literasi nombor 14.docx

3
Tugasan 1(individu) Berdasarkan pernyataan di atas, buat pembacaan dan kumpulkan maklumat berkaitan dari sebuah syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej pra bayar. Maklumat yang dikumpulkan harus mempunyai i. !elbagai pakej pra bayar yang ditawarkan oleh syarikat tersebut dan paparkan maklumat ini dalam bentuk yang bersesuaian. ii. Buat perbandingan terhadap setiap pakej yang ditawarkan, anggarkan perbelanjaan anda untuk penggunaan tele"on untuk setiap pakej dan pilih pakej yang bersesuaian dengan anda. #usti$kasikan pilihan anda. 1.0. Pendahuluan !enggunaan tele"on bimbit di negara kita, Malaysia semakin meluas, sama ada dalam kalangan orang dewasa atau remaja. Tambahan pula, tele"on pintar yang diperkenalkan telah memudahkan urusan kita serta memajukan negara kita. %elaras dengan kewujudan tele"on pintar, aplikasi&aplikasi seperti 'hats pp, 'echat, ine, *nstagram, dan +acebook telah dicipta dan membolehkan pengguna berhubung dengan cepat dan maklumat disebar dan dikongsi dengan mudah. %ehubungan itu, syarikat& syarikat komunikasi, seperti igi, -elcom, otlink,Ma/is telah menawarkan pelbagai pakej prabayar dan pasca bayar untuk menarik minat pengguna. %aya merupakan salah seorang pengguna yang ingin memilih pakej yang paling sesuai di antara beberapa syarikat komunikasi. alam konteks ini, saya telah memutuskan untuk memilih Digi sebagai syarikat pilihan saya dan beberapa tawaran pra bayar yang telah ditawarkan oleh syarikat tersebut telah dikaji berdasarkan jangkaan saya, iaitu panggilan selama 10 1

Transcript of literasi nombor 14.docx

Tugasan 1(individu)Berdasarkan pernyataan di atas, buat pembacaan dan kumpulkan maklumat berkaitan dari sebuah syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej pra bayar. Maklumat yang dikumpulkan harus mempunyai:i. Pelbagai pakej pra bayar yang ditawarkan oleh syarikat tersebut dan paparkan maklumat ini dalam bentuk yang bersesuaian.ii. Buat perbandingan terhadap setiap pakej yang ditawarkan, anggarkan perbelanjaan anda untuk penggunaan telefon untuk setiap pakej dan pilih pakej yang bersesuaian dengan anda. Justifikasikan pilihan anda.1.0. Pendahuluan Penggunaan telefon bimbit di negara kita, Malaysia semakin meluas, sama ada dalam kalangan orang dewasa atau remaja. Tambahan pula, telefon pintar yang diperkenalkan telah memudahkan urusan kita serta memajukan negara kita. Selaras dengan kewujudan telefon pintar, aplikasi-aplikasi seperti WhatsApp, Wechat, Line, Instagram, dan Facebook telah dicipta dan membolehkan pengguna berhubung dengan cepat dan maklumat disebar dan dikongsi dengan mudah. Sehubungan itu, syarikat-syarikat komunikasi, seperti Digi, Celcom, Hotlink, Maxis telah menawarkan pelbagai pakej prabayar dan pasca bayar untuk menarik minat pengguna. Saya merupakan salah seorang pengguna yang ingin memilih pakej yang paling sesuai di antara beberapa syarikat komunikasi. Dalam konteks ini, saya telah memutuskan untuk memilih Digi sebagai syarikat pilihan saya dan beberapa tawaran pra bayar yang telah ditawarkan oleh syarikat tersebut telah dikaji berdasarkan jangkaan saya, iaitu panggilan selama 10 minit sehari , 10 sms sehari. Saya juga ingin melanggan plan data sekurang-kurangnya 1 GB sebulan.

2.0. Pakej yang Ditawarkan Tawaran pakej pra bayar yang telah ditawarkan oleh Digi adalah seperti berikut:1. Digi Easy Prepaid2. Digi Best Prepaid3. Digi Prepaid Smart Plan

2.1. Digi Easy Prepaid Digi Easy Prepaid merupakan satu pakej yang ditawarkan oleh Syarikat Komunikasi Digi bagi pelanggan yang selalu membuat panggilan dan menghantar SMS kepada orang tertentu yang juga menggunakan pakej yang ditawarkan oleh Digi. Dalam pakej ini, pelanggan boleh memilih 3 nombor telefon Digi yang selalu dihubungi untuk dijadikan Buddyz. Dengan ini, pelanggan dapat menelefon dan menghantar SMS kepada ketiga-tiga Buddyz tersebut secara percuma sehingga limitnya 1000 minit panggilan dan 1000 SMS dicapai. Bukan itu sahaja, ketiga-tiga Buddyz juga dapat menerima Buddyz Bonus setiap kali pelanggan menambah nilai. Sekiranya, pelanggan ingin melanggan plan data, dia akan mempunyai peluang untuk menjadikan 2 nombor telefon Digi sebagai Buddyz secara percuma. Maklumat lebih lanjut dapat diteliti melalui Jadual 1.1.

2.2. Digi Best PrepaidDigi Best Prepaid merupakan satu pakej yang ditawarkan terutamanya kepada pelanggan yang selalu membuat panggilan dan menghantar SMS kepada orang yang berlainan. Dalam pakej ini, pelanggan dapat membuat panggilan kepada orang dengan kos yang murah dengan menjadikan 11 nombor Digi dan 4 nombor bukan Digi yang selalu dihubungi sebagai friends and family. Dengan ini, pelanggan dapat menikmati kos panggilan dan SMS yang paling minimum. Pakej ini tidak disertai dengan plan data. Namun, pelanggan boleh menambah pakej Prepaid Mobile Internet untuk menikmati plan data yang sesuai. Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk melalui Jadual 1.2.2.3. Digi Prepaid Smart PlanDigi Prepaid Smart Plan merupakan satu pakej yang lebih mengutamakan penggunaan plan data. Pakej ini sesuai digunakan oleh pelanggan yang selalu melayari internet dengan menggunakan telefon pintar. Walaupun pakej ini disertai plan data, namun panggilan dan SMS adalah terhad. Maklumat lebih lanjut boleh diperolehi melalui Jadual 1.3.

1