Masalah pencemaran di kawasan perumahan -...

2
SURAT RASMI Tajuk : Masalah pencemaran di kawasan perumahan No.63 Jalan Bertam Jaya 8, Taman Bertam Jaya, 34200 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. _______________________________________________________ Jabatan Alam Sekitar, Tingkat 16, Kompleks Tun Abdul Rahman, 10000 Jalan Penang, Pulau Pinang. 25 OGOS 2007 Tuan, MASALAH PENCEMARAN KAWASAN PERUMAHAN. Merujuk perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Bertam Jaya, ingin memohon agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera terhadap masalah pencemaran di kawasan kami yang semakin teruk. 2. Masalah pencemaran ini bermula sejak sebuah kilang besi dibuka tiga bulan yang lalu. Kilang besi itu terletak berdekatan dengan tempat tinggal kami. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami telah menghantar surat aduan kepada pihak urusan kilang tersebut. Malangnya, tiada tindakan yang diambil oleh pihak mereka.

Transcript of Masalah pencemaran di kawasan perumahan -...

Page 1: Masalah pencemaran di kawasan perumahan - …survey.ump.edu.my/...pencemaran_kawasan_perumahan.pdf · 3. Masalah pencemaran yang kami hadapi ialah pencemaran bunyi yang bising, habuk

SURAT RASMI

Tajuk : Masalah pencemaran di kawasan perumahan

No.63 Jalan Bertam Jaya 8,

Taman Bertam Jaya,

34200 Seberang Perai Utara,

Pulau Pinang.

_______________________________________________________

Jabatan Alam Sekitar,

Tingkat 16, Kompleks Tun Abdul Rahman,

10000 Jalan Penang,

Pulau Pinang. 25 OGOS 2007

Tuan,

MASALAH PENCEMARAN KAWASAN PERUMAHAN.

Merujuk perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Bertam Jaya, ingin

memohon agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera terhadap masalah

pencemaran di kawasan kami yang semakin teruk.

2. Masalah pencemaran ini bermula sejak sebuah kilang besi dibuka tiga bulan

yang lalu. Kilang besi itu terletak berdekatan dengan tempat tinggal kami. Untuk

makluman pihak tuan, pihak kami telah menghantar surat aduan kepada pihak

urusan kilang tersebut. Malangnya, tiada tindakan yang diambil oleh pihak

mereka.

Page 2: Masalah pencemaran di kawasan perumahan - …survey.ump.edu.my/...pencemaran_kawasan_perumahan.pdf · 3. Masalah pencemaran yang kami hadapi ialah pencemaran bunyi yang bising, habuk

3. Masalah pencemaran yang kami hadapi ialah pencemaran bunyi yang bising,

habuk besi yang berterbangan dan longkang yang tersumbat. Kami terpaksa

mendengar bunyi bising sepanjang masa. Beberapa orang penduduk pula

mengalami batuk-batuk akibat perbuatan pihak kilang tersebut.

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat membantu kami mengatasi masalah kami

ini dengan segera. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan sangat kami

hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Dzakirah

(Nur Dzakirah binti Jantan)

Setiausaha,

Jawatankuasa Persatuan Penduduk,

Taman Bertam Jaya.