Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

15
Sistem Tutorial Multimedia Atas Talian Kod Braille Bahasa Malaysia http://ekodbraille.ses.usm.my USM Research University Project School of Educational Studies Universiti Sains Malaysia Tarikh akhir kemaskini: 16 Jun 2013

Transcript of Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

Page 1: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

Sistem Tutorial Multimedia Atas Talian Kod Braille Bahasa Malaysia

http://ekodbraille.ses.usm.my

USM Research University Project School of Educational Studies

Universiti Sains Malaysia

Tarikh akhir kemaskini: 16 Jun 2013

Page 2: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

eKodBrailleBM merupakan sistem tutorial multimedia yang pertama dan unggul di Malaysia untuk menyokong proses pengajaran-pembelajaran Kod Braille Bahasa Melayu. eKodBrailleBM merupakan salah satu lagi e-projek PPIP USM yang bertujuan untuk menyokong guru-guru pendidikan khas di Malaysia. Di samping guru-guru pendidikan khas, sistem tutorial ini juga berguna untuk ibu bapa serta individu lain yang berminat untuk mempelajari Braille secara visual. Semoga projek atas talian ini dapat menyumbang kepada perkembangan pengetahuan pendidikan khas di Malaysia.

Page 3: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

Tahap 1: Asas Braille Unit 1: Pengenalan kepada Struktur Perkataan Bahasa Malaysia Unit 2: Asas Braille

Tahap 2: Singkatan Braille Unit 3: Singkatan Braille (I) Unit 4: Singkatan Braille (II) Unit 5: Singkatan Braille (III) Unit 6: Kependekan & Pemendekan Perkataan

Tahap 3: Tanda Braille Unit 7: Tanda Karangan, Tanda Khas & Tanda Bacaan Unit 8: Tanda Kata

Tahap 4: Tanda Matematik Asas Unit 9: Tanda Matematik Asas

Tahap 5: Membraille Teks Unit 10: Membraille Perkataan & Perenggan

Penyempurnaan setiap tahap dalam kursus ini akan dianugerahkan sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Sistem tutorial multimedia ini menawarkan kursus Kod Braille Bahasa Malaysia dalam 5 tahap pembelajaran secara kumulatif dan ansur-maju:-

Pengguna perlu mencapai sekurang-kurangnya markah 90% dalam Ujian Penilaian Sumatif pada akhir pembelajaran setiap unit untuk maju ke unit yang berikutnya.

Page 4: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

Sistem tutorial multimedia ini boleh diakses secara PERCUMA tanpa dikenakan sebarang bayaran - satu tanggungjawab sosial Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM.

Langkah 1 Layari laman eKodBrailleBM di http://ekodbraille.ses.usm.my

Langkah 2 Klik butang Daftar Sekarang pada ruangan Sokongan.

Page 5: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

Langkah 3 Isikan butir-butir anda pada borang pendaftaran atas talian dan tekan butang Submit apabila selesai.

Langkah 4 Permohonan pendaftaran akan dihantar kepada pihak pentadbir sistem untuk pengesahan. Kelulusan permohonan akan dihantar menerusi e-mail. Sila semak e-mail anda dalam masa 3 hari bekerja untuk melihat keputusan permohonan.

Page 6: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

Setelah permohonan anda telah diluluskan, anda boleh log masuk menggunakan Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password) yang telah anda isikan pada borang pendaftaran atas talian.

PERHATIAN: Anda perlu menggunakan Mozilla Firefox untuk menggunakan eKodBrailleBM.

Untuk muat turun Mozilla Firefox: http://www.mozilla.com/en-US/firefox/firefox.html

Page 7: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

Selepas log masuk, anda akan dibawa ke muka surat Pengumuman (seperti di bawah). Anda akan mendapat pengumuman terkini daripada pentadbir sistem di muka surat ini.

Page 8: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

Ruangan navigasi terdapat pada bahagian atas setiap muka surat dalam eKodBrailleBM.

Untuk mula, klik pada ikon Menu Pelajaran.

Anda boleh mengemaskini profil anda dengan memilih butang Profil. Di situ, anda boleh pilih untuk memuatnaik gambar dan mengemaskini biografi ringkas anda. eKodMail juga disediakan untuk pengguna menghantar mail dalaman kepada Pentadbir Sistem atau pengguna-pengguna lain.

Page 9: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

Terdapat dua bahagian dalam muka surat Menu Pelajaran, iaitu Menu Kursus dan Pengajaran. Menu Kursus mengandungi kesemua tajuk tahap, unit, sub-unit dan modul. Anda perlu menghabiskan kesemua aktiviti dalam satu modul sebelum modul seterusnya dibuka untuk dibaca.

Bahagian Pengajaran pula memaparkan kesemua slaid dalam modul yang dipilih di bahagian Menu Kursus.

Untuk mula, klik pada tajuk Pengenalan Kepada eKodBrailleBM di bahagian Menu Kursus. Kemudian di bahagian Pengajaran, klik Pengenalan (m/s. 1).

Page 10: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

Perhatian bahawa terdapat jenis 3 warna status dalam Menu Pelajaran, iaitu Putih, Kuning dan Hijau. Kotak putih akan dipaparkan sekiranya muka surat tersebut masih belum dibuka. Kotak kuning menandakan muka surat masih dalam proses dibaca. Kotak hijau pula menandakan muka surat tersebut telah habis dibaca atau aktiviti telah dilaksanakan.

PENTING!!! Setiap muka surat dalam modul perlu dibaca untuk menjadikan status modul bertukar hijau. Hanya dengan itu, anda boleh membuka modul yang seterusnya.

Page 11: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

Sila hubungi Pentadbir Sistem menerusi eKodMail untuk sebarang pertanyaan, bantuan atau sokongan teknikal.

Untuk menghantar mesej, tekan butang eKodMail, dan seterusnya pilih Compose. Hantarkan mesej kepada Administrator. Pentadbir Sistem akan membalas mesej anda secepat mungkin.

Page 12: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

PENTING UNTUK DIBACA Berikut adalah empat masalah yang mungkin timbul semasa mengikuti kursus eKodBraille serta cara penyelesaiannya. A. Kod braille tidak dihasilkan seperti yang sepatutnya Kekunci-kekunci ditekan dengan betul, tetapi kod braille

yang dihasilkan tidak betul. Ini berlaku sebab papan kekunci jenama tertentu tidak begitu sensitif untuk digunakan sebagai kekunci braille.

Penyelesaian: Pasangkan satu lagi papan kekunci tambahan (external

keyboard) kepada komputer/laptop anda melalui USB. Papan kekunci external yang murah sudahpun boleh digunakan.

Page 13: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

PENTING UNTUK DIBACA B. Jawapan nampak betul, tetapi ditandakan sebagai SALAH. Ini berlaku apabila terdapat sel braille kosong tambahan di

dalam ruangan jawapan. Sel braille kosong ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi boleh dikesan oleh kursor.

Penyelesaian: Pastikan tiada sel braille kosong tambahan di ruangan

jawapan. (Penekanan kekunci ‘Spacebar’ akan menghasilkan satu sel braille kosong). Sel braille kosong ini mungkin wujud di hadapan, di antara dua perkataan, ataupun di akhir perkataan.

Sel braille kosong dikesan oleh kursor

Ditandakan SALAH walaupun jawapan nampak betul (sebab terdapat sel braille kosong tambahan).

Page 14: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

C. Tidak dapat mencetak Sijil Ini berlaku apabila ‘pop-up window’ di browser Mozilla

Firefox telah dihalang daripada dibuka. (Sijil eKodBraille dipaparkan pada ‘pop-up window’).

Penyelesaian: Klik pada menu Tools > Option> Content > Block pop-up

windows di Firefox. Kemudian buangkan tanda (uncheck) di ruangan ‘Block pop-up windows’. Ini akan membenarkan pop-up windows dibuka di dalam browser.

PENTING UNTUK DIBACA

Page 15: Manual Pengguna Versi 2 (1).pdf

http://ekodbraille.ses.usm.my

D. Tidak boleh maju ke UNIT yang seterusnya. Ini berlaku apabila terdapat muka surat yang belum dibaca

ataupun latihan/aktiviti yang belum dilengkapkan. Semua muka surat perlu dibaca dan semua aktiviti perlu dilengkapkan sebelum sistem membenarkan anda maju ke UNIT seterusnya.

Penyelesaian: Semak balik warna status di menu pelajaran. Kenal pasti

kotak yang berwarna putih ataupun kuning. Pergi ke muka surat/aktiviti tersebut untuk melengkapkan aktiviti. Warna status akan bertukar ke warna hijau.

PENTING UNTUK DIBACA

Terdapat 3 muka surat yang belum dibaca

Soalan 2 belum dilengkapkan