Latihan Peribahasa SPM

6
Latihan Peribahasa SPM Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud setiap ayat berikut. 1. Kehadiran Muthu di kampung itu amat dibimbangi jiran tetangganya kerana dia selalu mengambil barang-barang jiran-jirannya tanpa meminta izin terlebih dahulu. 2. Aminah mempunyai perangai yang tidak digemari oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang suka mengambil barang-barang yang telah diberikannya semula. 3. Keputusannya untuk berhijrah ke Australia tidak dapat diubah lagi walaupun telah dihalang oleh kedua-dua ibu bapanya berkali-kali. 4. Semua ikan yang dipelihara oleh penternak telah terlepas akibat banjir yang melanda kampung itu bulan lalu. 5. Safee Sali ialah seorang penyerang yang disandarkan harapan tinggi oleh pengurus dan peminat untuk menjaringkan gol. Insya-Allah jawapan akan muncul pada hari Rabu. Sekian dan terima kasih. Selamat Maju Jaya! Jawapan: 1. cepat tangan 2. buruk siku 3. bulat hati 4. putih mata 5. ayam tambatan Latihan Tatabahasa SPM Cari satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. 1. Yang DiPertua Majlis Perbandaran telah memesan kepada kaki tangannya supaya bekerja bersungguh-sungguh. 2. Kerajaan telah melengkapi stesen bas itu dengan pelbagai pasarana untuk golongan OKU. 3. Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut kursus kemahiran di instituisi kemahiran yang ada. 4. Matan Perdana Menteri telah menyeru para belia agar lebih proaktif untuk bangunkan negara. 5. Pengguna jalan raya untuk ke gua Musang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar lebih berhati-hati kerana jalan raya tersebut mempunyai beberapa kawasan merbahaya. 6. Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja. 7. Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujud kekeliruan. 8. Semua calon SPM dijangka akan terima keputusan masing-masing pada bulan Febuari. 9. Hajjah Saorah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Melaka pada tahun 2011 atas kejayaan beliau mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya. 10. Semua kenderaan yang berusia sepuluh tahun atau lebih telah dipaksa membayar insuran yang lebih mahal. Jawapan: 1. Yang DiPertua = Yang Dipertua memesan = berpesan 2. pasarana = prasarana melengkapi = melengkapkan 3. instituisi = institut mengikut = mengikuti

Transcript of Latihan Peribahasa SPM

Page 1: Latihan Peribahasa SPM

Latihan Peribahasa SPMBerikan peribahasa yang tepat dengan maksud setiap ayat berikut.

1. Kehadiran Muthu di kampung itu amat dibimbangi jiran tetangganya kerana dia selalu mengambil barang-barang jiran-jirannya tanpa meminta izin terlebih dahulu.

2. Aminah mempunyai perangai yang tidak digemari oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang suka mengambil barang-barang yang telah diberikannya semula.

3. Keputusannya untuk berhijrah ke Australia tidak dapat diubah lagi walaupun telah dihalang oleh kedua-dua ibu bapanya berkali-kali.

4. Semua ikan yang dipelihara oleh penternak telah terlepas akibat banjir yang melanda kampung itu bulan lalu.

5. Safee Sali ialah seorang penyerang yang disandarkan harapan tinggi oleh pengurus dan peminat untuk menjaringkan gol.

Insya-Allah jawapan akan muncul pada hari Rabu.Sekian dan terima kasih. Selamat Maju Jaya!

Jawapan:1. cepat tangan2. buruk siku3. bulat hati4. putih mata5. ayam tambatan

Latihan Tatabahasa SPMCari satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.

1. Yang DiPertua Majlis Perbandaran telah memesan kepada kaki tangannya supaya bekerja bersungguh-sungguh.

2. Kerajaan telah melengkapi stesen bas itu dengan pelbagai pasarana untuk golongan OKU.

3. Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut kursus kemahiran di instituisi kemahiran yang ada.

4. Matan Perdana Menteri telah menyeru para belia agar lebih proaktif untuk bangunkan negara.

5. Pengguna jalan raya untuk ke gua Musang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar lebih berhati-hati kerana jalan raya tersebut mempunyai beberapa kawasan merbahaya.

6. Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.

7. Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujud kekeliruan.

8. Semua calon SPM dijangka akan terima keputusan masing-masing pada bulan Febuari.

9. Hajjah Saorah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Melaka pada tahun 2011 atas kejayaan beliau mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya.

10. Semua kenderaan yang berusia sepuluh tahun atau lebih telah dipaksa membayar insuran yang lebih mahal.

Jawapan:1. Yang DiPertua = Yang Dipertuamemesan = berpesan2. pasarana = prasaranamelengkapi = melengkapkan3. instituisi = institutmengikut = mengikuti4. Matan = Mantanbangunkan = membangunkan5. gua Musang = Gua Musangmerbahaya = berbahaya6. fax = faksPermohon = Permohanan7. definasi = definisimemberikan = diberikan8. Febuari = Februariterima = menerima9. Hajjah = Hajah

Page 2: Latihan Peribahasa SPM

ternobat = dinobatkan10. insuran = insuransdipaksa = terpaksa

Latihan Tatabahasa SPMCari satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa dalam ayat di bawah.

1. Pelbagai rekaan murid sekolah yang berasaskan daya ubah suai dipamerkan pada pameran itu.

2. Yang Dipertua Bank Negara Malaysia telah dianugerahi bintang kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri.

3. Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi banjir mendadak di kawasan perumahan itu telah dilakukan dengan usaha mendalamkan sungai dan parit.

4. Projek jalan raya besar yang menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia sedang rancak dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

5. Berapa anggaran harga bagi setiap kereta tangan kedua yang dijual di kedai itu?

Jawapan:1. daya ubah suai = inovasipada = di2. Yang Dipertua Bank Negara= Gabenordianugerahi= dianugerahkan3. Antara langkah-langkah= Antara langkahbanjir mendadak=banjir kilat4. jalan raya besar= lebuh rayadan = dengan 5. Berapa= Berapakahkereta tangan kedua = kereta terpakai

SENARAI KESALAHAN TATABAHASA YANG MUNGKIN KELUAR DALAM PMR 20111.berbagai jenis ulam (X)BETUL: berbagai-bagai jenis ulam / pelbagai jenis ulam / perbagai jenis ulam / perbagai-bagai

2.kesuntukkan masa (X)BETUL: kesuntukan masa

3.tidak saya sempat siapkan (X)BETUL: tidak sempat saya siapkan

4.mangsa pembakaran (X)BETUL: mangsa kebakaran

5.lima adik-beradik (X)BETUL: lima beradik / lima orang adik-beradik

6.mempercantikkan ruang tamu(X)BETUL: mempercantik ruang tamu / mencantikkan ruang tamu

7.menarik nafas dalam(X)BETUL: menarik nafas dalam-dalam

8.menuntut basikal masuk ke pintu sekolah(X)BETUL: menuntun basikal masuk ke pintu sekolah

9.saling bersalam-salaman(X)BETUL: saling bersalaman / bersalam-salaman

10.oleh kerana sakit kaki(X)BETUL: oleh sebab sakit kaki / kerana sakit kaki

11.siapa pun tidak dibenarkan masuk(X)BETUL: siapa-siapa pun tidak dibenarkan masuk / sesiapa pun tidak dibenarkan masuk

12.di tahun 50-an(X)BETUL: pada tahun 50-an

Page 3: Latihan Peribahasa SPM

13.Budak itu terlalu asyik bermain sehingga senja.(X)BETUL: Budak itu asyik bermain sehingga senja / Budak itu leka bermain sehingga senja

14.dipersembahkan oleh kalian(X)BETUL: kalian persembahkan

15.menjelajahi ke seluruh pelosok dunia(X)BETUL: menjelajah ke seluruh pelosok dunia / menjelajahi seluruh pelosok dunia

16.Mereka tidak ke mana ketika di kampung.(X)BETUL: Mereka tidak ke mana-mana ketika di kampung.

17.para-para pemimpin(X)BETUL: para pemimpin / pemimpin-pemimpin

18.Di masa itu, dia masih belum mengerti.(X)BETUL: Pada masa itu, dia masih belum mengerti

19.segar di dalam ingatan(X)BETUL: segar dalam ingatan

20.kedua abang saya(X)BETUL: kedua-dua abang saya

21.pasangan kembar serupa(X)BETUL: pasangan kembar seiras

22.penunggang motorsikal(X)BETUL: penunggang motosikal

23.menghidap penyakit buah pinggang(X)BETUL: menghidapi penyakit buah pinggang

24.berpandukan pada pelan(X)BETUL: berpandu pada pelan / berpandukan pelan

25.Jarak di antara Ipoh dengan Kuala Lumpur(X)BETUL: Jarak di antara Ipoh dan Kuala Lumpur

26.saling membantu-bantu(X)BETUL: saling membantu / bantu-membantu

27.Anak-anak kucing saya comel-comel belaka.(X)BETUL: Anak kucing saya comel-comel belaka. / Anak-anak kucing saya comel belaka.

28.dua setengah jam(X)BETUL: dua jam setengah

29.daripada pagi hingga ke petang(X)BETUL: dari pagi hingga petang

30.rakyat menderita pada zaman kedudukan Jepun(X)BETUL: rakyat menderita pada zaman pendudukan Jepun

31.surat dari pihak sekolah(X)BETUL: surat daripada pihak sekolah

32.pemain squasy terbaik dunia(X)BETUL: pemain skuasy terbaik dunia

33.demi untuk kepentingan bersama(X)BETUL: demi kepentingan bersama

34.Mulut kakak saya celupar.(X)

Page 4: Latihan Peribahasa SPM

BETUL: Mulut kakak saya celopar.

35.Peristiwa itu mengguris perasaan ibu saya.(X)BETUL: Peristiwa itu menggores perasaan ibu saya.

36.amalan bergotong-royong(X)BETUL: amalan gotong-royong / penduduk bergotong-royong

37.Wanita itu berambut kerinting.(X)BETUL: Wanita itu berambut keriting.

38.Saya membaca novel yang bertajuk “Kasih Ibu”(X)BETUL: Saya membaca novel yang bertajuk 'Kasih Ibu'

39.dari masa ke semasa(X)BETUL: dari masa ke masa / dari semasa ke semasa

40.berkotak bungkusan hadiah(X)BETUL: berkotak-kotak bungkusan hadiah

41.berkerjasama membersihkan kawasan sekolah(X)BETUL: bekerjasama membersihkan kawasan sekolah

42.memegang beg hanya dengan sebelah tangan sahaja(X)BETUL: memegang beg dengan sebelah tangan sahaja / memegang beg hanya dengan sebelah tangan

43.Kapal terbang itu akan bertolak sebentar lagi.(X)BETUL: Kapal terbang itu akan berlepas sebentar lagi.

44.memperlolehi banyak wang daripada jualan(X)BETUL: memperoleh banyak wang daripada jualan

45.mengadakan majlis perkhawinan(X)BETUL: mengadakan majlis perkahwinan

46.melawat ke negeri Sembilan dan ke negeri Johor(X)BETUL:melawat ke Negeri Sembilan dan ke negeri Johor

Isi Penting Karangan Ramalan PMR dan SPMKarangan yang ditulis oleh pelajar dinilai oleh pemeriksa melalui aspek pemilihan isi yang matang dan bahasa yang baik. Oleh itu, isi yang baik mestilah diiringi peribahasa yang sesuai untuk mengutuhkan penyampaian isi. Berikut merupakan contoh soalan karangan dan isi penting yang sesuai. Anda mestilah belajar membuat kerangka karangan berserta peribahasa yang sesuai. Bijak menulis, Banyak markah!

Kepentingan aktiviti kemasyarakatan

1. memupuk perpaduan bangsaP – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

2. mengatasi masalah sosial sebelum terlambatP – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

3. mengisi masa lapang dengan bijakP – masa itu emas

4. berjasa kepada masyarakat dan negaraP – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

5. memupuk semangat kejirananP – jiran bersepakat membawa berkat

Kebaikan mengulang kaji

1. menghabiskan sukatan pelajaran sebelum peperiksaanP – sediakan payung sebelum hujan

2. mengatasi masalahdalam pelajaranP – sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

Page 5: Latihan Peribahasa SPM

3. mengisi masa lapang dengan bijakP – masa itu emas

4. lebih yakin menjawab soalan peperiksaanP – cemerlang, gemilang, dan terbilang

5. meningkatkan ilmu dan pengetahuanP – kata Nabi Muhammad, tuntutlah ilmu sampai ke negara China.

Punca kenaikan harga barang

1. harga petrol meningkat dan membebankan pekilangP – berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

2. kemelesetan ekonomiP – naik seperti semut, turun seperti ribut

3. permintaan melebihi stokP – ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

4. kelemahan kawalan harga barangP – harapkan pagar, pagar makan padi

5. peniaga mengambil kesempatan sewenang-wenangnyaP – menangguk di air keruh

Kesan pencemaran sungai

1. flora dan fauna musnahP – sudah terhantuk baru tengadah

2. sumber rezeki manusia hilangP – kais pagi makan pagi, kais petang makan petang 

3. pemandangan terjejasP – indah khabar daripada rupa

4. manusia mendapat penyakitP – mencegah lebih baik daripada mengubati

5. merugikan wang, masa dan tenaga kerajaanP – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Langkah melahirkan modal insan

1. kerajaan – akademikP – tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung

2. Guru – mendidik ilmu dan menyalurkan pengetahuanP – guru kencing berdiri, murid kencing berlari

3. Ibu bapa perlu memberi didikan moral dan akhlakP – melentur buluh biarlah dari rebungnya

4. Program pendidikan – berunsur globalP – berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

5. Menaik taraf kemudahan belajarP – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Langkah mengatasi jerebu

1. Kerajaan – menguatkuasakan undang-undangP – berani kerana benar, takut kerana salah

2. Pihak sekolah – mendidik rakyatP – melentur buluh biarlah dari rebungnya

3. Ibu bapa – menjadi contohP – bagaimana acuan, begitulah kuihnya

4. Masyarakat – bekerjasama dengan kerajaan

Page 6: Latihan Peribahasa SPM

P – bagai aur dengan tebing

5. Diri sendiri – mencintai alam sekitarP – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.