Laporan Dan Refleksi Perjumpaan Mingguan 1

8
LAPORAN DAN REFLEKSI PERJUMPAAN MINGGUAN 1 Laporan : Tarikh / Hari / Masa Aktiviti Catatan 2 Januari 2013 / Rabu / 2.30ptg-4.30ptg i. Kata aluan oleh Pensyarah Pemimpin PPPM- Cik Rohana ii. Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa tertinggi PPPM IPGKTB iii. Pembahagian Patrol (Lavendar, Melur, Kemboja, Morning Glory, Rafflesia, Orkid dan Lily) iv. Penerangan mengenai yuran keahlian RM 5 v. Penerangan mengenai pakaian ahli PPPM vi. Penerangan mengenai buku log Refleksi : Ini merupakan kali pertama perjumpaan Persatuan Pandu Puteri bersama Cik Rohana. Pemilihan Ahli Jawatankuasa tertinggi PPPM IPGKTB. Pensyarah telah membahagikan 7 patrol. Semua ahli dikehendaki membayar RM5. Kami juga dikehendaki untuk membeli pakaian ahli PPPM dan setiap ahli dikehendaki menyediakan buku log. Perjumpaan kali ini amat berjaya. Saya sudah bermula berminat dengan aktiviti dalam persatuan ini. Disediakan oleh : Oliver Wong Xiang Liang

description

refleksi

Transcript of Laporan Dan Refleksi Perjumpaan Mingguan 1

Page 1: Laporan Dan Refleksi Perjumpaan Mingguan 1

LAPORAN DAN REFLEKSI PERJUMPAAN MINGGUAN 1

Laporan :

Tarikh / Hari / Masa

Aktiviti Catatan

2 Januari 2013 /Rabu / 2.30ptg-4.30ptg

i. Kata aluan oleh Pensyarah Pemimpin PPPM- Cik Rohana

ii. Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa tertinggi PPPM IPGKTB

iii. Pembahagian Patrol (Lavendar, Melur, Kemboja, Morning Glory, Rafflesia, Orkid dan Lily)

iv. Penerangan mengenai yuran keahlian

RM 5

v. Penerangan mengenai pakaian ahli PPPM

vi. Penerangan mengenai buku log

Refleksi : Ini merupakan kali pertama perjumpaan Persatuan Pandu Puteri bersama Cik Rohana. Pemilihan Ahli Jawatankuasa tertinggi PPPM IPGKTB. Pensyarah telah membahagikan 7 patrol. Semua ahli dikehendaki membayar RM5. Kami juga dikehendaki untuk membeli pakaian ahli PPPM dan setiap ahli dikehendaki menyediakan buku log. Perjumpaan kali ini amat berjaya. Saya sudah bermula berminat dengan aktiviti dalam persatuan ini.

Disediakan oleh : Oliver Wong Xiang Liang

Disemak oleh :

Page 2: Laporan Dan Refleksi Perjumpaan Mingguan 1

Komen Ketua Patrol :

Disahkan oleh :

LAPORAN DAN REFLEKSI PERJUMPAAN MINGGUAN 2

Page 3: Laporan Dan Refleksi Perjumpaan Mingguan 1

Laporan :

Tarikh / Hari / Masa

Aktiviti Catatan

9 Januari 2013 /Rabu / 2.30ptg-4.30ptg

i. Belajar Lagu Dunia-diketuai oleh Puan Rohaya dan Puan Sarojoh

ii. Belajar Membentuk Ladam Kuda dan istiadat setiap kali perjumpaan

iii. Puan Sarojoh menerangkan serba sedikit mengenai Pandu Puteri

iv. Permainan-Musang dan ibu ayam

v. Refleksi mengenai permainan tersebut

vi. PALING PENTING: Persatuan Pandu Puteri IPGKTB mguruskan perhimpunan Unit Beruniform utk minggu ini

Refleksi : Hari ini merupakan kali kedua perjumpaan bersama pensyarah bimbingan.Persatuan Pandu Puteri telah diberi arahan untuk mengendali perhimpunan Unit Beruniform dan sukacitanya perhimpunan amat berjaya. Pensyarah bimbingan untuk minggu ini ialah Puan Pohaya dan Puan Sarojoh. Aktiviti pertama untuk minggu ini ialah belajar Lagu Dunia. Kami telah duduk mengikut patrol masing-masing dan belajar Lagu Dunia dengan iringan muzik. Aktiviti kedua ialah membentuk Ladam Kuda. Puan Sarojoh memberitahu kami bahawa Ladam Kuda merupakan istiadat setiap kali perjumpaan. Saya mendapati bahawa kami masih lagi lemah dalam membentuk Ladam Kuda. Oleh itu, saya berharap latihan akan diadakan dari semasa dan semasa. Puan Sarojoh menerangkan serba sedikit mengenai Pandu Puteri. Permainan kecil pula dijalani dalam kumpulan masing-masing. Saya amat seronok kerana ini

Page 4: Laporan Dan Refleksi Perjumpaan Mingguan 1

merupakan tempat saya untuk belajar dan menghilangkan stress melalui aktiviti yang dijalankan.

Disediakan oleh : OLIVER WONG XIANG LIANG

Disemak oleh :

Komen Ketua Patrol :

Disahkan oleh :

Page 5: Laporan Dan Refleksi Perjumpaan Mingguan 1

LAPORAN DAN REFLEKSI PERJUMPAAN MINGGUAN 3

Laporan :

Tarikh / Hari / Masa

Aktiviti Catatan

16 Januari 2013 /

Rabu / 2.30ptg-4.30ptg

i. Pembentukan ladam kuda yg dikendalikan oleh Patrol Lavender

ii. Nyanyian Lagu Dunia mengikut patrol

iii. Belajar Tap Malam dan Tap Siang

iv. Pembentangan mengenai sejarah penubuhan PPPM oleh Patrol Lavender

v. Bersurai

Refleksi : Perjumpaan kali ketiga bersama dengan pensyarah yang baru. Pembentukan Ladam Kuda telah dikendalikan oleh Patrol Lavender. Perjumpaan kali ini berada di Prasekolah IPG Kampus Tuanku Bainun. Nyanyian Lagu Dunia mengikut patrol. Minggu ini kami telah menyanyi lagu baru iaitu Tap Malam dan Tap Siang. Seterusnya Patrol Lavender telah membentangkan sejarah penubuhan PPPM kepada semua ahli. Pembentangan amat menarik. Kami berasa seronok kerana ada kuiz pada sesi soal jawab. Kumpulan saya iaitu Patrol Melur telah mendapat 2 markah dalam sesi tersebut. Perjumpaan kali ini sangat bermakna kerana saya belajar sesuatu yang baru lagi.

Disediakan oleh : OLIVER WONG XIANG LIANG

Disemak oleh :

Page 6: Laporan Dan Refleksi Perjumpaan Mingguan 1

Komen Ketua Patrol :

Disahkan oleh :

Page 7: Laporan Dan Refleksi Perjumpaan Mingguan 1

LAPORAN DAN REFLEKSI PERJUMPAAN MINGGUAN 4

Laporan :

Tarikh / Hari / Masa

Aktiviti Catatan

23 Januari 2013 /

Rabu / 2.30ptg-4.30ptg

i. Pembentukan ladam kuda yg dikendalikan oleh Patrol Melur dan nyanyian Lagu Dunia

ii. Pembentangan mengenai struktur organisasi serta Bendera Dunia dan Bendera PPPM oleh Patrol Melur

iii. Aktiviti “puzzle” tentang bendera negeri-negeri di Malaysia.

iv. Aktiviti “Lompat Tikus” dijalankan mengikut patrol.

v. Nyanyian lagu “Happy Birthday” kepada ahli yang menyambut hari jadi pada hari tersebut.

vi. Bersurai.

Refleksi : Perjumpaan kali keempat bersama dengan pensyarah baru dari IPG Keningau, Sabah. Pembentukan Ladam Kuda telah dikendalikan oleh Patrol Melur. Perjumpaan kali ini berada di Galeri Seni. Seterusnya Patrol Lavender telah membentangkan struktur organisasi Pandu Puteri dan Bendera Dunia serta bendera PPPM kepada semua ahli. Pembentangan amat menarik dan sesi soal jawab telah dijalankan. Kami berasa seronok kerana ada sesi soal jawab bersama dengan pensyarah. Aktiviti “puzzle” telah diadakan iaitu setiap kumpulan dikehendaki mencantum keratan kertas yang disediakan untuk menjadi bendera negeri di Malaysia. Aktiviti “Lompat Tikus” juga dijalankan mengikut patrol. Semua ahli bermain dengan seronok. Aktiviti ini memerlukan pemikiran kognitif ,pergerakan fizikal serta pengawalan emosi supaya tidak putus asa apabila kalah. Kebetulan pada hari ini merupakan hari jadi salah seorang ahli,oleh itu nyanyian lagu “Happy birthday” telah dinyanyikan oleh semua ahli termasuk pensyarah.

Page 8: Laporan Dan Refleksi Perjumpaan Mingguan 1

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

Komen Ketua Patrol :

Disahkan oleh :