Membentuk Remaja Cemerlang
-
Upload
saharuddin-abdullah -
Category
Education
-
view
1.621 -
download
2
description
Transcript of Membentuk Remaja Cemerlang
nama ahli kumpulan;
Hanis
Afi qah
Shaqilla
Zaid
Najihah
nama guru;
En Saharuddin Abdullah
PERANAN ANDA BAGI MEMUPUK REMAJA YANG CEMERLANG
Dalam era modenisasi ini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Negara semakin pesat membangun seperti tenggelam sama
basah timbul sama hanyut, seiringan dengan negara maju yang lain. Namun permasalahan
remaja cemerlang masih tiada penghujungnya. Dari segi konsepsinya, remaja cemerlang boleh
didefinisikan sebagai remaja yang mempunyai matlamat yang jelas dalam membuat sesuatu
perkara. Biasanya, remaja yang cemerlang mempunyai sifat-sifat mahmudah sebagai tonggak
utama mencapai kejayaan. Natijahnya, remaja yang cemerlang ini akan mengecapi masa
depan yang lebih cerah. Remaja yang cemerlang boleh dianalogikan sebagai biji benih yang
baik dicampakkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang, dicampakkan ke
laut menjadi pulau yang penuh khazanah terawang di angkasa menjadi bintang kejora yang
bersinar. Dalam huraian yang berikutnya, saya akan jelaskan peranan saya sebagai seorang
pelajar bagi memupuk remaja yang cemerlang.
Pendahuluan;
Sudah terang lagi bersuluh, dengan menghormati ibu bapa dapat melahirkan remaja yang
cemerlang. Hal ini kerana ibu bapa berasa lebih tenang dan gembira apabila kita mengormati mereka.
Segala yang dilakukan pasti akan mendapat keberkatan. Oleh itu, setiap remaja haruslah
menghormati ibu bapa mereka agar mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Menurut Dato Dr
Fadzillah Kamsah, setiap anak wajib menghormati ibu bapa kerana ibu bapa boleh dianalogikan
sebagai cahaya yang sentiasa bersinar dengan terangnya. Bahkan dalam menghormati ibu bapa dapat
memupuk remaja yang bersahsiah mulia dan berwawasan. Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl,
ayat 125, serulah ke jalan Tuhanmu, wahai Muhammad dengan hikmah dan bijaksana serta
berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui asal
usul hambanya. Oleh itu ibu bapa sewajarnya memiliki skil kontemporari dalam mendidik anak-anak.
Tambahan pula, ibu bapa ialah golongan yang wajib kita hormati. Kita sebagai anak tidak sepatutnya
menjadi seperti kacang lupakan kulit. Sekiranya setiap remaja menghormati ibu bapa mereka, maka
kehidupan keluarga akan sentiasa terjamin.
Isi pertama;
Selain itu, kita juga perlu bijak menguruskan masa. Hal ini kerana ramai pelajar mahupun
remaja sering merungut menghadapi kekangan masa. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pelajar
yang cemerlang mampu menguruskan masa dengan baik dan lebih bersistematik dengan membina
jadual harian mahupun jadual belajar secara persendirian. Natijahnya, akan lahirlah pelajar yang
tidak mengalami tekanan dalam kehidupan seharian mereka. Masa yang terluang perlu diisi dan
dimuatkan dengan perkara yang bermanfaat. Pelajar cemerlang SPM tahun 2009, Nik Nur Madihah
yang mencapai keputusan 20 A telah menggunakan masa yang terluang dengan mengulang kaji
pelajaran. Biarpun masa yang ada tidak mencukupi, namun tiada rungutan yang dikeluarkan
olehnya, sebaliknya berusaha menguruskannya dengan bijak. Hal ini telah membuktikan bahawa
masa itu amat bernilai dalam diri seseorang pelajar mahupun remaja yang berwawasan. Pelajar
yang cemerlang merasakan bahawa kehidupan yang dilayarinya begitu padat sehingga tidak
mampu untuk bernafas. Sebaliknya, pelajar mahupun remaja yang tidak mempunyai wawasan hidup
yang jelas akan merasakan sehari bagai seminggu untuk dijalani. Pengurusan masa yang sistematik
dan teratur mampu membina ketenangan diri sewaktu menghadapi peperiksaan. Sesungguhnya,
amatlah rugi kehidupan seseorang remaja sekiranya membiarkan masa yang bernilai ibarat emas
berlalu dengan begitu sahaja tanpa disedari. Haruslah diingatkan bahawa, masa yang bernilai tidak
akan berulang untuk kali kedua. Sekiranya remaja mahupun pelajar bijak menguruskan dan
memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin, nescaya kehidupan mereka akan bebas daripada
mengalami tekanan mahupun stres yang hebat. Oleh itu, sekiranya setiap remaja mampu
menguruskan masa dengan bijak, nescaya kehidupan seseorang individu akan lebih cemerlang dan
maju kehadapan .
Isi kedua;
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, remaja yang rajin berusaha dan beristiqamah untuk
mencapai kejayaan tanpa mengenal erti berputus asa pasti akan berjaya. Hal ini kerana manusia
yang mudah mengalah tidak akan mencapai sesuatu yang dikehendakinya tanpa berusaha. Masa
depan mereka musnah dan mereka akan hidup tanpa arah tuju yang kukuh. Secara tidak langsung
mereka akan menjadi seorang yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning. Menurut seorang
tokoh terapi minda terkenal iaitu Dr. Muhaya, manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia
kalah. Remaja seharusnya mengikut sikap seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan
paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku. Jika kita menghadapi
sesuatu rintangan seperti patah kandar di tengah jalan, kita seharusnya menghadapinya dengan
kental. Remaja yang rajin berusaha pasti tidak akan takut untuk jatuh lalu tertiarap malah pasti akan
bangun semula dari kegagalan. Orang yang tidak berusaha, pasti cetek ilmunya. Sekiranya remaja
berusaha ditambah pula dengan doa dan tawakal pasti akan berjaya dan mampu membangun dan
membanggakan nama negara kelak.
Isi ketiga;
Seterusnya, agama sememangnya penting sebagai petunjuk supaya mereka sentiasa
berada pada landasan yang sepatutnya. Oleh itu, remaja cemerlang akan mempunyai didikan
agama yang sempurna dalam diri mereka. Hal ini kerana didikan agama yang secukupnya dapat
membentuk jati diri dan sahsiah yang mulia. Remaja yang mempunyai didikan agama boleh
dianalogikan seperti pokok yang mendapat baja yang baik untuk terus hidup. Menurut Albert
Einstein, agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Terbuktilah, agama
sangat penting dalam membentuk remaja yang cemerlang, seterusnya dapat membantu untuk
merealisasikan visi negara. Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan kepada anak – anak
mereka untuk menunaikan solat lima waktu, mengaji dan memberi didikan fardu ain bagi
membendung anak – anak terjebak dengan perkara yang sia – sia. Natijahnya, remaja tidak
akan terpesong dari landasan yang betul. Jadi benarlah bahawa didikan agama memberi kesan
yang mendalam untuk membentuk remaja yang cemerlang.
Isi keempat;
Kesimpulannya, remaja yang cemerlang merupakan remaja yang sanggup merentasi
segala halangan bagi mencapai segala yang diimpikan dan merupakan tonggak kepada
keluarga serta menjadi pelapis negara yang sentiasa mempunyai idea untuk menempatkan
negara dengan acuannya sendiri. Biasanya, remaja yang ingin mencapai kejayaan di
menara gading akan memerah tenaga bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di
akhirat. Ibu bapa juga akan menjadi cermin kepada seseorang remaja dan akan
menjadikan mereka sebagai idola atau perangsang untuk membina kecemerlangan diri.
Remaja yang cemerlang akan menjadi seperti pucuk dengan pelepah. Menurut Dato Dr Haji
Fadzillah Kamsah, seorang pakar motivasi, jika tujuan kita jelas , kita boleh mencapai
kecemerlangan dengan jayanya. Sebagai pemimpin pelapis, remaja yang cemerlang akan
pandai meniti buih supaya selamat tiba di seberang. Janganlah hanya menjadi seperti
angan – angan Mat Jenin yang akhirnya jatuh ke perdu pohon. Oleh itu, remaja perlu
memiliki sifat – sifat mahmudah bagi menjadi seorang remaja yang cemerlang untuk
menerangi kehidupan kelak. Remaja yang cemerlang akan dapat melayari bahtera
kehidupan dengan lebih cemerlang tanpa sebarang masalah. Semoga remaja yang
cemerlang dapat merealisasikan Wawasan 2020 bagi memastikan negara duduk sama
rendah berdiri sama tinggi dengan negara lain.
Penutup;