Masalah Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

7
Masalah Bahasa Kanak- kanak Bermasalah Pembelajaran

description

Masalah Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Transcript of Masalah Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Slide 1

Masalah Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Masalah Pertuturan Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan saya menjadi caya. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan.

Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.

Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.

Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan perkataan.

Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan.

Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi.

Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial.

Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa.

Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu melalui terapi.