MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk...

25
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 24 JULAI 2019, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 14 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1422-L02802 Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah anggaran pendapatan Kerajaan di bawah sistem percukaian SST dan adakah sistem tersebut berkesan dalam usaha mengurangkan kos sara hidup. 2. PN-1422-L02841 Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan keberkesanan peraturan pengasingan sisa pepejal di punca sejak 1 September 2015 dan sejauh manakah perbelanjaan pelupusan sisa pepejal dapat dikurangkan melalui inisiatif ini. 3. PN-1422-L02645 Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengeluarkan arahan yang setara kepada semua pejabat JPN untuk menetapkan agar hanya istilah 'Siam' digunakan sebagai 'keturunan' bagi semua rakyat Malaysia berketurunan Siam dan menghentikan penggunaan istilah seperti 'Thai', 'Thais', 'Thailand' atau istilah lain untuk mereka. 4. PN-1422-L02769 Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah program-program kesihatan yang dibuat di perkampungan Orang Asli di kawasan pedalaman khususnya berkenaan kesedaran dan langkah-langkah penjagaan kesihatan.

Transcript of MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk...

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 24 JULAI 2019, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

14

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1422-L02802

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah anggaran pendapatan Kerajaan di bawah sistem percukaian SST dan adakah sistem tersebut berkesan dalam usaha mengurangkan kos sara hidup.

2. PN-1422-L02841

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan keberkesanan peraturan pengasingan sisa pepejal di punca sejak 1 September 2015 dan sejauh manakah perbelanjaan pelupusan sisa pepejal dapat dikurangkan melalui inisiatif ini.

3. PN-1422-L02645

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengeluarkan arahan yang setara kepada semua pejabat JPN untuk menetapkan agar hanya istilah 'Siam' digunakan sebagai 'keturunan' bagi semua rakyat Malaysia berketurunan Siam dan menghentikan penggunaan istilah seperti 'Thai', 'Thais', 'Thailand' atau istilah lain untuk mereka.

4. PN-1422-L02769

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah program-program kesihatan yang dibuat di perkampungan Orang Asli di kawasan pedalaman khususnya berkenaan kesedaran dan langkah-langkah penjagaan kesihatan.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

2 AUM DN 24/7/2019

5. PN-1422-L03131

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta PERDANA MENTERI menyatakan hala tuju dan pendekatan yang bakal diambil Kerajaan dalam menentukan pegangan Khazanah Nasional Berhad dalam ekuiti-ekuiti syarikat-syarikat di bawah Malaysia Aviation Group Berhad agar model perniagaan dan pendapatan operasi tidak membebankan pelaburan Khazanah Nasional Berhad.

6. PN-1422-L03330

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini tentang pelaksanaan kajian semula Dasar Perhutanan Negara yang telah dilancarkan pada tahun 1992 (NFP 1992).

7. PN-1422-L03184

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah status terkini Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik Negara dan adakah Kerajaan akan meratifikasinya, memandangkan negara Asia yang lain sedang mengatur langkah secara agresif untuk memperkasakan daya saing negara-negara asing.

8. PN-1422-L02691

Puan Sopiah binti Sharif minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan lagi penjualan buku di negara kita. Adakah Kementerian masih menyalurkan bantuan dana kepada agensi-agensi di bawah Kementerian seperti DBP dan ITBM bagi meningkatkan pasaran industri buku negara selari dengan hasrat pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020.

9. PN-1422-L03056

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah langkah Kerajaan dalam menarik lebih ramai wanita Muslim melancong dengan pelancongan berkonsepkan Muslim yang fasilitinya mesra Islam.

10. PN-1422-L02615

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengenai program menyediakan mini bomba untuk semua rumah panjang di Sarawak seperti yang disebut oleh Menteri baru-baru ini di Sibu, Sarawak dan ada dilaporkan dalam akhbar tempatan. Memandangkan banyak kebakaran berlaku di rumah panjang, maka sudah tiba masanya untuk menyediakan beberapa bentuk peralatan pemadam kebakaran untuk setiap rumah panjang.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 3

11. PN-1422-L02985

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang diambil oleh Kementerian bagi menangani kemerosotan ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang, peningkatan pengangguran, kejatuhan bursa saham serta kesan daripada aliran keluar pelaburan asing.

12. PN-1422-L03192

Dato' Zahari bin Sarip minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

13. PN-1422-L02722

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah ada projek perumahan mampu milik yang terkini khususnya yang melibatkan negeri Perak dan apakah perancangan pihak Kementerian dalam menyediakan sejuta perumahan mampu milik dalam masa dua penggal yang merupakan salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan.

14. PN-1422-L02869

Datuk John Ambrose minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah terdapat satu pangkalan data (database) terkini untuk wanita, keluarga dan masyarakat yang memerlukan bantuan dari pihak Kementerian kerana senarai sedia ada (eKasih, 1Azam, Baitulmal dan lain-lain) didapati bertindih dan merangkumi senarai nama orang yang sama.

15. PN-1422-L03122

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inisiatif pengangkutan awam yang disusun dan digerakkan secara cekap, pantas, berkesan dan terancang demi golongan sasar menerima faedahnya di kawasan Iskandar Malaysia.

16. PN-1422-L03404

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan waktu menunggu seseorang pesakit di hospital Kerajaan dan adakah apa-apa cadangan untuk membuat satu kaunter berasingan untuk pekerja-pekerja asing seperti pemegang kad UNHCR dan yang lain.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

4 AUM DN 24/7/2019

17. PN-1422-L03371

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan penjelasan berkenaan kenyataan yang telah dibuat oleh YB Menteri Kewangan bahawa Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun akan datang ketika berucap dalam salah satu program YB Menteri Kewangan di Sarawak yang telah menimbulkan beberapa reaksi yang kurang senang dalam kalangan rakyat Sarawak.

18. PN-1422-L02557

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memendekkan status jawatan kontrak sambilan guru-guru TASKA dan TABIKA KEMAS dari 15 tahun ke 10 tahun dan kemudian diserapkan terus ke jawatan tetap kerana terdapat dalam kalangan guru-guru tersebut sudah mencapai tempoh 10 tahun berkhidmat tetapi masih dilanjutkan dengan jawatan kontrak.

19. PN-1422-L03255

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta PERDANA MENTERI menyatakan laporan lengkap berkenaan kelemahan yang dihadapi MAS ketika ini sehingga Kerajaan mempertimbangkan untuk menjual syarikat nasional ini.

20. PN-1422-L03111

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan oleh kerana pencerobohan nelayan Zon B ke Zon A (tradisional) berleluasa, apakah Kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan lesen Zon B (komersial).

21. PN-1422-L03018

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini Tren Diesel Multiple Units (DMU) dan unjuran jumlah penumpang dan kargo apabila beroperasi.

22. PN-1422-L02755

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah rumah mampu milik bernilai RM200,000 ke bawah dan RM300,000 ke bawah yang telah siap dibina oleh Kerajaan mengikut negeri sejak Mei 2018.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 5

23. PN-1422-L03266

Dato' Sri Ti Lian Ker minta PERDANA MENTERI menyatakan pelaksanaan kajian terperinci terhadap cadangan untuk mengeluarkan jenayah cubaan bunuh diri iaitu Seksyen 309 dari Kanun Keseksaan. Sejauh manakah Kerajaan menilai keperluan untuk menggubal satu rang undang-undang berkaitan penjagaan kesihatan mental bagi menangani kes cubaan membunuh diri di negara ini.

24. PN-1422-L02901

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan bekalan rokok dalam pasaran dan apakah langkah kawalan memandangkan terlampau banyak rokok seludup mutakhir ini.

25. PN-1422-L03166

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah dalam perancangan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menaik taraf Bengkel Mekanikal Bomba di Semariang, Kuching dan adakah perancangan untuk membina balai kecil di tanah kosong dalam kawasan Bengkel tersebut daripada dibiarkan terbazir.

26. PN-1422-L02992

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah terbaharu yang diambil oleh Kementerian bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah yang begitu membimbangkan sekali terutamanya dalam kalangan belia di luar bandar.

27. PN-1422-L02671

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terkini rangka kerja perlesenan bagi perbankan maya (digital banks) dan kriteria yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pihak yang berminat untuk memohon lesen tersebut.

28. PN-1422-L03155

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan membentangkan pecahan jumlah peruntukan yang telah diagihkan kepada SMK, SMJK, SK, SJKC dan SJKT sehingga kini. Adakah purata agihan tersebut selari dengan bilangan murid bagi setiap sekolah.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

6 AUM DN 24/7/2019

29. PN-1422-L03230

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan masyarakat tentang bahaya dadah sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman serta tidak mempamerkan realiti penagihan dadah masa kini.

30. PN-1422-L03080

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tindakan tegas yang diambil bagi menangani isu penyeludupan sisa import plastik yang dibawa masuk ke Malaysia secara haram agar tidak berulang lagi.

31. PN-1422-L03200

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan dalam meningkatkan kemudahan peniaga dan pengunjung Bazar Ramadhan@KL khususnya dari sudut kemudahan terutamanya kawasan parkir kereta yang sangat terhad.

32. PN-1422-L02849

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pemberian insentif khas kepada guru-guru yang mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana (M.Ed/MA) dan Ijazah Kedoktoran (PhD/EdD).

33. PN-1422-L03104

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik aduan yang dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) oleh pekerja OKU di sektor swasta, yang membabitkan salah laku majikan. Adakah perunding cara atau kaunselor di pihak JTK yang mempunyai pengetahuan khusus mengenai keperluan serta hak pekerja OKU.

34. PN-1422-L02906

Puan Siti Fatimah binti Yahaya minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan terdahulu dan sekiranya JPP telah dimansuhkan, apakah organisasi yang diberikan tanggung jawab pada masa kini untuk menjadi penghubung antara pihak Kerajaan dan komuniti di kawasan-kawasan perumahan.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 7

35. PN-1422-L02963

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan mengenai status penubuhan jawatankuasa khas bagi menangani isu kadar pengangguran dalam kalangan belia dan kajian berkenaan tangga gaji yang bersesuaian bagi golongan tersebut.

36. PN-1422-L03285

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kesahihan dakwaan Ketua Pelajar Kolej Yayasan UEM (KYUEM) dalam ucapan Majlis Graduasi KYUEM pada 22 Jun 2019 lalu bahawa berlaku aktiviti pengurusan yang tidak sihat di Kolej tersebut dan pengurusan Kolej telah mengugut pelajar bagi menutup masalah yang berlaku.

37. PN-1422-L02698

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani ketirisan data peribadi yang melibatkan sektor perkhidmatan.

38. PN-1422-L02912

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kesiapsiagaan dan perkhidmatan pertahanan udara di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan bagaimana ATM bersama-sama Agensi Kawalan sempadan membanteras ancaman musuh di sempadan Thailand-Malaysia.

39. PN-1422-L03045

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh International Tripartite Rubber Council (ITRC) untuk memperkukuhkan mekanisme skim pengurusan bekalan dan skim tan eksport. Apa pula langkah-langkah yang diambil oleh Council Of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) termasuk Indonesia untuk merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan pembangunan industri sawit serta menentukan harga sawit yang munasabah supaya nasib pekebun sawit dan getah terpelihara.

40. PN-1422-L03221

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah hala tuju dan langkah-langkah yang diambil bagi melahirkan generasi anak muda yang berakhlak mulia melalui program-program yang dijalankan di bawah Kementerian.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

8 AUM DN 24/7/2019

41. PN-1422-L02820

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status pelaksanaan projek Pan Borneo di Sabah dan apakah tindakan yang diambil untuk mempercepatkan pelaksanaannya.

42. PN-1422-L02834

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan hala tuju hubungan diplomatik di antara China dan Amerika agar krisis dagangan antara kedua-dua negara ini tidak memberi impak besar terhadap prestasi ekonomi Malaysia.

43. PN-1422-L02573

Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh mana Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program Integrasi Nasional dengan mengambil pelajar pelbagai kaum di sekolah-sekolah asrama penuh di seluruh negara dan membawa pelajar Sabah dan Sarawak belajar di sekolah-sekolah di Semenanjung.

44. PN-1422-L02980

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang dilakukan oleh pihak Kerajaan bagi membendung golongan LGBT yang semakin lantang dan terbuka menuntut hak-hak mereka di media sosial.

45. PN-1422-L03098

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian bercadang meningkatkan usaha untuk mengenal pasti dan mendaftar OKU terutama sekali di kawasan luar bandar, dalam kalangan orang asli, di kawasan-kawasan pedalaman Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak, dengan kerjasama agensi-agensi lain, memandangkan pendaftaran OKU masih rendah.

46. PN-1422-L02657

Datuk Sambanthan A/L Manickam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapakah nisbah pengambilan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi untuk bumiputera dan bukan bumiputera tidak diubah dan dikekalkan kepada 90:10.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 9

47. PN-1422-L03318

Dato' Ong Chong Swen minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dan menyelesaikan isu kematian Orang Asli di Kuala Koh dan adakah Kerajaan akan memberi lebih tumpuan dalam meneliti keadaan Orang Asli selepas insiden ini.

48. PN-1422-L03422

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pencerahan bilakah Lebuhraya Pan Borneo akan siap sepenuhnya dan adakah pelaksanaannya mengikut jadual.

49. PN-1422-L03377

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah dan peratus enrolmen murid mengikut kaum di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan pada masa kini serta jumlah keseluruhan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan yang ada di seluruh negara.

50. PN-1422-L02595

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan bilakah Kerajaan akan memansuhkan Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 dan Territorial Sea Act 2012 sebagai satu tindakan positif dalam usaha Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan semula kuasa kepada Negeri Sabah di semua kawasan perairan yang mengandungi minyak dan gas.

51. PN-1422-L03068

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha pihak Kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada barangan import terutamanya produk asas seperti sayur-sayuran, buah-buahan, hasil laut dan ternakan yang mampu dihasilkan dalam negara.

52. PN-1422-L03280

Tuan Nga Hock Cheh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Bahasa Mandarin sebagai subjek mata pelajaran dari Tahun 1 untuk melengkapkan pelajar supaya menjadi lebih berdaya saing (competitive) memandangkan pengaruh ekonomi China yang semakin meningkat di negara kita.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

10 AUM DN 24/7/2019

53. PN-1422-L02735

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sasaran kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi merawat penagihan dadah dan langkah memurnikan beberapa peruntukan undang-undang agar isu rawatan dadah ini lebih berkesan.

54. PN-1422-L02760

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kerajaan terima dan bersetuju dengan laporan Jawatankuasa Penilaian Kementerian bahawa tidak ada sebarang petunjuk bahawa peningkatan konsentrasi logam berat di dalam air bawah tanah adalah disebabkan oleh operasi Lynas, maka tidak menjejaskan penduduk di sekitar Gebeng.

55. PN-1422-L03365

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk mempersiapkan tenaga kerja/buruh Malaysia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang dijangka berpunca daripada perubahan yang dibawa oleh Revolusi Industri Keempat.

56. PN-1422-L02797

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status dan pelan jangka panjang penstrukturan semula perkhidmatan air dalam memastikan masalah bekalan air bersih dapat diselesaikan dengan segera bagi memenuhi keperluan kebanyakan negeri di Malaysia.

57. PN-1422-L03137

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perancangan bajet pembangunan bagi menaik taraf Laluan Persekutuan dari Muar-Tangkak ke Segamat dan sejauh manakah perkembangan terkini projek naik taraf laluan ini.

58. PN-1422-L02948

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah peruntukan bagi pendidikan rendah dan pengajian tinggi akan mengalami pemotongan lagi pada tahun 2020. Apakah pembaharuan yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 dari aspek perbelanjaan pihak Kementerian.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 11

59. PN-1422-L03172

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah perbezaan jumlah perbelanjaan operasi haji bagi tahun 2018 dan 2019 dan jumlah jemaah haji pada kedua-dua tahun tersebut.

60. PN-1422-L03273

Dato' Sri Ti Lian Ker minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan justifikasi cadangan program penghantaran pekerja kolar biru Malaysia ke Jepun oleh Kementerian sedangkan pasaran pekerjaan di negara ini masih memerlukan lebih ramai khidmat pekerja tempatan berkemahiran. Sejauh manakah Kementerian telah menilai manfaat dan risiko yang akan dihadapi pekerja tempatan menerusi program yang dijalinkan bersama Jepun ini.

61. PN-1422-L03242

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha reformasi institusi yang memerlukan penggubalan perlembagaan yang masih belum selesai bagi memenuhi aspirasi Malaysia Baharu khususnya dalam mencapai manifesto Pakatan Harapan.

62. PN-1422-L02942

Datuk Paul Igai minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah perkembangan program Malaysia Future Leaders School (MFLS) setakat ini.

63. PN-1422-L02566

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan berapakah jumlah lesen pengedar tepung, gula, gas dan minyak masak yang telah dikeluarkan oleh Kementerian dan berapa banyak lesen yang dibatalkan terutamanya di negeri Perlis.

64. PN-1422-L03208

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan yang diambil bagi memastikan penderaan rumah tangga dan kanak-kanak yang berpunca daripada penagihan dadah kerana statistik menunjukkan bahawa sebanyak 83% daripada 309 kes keganasan rumah tangga berpunca daripada penagihan dadah antara tahun 2015-2018 dan sebanyak 561 kanak-kanak didera kerana penagihan dadah tahun lepas.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

12 AUM DN 24/7/2019

65. PN-1422-L02895

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan mengklasifikasikan ancaman keganasan pelampau Islam sebagai "di bawah kawalan" seperti mana yang telah dinyatakan pada April 2019 lalu.

66. PN-1422-L02798

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program bekalan Air Luar Bandar selepas PRU-14.

67. PN-1422-L03347

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan perancangan untuk membangunkan sektor pelancongan yang melibatkan rangka manusia zaman neolitik yang ditemui di Kampung Guar Kepah, Kepala Batas, Pulau Pinang.

68. PN-1422-L03306

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah jajaran baharu ECRL setelah penstrukturan semula projek mampu dikembangkan untuk keperluan masa depan seperti menyambung jajaran sehingga ke bahagian utara dan selatan sebagaimana laluan KTMB lama yang merentasi sempadan Malaysia.

69. PN-1422-L02680

Puan Sopiah binti Sharif minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan bagi menaik taraf jalan kampung yang telah dilaksanakan di kawasan luar bandar bagi tahun 2019. Nyatakan juga peruntukan yang telah diluluskan bagi projek jalan kampung di Pulau Pinang terutamanya di kawasan parlimen Nibong Tebal untuk tahun 2019.

70. PN-1422-L02782

Tuan Manolan bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyediakan sekurang-kurangnya sebuah bas untuk menghadiri aktiviti luar sekolah yang boleh digunakan secara bersama bagi kegunaan lapan buah sekolah Orang Asli di daerah Sungai Siput, Perak atas faktor keselamatan pelajar dan guru-guru.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 13

71. PN-1422-L02707

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah usaha yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan kadar pengangguran dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

72. PN-1422-L02856

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta PERDANA MENTERI menyatakan status kajian semula Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia seperti yang telah diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan dengan tajuk 'PH Goverment to Review Malaysian Indian Blueprint' pada 2 Jun 2018.

73. PN-1422-L02918

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan fokus latihan IBS kepada pekerja sektor pembinaan tempatan selaras pertumbuhan penggunaan teknologi IBS dalam sektor pembinaan di Pantai Timur.

74. PN-1422-L03248

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan pembinaan sekolah secara Industrial Building System (IBS) di Sabah dan Sarawak dan laporan lengkap tentang kos dan pelaksanaannya.

75. PN-1422-L03033

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana pencapaian dasar-dasar Kerajaan mengikut piawaian Indeks Syariah Malaysia .

76. PN-1422-L02628

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kedudukan terkini pengeluaran durian Musang King dan permintaan durian ini dari negara China. Apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk melengkapkan pengetahuan penanam durian dengan ilmu yang secukupnya bagi memastikan pengeluaran durian Musang King mereka memenuhi syarat dan kualiti yang diperlukan seterusnya mendapat harga yang berpatutan.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

14 AUM DN 24/7/2019

77. PN-1422-L03039

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah Kerajaan akan meminda hukuman Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan kepada hukuman yang lebih berat.

78. PN-1422-L02805

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan pembinaan Jaringan transmisi elektrik jajaran selatan Sabah yang amat diperlukan untuk menstabilkan pembekalan elektrik di pantai timur Sabah.

79. PN-1422-L03062

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan akan membayar royalti minyak setelah saman ditarik balik oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

80. PN-1422-L03398

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimana cara bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kelulusan sijil layak menduduki (CF) mendapatkan bantuan atau sokongan dari JKR untuk membaik pulih kerosakan-kerosakan yang ketara di sekolah tersebut.

81. PN-1422-L02667

Datuk Sambanthan A/L Manickam minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah tahap kesihatan penduduk luar bandar dan masyarakat Orang Asli di seluruh negara dipantau serta diberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

82. PN-1422-L02750

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan merancang untuk mengkaji semula sistem perolehan yang didapati sudah lama rosak, banyak kelemahan dan mudah di manipulasi bagi mengatasi masalah rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan yang kerap berlaku dalam sektor awam.

83. PN-1422-L03359

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing yang telah diambil mengikut sektor dari tahun 2018 sehingga tahun 2019.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 15

84. PN-1422-L02789

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini dan masalah kelewatan bagi projek RTB Sungai Linggi dan adakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan skop projek sehingga ke Seremban dan Ampangan bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda kawasan tersebut.

85. PN-1422-L03086

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh mana komitmen Kerajaan terhadap isu penindasan etnik Uighur di Xinjiang China.

86. PN-1422-L03014

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah bilangan sekolah yang telah diberi kelulusan untuk melaksanakan Dual Language Program (DLP) sehingga Mai 2019) dan apakah persediaan yang dibuat dan dipergiatkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Program DLP pada peringkat sekolah masing-masing.

87. PN-1422-L03143

Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana hala tuju sukan luncur ais (ice-skating) di Malaysia dan bagaimana bantuan dan sokongan diberikan kepada persatuan, atlet dan pihak pemegang taruh sukan ini.

88. PN-1422-L03410

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan memberi peruntukan kuota haji kepada veteran tentera dan veteran polis sebanyak 500 tempat masing-masing mulai musim haji tahun 2020.

89. PN-1422-L03179

Dato' Zahari bin Sarip minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini mengikut sektor dan negara asal.

90. PN-1422-L02883

Datuk John Ambrose minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah terdapat kajian semula bagi kemudahan perubatan kepada kakitangan Kerajaan yang telah berpencen dan mengapa golongan ini dikehendaki membayar sejumlah wang sekiranya berhadapan dengan pembedahan utama sebagai contoh "bypass operation".

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

16 AUM DN 24/7/2019

91. PN-1422-L03191

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) apakah cadangan resolusi oleh Kementerian kepada pekerja yang ingin menuntut cuti bersalin 90 hari daripada majikan apabila pengumuman untuk meningkatkan cuti bersalin tersebut secara rasmi sepatutnya berkuat kuasa dalam bajet tahun 2018 dan merupakan legasi Kerajaan lepas; dan

(b) adakah majikan berhak untuk memecat pekerja yang meneruskan cuti bersalin sehingga 90 hari dengan alasan kegagalan menjalankan tugas di bawah Akta Pekerjaan 1955 (Akta 265).

92. PN-1422-L02598

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kementerian akan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah kuasa untuk mengeluarkan lesen memancing di laut air dalam di perairan Sabah supaya aktiviti ini akan lebih terkawal dan efektif.

93. PN-1422-L03324

Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam melindungi sumber air yang berpotensi tercemar akibat sisa-sisa pepejal yang meresap ke dalam tanah yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk.

94. PN-1422-L03160

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan pelajar dan jumlah pinjaman yang telah diluluskan oleh PTPTN kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Swasta sejak ianya ditubuhkan berbanding dengan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

95. PN-1422-L02727

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah aduan berkaitan penipuan urusniaga perniagaan online dan langkah lebih bermakna agar kes-kes memperdaya dan menipu dalam urusniaga 'perniagaan online' dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 17

96. PN-1422-L03213

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di musim cuti akan datang selepas laporan statistik Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) mencatatkan sebanyak 19515 kemalangan dicatatkan di seluruh negara dan merekodkan 207 kematian.

97. PN-1422-L03293

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah rasional keperluan membuat perolehan tiga 'Medium Altitude Long Endurance Airbone System' sedangkan Malaysia telah pun dijanjikan dua belas buah ScanEagle UAV secara percuma dari AS.

98. PN-1422-L02744

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk membantu peningkatan isi rumah khususnya golongan B40 yang majoritinya adalah bumiputera berdasarkan kajian dari Institut Masa Depan Malaysia susulan dari beberapa bantuan yang telah dikurangkan seperi Bantuan Sara Hidup.

99. PN-1422-L02974

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah ladang pertanian yang telah memperoleh pensijilan myGAP (Malaysian Good Agricultural Practices) sehingga suku kedua 2019 dan apakah langkah yang dilakukan oleh pihak Kerajaan bagi meningkatkan jumlah ladang yang mempunyai sijil tersebut.

100. PN-1422-L03350

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kerajaan yang sedia ada mahupun pelan masa hadapan untuk merealisasikan janji memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus perwakilan wanita sebagai pembuat dasar di setiap peringkat pentadbiran.

101. PN-1422-L02626

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian bagi menangani masalah harga bagi sesetengah barang yang selalunya naik harga dengan secara mendadak.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

18 AUM DN 24/7/2019

102. PN-1422-L03302

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah wujud resolusi seperti "polluter-pay-principle" yang melibatkan langkah perundangan seperti menyaman negara ASEAN bagi memperkukuhkan kerangka perundangan alam sekitar di negara-negara ASEAN selain "self-regulation principle" yang dilaksanakan oleh negara masing-masing.

103. PN-1422-L03116

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang diambil bagi menangani masalah bencana banjir yang bakal melanda negeri-negeri Pantai Timur pada musim tengkujuh mendatang.

104. PN-1422-L03149

Puan Hajah Rahemah Binti Idris minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah persediaan Kementerian dalam mendepani Malaysia sebagai sebuah negara tua menjelang tahun 2030 dengan 15 peratus penduduk Malaysia berumur 60 tahun ke atas.

105. PN-1422-L02930

Datuk Paul Igai minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh manakah bahayanya pencemaran dan ancaman kepada kesihatan berpunca dari bahan plastik di negara setakat ini. Apakah langkah-langkah sedang dan akan di ambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

106. PN-1422-L02924

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah kawasan perlombongan di negeri Kelantan sehingga Jun 2019 dan berapakah jumlah hasil perlombongan yang direkodkan untuk tempoh tersebut.

107. PN-1422-L02954

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan generasi baharu terutamanya graduan institusi pengajian tinggi akan mampu membeli rumah sendiri.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 19

108. PN-1422-L03276

Dato' Sri Ti Lian Ker minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah keberhasilan yang telah diterjemahkan menerusi pemberian peruntukan Geran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam pembangunan masyarakat di kawasan luar bandar dan bagaimanakah Kementerian melaksanakan pemantauan dalam memastikan geran peruntukan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya tanpa sebarang ketirisan berlaku di mana-mana peringkat pentadbiran.

109. PN-1422-L03262

Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan cadangan bagi membina rumah mampu milik di Sabah khususnya golongan belia, pembeli rumah pertama dan golongan B40.

110. PN-1422-L02776

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah cadangan untuk membuka semula Balai Polis di Bandar Triang, Bera yang ditutup pada 1 Disember 2016 atas faktor keselamatan dan risiko jenayah yang berlaku dengan kepadatan penduduk yang paling tinggi di daerah Bera.

111. PN-1422-L02827

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kes-kes kemalangan pekerjaan yang dilaporkan kepada PERKESO pada 2018 dan 2019, serta berapakah jumlah pampasan dan bantuan yang disumbangkan untuk tempoh tersebut.

112. PN-1422-L02862

Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh pihak Kementerian dalam membanteras kegiatan penjualan arak jenis murah memandangkan baru-baru ini timbul satu lagi kes di Port Dickson yang melibatkan satu kematian yang disebabkan meminum arak yang murah.

113. PN-1422-L03236

Dato' Haji Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha-usaha supaya segala ilmu dan pengalaman bekas para jaguh dunia kita seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David yang baharu bersara dari menjadi wakil negara tetap digunakan, agar jangka masa melahirkan bintang baru tidak terlalu lama hingga memakan masa selama 5 tahun.

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

20 AUM DN 24/7/2019

114. PN-1422-L02688

Puan Sopiah binti Sharif minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat vaksinasi yang sepatutnya terutamanya kepada masyarakat Orang Asli dan masyarakat di luar bandar dalam usaha Kerajaan memastikan setiap rakyat di Malaysia mendapat imunisasi yang wajib.

115. PN-1422-L03008

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) mengapakah Kerajaan tidak kreatif dan proaktif dalam membendung kegiatan sebuah kilang di Klang dalam isu kitar semula plastik yang tidak sah apabila didapati syarikat-syarikat utiliti lewat memotong bekalan air dan elektrik; dan

(b) bolehkah pengusaha ini menjalankan proses secara sah mengikut panduan reka bentuk untuk kitar semula dan dengan pemantauan ketat oleh Kerajaan. Bukankah cara ini adalah lebih wajar.

116. PN-1422-L02719

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bilangan tawaran kemasukan ke IKBN bagi Lepasan SPM 2018 dan bagaimana perancangan Kerajaan untuk menjadikan pelajar lepasan IKBN mendapat perhatian pemain industri utama bagi mengambil mereka bekerja.

117. PN-1422-L02636

Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah bilangan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang sedang beroperasi dan berapa ramai mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran di semua IPTS ini mengikut kaum dari tahun 2015 hingga 2018. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil langkah bersesuaian bagi mengurangkan beban kepada keluarga pelajar akibat dari yuran yang tinggi yang dikenakan oleh IPTS.

118. PN-1422-L03047

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berkenaan Akta Kemudahan & Perkhidmatan Jagaan Kesihatan (PHFSA) dan kos kesihatan swasta yang semakin mahal.

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 21

119. PN-1422-L03392

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status pemberian kad pengenalan biru bagi 3,407 pemegang kad pengenalan merah yang telah mencapai umur 60 tahun ke atas seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.

120. PN-1422-L03215

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk membuka sebuah Universiti Pertanian yang lebih memfokuskan penghasilan produk pertanian berbanding dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ada sekarang.

121. PN-1422-L02813

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk menggalakkan industri hiliran sawit di Sabah dan adakah Kerajaan akan membina kilang penapisan sawit khas untuk penghasilan Bio-Diesel di sekitar Kota Kinabalu.

122. PN-1422-L02999

Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai maklumat berkenaan jumlah pengikut Syiah di Malaysia dan apakah langkah yang diambil bagi membendung penularan fahaman ini.

123. PN-1422-L02765

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan tahap keberkesanan kempen 'Love My Palm Oil' serta program meminum minyak sawit semenjak ia dilancarkan dan statistik yang menunjukkan peningkatan pembelian minyak sawit domestik.

124. PN-1422-L03002

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah program jangka panjang yang telah dirancang oleh pihak Kementerian bagi menggilap serta melatih golongan belia dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti di masa hadapan seperti program TN50 yang dirancang oleh Kerajaan Barisan Nasional.

125. PN-1422-L02936

Datuk Paul Igai minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah kriteria untuk permohonan MM2H ( My Malaysia Second Home) setakat 5 tahun dahulu dan apakah kejayaan program ini.

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

22 AUM DN 24/7/2019

126. PN-1422-L02889

Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk mengekang kenaikan harga simen dalam pasaran dan memastikan industri pengeluaran simen tidak dimonopoli oleh segelintir syarikat sahaja.

127. PN-1422-L03416

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menghapuskan syarat graduasi siswa USIM yang wajib memenuhi keperluan MUET/Setara seperti ditetapkan oleh universiti yang dilihat telah menghukum siswa menjadi tidak layak dikurniakan ijazah. Ia memperlihatkan seolah-olah kita masih mendewa-dewakan bahasa penjajah walaupun telah merdeka lebih 60 tahun.

128. PN-1422-L03027

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana peruntukan dan usaha Kerajaan pusat bagi persediaan Kelantan menjadi tuan rumah bagi SUKMA 2024.

129. PN-1422-L02653

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Akta PAHFAS (Private Aged Healthcare Facilities and Service 2018) telah dilaksanakan dengan penguatkuasaan sepenuhnya dan apakah tindakan persediaan yang diamalkan oleh Kementerian untuk membantu para pengusaha mematuhi Akta tersebut.

130. PN-1422-L03092

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan inisiatif Kerajaan bagi menerapkan konsep mendidik yang sebenar dalam kalangan anak murid dan bukan hanya mengajar semata-mata agar mereka menjadi murid yang berakhlak dan menjaga adab.

131. PN-1422-L03204

Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah perkembangan terkini Kementerian dalam usaha lobi minyak sawit dan kunjungan ke Negara Eropah memandangkan keputusan terkini pilihan raya Kesatuan Eropah melihat lebih ramai calon-calon pemeliharaan alam sekitar menang dan menolak minyak sawit sebagai produk yang mampan.

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 23

132. PN-1422-L02696

Tuan Ismail bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kertas undi yang tidak dikembalikan kepada Suruhanjaya Pilihan raya ketika mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil dari tahun 2018 sehingga 2019 dan apakah punca masalah ini yang sering dihadapi oleh SPR ketika mengendalikan pilihan raya.

133. PN-1422-L03296

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan apabila projek seperti Rapi Transit System (RTS), projek "high speed rail" dan "split over effect project" yang mampu memperlihatkan sekitar kawasan utara Johor khususnya Bandar Universiti Pagoh ditangguhkan.

134. PN-1422-L03074

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah langkah-langkah bagi meningkatkan status pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) yang hanya mencapai 36 peratus.

Page 24: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

24 AUM DN 24/7/2019

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R 13/2019 ) Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Dalam Negeri ]

2. ( D.R.12/2019 ) Rang Undang-Undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Belia Dan Sukan ]

3. ( D.R 20/2019 ) Rang Undang-Undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Sumber Manusia ]

4. ( D.R 21/2019 ) Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. ( D.R 16/2019 ) Rang Undang-Undang Perikanan (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani ]

6. ( D.R 22/2019 ) Rang Undang-Undang Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 25: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … 24 JULAI 2019 (RABU).pdf · menyatakan bentuk baru bagi kempen anti dadah yang dijalankan kerana kempen dengan konsep yang menakutkan

AUM DN 24/7/2019 25

7. ( D.R 19/2019 ) Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) (No.2) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. ( D.R 18/2019 ) Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. ( D.R 17/2019 ) Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ]