Laporan Refleksi Ceramah Jpn Dan Guru Cemerlang

4
BIG 6 - LAPORAN REFLEKSI CERAMAH JPN DAN GURU CEMERLANG REFLEKSI Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula merupakan ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam. Pada 18 Oktober 2010, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Dewan Za’ba, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma dimana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan sejam lagi diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi. Seramai 81 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester enam daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini. Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu En. Rosli B. Abdul Wahab yang bertajuk “ Ciri-Ciri Guru Inovatif”. Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi kudapan atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester enam kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada pencermah diatas kesudiannya berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat

description

big

Transcript of Laporan Refleksi Ceramah Jpn Dan Guru Cemerlang

Page 1: Laporan Refleksi Ceramah Jpn Dan Guru Cemerlang

BIG 6 - LAPORAN REFLEKSI CERAMAH JPN DAN GURU CEMERLANG

REFLEKSI

Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama

merupakan sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula

merupakan ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam.

Pada 18 Oktober 2010, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina Insan

Guru ini telah diadakan di Dewan Za’ba, Institut Pendidikan Guru Kampus

Darulaman. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma

dimana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan sejam

lagi diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi.

Seramai 81 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester enam

daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini.

Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah

daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu En. Rosli B. Abdul Wahab yang

bertajuk “ Ciri-Ciri Guru Inovatif”. Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah

para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi kudapan

atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester enam

kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada pencermah diatas kesudiannya

berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan

berlaku komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar.

Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan bengkel yang bertajuk, “Fungsi dan

Peranan JPN serta Pengoperasiannya” oleh pegawai Jabatan Pendidikan Negeri

Kedah iaitu En Mahadhir B. Ismail. Sesi bengkel ini diadakan  di Bilik Kuliah 1, Pusat

Sumber Institut. Tempoh masa bengkel dijalankan ialah selama dua jam bermula

jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Sesi bengkel diakhiri dengan pemberian

hadiah oleh pengerusi Program Bina Insan Guru semester enam iaitu, saudara

Muizzuddin B. Mahbud sebelum semua pelajar bersurai.

            Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini,

pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah dan sesi

Page 2: Laporan Refleksi Ceramah Jpn Dan Guru Cemerlang

bengkel yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan tentang

Jabatan pendidikan Negeri serta memberikan panduan kepada saya cara menjadi

seorang guru yang cemerlang.

            Kedua, dari aspek penglibatan oleh pelajar yang memuaskan. Kehadiran

para pelajar adalah secara menyeluruh dimana perancangan bagi program hari ini

berjalan dengan lancar. Selain itu, sikap profesionalisme guru-guru pelatih dipupuk

melalui aspek pemakaian formal apabila setiap guru pelatih diwajibkan memakai

‘blazer’.

            Malang sekali, masih terdapat kelemahan pada Program Bina Insan Guru

kali ini. Perkara tersebut ialah berkenaan ruang aktiviti yang kurang kondusif.

Semasa sesi ceramah pertama sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit

terganggu dengan rungutan dan keadaan pelajar yang tidak senang duduk kerana

system pengaliran udara di dalam dewan tidak berfungsi menyebabkan rasa bahang

yang melampau di dalam dewan. Pemakaian tie menambahkan lagi bahang

kepanasan pada para guru pelatih. 

Syukur masalah ini tidak berlarutan kerana tindakan pantas daripada pihak

Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Semester enam yang menukar lokasi

program. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa usul yang boleh dijadikan

panduan dan dipertimbangkan unutk menjadikan program ini kurang bermasalah

dan berjalan dengan lebih lancar di masa hadapan. Cadangan tersebut ialah dengan

mengadakan aktiviti ceramah dan bengkal di dewan besar yang lebih luas dan

sesuai untuk pelbagai aktiviti selain suasana di dalamnya yang sangat kondusif dan

terdapat sistem pembesar suara bagi kemudahan penceramah.

Cadangan kedua ialah perlunya jawatankuasa persiapan tempat bagi

memeriksa lokasi program yang akan dijalankan beberapa hari lebih awal supaya

tidak tibul sebarang masalah dan jika terdapat masalah, cara mengatasinya dapat

difikirkan dengan lebih awal.

Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah

kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi

sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai

seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.