LLM

14
LATAR BELAKANG Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980). Tujuan penubuhan LLM adalah untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya, mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Objektif penubuhan LLM pula adalah untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya moden yang lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya, menghubungkan kesemua pekan utama yang sedia ada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta perpaduan negara dan membolehkan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan di seluruh negara disamping melatih kakitangan bagi memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya. Selain itu, berdasarkan Akta 231, LLM juga berperanan untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya-lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan, menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan kawasan-kawasan rehat dan rawat dan lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya, memungut tol daripada pengguna-pengguna lebuh raya dan lain-lain bayaran dari kemudahan di sepanjang lebuh raya, merancang dan menjalankan penyelidikan untuk memastikan penggunaan lebuh raya yang cekap dan lain-lain kemudahan di sepanjang lebuh raya dan pada amnya melakukan apa-apa juga perkara untuk memajukan lagi lebuh raya. Walau bagaimanapun, selepas Dasar Penswastaan Negara diperkenalkan pada tahun 1983, peranan LLM sebagaimana yang telah digariskan oleh Akta 231, telah berubah iaitu dari sebuah badan yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas lebuh raya bertol, menjadi

description

LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

Transcript of LLM

LATAR BELAKANGLembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980). Tujuan penubuhan LLM adalah untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya, mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Objektif penubuhan LLM pula adalah untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya moden yang lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya, menghubungkan kesemua pekan utama yang sedia ada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta perpaduan negara dan membolehkan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan di seluruh negara disamping melatih kakitangan bagi memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya. Selain itu, berdasarkan Akta 231, LLM juga berperanan untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya-lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan, menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan kawasan-kawasan rehat dan rawat dan lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya, memungut tol daripada pengguna-pengguna lebuh raya dan lain-lain bayaran dari kemudahan di sepanjang lebuh raya, merancang dan menjalankan penyelidikan untuk memastikan penggunaan lebuh raya yang cekap dan lain-lain kemudahan di sepanjang lebuh raya dan pada amnya melakukan apa-apa juga perkara untuk memajukan lagi lebuh raya. Walau bagaimanapun, selepas Dasar Penswastaan Negara diperkenalkan pada tahun 1983, peranan LLM sebagaimana yang telah digariskan oleh Akta 231, telah berubah iaitu dari sebuah badan yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas lebuh raya bertol, menjadi sebuah badan yang bertanggungjawab mengawalselia pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol di Malaysia. Ianya bagi memastikan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan selesa kepada pengguna-pengguna lebuh raya.

MISI VISI

Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980

Lembaga Lebuhraya Malaysia telah ditubuhkan mengikut Undang Undang Malaysia Akta 231, Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980. Tujuan penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya - lebuh raya antara bandar, untuk mengenakan dan mengutip tol, untuk membuat kontrak dan untuk membuat peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Visi

Menjadikan LLM bertaraf dunia dalam pembangunan, pengurusan dan kawalseliaan lebuh raya

Misi

Melaksanakan pembangunan,pengurusan dan pengawalseliaan lebuh raya yang meliputi perancangan, rekabentuk, pembinaan,operasi dan penyenggaraan lebuh raya tol yang berkualiti mengikut piawaian antarabangsa Memberikan perkhidmatan lebuh raya yang cekap, selesa dan selamat serta memenuhi kepuasan pelanggan Memastikan keperluan sosial dan alam sekitar dipenuhi Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan dan pengurusan lebuh raya tol

Objektif

Objektif Penubuhan Lembaga adalah seperti berikut:- Untuk merancang, mereka bentuk, memaju, mengendali dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya yang moden serta lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan bagi: mengadakan suatu sistem pengangkutan jalanraya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya menghubungkan kesemua pekan utama yang sediada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta perpaduan negara membolehkan suatu sistem pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan di seluruh negara Untuk melatih kakitangan dan seterusnya memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya.

Fungsi

Menurut Akta 231, Akta Lembaga lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980, Fungsi penubuhan Lembaga adalah seperti berikut:- Menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaran lebuh raya lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan; Menyelia dan melaksana reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan kawasan kawasan rehat dan lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya; Memungut tol daripada pengguna-pengguna lebuh raya dan lain-lain bayaran dari kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya; Merancang dan menjalankan penyelidikan untuk memastikan penggunaan lebuh raya yang cekap dan lain-lain kemudahan di sepanjang lebuh raya; dan Pada amnya melakukan apa-apa juga perkara untuk memajukan lagi dan menggunakan dengan wajar lebuh raya dan lain-lain kemudahan di sepanjang lebuh raya.

Bidang Keberhasilan Utama (KRA)

Memastikan pembinaan lebuh raya disiapkan mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan Memberikan perkhidmatan lebuh raya yang cekap, selesa dan selamat serta memenuhi kepuasan pengguna. Memantapkan pembangunan pengurusan dan kawal seliaan lebuh raya. Mengkaji cadangan opsyen penyelesaian menyeluruh isu tol.

Kod Etika

Etika kerja ialah panduan tingkahlaku yang menjadi pegangan setiap warga LLM berlandaskan kepada nilai-nilai akhlak mulia.

Objektif Etika Kerja Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas seharian bagi mempertingkatkan kualiti kerja; Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi Memberi sumbangan positif yang berterusan kepada masyarakat, agama dan negara. Bekerja dengan penuh taat setia kepada negara, bangsa dan agama dengan matlamat untuk kebahagiaan manusia sejagat; Bekerja dengan niat dan azam mengabdikan diri kepada Tuhan;Bekerja sebagai satu ibadah dengan penuh jujur, ikhlas, adil, tegas, amanah dan cemerlang; Bekerja sebagai satu pasukan yang mantap, bertimbangrasa dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain; Bekerja dengan sifat kesederhanaan, berhemah tinggi, kemesraan dan bersikap terbuka; dan Bekerja dengan cekap, professional, menghayati dan mengamalkan ciri-ciri integriti serta akauntabiliti

STRUKTUR ORGANISASIAhli Lembaga

Pengerusi

-KOSONG-

Wakil Kementerian Kerja Raya

YBhg. Dato' Zainudin bin Zakaria

Tempoh lantikan : 25.07.2013 24.07.2015

Wakil Kementerian Kewangan

YBhg. Datuk Givananadam A/L Kalinan

Tempoh Lantikan : 13.12.2013 - Tiada Tempoh Tertentu

Wakil Unit Perancang Ekonomi, JPM

En. Adam bin Sulong

Tempoh lantikan : 25.07.2013 24.07.2015

Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya

YBhg. Dato Ir. Haji Annies bin Md. Ariff

Tempoh lantikan : 31.03.2014 30.04.2015

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia

YBhg. Dato' Ir Hj. Ismail Bin Md. Salleh

Tempoh Lantikan : 26.03.2009 - Tiada Tempoh Tertentu

Wakil Kepentingan Khas

En. Amarjeet Singh a/l Serjit Singh

Tempoh Lantikan : 01.09.2013 - 31.08.2016

Wakil Kepentingan Khas

YB. Dato Haji Mohd Zaim bin Haji Abu Hasan

Tempoh lantikan : 01.06.2014 31.05.2016

Wakil Kepentingan Khas

Ir. Choo Kok Beng

Tempoh lantikan : 01.06.2014 31.05.2016

Wakil Kepentingan Khas

-KOSONG-

Ahli Gilir Mewakili Jabatan Kerja Raya

-KOSONG-

Ahli Gilir Mewakili Kementerian Kewangan

En. Md. Taufiq bin Md. Ralip

Tempoh Lantikan : 13.12.2013 - 12.12.2015

Ahli Gilir Mewakiil Unit Perancang Ekonomi, JPM

En. Selvarajoo a/l Manikam

Tempoh lantikan : 25.07.2013 24.07.2015

Ahli Gilir Mewakili Jabatan Peguam Negara

YBhg. Datuk Siti Zainab binti Omar

Peranan Bahagian

Bahagian Pemantauan Operasi

Mengawalselia dan memantau lebuhraya - lebuhraya yang sedang beroperasi dibawah seliaan LLM, diselenggara mengikut standard dan beroperasi dengan cekap dan selamat, sebagaimana yang tertera di dalam perjanjian konsesi.Bahagian ini juga menyemak dan mengemaskini garispanduan serta manual yang berkaitan dengan operasi dan penyelenggaraan lebuh raya untuk panduan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.Mengawalselia dan memantau lebuhraya - lebuhraya yang sedang beroperasi dibawah seliaan LLM, diselenggara mengikut standard dan beroperasi dengan cekap dan selamat, sebagaimana yang tertera di dalam perjanjian konsesi.Bahagian ini juga menyemak dan mengemaskini garispanduan serta manual yang berkaitan dengan operasi dan penyelenggaraan lebuh raya untuk panduan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.

Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak

Menguruskan pentadbiran kontrak selaras dengan matlamat dan dasar Kerajaan. Bahagian ini juga bertanggungjawab memberi nasihat dari aspek kos pembinaan lebuh raya kepada pihak pengurusan LLM.

Bahagian Perancangan

Bertanggungjawab dalam merancang dan mengkaji jajaran lebuh raya selaras dengan kajian perancangan pembangunan oleh pihak Kerajaan, menjalankan rundingan teknikal penswastaan lebuh raya dengan menganggotai jawatankuasa rundingan Kerajaan, menjalankan rundingan teknikal dengan syarikat pencadang, menyemak pelan pembekuan koridor lebuh raya dan menjalankan penilaian terhadap projek penswastaan sebelum dan selepas dilaksanakan bagi menentukan keberkesanan sesuatu projek terhadap masyarakat dan negara.

Pengurusan Projek

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menguruskan perundingan aspek teknikal dan dokumen kontrak, menyemak pelan-pelan pembekuan koridor lebuh raya, pelan-pelan pengambilan balik tanah, dokumen-dokumen ringkasan rekabentuk dan lukisan-lukisan rekebentuk terperinci yang dikemukakan oleh Kontraktor Turnkey/syarikat konsesi. Skop dan tanggungjawab bahagian ini juga termasuk menyelaras dan memantau/mengawalselia pelaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi, menyemak dan mengesahkan pembayaran selaras dengan keperluan dokumen kontrak.

Unit Audit Dalam

Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui samada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan-arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

Pejabat-Pejabat Wilayah

Pejabat - pejabat Wilayah terdiri dari Wilayah Utara, Tengah, Selatan dan Timur. Bagi projek-projek penswastaan, Pejabat Wilayah bertanggungjawab untuk menyelaras, memantau dan mengawalselia perlaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya di tapak bina selaras dengan perjanjian konsesi sehingga siap untuk dibuka kepada lalulintas. Tanggungjawab Pejabat Wilayah juga termasuk pemantauan dan pengawalseliaan ke atas kerja-kerja penyenggaraan dan operasi lebuh raya oleh syarikat konsesi dan permohonan paparan iklan serta akses dari pihak ketiga. Pengarah Wilayah juga bertanggungjawab ke atas penyeliaan pembinaan lebuh raya di tapak pembinaan selaras dengan keperluan kontrak sehingga siap untuk dibuka kepada lalulintas bagi projek lebuh raya yang dikenalpasti untuk dilaksanakan secara kontrak turnkey.

Bahagian Pengurusan Rekabentuk

Bertanggungjawab dalam menyemak pelan-pelan pembekuan koridor lebuh raya, pelan-pelan pengambilan tanah dan dokumen-dokumen ringkasan rekabentuk serta lukisan-lukisan rekabentuk terperinci yang dikemukakan oleh syarikat konsesi atau kontraktor turnkey bagi projek-projek tertentu yang dikenalpasti oleh Ketua Pengarah LLM atau Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan). Skop tanggungjawab termasuk menyelaras, memantau dan mengawalselia pelaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya yang dilaksanakan secara penswastaan atau turnkey (bagi projek-projek yang telah dikenalpasti) selaras dengan keperluan perjanjian konsesi/dokumen kontrak di tapak bina sehingga siap untuk dibuka kepada lalulintas.

Bahagian Pengawasan Tol

Bertanggungjawab untuk mengawasi operasi tol syarikat-syarikat konsesi dibawah seliaan LLM dari aspek kadar dan sistem pungutan tol syarikat-syarikat konsesi seperti yang diperuntukkan di dalam perjanjian konsesi.

Bahagian Teknologi Maklumat

Merancang dan melaksanakan dasar dan polisi sistem teknologi maklumat LLM selaras dengan agenda kemajuan negara. Membangunkan infrastruktur sistem teknologi maklumat LLM agar sentiasa selaras dengan kemajuan semasa dan membangunkan sistem maklumat yang bersepadu antara LLM dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.

Bahagian Khidmat Pakar dan Kerjasama Teknikal

Bertanggungjawab untuk menjalankan kajian dan penyelidikan secara usaha sama dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain, pihak swasta dan pihak yang berkepentingan dan badan-badan luar negara yang berminat bagi tujuan penambahbaikan dan memantapkan lagi kajian yang dijalankan juga bagi tujuan menghasilkan penemuan baru terutama dalam aspek pembangunan lebuhraya. Selain daripada itu, bahagian ini juga bertanggungjawab merancang dan menjalankan kajian bagi tujuan membangunkan teknologi baru termasuk membangunkan perisian pengkalan data untuk aspek teknikal, penyenggaraan dan operasi lebuhraya. Skop tanggungjawab bahagian ini adalah termasuk menerbit, mengkaji dan menyemak semula dokumen garis panduan dan manual.

Bahagian Pengurusan Tanah

Menguruskan hal-hal pengambilan tanah bagi pembangunan lebuh raya bertol, menguruskan kerrja-kerja ukur muktamad, perizaban dan pewartaan lebuh raya mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, menguruskan permohonan dan pemasangan paparan iklan di rezab lebuh raya dan pengurusan hartanah seperti aktiviti sewaan/pajakan tanah milik LLM dan rezab lebuh raya.

Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran

Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, perjawatan, latihan, penilaian kopetensi dan perhubungan awam di LLM. Skop dan tanggungjawab juga meliputi kajian berterusan terhadap pelaksanaan sstem pengurusan kualiti LLM supaya dilaksanakan dengan efisien. Bahagian ini juga bertanggungjawab menguruskan dan mengkoordinasi hal ehwal perhubungan korporat jabatan, penerbitan dan publisiti serta merancang dan membangunkan pelan strategik LLM. Bahagian ini juga menjadi sekretariat bagi mesyuarat-mesyuarat jabatan.

Bahagian Undang-Undang

Memberi nasihat perundangan, menyemak dan menyediakan ulasan dari aspek perundangan bagi dokumen-dokumen seperti Perjanjian Konsesi, akta-akta, warta, dan surat jaminan.

Bahagian Mekanikal dan Elektrik

Bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja yang berkaitan mekanikal dan elektrikal (M&E) bagi projek di dalam perancangan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan dengan memastikan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal memenuhi kriteria minimum piawaian teknikal dan menyelaras terhadap pelaksanaan projek di dalam pembinaan bagi kerja-kerja M&E. Bertanggungjawab dalam mengawalselia dan memberi nasihat terhadap pengurusan M&E di sepanjang lebuhraya dan juga memastikan sistem pengurusan kualiti LLM dilaksanakan.

Bahagian Kewangan dan Pengurusan Aset

Bertanggungjawab ke atas sistem perakaunan pengurusan Kumpulan Wang Lembaga dan menyelia penyediaan anggaran Belanjawan Tahunan. Menyediakan penyata akaun tahunan dan menyelia urusan pelaburan serta memastikan sistem pengurusan kualiti LLM dilaksanakan. Skop tanggungjawab juga meliputi aspek pentadbiran am seperti bangunan, kenderaan pejabat dan sebagainya.Setiap bahagian dan Pejabat Wilayah juga bertanggungjawab memastikan sistem pengurusan kualiti LLM dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

LLM telah mencapai beberapa pengiktirafan-pengiktirafan seperti di bawah:

MS ISO 9001:2008Pengiktirafan Oleh : SIRIM QAS International Sdn. Bhd.Tahun Diiktiraf: 1 Januari 2010

Sejarah:Persijilan MS ISO 9000:1994- 30 Januari 1999, sistem Kualiti Ibu Pejabat LLM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9000:1994.- 28 september 2001, Sistem Kualiti Pejabt-Pejabt Wilayah LLM telah Mendapat pengiktirafan MS ISO 9000:1994.

Persijilan MS ISO 9001:2000- 30 Januari 2003, LLM dan semua Pejabat Wilayah Lulus dan persijilan diperbaharui sehingga 29 Januari 2005.

Persijilan MS ISO 9001:2008&nb- 1 Januari 2010, LLM dan semua Pejabat Wilayah lulus dan persijilan diperbaharui sehingga 29 Januari 2011 dan seterusnya telah diperbaharui semula sehingga 29 Januari 2014.

- Diperbaharui semula berkuatkuasa mulai 29 Disember 2012 hingga 28 Disember 2015

MS ISO 14001:2004n>Tahun Diiktiraf: 29 Disember 2009Pengiktirafan Oleh: SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Sejarah:26 November 2006- MS ISO 14001:2004 telah mula dilaksanakan di Lembaga Lebuhraya Malaysia selepas majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Y.B. Menteri Kerja Raya Malaysia.

21 hingga 28 Februari 2008- SIRIM telah melaksanakan Audit Dokumentasi.

29 Jun 2009- Sirim telah melaksanakan 1st Stage Audit.

9 hingga 11 September 2011- SIRIM telah melaksankan 2hd Stage Audit.

29 Disember 2009- Lembaga Lebuhraya Malaysia BLembaga Lebuhraya Malaysia Berjaya mendapat persijilan MS ISO14001:2004 ; Sistem Pengurusan Alam Sekitar Oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

-Pensijilan MS ISO 14001:2004, diperbaharui semula mulai 31 Disember 2012 hingga 28 Disember 2015.

Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007/MS 1722:2011

Pengiktirafan Oleh: SIRIM QAS International Sdn. Bhd.Diiktiraf Pada: 4 Januari 2013

Sejarah:

2011-Pembangunan dokumentasi dan penambahbaikan Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan LLM.

30 Mei 2012-Pelancaran Manual Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan telah diadakan bagi pelaksanaan Sistem Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007/MS 1722:2011 di LLM.

4 hingga 5 Julai 2012-SIRIM telah melaksanakan audit peringkat pertama.

1 hingga 2 November 2012-SIRIM telah melaksanakan audit peringkat kedua dan telah memperakukan LLM untuk pensijilan Sistem Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007/MS 1722:2011

4 Januari 2013-LLM berjaya memperolehi pensijilan Sistem Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007/MS 1722:2011 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Berkuatkuasa mulai 4 Januari 2013 hingga 28 Disember 2015.

Pensijilan Sistem Keselamatan Maklumat MS ISO/IEC 27001:2007

Pengiktirafan Oleh: SIRIM QAS International Sdn. Bhd.Diiktiraf Pada: 3 Mei 2013

Sejarah:

5 Februari 2012-Pelancaran Program Kesedaran Keselamatan Dan Pembudayaan ICT di LLM

21 Disember 2012-SIRIM telah melaksanakan audit peringkat pertama

25 hingga 26 Februari 2013-SIRIM telah melaksanakan audit peringkat kedua dan telah memperakukan LLM untuk pensijilan Sistem Keselamatan Maklumat MS ISO/IEC 27001:2007

3 Mei 2013-LLM berjaya memperolehi pensijilan Sistem Keselamatan Maklumat MS ISO/IEC 27001:2007 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Berkuatkuasa mulai 3 Mei 2013 hingga 26 Mei 2016.

PENCAPAIAN TAHUN 2012 1. Pembukaan Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor Bahru (EDL) 2. Pembukaan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) (Pakej 2) 3. Pembukaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 - LPT2 (Seksyen Ajil -Telemung & Kerja-Kerja Melibatkan Peruntukkan Wang Sementara) (Pakej 10D)

PENCAPAIAN TAHUN 2011 1. Pembukaan Lebuhraya Senai Desaru (SDE) Pakej 3 2. Pembukaan Lebuhraya Kuala Lumpur Selangor (Latar Expressway) 3. Memorandum Persefahaman (MOU) Malaysia - Korea4. Diskaun tol sebanyak RM5.77 juta untuk tahun 2010 dan RM3.98 juta (sehingga Julai 2011)

PENCAPAIAN TAHUN 2010 1. Pensijilan Semula MS ISO:9001:2008 2. Pembukaan lebuhraya baru tahun 2010 dan 2011 3. Blackspot - merawat dan membaikpulih 37 lokasi di Jalan Persekutuan dan 10 lokasi lebuhraya