Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

download Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

of 16

Transcript of Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    1/16

    Kajian Tindakan Che Has

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

    Tajuk pengurusan jenazah merupakan tajuk bahagian ibadat tingkatan 3. Tajuk inimempunyai sub-tajuk yang banyak. Selama beberapa tahun saya mengajar tajuk inisaya mendapati murid saya di kelas-kelas sederhana dan lemah tidak dapat menguasaibeberapa sub-tajuk dengan baik. Antara sub-tajuk yang mereka kurang menguasaiialah cara memandikan jenazah, cara mengkafankan jenazah, rukun solat jenazah dansebagainya. Penguasaan mereka yang lemah dapat dilihat apabila sayamengemukakan semula soalan-soalan secara lisan tentang tajuk tersebut selepaspembelajaran dan pengajaran dan didapati mereka agak lambat untuk memberikan

    jawapan dan teragak-agak untuk memulakan jawapan. Mereka seolah-olah tidak tahuuntuk memberikan jawapan yang sesuai dengan persoalan yang diajukan.

    Contoh soalan dan contoh jawapan : Terangkan bagaimana jenazah dimandikan ?ada di antara mereka memberikan jawapan seperti berikut : Mula-mula bersihkanbadan jenazah, siramkan air ke atasnya dan hadapkan jenazah ke arah kiblat. Merekatidak dapat menerangkan lebih lanjut cara mandi jenazah yang lengkap dan jawapantersebut tidak memuaskan. Jarang sekali ada murid yang dapat menerangkan semula

    cara mandi jenazah satu persatu dengan baik. Ini disebabkan murid tidak dapatmengingat dengan baik cara memandikan jenazah yang betul.

    Keadaan ini tidak boleh dipersalahkan kepada murid 100%. Ini mugkin juga disebabkancara pengajaran saya yang lebih kepada penerangan tanpa menunjukcara ataumungkin juga kerana cara pengurusan jenazah ini agak asing di kalangan murid,tidak seperti amalan-amalan ibadat yang lain seperti solat dan puasa yang menjadifardhu ain kepada setiap Muslim. Pengurusan jenazah yang merupakan fardhu kifayahyang kurang diberi perhatian oleh murid kerana memikirkan ia adalah kewajipankepada orang-orang dewasa.

    Penguasaan murid yang tidak begitu baik tentang pengurusan jenazah menyebabkansaya merasa terpanggil untuk mencipta satu kaedah atau pendekatan yang bolehmembantu murid menguasai tajuk tersebut dengan lebih baik. Pendekatan yang sayaambil ialah dengan mencipta nota berlagu tentang pengurusan jenazah yangdisampaikan kepada murid dengan melodi dan lagu yang tersendiri dengan harapan iadapat menimbulkan minat di kalangan murid saya seterusnya dapat meningkatkanpenguasaan mereka terhadap isi pelajaran serta dapat digunapakai untuk kebaikanbersama.

    Selain daripada mencipta nota berlagu, saya juga mengajar tajuk pengurusan jenazahmelalui kaedah demonstrasi (tunjukcara) dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar

    seperti anak patung, peralatan mandi, kain putih dan sebagainya untuk menunjukkankepada murid tentang amali pengurusan jenazah secara lebih jelas berbanding teorisemata. Kaedah demonstrasi ini dilakukan dengan menggunakan Model PJ(Pengurusan Jenazah). Seterusnya murid dapat mempraktikkan teori pengurusan

    jenazah yang dipelajari dengan melakukannya sendiri melalui bimbingan guru. Prosespembelajaran dan pengajaran secara teori dan amali ini dapat meningkatkan dayaingat murid terhadap isi pelajaran dan juga dapat meningkatkan perhatian muriddalam mempelajari tajuk yang diajar .

    1

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    2/16

    Kajian Tindakan Che Has

    1.0 FOKUS KAJIAN

    Kajian yang saya jalankan ini lebih menekankan kepada penguasaan

    murid terhadap tajuk pengurusan jenazah dengan harapan objektif umum dan

    objektif khusus kajian ini tercapai dengan jayanya.

    Beberapa perkara perlu dikuasai murid seperti murid dapat menerangkan serta

    menunjukkan cara mandi jenazah dan mengkafankan jenazah , rukun solat jenazah

    dan sebagainya yang sebelum kajian ini mereka tidak dapat menguasainya dengan

    baik disebabkan beberapa perkara termasuklah cara pembelajaran dan pengajaran

    yang kurang menarik, pembelajaran secara teori semata-mata tanpa amali , terlalu

    banyak isi pelajaran yang mesti diingat dan difahami tanpa sebarang kaedah dan

    pendekatan yang boleh membantu mereka dalam menguasai tajuk.

    2.0 OBJEKTIF KAJIAN

    Selepas kajian ini dijalankan, pelajar diharap akan mencapai objektif berikut

    2.1 Objektif umum

    2.1.1 Meningkatkan penguasaan murid tentang tajuk pengurusan

    jenazah.

    2.1.2 Meningkatkan tahap motivasi dan minat murid dengan

    pendekatan Nota berlagu berirama bebas dan

    demonstrasi menggunakan Model Pengurusan Jenazah.

    2.2 Objektif Khusus

    2.2.1 Murid dapat menerangkan dan menunjukkan cara mandikan

    jenazah.

    2.2.2 Murid dapat menerangkan dan menunjukkan cara kafankan

    jenazah.

    2.2.3 Murid dapat menyenaraikan rukun solat jenazah.

    2

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    3/16

    Kajian Tindakan Che Has

    3.0 KUMPULAN SASARAN.

    Kajian ini melibatkan 6 orang murid 3KAA3 yang tidak dapat menguasai dengan

    baik tajuk pengurusan jenazah dalam pembelajaran yang lalu.

    4.0 PELAKSANAAN KAJIAN.

    Beberapa langkah telah dirancang dan diambil untuk memastikan proses kajian ini

    berjalan dengan lancar.

    4.1TINJAUAN AWAL MASALAH.

    Semasa menjalankan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan

    soalan lisan, temu bual dan Ujian Pra di dalam kelas .

    5.1.1 Soalan lisan.

    Soalan lisan secara spontan diajukan kepada 4 orang murid sepertiapakah tindakan awal yang perlu kamu lakukan ke atas jenazah sebelum

    dimandikan ? . Ada di antara mereka menjawab : selimutkan dia ustazah.

    Ada juga yang menjawab : Bacakan yasin, ustazah. Tak boleh buat bising

    ustazah dan macam-macam jawapan yang diberikan murid. Mereka hanya

    menjawab berdasarkan perkara biasa yang dilihat apabila ada kematian.

    Walaupun jawapan tersebut boleh diterima sebagai amalan biasa yang

    dilakukan ketika berlaku kematian tetapi ia tidak menepati jawapan yang

    sebenar.

    5.1.2 Temubual.

    Satu temubual telah dijalankan ke atas 6 orang murid . Antara perbualan

    3

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    4/16

    Kajian Tindakan Che Has

    dalam temubual bersama murid, saya bertanyakan murid;

    Pernahkah kamu menyertai pengurusan jenazah di kampung kamu seperti

    menolong memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah ?

    Kesemua murid tersebut menjawab tidak pernah dan mereka kata hanya

    melihat sahaja. Saya bertanya lagi: Bagaimana dengan solat jenazah ? Kamu

    ikut solat tak ? Kesemua juga menjawab tidak pernah. Saya bertanya lagi :

    Kenapa ? Ada yang menjawab : Saya tak pandai solat jenazahlah ustazah,

    saya takutlah ustazah, mandi dan kafan tu kan kerja orang tua, ustazah.

    Itulah antara jawapan daripada murid-murid saya. Maka jawapan yang

    diberikan oleh murid itu memberikan saya gambaran bahawa murid saya tidak

    tahu dan lupa tentang asas-asas pengurusan jenazah disebabkan ia bukan

    amalan harian walaupun pernah dipelajari sebelum itu.

    5.1.3 Ujian Pra.

    Satu ujian pra yang mengandungi 4 soalan subjektif telah dijalankan untuk

    melihat sejauhmana penguasaan dan pencapaian murid dalam tajuk

    pengurusan jenazah.

    Contoh Soalan Ujian Pra ( Rujuk LAMPIRAN 1)

    1. Setelah dimandikan, jenazah perlu segera dikafankan.

    Terangkan cara mengafankan jenazah lelaki. ( 4 markah )

    4

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    5/16

    Kajian Tindakan Che Has

    5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.

    5.2.1 Soalan lisan.

    Berdasarkan soalan lisan yang dilakukan ke atas 4 orang murid , kesemua

    mereka memberikan jawapan yang tidak memuaskan tentang pengurusan

    jenazah.

    5.2.2 Temubual.

    Melalui temubual yang dijalankan, keenam-enam murid memberikan

    jawapan yang menunjukkkan mereka masih belum menguasai

    sepenuhnya tentang cara pengurusan jenazah secara asas dan juga tidak

    pernah menyertai atau melibatkan diri dalam pengurusan jenazah atas

    beberapa sebab tersendiri.

    5.2.3 Ujian Pra.

    Jadual 1 : Analisis Markah Ujian Pra

    Nama Pelajar Markah diperolehi

    Murid 1 10/34 (29 % )

    Murid 2 12/34 ( 35 % )

    Murid 3. 16/34 (47 % )

    Murid 4 17/34 (50 % )

    Murid 5 18/34 (53% )

    Murid 6 20/34 (59 % )

    Graf 1 : Peratus markah Ujian Pra.

    50

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    M 1 M 2 M 3 M 4 M 5 M 6

    2935

    47 5053 59

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    6/16

    Kajian Tindakan Che Has

    5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN.

    5.3. 1 Selepas melihat markah ujian pra yang tidak begitu memuaskan , saya

    mula menggunakan menggunakan kaedah nota berlagu dan

    Tunjukcara pengurusan jenazah menggunakan Model Pengurusan

    Jenazah sebagai satu cara untuk memudahkan murid mengingat isi-isi penting

    dalam tajuk pengurusan jenazah.

    Tindakan yang dijalankan ialah dengan melakukan 5 aktiviti bagi membantu

    kumpulan sasaran ini.

    i) Aktiviti 1

    Langkah 1 ( set Induksi )

    Pembelajaran dan pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu

    menunjukkan 4 keping gambar melalui slide. Gambar pertamamenunjukkan jenazah di pembaringan, gambar kedua gambar keranda,

    gambar ketiga menunjukkan jenazah sedang diusung dan gambar

    keempat seseorang berdoa di perkuburan.

    Beberapa orang murid diminta untuk menerangkan gambar-gambar

    tersebut. Setelah murid menerangkan satu persatu gambar tersebut,

    gurupun mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk yang akan diajar.

    Gambar Set Induksi : ( Rujuk Lampiran 2 )

    Langkah kedua ( penerangan cara pengurusan jenazah ).

    Setelah selesai set induksi, guru menerangkan cara mandikan jenazah,

    cara kafankan jenazah secara teori terlebih dahulu berpandukan nota

    6

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    7/16

    Kajian Tindakan Che Has

    berlagu . Pembelajaran dan pengajaran menggunakan power-point.

    (Rujuk Lampiran 3)

    Langkah yang ketiga ( Membaca nota berlagu sambil diikuti murid)

    ( Rujuk Lampiran 4).

    Guru meminta murid mendengar nota berlagu yang dibaca guru dengan

    irama dan murid diminta mengikut guru serta menghayati senikatanya.

    Langkah ketiga diulang sekali lagi di mana guru membaca satupersatu

    sambil diikuti murid sehingga selesai.

    Setelah itu guru minta semua murid meneliti senikata nota berlagu tersebut

    sambil cuba mengingat isi kandungannya.

    ii) Aktiviti 2.

    3 soalan spontan ditanyakan kepada murid:

    1) Apabila jenazah hendak dimandikan, hadapkannya ke arah kiblat.

    Apakah proses seterusnya?

    2) Untuk memulakan proses mengafan jenazah, kita menghampar sehelai

    kain dan ditaburkan wangian ke atasnya. Ceritakan dengan ringkas

    sehingga proses mengkafan jenazah selesai.

    3) Terangkan 4 rukun solat jenazah.

    iii) Aktiviti 3.

    Guru meletakkan dan menyusun set alat-alat bant mengajar ( Model

    Pengurusan Jenazah ) di atas meja untuk proses demonstrasi pengurusan

    jenazah menggunakan model anak patung dan peralatan yang sewajarnya

    dalam pengurusan jenazah yang betul. Guru meminta murid melihat

    bagaimana guru menunjukcara pengurusan jenazah. Guru menerangkan

    satu persatu mengikut panduan nota ringkas.

    a) Penerangan dan tunjukcara1 ( Cara mandikan jenazah)

    b) Penerangan dan tunjukcara 2 ( Cara kafankan jenazah )

    c) Penerangan 3 ( Rukun Solat )

    7

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    8/16

    Kajian Tindakan Che Has

    Gambar Model Pengurusan Jenazah : ( Rujuk Lampiran 4 )

    Gambar penerangan dan tunjukcara oleh guru : ( Rujuk Lampiran 6 )

    iv) Aktiviti 4.

    Enam orang murid yang disasarkan diminta menunjukkan proses memandikan

    dan mengafankan jenazah. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan.

    Kumpulan pertama melakukan demonstrasi pengurusan jenazah iaitu

    memandikan dan mengkafankan jenazah sehingga selesai. Selepas itu diikuti

    oleh kumpulan kedua.

    Gambar demonstrasi oleh murid : ( Rujuk Lampiran 7 )

    v) Aktiviti 5.

    Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dikehendaki menjawab soalan

    Ujian Pos yang lebih kurang sama dengan Ujian Pra untuk menilai tahap

    pencapaian murid setelah diajar melalui pendekatan nota ringkas berirama

    dan tunjukcara menggunakan Model pengurusan Jenazah.

    5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan semasa kajian.

    i) Aktiviti 1 .

    Kertas edaran yang mengandungi nota berlagu tentang pengurusan

    jenazah.

    ii) Aktiviti 2.

    Soalan spontan.

    iii) Aktiviti 3.

    Model Pengurusan Jenazah yang terdiri daripada alat bant mengajar sepertianak patung, kain putih dan sebagainya.

    iv) Aktiviti 4.

    Demonstrasi oleh murid menggunakan alat bant mengajar .

    8

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    9/16

    Kajian Tindakan Che Has

    v) Aktiviti 5.

    Lembaran kerja Ujian Pos. ( Rujuk Lampiran 8 )

    5.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian.

    5.4.1 Pelaksanaan tindakan bagi aktiviti 1.

    Menjalankan set induksi.

    Guru menerangkan cara pengurusan jenazah menggunakan nota ringkas.

    Guru membaca nota ringkas dengan irama bebas sambil diikuti murid.

    Murid meneliti senikata nota ringkas.

    Pemerhatian

    Berdasarkan pemerhatian saya, 6 orang murid memberikan sepenuh perhatian

    sebaik sahaja saya memulakan set induksi. Murid mendengar dengan teliti semasa

    saya menerangkan cara pengurusan jenazah. Begitu juga apabila murid dimintamengikut sama membaca nota ringkas berirama, didapati mereka semua dapat

    mengikut rentak yang dibawa oleh saya dengan penuh semangat .

    Refleksi Aktiviti

    Melalui aktiviti 1 ini didapati keenam-enam pelajar dapat melaksanakan langkah-

    langkah yang dirancang dengan baik dan sempurna.

    ii- Pelaksanaan aktiviti 2.

    Mengemukakan soalan.

    9

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    10/16

    Kajian Tindakan Che Has

    Membantu dan membimbing murid dalam memberikan jawapan yang

    betul.

    Pemerhatian.

    Saya perhatikan dalam aktiviti 2 ini murid sedaya upaya menerangkan perkara-

    perkara yang disoal, walaupun belum ingat betul-betul.

    Refleksi Aktiviti.

    Melalui aktiviti 2, dapat dirumuskan bahawa 3 daripada 6 orang murid dapat

    menerangkan cara mandi dengan betul, manakala 3 orang lagi dapat menjawab

    hanya dengan bantuan guru. Tentang cara mengkafankan jenazah , 4 orang daripada

    mereka dapat menerangkan separuh sahaja daripada jawapan yang sepatutnya ( 2

    daripada 4 fakta ), manakala 2 orang hanya dapat memberikan 1 daripada 4 fakta.

    iii- Pelaksanaan aktiviti 3.

    Guru menunjukkan demonstrasi memandikan dan mengkafankan jenazah.

    Guru menerangkan cara solat solat jenazah/rukun solat jenazah.

    Pemerhatian.

    Dalam aktiviti 3 ini, saya mendapati semua murid merapati meja untuk melihat proses

    pengurusan jenazah secara dekat. Mereka melihat satu persatu pelaksanaan ke atas

    jenazah melalui model mini tersebut.

    Refleksi Aktiviti.

    Melalui kaedah tunjukcara menguruskan jenazah ini murid dapat melihat dengan

    lebihjelas tentang pengurusan jenazah dan mereka terus bertanya apabila ada

    persoalan. Dengan itu mereka cepat memahami serta mengingat langkah-langkah

    pengurusan jenazah.

    10

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    11/16

    Kajian Tindakan Che Has

    iv- Pelaksanaan Aktiviti 4.

    Murid menunjukcara pengurusan jenazah sebagaimana yang ditunjukkan guru.

    Pemerhatian.

    Saya mendapati murid begitu seronok sekali dapat melakukan demonstrasi

    pengurusan jenazah sambil diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain.

    Refleksi aktiviti.

    Berdasarkan pengamatan saya, murid dapat melakukan tunjukcara pengurusan

    jenazah dengan baik sebagaimana yang saya tunjukkan.

    v- Pelaksanaan Aktiviti 5.

    Pelajar kembali ke tempat masing-masing dan menjawab Ujian Pos. Ujian Pos lebih

    kurang sama dengan Ujian Pra, cuma diubah format soalan.

    Contoh soalan dalam Ujian Pos

    1. Antara hikmat mandi jenazah ialah untuk menghormati makhluk Allah.

    Sekiranya anda diminta untuk memandikan jenazah, terangkan dengan ringkasbagaimana anda lakukannya . ( 12 markah )

    Pemerhatian.

    Berdasarkan pemerhatian saya semasa menjalankan aktiviti ini ( ujian pos )

    murid lebih bersedia dan lebih yakin ketika menjawab soalan.

    11

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    12/16

    Kajian Tindakan Che Has

    Refleksi aktiviti.

    Berdasarkan Ujian Pos yang dijawab oleh pelajar, didapati ada peningkatan

    dari segi markah yang diperolehi oleh setiap murid yang disasarkan.

    Jadual 2 : Analisis markah Ujian Pos.

    Murid 1 30/34 (88%)

    Murid 2 29/34(85%)

    Murid 3 21/34(62%)

    Murid 4 22/34(65%)

    Murid 5 25/34(74%)

    Murid 6 31/34(91%)

    Graf 2 : Peratus markah Ujian Pos.

    Jadual 3 : Perbandingan Ujian Pra dengan Ujian Pos.

    Ujian Pra Ujian Pos

    Nama Pelajar Markah diperolehi Nama Pelajar Markah diperolehi

    Murid 1 10/34 (29 % ) Murid 1 30/34 (88%)

    Murid 2 12/34 ( 35 % ) Murid 2 29/34(85%)

    Murid 3 16/34 (47 % ) Murid 3 21/34(62%)

    12

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    M 1 M 2 M 3 M 4 M 5 M 6

    88 85

    62 6574

    91

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    13/16

    Kajian Tindakan Che Has

    Murid 4 17/34 (50 % ) Murid 4 22/34(65%)

    Murid 5 18/34 (53% ) Murid 5 25/34(74%)

    Murid 6 20/34 (59 % ) Murid 6 31/34(91%)

    Graf 3 : Peratus Perbandingan Ujian Pra dengan Ujian Pos.

    5.5 Refleksi Kajian.

    a. Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran.

    Semasa proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan nota

    berlagu berirama bebas dan kaedah demonstrasi ini, saya dapati proses ini lebih

    memudahkan saya dan sangat berkesan bagi mencapai objektif khusus bagi tajuk

    pengurusan jenazah. Hasilnya proses pembelajaran dan pengajaran tercapai dengan

    jayanya.

    b. Refleksi Pelajar.

    13

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    14/16

    Kajian Tindakan Che Has

    Melalui pendekatan nota berlagu dan demonstrasi, saya dapati murid saya sentiasa

    menyertai saya semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Murid didapati lebih

    memberikan tumpuan di dalam bilik darjah. Kerjasama di antara guru dan murid serta

    murid dengan murid berjalan dengan baik.

    c. Refleksi Guru.

    Saya merasakan penggunaan nota berlagu berirama bebas dan kaedah demonstrasi

    ini, dapat membantu saya dari segi mempercepatkan daya ingat murid-muid

    terhadap tajuk pengurusan jenazah. Saya merasa seronok melihat murid saya

    gembira dan ceria ketika menunjukkan cara pengurusan jenazah secara asas dan

    mereka dapat melakukannya dengan baik. Saya juga berpuashati dengan

    peningkatan pencapaian markah yang mereka perolehi setelah menggunakan kaedah

    ini.

    5.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

    Untuk kajian yang seterusnya saya berhasrat untuk menjalankan kajian yang berfokus

    kepada kumpulan sasaran yang lain dengan menggunakan nota ringkas yang ada

    penambahbaikan dan juga kaedah demonstrasi yang lebih menyeluruh kepada semua

    murid :

    a) Murid diberi peluang untuk mencipta rentak irama yang mereka sukai bagi

    mengingat nota ringkas yang diberi guru.

    b) Pertandingan membuat buku skrap/ peta minda tentang pengurusan jenazah.

    c) Menggunakan kaedah demonstrasi bagi tajuk-tajuk ibadat yang lain.

    14

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    15/16

    Kajian Tindakan Che Has

    BIBLIOGRAFI

    1)Junaidah Salehudin, 2008, PMR Pendidikan Islam. PNI NEURON.

    2)Fauziyah Nordin, 2003, PMR Pendidikan Islam. PUSTAKA ILMI.

    3)Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 3, 2005 . Dewan Bahasa danPustaka.

    4)Jurnal kajian Tindakan Jilid 2/2009, Jabatan Pelajaran Johor.

    6)Jurnal Pendidikan Tigaenf, 1999/2000 JILID 2 .3

    7)KBSM , Pendidikan Islam Tingkatan 3. Dewan Bahasa dan Pustaka

    8)Dato Ismail Kamus, 2009, Indahnya Hidup Bersyariat. TELAGA BIRU.

    15

  • 8/2/2019 Laporan Kaj Tndkn Pen Gurus An Jenazah

    16/16

    Kajian Tindakan Che Has

    16