MdHRPH_Kump1_Bab4.2.doc

7
MdHRPH_Kump1_Bab4.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Matematik Tingkatan 3 Tempoh ( 80 ) minit Bidang Data dan Kebarangkalian Tajuk Sukatan Kecenderungan Memusat Objektif Pembelajaran Memahami dan menggunakan konsep mod, median dan min untuk menyelesaikan masalah Hasil Pembelajaran Menyelesaikan masalah yang melibatkan mod, median dan min Pengetahuan Sedia Ada Mengira min bagi data dalam jadual kekerapan, kaedah drawing block Nilai murni Ketelitian, sistematik ABM Kertas mahjong, marker Kemahiran Berfikir Mentafsir FASA/ MASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI Catatan Orientasi (5 Minit) Guru menulis tajuk yang akan diajar pada papan putih. Guru memberi satu set data dalam jadual kekerapan. Pendapatan bulanan (RM) Kekerapan 500 5 800 2 1000 3 2000 4 20000 1 Pelajar mendapatkan nilai bagi mod, median dan min. Perhatikan jadual kekerapan yang diberi. Cuba dapatkan nilai: mod, median, min Respon dijangka: Mod = RM 500 Median = RM 1000 Min = [(5 500) + × (2 800) + (3 1000) + × × (4 2000) + (1 20000)] × × 15 ÷ = RM 2340 Pengetahuan Telitikan jadual 1

Transcript of MdHRPH_Kump1_Bab4.2.doc

Page 1: MdHRPH_Kump1_Bab4.2.doc

MdHRPH_Kump1_Bab4.2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Matematik

Tingkatan 3

Tempoh ( 80 ) minit

Bidang Data dan Kebarangkalian

Tajuk Sukatan Kecenderungan Memusat

Objektif Pembelajaran Memahami dan menggunakan konsep mod, median dan

min untuk menyelesaikan masalah

Hasil Pembelajaran Menyelesaikan masalah yang melibatkan mod, median dan

min

Pengetahuan Sedia Ada Mengira min bagi data dalam jadual kekerapan, kaedah

“drawing block”

Nilai murni Ketelitian, sistematik

ABM Kertas mahjong, marker

Kemahiran Berfikir Mentafsir

FASA/

MASA

CADANGAN

AKTIVITI

CADANGAN

KOMUNIKASI

Catatan

Orientasi

(5 Minit)

Guru menulis tajuk yang akan

diajar pada papan putih.

Guru memberi satu set data

dalam jadual kekerapan.

Pendapatan

bulanan (RM)Kekerapan

500 5

800 2

1000 3

2000 4

20000 1

Pelajar mendapatkan nilai bagi

mod, median dan min.

Perhatikan jadual

kekerapan yang diberi.

Cuba dapatkan nilai:

mod, median, min

Respon dijangka:

Mod = RM 500

Median = RM 1000

Min = [(5×500) +

(2×800) + (3×1000) +

(4×2000) + (1×20000)]

÷ 15

= RM 2340

1

Page 2: MdHRPH_Kump1_Bab4.2.doc

MdHRPH_Kump1_Bab4.2

FASA/

MASA

CADANGAN

AKTIVITI

CADANGAN

KOMUNIKASI

Catatan

Pengetahuan

(20 minit)

Guru memaparkan data yang

baru pada skrin tayangan.

Pelajar mendapatkan nilai min

bagi data yang diberi dalam

jadual kekerapan seperti berikut.

Bilangan

sudu gula

Bilangan

pekerja

0 2

1 7

2 8

3 12

4 5

5 3

Guru meminta tiga orang murid

untuk menerangkan jawapan

masing-masing.

Murid-murid yang lain diminta

untuk membandingkan jawapan

ketiga-tiga pelajar tadi.

Seterusnya, mereka mengenal

pasti mana satu jawapan yang

paling tepat.

Guru mengesahkan jawapan

yang paling tepat.

Telitikan jadual

kekerapan yang

diberikan. Hitung nilai

min bagi bilangan

sudu gula yang

diambil oleh

sekumpulan pekerja

syarikat dalam satu

hari.

Respon dijangka:

Min = [(0×2) + (1×7) +

(2×8) + (3×12) + (4×5)

+ (5×3)] ÷ 37

= 2.54

2

Page 3: MdHRPH_Kump1_Bab4.2.doc

MdHRPH_Kump1_Bab4.2

FASA/

MASA

CADANGAN

AKTIVITI

CADANGAN

KOMUNIKASI

Catatan

Perkembangan

(20 minit)

Dengan merujuk kepada jadual

kekerapan yang sama, murid-

murid (dalam pasangan)

menghitung nilai min yang baru

bagi situasi yang diberi seperti

berikut.

Bilangan

sudu gula

Bilangan

pekerja

0 2

1 7

2 8

3 12

4 5

5 3

Hitung nilai min jika:

(a) 3 orang pekerja yang

mengambil 2 sudu gula dalam

sehari ditambah ke dalam

kumpulan pekerja itu.

(b) 2 orang pekerja yang

mengambil 3 sudu gula dalam

sehari telah diberhentikan kerja.

Guru meminta wakil daripada 3

pasangan untuk

membentangkan hasil kerja

masing-masing di depan kelas.

Guru mengesahkan jawapan

yang paling tepat.

Dalam kumpulan

berpasangan,

perhatikan jadual

kekerapan yang sama

dan hitungkan nilai min

yang baru berdasarkan

2 situasi baru yang

diberi.

Respon dijangka:

(a) Min = [(0×2) +

(1×7) + (2×11) +

(3×12) + (4×5) + (5×3)]

÷ 40

= 2.50

ATAU

Min = [94 + (3×2)] ÷ 40

= 2.50

(b) Min = [(0×2) +

(1×7) + (2×8) + (3×10)

+ (4×5) + (5×3)] ÷ 35

= 2.51

ATAU

Min = [94 – (2×3)] ÷ 35

= 2.51

3

Page 4: MdHRPH_Kump1_Bab4.2.doc

MdHRPH_Kump1_Bab4.2

FASA/

MASA

CADANGAN

AKTIVITI

CADANGAN

KOMUNIKASI

Catatan

Pengukuhan

(30 minit)

Guru membahagikan murid-

murid kepada 3 kumpulan

besar. Setiap kumpulan diberi

soalan yang berlainan.

Guru mengedarkan lampiran

kepada setiap pelajar dalam

kumpulan masing-masing.

Murid-murid diminta

menyelesaikan masalah dengan

kaedah “drawing block” dan

menulis langkah kerja pada

kertas mahjong.

Setiap kumpulan

membentangkan hasil kerja

masing-masing.

Rujuk

LAMPIRAN (GURU)

Lampiran

Kertas

mahjong,

marker

Refleksi

(5 Minit)

Perkongsian pendapat bersama

murid mengenai pembelajaran

hari ini

Soalan:

a) Apakah yang

kamu faham

tentang

pembelajaran hari

ini?

b) Apakah

kesimpulan yang

boleh dibuat?

4

Page 5: MdHRPH_Kump1_Bab4.2.doc

MdHRPH_Kump1_Bab4.2

LAMPIRAN (PELAJAR)

Kumpulan 1: Soalan 1

Min tinggi sekumpulan 8 orang ahli pengakap ialah 162 cm. Jika dua orang ahli pengakap yang baharu masing-masing dengan tinggi 166 cm dan 168 cm menyertai kumpulan itu, berapakah min baharu bagi tinggi ahli kumpulan itu?

Kumpulan 2: Soalan 2

Min skor yang diperoleh 12 orang peserta satu pertandingan reka cipta ialah 60. Jika min skor bagi 7 orang peserta pertandingan tersebut ialah 55, kirakan min skor bagi 5 orang peserta yang lain.

Kumpulan 3: Soalan 3

Min bilangan buah oren dalam lapan buah kotak ialah 32. Setelah membuang buah oren yang rosak, minnya menjadi 30.75. Kirakan bilangan buah oren yang dibuang.

5

Page 6: MdHRPH_Kump1_Bab4.2.doc

MdHRPH_Kump1_Bab4.2

LAMPIRAN (GURU)

Kumpulan 1: Soalan 1

Min tinggi sekumpulan 8 orang ahli pengakap ialah 162 cm. Jika dua orang ahli pengakap yang baharu masing-masing dengan tinggi 166 cm dan 168 cm menyertai kumpulan itu, berapakah min baharu bagi tinggi ahli kumpulan itu?

Diberi min 8 orang ahli pengakap = 162 cm

2 orang ahli baru dengan tinggi 166 cm dan 168 cm ditambah ke dalam kumpulan tersebut.

162 162 162 162 162 162 162 162

162 162 162 162 162 162 162 162 166 168

163 163 163 163 163 163 163 163 163 163

Oleh itu, min baharu bagi tinggi ahli kumpulan itu ialah 163 cm.

Kumpulan 2: Soalan 2

Min skor yang diperoleh 12 orang peserta satu pertandingan reka cipta ialah 60. Jika min skor bagi 7 orang peserta pertandingan tersebut ialah 55, kirakan min skor bagi 5 orang peserta yang lain.

60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60

55 55 55 55 55 55 55

385 720 – 385 = 335

67 67 67 67 67

Oleh itu, min skor bagi 5 orang peserta yang lain ialah 67.

Kumpulan 3: Soalan 3

6

(162 × 8) + 166 + 168 = 1630

1630 ÷ 10 = 163

335 ÷ 5 = 67

Page 7: MdHRPH_Kump1_Bab4.2.doc

MdHRPH_Kump1_Bab4.2

Min bilangan buah oren dalam lapan buah kotak ialah 32. Setelah membuang buah oren yang rosak, minnya menjadi 30.75. Kirakan bilangan buah oren yang dibuang.

32 32 32 32 32 32 32 32

30.75 30.75 30.75 30.75 30.75 30.75 30.75 30.75

Bilangan oren yang dibuang = 256 – 246 = 10

7

32 × 8 = 256

30.75 × 8 = 246