Latar Belakang Objektif · PDF filepenyelam dan pencinta alam. Tujuan Projek. Projek...

8
1 Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia Latar Belakang Pada tahun 2002, Jabatan Perikanan telah mencadangkan pembinaan satu projek ternakan ikan menggunakan sistem sangkar separa tenggelam sebagai salah satu aktiviti ekonomi di Pulau Layang Layang. Di samping itu, satu projek pemulihan habitat ekosistem karang yang telah mengalami kerosakan akibat pengambilan pasir lagun telah dimulakan pada tahun 2003. Objektif Projek Objektif projek adalah : 1. Mewujudkan aktiviti ekonomi berasaskan perikanan yang berdaya maju di perairan Pulau Layang Layang. 2. Mempastikan biodiversiti hidupan marin Pulau Layang Layang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara dan sihat. 1

Transcript of Latar Belakang Objektif · PDF filepenyelam dan pencinta alam. Tujuan Projek. Projek...

Page 1: Latar Belakang Objektif · PDF filepenyelam dan pencinta alam. Tujuan Projek. Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia 6 ... Modul Reefball telah

1

Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia

Latar BelakangPada tahun 2002, Jabatan Perikanan telahmencadangkan pembinaan satu projekternakan ikan menggunakan sistem sangkarsepara tenggelam sebagai salah satu aktivitiekonomi di Pulau Layang Layang.

Di samping itu, satu projek pemulihan habitatekosistem karang yang telah mengalamikerosakan akibat pengambilan pasir laguntelah dimulakan pada tahun 2003.

Objektif ProjekObjektif projek adalah :

1. Mewujudkan aktiviti ekonomi berasaskanperikanan yang berdaya maju di perairanPulau Layang Layang.

2. Mempastikan biodiversiti hidupan marinPulau Layang Layang sentiasa beradadalam keadaan terpelihara dan sihat.

1

Page 2: Latar Belakang Objektif · PDF filepenyelam dan pencinta alam. Tujuan Projek. Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia 6 ... Modul Reefball telah

Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia

2

1. Memperkenalkan teknologi ternakan ikandalam sangkar berteknologi tinggi yangberdaya maju serta praktikal dalamkeadaan persekitaran laut terbuka danbergelora.

2. Menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikanuntuk menyokong aktiviti ternakan tersebut.

Asas-asas PertimbanganPemilihan teknologi dalam pembangunanaktiviti ternakan ikan di Pulau Layang Layangadalah berasaskan kepada kriteria-kriteriaberikut:

i) Mampu mengawal pencemaran,keselamatan stok dan selamat kepadapengguna dan pelawat.

ii) Berpotensi berdaya maju dan mampumemberikan hasil yang tinggi untukmengimbangi kos operasi.

iii) Struktur dan rekabentuk yang disahkankukuh dan tahan lasak oleh badanpiawaian antarabangsa.

iv) Tidak menjejaskan biodiversiti kawasansekitar, terutama kawasan seperti PulauLayang Layang yang terkenal padaperingkat dunia dalam segi diversiti karangdan ikan karang.

v) Struktur yang bersifat “self- contained”dalam segala aspek operasi (pemberianmakanan, penuaian serta keselamatan dankemudahan rawatan ikan).

vi) Struktur yang bersifat mudah-alih yangmembolehkan amalan “break cycle” bagimengurangkan impak sekitaran sertamasalah kejadian penyakit.

Keterangan Projek· Selaras dengan Dasar Pertanian Negara

ke Tiga (DPN-3), fokus Jabatan Perikanantertumpu kepada peningkatan pengeluaranmakanan melalui akuakultur. Namun untukmencapai hasrat ini, aktiviti R&D sertaPemindahan Teknologi (ToT) perludirangsangkan. Oleh itu projek inimempunyai juga objektif untukmengujipakai satu teknologi ternakan ikandalam sangkar di perairan terbuka. Diantara aspek yang perlu dikaji termasuk :-

i) kejuruteraan struktur sangkar, pengujianketahanan struktur dan bahan

ii) kajian-kajian biologi ikan, serta operasikomersial pengeluaran ikan terumbuseperti kerapu, jenahak, maming dan tuna.

iii) penstokan bank induk dan genetik bagiikan-ikan tersebut.

• Sehubungan pelaksanaan projek ini,pengwujudan infrastruktur sokongan diSabah untuk menyokong keperluanoperasi di Pulau Layang Layang turutdilaksanakan.

• Benih untuk projek ini dibekalkan olehPejabat Projek Akuakultur Pulau LayangLayang dengan kerjasama PusatPembenihan Perikanan Tanjung BadakSabah, Jabatan Perikanan Sabah danhatceri-hatceri swasta di Sabah.Kemudahan Pusat PembenihanPerikanan Sabah telah ditingkatkan untukmenyokong projek dalam jangka masapanjang. Ini termasuklah pembinaan tangkilarvae dan sistem ‘raceway’ yangmerupakan teknologi terbaru danberkesan.

P R O J E K A K U A K U L T U RTujuan Projek

Page 3: Latar Belakang Objektif · PDF filepenyelam dan pencinta alam. Tujuan Projek. Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia 6 ... Modul Reefball telah

3

Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia

Kelebihan Sistem SangkarSepara Tenggelam1. Sistem ini merupakan produk berteknologi

tinggi dari segi rekabentuk serta lebih‘self-contained’.

2. Produk ini dibuat daripada bahan keluliyang dilapisi bahan tahan karat.

3. Rekabentuknya yang mudahalih dan ‘self-contained’ membolehkan struktur inidioperasikan tanpa kakitangan di atasnyapada setiap waktu (‘unmanned operation’atau operasi tidak memerlukan jagaan).

4. Produk ini membolehkan ombak melintasistruktur dengan tekanan yang kurangkepada ternakan. Ini menggalakkan kadartumbesaran ikan dengan lebih stabil dansihat.

5. Sistem penyimpanan makanan ikandikomputerkan dengan muatan silo 3.5 tanmetrik. Kawalan penaburan makanandibuat dengan kawalan jauh daripadapejabat tanpa perlu berada di sangkar.Semasa ribut, ikan masih boleh menerimamakanan kerana pemberian makanandikawal dari daratan.

6. Isipadu sangkar ternakan yang stabildengan adanya ‘sinker tube’ sebagaipemegang jaring.

7. Ternakan boleh dijalankan tanpamemerlukan tempat terlindung.

8. Produk ini membolehkan perluasankeupayaan atau peningkatan kapasititernakan.

9. Pengurangan risiko jangkitan penyakitkerana ternakan dibuat di laut terbuka, jauhdaripada sumber pencemaran, danstruktur dapat dibekalkan dengankemudahan rawatan di sangkar jika perlu.

10. Rekabentuk sistem adalah berasaskankepada rekabentuk pelantar minyak luarpantai yang mampu beroperasi dalamkeadaan laut yang berombak tinggi tanpaadanya penghadang ombak atauattenuator.

11. Pengalaman operasi di North Sea yangberkeadaan ekstrim telah membuktikansistem ini boleh bertahan dalam ombaksehingga 10 m tinggi dengan arus lautsehingga 2.5 knot.

12. Semasa operasi sebahagian struktursangkar ditenggelamkan sehingga 3-4meter untuk mengurangkan tekananombak ke atas keseluruhan struktur.

13. Kedalaman laut minimum yang diperlukanadalah dua kali ganda kedalaman jaring.Farmocean dilaporkan pernah beroperasidengan jaring mencecah dasar laut tanpamemberi masalah.

14 Sebuah walk-way tersedia ada untuktujuan penua ian dan ker japenyelenggaraan dan operasi.

15. Semasa penuaian hasil danpenyenggaraan sistem ternakan, sistemditimbulkan sehingga ke paras ‘walk-way’pada kandang.

16. Sistem built-in bagi pemunggahan hasilsecara ‘tuil’ di mana ‘sinker tube’ dinaikkandan ikan boleh dipindah ke bot dengan‘transfer pump’ atau secara manual.

17. Pembersihan dijalankan dengan caramenimbulkan sistem pada paraspenyelenggaraan dan pembersihan bolehdijalankan dengan kaedah pancutan jetatau memberus.

18. Struktur juga boleh menjadi daya penarikkepada pelancongan kerana kecanggihansistem dan daya tarikan teknologi.

19. Struktur merupakan bentuk ‘pre-fabricated’yang memakan masa pendek untukpemasangan.

20. Sistem ini juga menyediakan sebuah botkerja yang mempunyai komponen berikut:• Tangki pembawa makanan serta

sistem pengepam makanan dari bot kesilo sangkar ternakan.

• S is tem pemampat un tuk ker jamenimbulkan dan menenggelamkansangkar.

21. Produk telah dipatenkan.

Page 4: Latar Belakang Objektif · PDF filepenyelam dan pencinta alam. Tujuan Projek. Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia 6 ... Modul Reefball telah

Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia

4

Hasil Yang DijangkaBerdasarkan kepada analisis ringkas terhadaphasil pengeluaran sangkar tersebut, jumlahkeuntungan purata daripada 3 unit sangkardalam satu pusingan dengan harga ikansebanyak RM 30 sekilogram, ialahRM 2.19 juta.

Kejayaan dalam menggunakanteknologi ini akan dikembangkan kepada bakalpengusaha akuakultur yang berminat. Untuktujuan ini, satu program pemindahan teknologimelalui ‘in-farm training’ akan diadakan. Projeksangkar ini akan digunakan juga sebagai tapakdemonstrasi dan latihan untuk bakalentepreneur.

Page 5: Latar Belakang Objektif · PDF filepenyelam dan pencinta alam. Tujuan Projek. Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia 6 ... Modul Reefball telah

5

Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia

PROJEK PEMULIHAN HABITAT LAGUN

Untuk mempertingkatkan semula habitatdengan menyediakan substrat yang sesuaiuntuk perlekatan, pertumbuhan danpembentukan semula koloni batu karang danhidupan laut. Melalui perubahan dan kolonisasisatu kumpulan spesies terumbu karang danhidupan terumbu lain di substrat tiruan, makadijangkakan satu kawasan terumbu yangsubur dapat dibentuk.

Asas-asas PertimbanganPertimbangan bagi memulihkan habitat perlumelihat kepada kriteria penting seperti berikut:

i) Rekabentuk Batu Karang Tiruan direkabermiripkan bentuk-bentuk batu karang aslidan mempunyai ciri-ciri mesra alam.

ii) Daya ketahanan karang tiruan yangmampu mengatasi tindakbalas dayapersekitaran.

iii) Ketiadaan bahan toksik di dalam bahanbuatan karang tiruan.

Keterangan ProjekPada tahun 2004-2005 sebanyak 300 unit ReefBalls telah dibina dan diletakkan di dalam lagun.

• Reef Balls yang dibina telah menggunakansimen marin dan bahan tambahan yangsama nilai pHnya dengan air laut iaitu 8.3-8.4 pH. Campuran simen marin dan mikrosilika adalah stabil dan tidak melarutkan(leaching) bahan toksik.

• Ianya direkabentuk supaya tidak tenggelamke dalam pasir dasar diakibatkanperedaran arus (scouring effect).

• Tekstur permukaannya adalah kasarsupaya mirip kepada terumbu karang asli.

LokasiLokasi terumbu karang tiruan adalah terletakdi luar kawasan laluan kapal dan kawasanlarangan. Kawasan ini juga mudah dikunjungiuntuk membuat pemantauan danpengawasan.

Di samping itu, kawasan ini kelak akan menjadisalah satu tarikan pelancong yang mana selaindaripada menikmati keindahan alam semulajadidi luar terumbu, para pelancong juga dapatmelihat usaha-usaha pemuliharaan danmenimbulkan minat mereka kepada usahasebegini. Usaha pemuliharaan sebeginisememangnya mendapat tempat di hati parapenyelam dan pencinta alam.

Tujuan Projek

Page 6: Latar Belakang Objektif · PDF filepenyelam dan pencinta alam. Tujuan Projek. Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia 6 ... Modul Reefball telah

Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia

6

KaedahBeberapa lokasi sesuai telah dipilih denganmengambil pandangan daripada pihak- pihakyang berkepentingan di Pulau Layang Layang.Modul Reefball telah diletakkan padakedalaman air antara 10-18 m.

Pengawasan dan PemantauanPengawasan dan pemantauan akan dijalankanpada setiap empat bulan sekali iaitu tiga kalisetahun. Pemantauan ini adalah untukmerekodkan kemajuan projek khususnyakadar kolonisasi spesies terumbu karang danperbezaan antara modiul-modiul di kawasankedalaman berbeza

Hasil Yang DijangkaSelepas lapan bulan, semua modul akandiliputi dan ditumbuhi dengan batu karangseperti Pocillopora, dan Acropora. Dalamtempoh masa empat tahun, satu terumbukarang yang matang yang sukar dibedakandengan terumbu asli akan dapat diperolehidaripada pemasangan batu karang tiruan ini.Kepadatan batu karang dan kepelbagaianspesies akan bertambah dengan banyaknya.

PEMINDAHAN TEKNOLOGIProgram pemindahan teknologi perlu dibuatuntuk Projek Akuakultur ini dengan penglibatanpengusaha-pengusaha tempatan.

Keperluan LatihanOperasi sangkar sistem separa tenggelam inimemerlukan kemahiran dan pengetahuankhusus. Untuk keper luan operasi danpenyenggaraan, satu siri latihan seperti dibawah akan dijalankan:

i) Lawatan kerja pegawai ke kilangpengeluaran dan tapak operasi Ternakandi Eropah.

ii) Latihan kerja di tapak ternakan di Eropahuntuk kakitangan penyelengaraan secarahands-on dalam keadaan sebenar.

iii) Latihan operasi selepas pentauliahan diPulau Layang Layang oleh pekerjapengeluar sangkar berpengalaman.

Bantuan Teknikal SertaAdaptive EngineeringBantuan teknikal akan merangkumi:

i) Tugasan penting selepas pentauliahanbagi membantu penyelesaian masalah,keperluan pembangunan kejuruteraanyang bersifat localized dalammengendalikan sangkar di Pulau LayangLayang

ii) Unsur pemindahan teknologi kepada orangtempatan yang bertindak sebagai penerimateknologi akan ditekankan

iii) Latihan berkaitan pengendalian operasidari semasa kesemasa terutama bagipengendali baru dalam tempoh bantuanteknikal

iv) Menasihat dan membantu merencanakanrancangan penyelenggaraan sangkar

v) Memberi input teknologi bagi meningkatoperasi dan mekanisasi sangkar

Page 7: Latar Belakang Objektif · PDF filepenyelam dan pencinta alam. Tujuan Projek. Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia 6 ... Modul Reefball telah

7

Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia

Projek Sangkar Separa Tenggelam merupakansatu projek akuakultur yang secara relatif, lebihmurah dan realistik berbanding dengan sistemsangkar laut terbuka yang lain. Projek ini akandapat mencapai matlamat pembangunanPulau Layang Layang iaitu untuk mewujudkanaktiviti ekonomi dan R & D yang berterusan.Dengan ini ia akan dapat memangkinkan jugaaktiviti penyelidikan yang berteraskan aspekkejuruteraan struktur, pembangunanakuakultur ikan-ikan karang di sekitar perairanlaut lepas, dan kajian biologi spesies ikan yangsesuai untuk ternakan.

Projek Sangkar Separa Tenggelamberteknologi tinggi ini akan;

a) Lebih menjaminkan kejayaan projekflagship negara

b) Mengembangkan potensi akuakultur disekitar Pulau Layang Layang terutama diperairan Negeri Sabah dan perairan PantaiTimur Semenanjung Malaysia sebagaikawasan akuakultur spesies marin yangberpotensi untuk eksport.

c) Mengembangkan teknologi ternakanocean-farming dengan kaedah baru.

d) Membantu mengumpulkan maklumat asasbagi spesies-spesies akuakulturberpotensi yang diternak dalam sangkarPulau Layang Layang.

Usaha-usaha memulih dan meningkatkanekosistem habitat dengan menggunakan tukuntiruan Reefball akan mempastikan supayaekosistem di sekitar Pulau Layang Layangakan berada pada tahap memuaskan sertadapat mengekalkan biodiversiti marin PulauLayang Layang daripada terjejas dan pupus.

Projek Penyelidikan dan PembangunanPerikananPulau Layang Layang, MalaysiaJabatan Perikanan MalaysiaPutrajaya.Mac 2006

KESIMPULAN

Page 8: Latar Belakang Objektif · PDF filepenyelam dan pencinta alam. Tujuan Projek. Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia 6 ... Modul Reefball telah

Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia

8

Setinggi-tinggi penghargaankami ucapkan kepada

ICU JPM, EPU, MINDEF, JPPS,BKN, JKR, Markas Wilayah II,

Stesen LIMA, TLDM, TUDM,MoA,DoF, IPP, IPPCS, JPLS,

JP Sabah, LLIR

dan

mereka-mereka yang terlibatsecara langsung dan tidak langsung

dalam merealisasikanProjek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan

Pulau Layang layang, Malaysia.