Latarbelakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

8
Latarbelakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) KBSM telah diperkenalkan pada tahun 1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1989. Pembentukan KBSM berasaskan daripada perakauan-perakauan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Perakuan 58,59,61,62 menekankan bahawa pembentukan KBSM berlandaskan perkara-perkara berikut: a) Kesinambungan dari KBSR. b) Pendidikan umum yang merangkumi pendidikan vokasional dalam bidang elektif yang terdiri bidang akademik dan jurusan vokasional sahaja. c) Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas untuk meneruskan pendidikan secara berterusan seumur hidup. Falsafah Dan Matlamat KBSM Falsafah KBSM sebenarnya tidak jauh bezanya dengan falsafah KBSR. Kedua-duanya mempunyai unsur-unsur persamaan, iaitu untuk menghasilkan insan yang seimbang dan hormonis baik dari segi rohani mahupun jasmani. Keseimbangan ini sebenarnya datang daripada kepercayaan kepada tuhan. Tanpa kepercayaan tersebut, setiap insan tidak dapat menikmati kehidupan yang bahagia dan aman. Teras kepercayaan inilah yang menjadi tunjang kepada Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. Inilah nilai-nilai murni yang perlu disemai oleh setiap rakyat di Malaysia. Apabila nilai-nilai tersebut sudah disemaikan, mereka akan merasa bertanggungjawab, berkelakuan baik dan

description

school

Transcript of Latarbelakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Page 1: Latarbelakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Latarbelakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

KBSM telah diperkenalkan pada tahun 1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1989.

Pembentukan KBSM berasaskan daripada perakauan-perakauan yang dikemukakan oleh

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Perakuan 58,59,61,62

menekankan bahawa pembentukan KBSM berlandaskan perkara-perkara berikut:

a) Kesinambungan dari KBSR.

b) Pendidikan umum yang merangkumi pendidikan vokasional dalam bidang elektif

yang terdiri bidang akademik dan jurusan vokasional sahaja.

c) Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu pengetahuan

dan kemahiran asas untuk meneruskan pendidikan secara berterusan seumur hidup.

Falsafah Dan Matlamat KBSM

Falsafah KBSM sebenarnya tidak jauh bezanya dengan falsafah KBSR. Kedua-

duanya mempunyai unsur-unsur persamaan, iaitu untuk menghasilkan insan yang seimbang

dan hormonis baik dari segi rohani mahupun jasmani. Keseimbangan ini sebenarnya datang

daripada kepercayaan kepada tuhan. Tanpa kepercayaan tersebut, setiap insan tidak dapat

menikmati kehidupan yang bahagia dan aman. Teras kepercayaan inilah yang menjadi

tunjang kepada Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. Inilah nilai-nilai murni yang perlu

disemai oleh setiap rakyat di Malaysia. Apabila nilai-nilai tersebut sudah disemaikan, mereka

akan merasa bertanggungjawab, berkelakuan baik dan memahami semua kehendak

masyarakat umum dan juga Negara. Jadi , berdasarkan keperluan tersebutlah pelaksanaan

KBSM banyak menumpukan kepada perkembangan potensi individu yang sihat, seimbang

dan bersepadu.

Matlamat KBSM sebenarnya berasaskan juga kepada falsafah KBSM. Ia berteraskan

perkembangan diri individu. Perkembangan ini merangkumi aspek kognitif atau

pemikiran,kerohanian,sosial dan emosi. Apabila aspek-aspek ini dapat digabung dengan baik,

maka mudahlah bagi seseorang itu untuk berfikir secara rasional, membina kemahiran diri,

mempunyai daya kreatif dan mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan

dengan masyarakat. Komitmen dengan masyarakat amat perlu memupuk jiwa yang sihat,

bertanggungjawab kepada masyarakat dan bersemangat patriotik. Unsur-unsur dan

penekanan ini banyak dikaitkan dalam amalan pengajaran dan pendidikan di sekolah, iaitu

Page 2: Latarbelakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

bermula dari Tingkatan satu dan Tingkatan Enam. Jadi melalui pelaksanaan KBSM,

diharapkan Negara Malaysia akan dapat melahirkan rakyat yang serba boleh, maju produktif

dan dapat menyahut keperluan dan wawasan Negara

Secara kesimpulanya, boleh dikatakan matlamat KBSM adalah seperti berikut:

a) Membina kefahaman diri, iaitu berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan;

b) Mampu memberikan sumbangan yang berguna kepada masyarakat dan Negara;

c) Dapat mengisi peluang-peluang pekerjaan berdasarkan kehendak Negara;

d) Melahirkan rakyat yang berbudaya ilmu dan menggunakan ilmu itu kea rah yang

betul.

e) Memahami peraturan alam yang dijadikan Allah S.W.T agar setiap rakyat tidak

melakukan sebarang perbuatan yang boleh merosakkan akidah dan kepercayaan;

f) Berupaya untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan

harian;

g) Dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh di sekolah dan dapat dikaitkan

dengan cara hidup di luar sekolah;

Konsep KBSM

Konsep bersepadu dalam KBSM ditakrifkan sebagai penguasaan ilmu, pengetahuan,

kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendekatan Integrasi dan

penyerapan semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dapat dicapai menerusi kaedah-

kaedah berikut:

a) Kesepaduan pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalam semua mata pelajaran.

b) Kesepaduan pengalaman dan teknik pembelajaran di antara mata pelajaran.

c) Kesepaduan antara teori dan praktik.

d) Kesepaduan antara pengalaman pembelajaran di dalam bilik darjah dengan aktiviti-

aktiviti di luar bilik darjah termasuk alam persekitaran dan pengalaman hidup harian.

Prinsip KBSM

Prinsip –prinsip KBSM dirancang berasaskan kepada konsep KBSM yang dibincangkan di

atas. Prinsip –prinsip digariskan seperti berikut:

Page 3: Latarbelakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

a) Kesinambungan pendidikan peringkat KBSR, iaitu menguasai kemahiran-kemahiran

asas 3M dan perkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh.

b) Program pendidikan umum yang disediakan wajid diikuti oleh semua murid-murid

supaya mereka memperoleh pengetahuan yang seimbang.

c) Semua mata pelajaran KBSM hendaklah mengandungi unsur-unsur intelek, rohani,

emosi dan jasmani.

d) Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan secara menyeluruh dalam setiap mata

pelajaran KBSM. Nilai-nilai tersebut juga perlu dipupuk secara khusus kepada murid-

murid beragama Islam menerusi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan murid-

murid bukan beragama Islam menerusi mata pelajaran Pendidikan Moral, pendekatan

sebegini dinamakan “ Nilai-nilai murni merentas kurikulum”.

e) Program penggunaan bahasa Melayu hendaklah diperkukuhkan menerusi mata

pelajaran bahasa Melayu dan dalam semua mata pelajaran bukan bahasa. Pendekatan

sebegini dikenali sebagai “ Bahasa Melayu merentas kurikulum”.

f) Sebagai prinsip pendidikan seumur hidup, KBSM memberi tumpuan ke arah

memupuk nilai dan sikap positif murid-murid bagi menguasai pengetahuan dan

kemahiran supaya mereka berkebolehan untuk berusaha mencari pengetahuan

sepanjang hayat.

Kandungan dan bidang kajian KBSM

Berdasarkan falsafah, matlamat dan prinsip-prinsip KBSM, maka asas kandungan KBSM

merangkumi yang berikut:

a) Kemahiran menggunakan bahasa Melayu.

b) Kemahiran komunikasi dalam bahasa Melayu dengan betul.

c) Kemahiran belajar dan mendapatkan ilmu.

d) Kemahiran kira-mengira.

e) Keupayaan berfikir secara analitis dan kritis.

f) Kebolehan memahami fenomena alam sejagat.

g) Perkembangan daya imaginative dan kreatif.

h) Pembentukan akhlak yang mulia.

i) Semangat setia kepada Negara.

j) Pembinaan diri yang sihat dan sentiasa produktif.

Page 4: Latarbelakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Kesemua asas tersebut dapat diterapkan baik secara langsung ataupun tidak langsung dalam

sistem pengajian di peringkat sekolah menengah yang mengambil masa lebih kurang lapan

tahun. Melalui pelaksanaan KBSM, mata pelajaran yang disediakan terbahagi kepada dua

kumpulan, iaitu teras dan elektif (pilihan). Ia tidak terpisah tetapi dikonsepsikan atau

dirancang secara bersepadu dan menyeluruh. Pada peringkat sekolah menengah rendah dan

kelas peralihan, pelajar diwajibkan mengambil pelajaran teras. Mereka juga berpeluang untuk

memilih mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan juga Bahasa Arab Komunikasi.

Jadual 1.1 menyenaraikan mata pelajaran pada peringkat sekolah menengah rendah.

Teras Tambahan

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Matematik

Sains

Sejarah

Geografi

Kemahiran Hidup

Pendidikan Jasmani dan kesihatan

Pendidikan Seni

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Bahasa Arab Komunikasi

Jadual 1.1 Senarai mata pelajaran peringkat menengah rendah

Pada peringkat sekolah menengah atas, iaitu Tingkatan Empat dan Lima, pelajar-pelajar

diwajibkan belajar kesemua tujuh mata pelajaran teras dan boleh memilih minimum dua atau

maksimum empat mata pelajaran elektif, iaitu daripada kumpulan Kemanusiaan, Vokasional

dan Teknologi, Sains dan Pengajian Islam. Dengan pemilihan tersebut terdapatlah

perimbangan antara kumpulan-kumpulan yang disebutkan itu. Dalam jadual 1.2, disenaraikan

mata pelajaran teras dan tambahan yang disediakan bagi peringkat sekolah menengah atas.

Page 5: Latarbelakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Teras Tambahan

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Matematik

Sains

Sejarah

Pendidikan Jasmani dan kesihatan

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Bahasa Arab Komunikasi

Jadual 1.2 Senarai mata pelajaran teras dan tambahan peringkat menengah atas

Manakala kumpulan mata pelajaran elektif adalah seperti berikut:

Kumpulan I

(Kemanusiaan)

Kumpulan II

(Vokasional & Teknologi )

Kumpulan III

(Sains)

Kumpulan IV

( Pengajian Islam)

Kesusasteraan

Melayu

Kesusasteraan Bahasa

Inggeris

Geografi

Pendidikan Seni

Bahasa Arab

Tambahan

Muzik

Bahasa-bahasa lain

Prinsip Akaun

Ekonomi Asas

Perdagangan

Sains Pertanian

Ekonomi Rumah Tangga

Matematik Tambahan

Pengajian kejuruteraan

Jentera

Pengajian kejuruteraan

Awam

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik & dan Elektronik

Lukisan Kejuruteraan

Teknologi Kejuruteraan

Sains Komputer

Sains Tambahan

Fizik

Kimia

Biologi

Pendidikan Al-Quran dan

Al-Sunnah

Pendidikan Syariah

Islamiah

Tasawwur Islam

Page 6: Latarbelakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah