Manual pbs syariah p2 2014

16
TERHAD 930/4 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MATA PELAJARAN SYARIAH (930/4) PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2014 Buku panduan ini mengandungi 15 halaman bercetak © Majlis Peperiksaan Malaysia 2014 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Transcript of Manual pbs syariah p2 2014

Page 1: Manual pbs syariah p2 2014

1

TERHAD

930/4 STPM/S930

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(STPM)

MANUAL

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

MATA PELAJARAN SYARIAH (930/4)

PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2014

Buku panduan ini mengandungi 15 halaman bercetak © Majlis Peperiksaan Malaysia 2014

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Page 2: Manual pbs syariah p2 2014

2

KANDUNGAN

Halaman

1 PENGENALAN 3

2 OBJEKTIF 3

2.1 Kemahiran kognitif

2.2 Kemahiran manipulatif

2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

3 PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH 3 6

3.1 Arahan Kerja Projek Syariah

3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam

3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)

3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)

3.6 Tanggungjawab Calon

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 7 8

5 FORMAT PENULISAN 8 9

6 STRUKTUR PENULISAN 9

7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH

9 11

8 LAMPIRAN 12 15

Page 3: Manual pbs syariah p2 2014

3

1 PENGENALAN

Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon

persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja Projek

Syariah (KPS) sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja projek

adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersama-sama dengan

markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.

2 OBJEKTIF

Kerja Projek Syariah (KPS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam;

2.1 Kemahiran kognitif iaitu:

(a) mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum

syarak;

(b) mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit;

(c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;

(d) membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah;

(e) menganalisis isu yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh;

(f) mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan

semasa dalam bidang Syariah.

2.2 Kemahiran manipulatif iaitu:

(a) mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada

daripada sumber primer atau sumber sekunder;

(b) menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan bagi menyiapkan

hasil kajian;

(c) memproses dan menganalisis data.

2.3 Kemahiran insaniah iaitu:

(a) mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;

(b) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;

(c) berupaya menyelesaikan masalah;

(d) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;

(e) berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;

(f) berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel;

(g) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.

3 PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH

3.1 Arahan Kerja Projek Syariah

(a) KPS wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua.

(b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang dikenal

pasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.

Page 4: Manual pbs syariah p2 2014

4

(c) Tema tersebut adalah seperti berikut:

(i) Jual beli

(ii) Khiyar

(iii) Riba

(iv) Ijarah

(v) al-Rahn

(vi) Syarikat

(vii) Wakalah

(viii) Wadi’ah

(ix) Hibah

(x) Wasiat

(xi) Praperkahwinan

(xii) Perkahwinan

(xiii) Talak

(xiv) ’Iddah dan Rujuk

(xv) Konsep Mirath

(xvi) Liabiliti Harta Pusaka

(xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka

(xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka

(xix) Konsep jenayah

(xx) Qisas

(xxi) Diyat

(xxii) Kaffarah

(xxiii) Hudud

(xxiv) Ta’zir

3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam

(a) Memastikan calon yang mengambil KPS telah dibimbing dan diselia oleh guru mata

pelajaran

(b) Mengesahkan penulisan KPS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan markah

oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani

Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KPS

(e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KPS kepada Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan

(f) Mengesahkan markah penulisan KPS yang diperoleh calon dengan menandatangani

borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

(g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens penulisan KPS di sekolah

(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh

enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(i) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan

Page 5: Manual pbs syariah p2 2014

5

3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

(a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan

pelaksanaan KPS

(b) Memuat turun Manual PBS dan Tema KPS dari portal MPM

(c) Memastikan calon menghasilkan penulisan KPS secara individu

(d) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti

pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(e) Memantau kemajuan kerja penulisan KPS calon mengikut masa yang ditetapkan

(f) Membimbing calon dari aspek yang berikut:

(i) memilih tema,

(ii) mengenal pasti isu,

(iii) menetapkan tajuk dan skop KPS,

(iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan

(v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.

(g) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/

maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS

(h) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa

pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS

(i) Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KPS

(j) Memastikan calon menghantar KPS pada masa yang ditetapkan

(k) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KPS ke MPM dua minggu

sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan

(l) Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

(m) Menilai penulisan akhir KPS setiap calon, mengisi, dan memperakui BMKKC

(Lampiran 4). Borang tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke

MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan

(n) Mengisi dan menghantar markah KPS calon melalui e-submission ke MPM mengikut

tarikh yang ditetapkan

(o) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu

(p) Memastikan BMKKC dan BRKKC bagi setiap calon dihantar ke MPM (u.p : Hj.

Zulkepli bin Hj. Jusoh, Bgn. MPM, Persiaran 1, Bdr. Baru Selayang, 68100 Bt. Caves Selangor). Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon

dianggap tidak melaksanakan KPS dan dianggap tidak mengambil kertas 930/4

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM

(b) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti

perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(c) Menyemak dan menilai penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon

(d) Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian

e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan.

(e) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan

markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

Page 6: Manual pbs syariah p2 2014

6

(f) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh

enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(g) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas

keputusan STPM diumumkan

3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM

(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KPS

dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan

(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti

pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(d) Menyemak penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon

(e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah

ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4)

(f) Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan

markah

(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh

enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(i) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan

3.6 Tanggungjawab Calon

(a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KPS

(b) Melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual

Perancangan dan Pelaksanaan

(c) Menghasilkan penulisan KPS secara individu

(d) Melaksanakan tugas berikut:

(i) memilih tema,

(ii) mengenal pasti isu,

(iii) menetapkan tajuk dan skop KPS,

(iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan

(v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.

(e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS

(f) Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/

pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS

(g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan

borang tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah

(h) Menghantar hasil KPS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan

oleh pihak sekolah

(i) Membentangkan hasil KPS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah

Page 7: Manual pbs syariah p2 2014

7

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon

16 Dis 2013 Muat turun Manual PBS

Melayari portal MPM Melayari portal MPM

6 Jan hingga 11 April 2014

Pengajaran dan pembelajaran,

pelaksanaan, pemeriksaan, dan

pembentangan

PBS

Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon

Memaklumkan tarikh akhir

penyerahan KPS mengikut

arahan MPM

Membimbing calon

mengenal pasti tema dan

memilih isu, tajuk, dan

skop KPS

Menjelaskan calon tentang

elemen kemahiran insaniah

(soft skill) yang dinilai

Membimbing calon

melaksanakan tugasan

Menilai elemen kemahiran

insaniah (soft skill)

Menjelaskan item-item

yang dinilai dalam

penulisan KPS

Membimbing calon

memproses dan

menganalisis data

Membimbing calon untuk

menulis mengikut format

yang ditetapkan

Memantau kemajuan hasil

penulisan calon secara

berterusan dengan merekodkan dan

menandatangani Borang

BRKKC (Lampiran 3)

Membimbing calon

membuat penambahbaikan

Menerima KPS daripada

calon

Menilai pembentangan

KPS mengikut skema yang

ditetapkan oleh MPM

Menerima tugasan KPS dan pemakluman tarikh

akhir penyerahan KPS

Memahami skop KPS

Membincangkan tema, isu,

tajuk, dan skop KPS yang telah dikenal pasti, dipilih,

dan ditetapkan bersama-

sama dengan guru

Merancang jadual kerja

Mengumpul data dan

maklumat melalui

pemerhatian, temu bual,

dan kaji selidik daripada

pelbagai sumber

Menyusun dapatan (data

dan maklumat)

Memproses data dan

maklumat – mentafsir, menganalisis, dan

membuat hubung kait

antara dapatan yang diperoleh

Mempersembahkan data

dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta,

dan lain-lain yang

bersesuaian

Membincangkan dapatan

kajian dan menghubung-

kaitkannya dengan teori yang bersesuaian

Menghasilkan penulisan

yang lengkap mengikut

format yang ditetapkan

Menyemak dan membuat

penambahbaikan terhadap

kualiti penulisan KPS

Menyerahkan KPS

mengikut tarikh yang

ditetapkan kepada guru

Membentang KPS pada tarikh dan masa yang

ditetapkan

Page 8: Manual pbs syariah p2 2014

8

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon

14 April

hingga 14 Mei 2014

Pengisian dan

penghantaran markah melalui

e-submission

Membuat semakan dan

penyelarasan semula

markah bagi setiap calon

Menghantar markah KPS

calon kepada MPM

dengan menggunakan

perisian e-submission

Tidak berkenaan

24 April

hingga 14 Mei

2014

Penyelarasan

PBS oleh KPK

serta pengisian

dan penghantaran markah melalui

e-submission

Mengemukakan sampel

KPS untuk penyelarasan markah oleh KPK

Tidak berkenaan

15 Okt 2015 Penyimpanan evidens

* Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta

5 FORMAT PENULISAN 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK) untuk mencari maklumat tambahan.

5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KPS mengikut format

berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm

(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)

(d) Langkau (spacing): 1.5

(e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan.

5.3 Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk

kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran.

5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.

5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang ditulis

dalam satu perenggan.

5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks KPS hendaklah menggunakan sama ada sistem nota

kaki atau sistem pengarang-tarikh.

5.7 Susunan penulisan KPS adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

(e) Kerja Projek Syariah.

Page 9: Manual pbs syariah p2 2014

9

5.8 KPS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan seperti perkara 5.7 di atas.

6 STRUKTUR PENULISAN

6.1 Kandungan

6.2 Abstrak

6.3 Penghargaan

6.4 Pengenalan – latar belakang dan penyataan masalah kajian

6.5 Objektif kajian – penyataan objektif kajian

6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan

menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal

selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya

6.7 Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan dapatan kajian dengan

menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam bidang Syariah

6.8 Rumusan dan cadangan

6.9 Senarai rujukan

7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH

7.1 MPM mengemukakan tiga tema.

7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih.

7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada kampung/bandar/ daerah/negeri sekolah calon sahaja

Contoh:

Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Projek Syariah

Tema 1:

Hibah

Tema 2:

Praperkahwinan

Tema 3: Undang-undang dan

Pentadbiran Harta Pusaka

Calon pilih tema 1

Hibah

Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan

A

Page 10: Manual pbs syariah p2 2014

10

Calon menentukan skop tugasan

(Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada kerja projek yang akan

dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan kerja projek berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau

limitasi penghasilan kerja projeknya; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan

limitasi tempat kajian)

Contoh:

1. Sampel kajian Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd

2. Tempoh kajian Dari Januari 2014 hingga Mac 2014

3. Limitasi tempat kajian Kuala Lumpur

Calon menentukan objektif kajian

(Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat

dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai)

Contoh:

Menjelaskan konsep hibah menurut perspektif Islam

Mengenal pasti pelaksanaan hibah di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd

Calon mengenal pasti isu

(Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri

sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan)

Contoh:

Sejauh mana pelaksanaan prinsip hibah di wasiyyah shoppe menepati

kehendak syarak

Calon menentukan tajuk

(Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti)

Contoh:

Konsep hibah dan pelaksanaannya di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd

A

B

Page 11: Manual pbs syariah p2 2014

11

Calon menentukan kaedah kajian

Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan

maklumat, antaranya adalah seperti berikut:

1. Kajian perpustakaan/Dokumentasi

Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti

buku, majalah, akhbar, jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet.

2. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan

lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik digunakan

untuk memudahkan kajian yang hendak dilakukan. Calon boleh mereka

bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang

berkaitan. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di

kawasan kajian.

3. Temu bual

Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai maklumat mengenai bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat,

iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan

individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau

kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian. Contoh temu bual secara formal

seperti menemu bual CEO Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, manakala temu

bual tidak formal seperti menemu bual pelanggan Wasiyyah Shoppe, dan orang awam di tempat kajian.

4. Pemerhatian Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui

pemerhatian dan penelitian terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan

kes, gelagat, dan sebagainya.

Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian

Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan

menghubungkait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam

bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah disertakan dengan rujukan dan

boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya.

Calon menghasilkan rumusan kerja projek

Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang

dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh

menyatakan kepentingan (signifikan) kajian dan cadangan daripada hasil kajian

yang telah dijalankan.

B

Page 12: Manual pbs syariah p2 2014

12

8 Lampiran

Lampiran 1

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH

TAJUK:

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/

ALAMAT CALON

NAMA GURU/

PEMERIKSA

TANDATANGAN

GURU/PEMERIKSA

TARIKH

MARKAH

TERHAD

Page 13: Manual pbs syariah p2 2014

13

Lampiran 2

TERHAD BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek

calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan

sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan.

Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat PBS Calon

Makluman kepada calon:

Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh

dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara

sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja

projek............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan

bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ...................... di sekolah (untuk

calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau

pemeriksa kerja projek mata pelajaran ........................................ (untuk calon persendirian

individu).

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai:

Saya mengesahkan bahawa kerja projek............................................. telah dihasilkan mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati

bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

TERHAD

Page 14: Manual pbs syariah p2 2014

14

Lampiran 3

TERHAD

BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ No. Kad Pengenalan: ...............................

Tarikh

Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Projek

(diisi oleh calon)

Ulasan Guru Tandatangan

Guru Tandatangan

Calon

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: .........................................

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam

penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan

oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .............................................

Nama Guru: .......................................................

Tarikh: .......................................

Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek.

TERHAD

Page 15: Manual pbs syariah p2 2014

15

Lampiran 4

TERHAD BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA PROJEK

PENGGAL 2 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .......................................

No. Kad Pengenalan: .................................................

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Kriteria Penilaian Markah Penuh

Markah Guru/Pemeriksa

Markah Penyelaras

A. Penulisan

1. Abstrak 4

2. Pengenalan 4

3. Objektif Kajian 4

4. Kaedah Kajian 4

5. Perbincangan dan Dapatan Kajian 20

6. Rumusan dan Cadangan 4

7. Senarai Rujukan 3

8. Kemahiran Manipulatif 2

9. Kemahiran Insaniah 4

B. Pembentangan dan Soal Jawab

1. Pembentangan Kerja Projek 4

2. Soal Jawab 3

3. Kreativiti 2

4. Keterampilan 2

Jumlah Markah 60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan

butiran di atas adalah benar.

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran

di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: .....................................

Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................

No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................

Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................

No. Telefon (sekolah) : .....................................

(bimbit) : .....................................

No. Telefon (sekolah) : ....................................

(bimbit) : ....................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

Page 16: Manual pbs syariah p2 2014

16

TERHAD