukkan kesungguhan mereka dalam melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh penceramah.Sesi yang terakhir adalah teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Sains. Penceramah telah menekankan soalan yang sukar dikuasai murid untuk dibincangkan secara lebih mendalam disamping menerangkan teknik yang betul untuk menjawab soalan. Murid-murid digalakkan untuk berani mencuba menyelesaikan soalan yang diberikan. Aktiviti perbincangan juga dijalankan bagi mewujudkan interaksi yang aktif antara murid-murid.Seterusnya pada hari terakhir majlis penutupan Berjaya dilaksanakan dengan baik dan dihadiri oleh guru-guru Tahun 6 yang terlibat. Majlis bersurai tepat jam 1.30 petang.

[c]Selepas pelaksanaanSelepas terlaksanaannya program ini, guru-guru Tahun 6 dengan Unit Kurikulum telah membuat refleksi terhadap program yang telah dijalankan. Refleksi ini bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan program ini terhadap pengalaman langsung yang telah dilalui oleh kami.

Refleksi[a]Kekuatan ProgramProgram Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6 telah direncanakan bagi memberi pendedahan kepada teknik dan kemahiran menjawab soalan yang boleh membantu kepada kecemerlangan UPSR. Program ini merupakan satu program yang penting dan memerlukan persediaan yang rapi dan sistematik bagi memastikan program ini Berjaya. Program ini telah melibatkan semua guru Tahun 6 yang diketuai oleh Unit Kurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru[PIBG] serta sokongan padu daripada pihak pentadbir sekolah. Program ini merupakan satu medium di mana sekolah dapat melahirkan lebih ramai murid yang mendapat keputusan cemerlang atau 5A dalam UPSR tahun 2015. Kesatuan yang utuh juga dapat dieratkan antara pihak sekolah, PIBG dan juga murid-murid.

[b]Kelemahan ProgramProgram ini juga tidak terkecuali daripada beberapa kelemahan. Antaranya ialah sebelum melaksanakan program ini masalah kewangan membelengu pihak sekolah. Namun begitu, tindakan Guru Besar dan guru-guru telah Berjaya diselesaikan.Sepanjang program berlangsung terdapat juga sedikit kelemahan dari segi disiplin murid. Semasa program ini dijalankan kita dapat melihat beberapa orang murid yang tidak bersemangat semasa melaksanakan aktiviti yang dirancang. Kami terpaksa memantau murid dari semasa ke semasa bagi memastikan murid melibatkan diri terutamanya yang lemah ini dapat melibatkan diri. Namun begitu, murid berkenaan telah ditegur dan diberikan nasihat oleh penceramah bertugas bagi memberikan kesedaran dan mendisiplinkan diri mereka.

Cadangan PenambahbaikanSepanjang Program Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6 ini, terdapat beberapa perkara sebagai saranan dan cadangan untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Dari segi masalah murid yang tidak bersemangat, penambahbaikan boleh dibuat dengan menggalakkan murid-murid untuk mencuba serta memberikan pujian kepada mereka jika mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Pengiktirafan seperti hadiah dan sijil penyertaan juga boleh diberikan untuk menggalakkan murid berusaha gigih dan bersemangat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Murid-murid haruslah diterapkan dengan nilai murni supaya mereka dapat berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah mengalah untuk mencuba pengalaman yang baharu.Setiap sesi atau aktiviti semasa program ini berlangsung boleh juga melibatkan guru sekolah. Hal ini kerana dapat mengakrabkan hubungan antara guru dan juga murid. Selain itu, guru-guru matapelajaran juga seharusnya tidak melepaskan peluang untuk sama-sama belajar bagi meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan dalam subjek masing-masing.

KesimpulanSetelah berlangsungnya program ini, banyak ilmu dan juga kemhiran dapat diperolehi. Hal ini kerana program ini menuntut seseorang itu berfikir jauh ke hadapan dan menuntut seseorang itu bertindak bijak dalam mengawal murid yang berada dalam bilangan yang besar. Berdasarkan perkara tersebut dapatlah saya merumuskan bahawa program ini dapat membantu murid-murid Tahun 6 untuk mengetahui cara dan teknik yang betul untuk menjawab soalan UPSR serta mengetahui topic-topik penting yang perlu diberikan tumpuan seterusnya dapat meningkatkan pemahaman dan memperkasakan keazaman untuk kecemerlangan diri mereka. Oleh itu, kewujudkan program seumpama ini di setiap sekolah adalah sangat digalakkan.

Disediakan oleh,..[MADLANE ASSING]Penyelaras Tahun 6,

Disemak dan disahkan oleh,

.[NORHAYATI BT TOKIS]Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Telaga Air.