Menu Dan Tips Pemakanan Bayi (6-12 Bulan) Versi BKCS
description
Transcript of Menu Dan Tips Pemakanan Bayi (6-12 Bulan) Versi BKCS
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 1
Mukaddimah
BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum.
“ Jadikan proses penyediaan makanan untuk anak-anak kita suatu
Melihat anak-anak makan dengan begitu berselera hasil air tangan
kita dan seringkali wajah mereka comot dek suapan kita sungguh
MENGUJAKAN!”
{Hazrina binti Hassan –ommi Farisya a.k.a BKCS}
http://www.bidadarikecil.com
www.bidadarikecil.com
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 2
JADUAL PEMAKANAN SEBAGAI RUJUKAN
Rujukan : http://www.justmommies.com/babies/babys-first-foods-chart
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 3
Anak kita telah bersedia? Bagaimana untuk kita mengenali anak-anak kita telah bersedia untuk makan? 4 bulan? 5
bulan? 6 bulan? Atau 7 bulan?? Semuanya bergantung kepada anak-anak mengikut tanda-
tanda berikut:
Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
Menunjukkan tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
Bayi mungkin mencuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Kenapa perlu menunggu masa yang sesuai? Anak-anak tidak perlu diberikan makanan pejal
yang terlalu awal (kurang 6 bulan) memandangkan sistem penghadaman mereka masih
belum matang dan boleh menyebabkan bayi muntah, cirit-birit, dan sembelit. Mengikut
pengalaman umi pun, Farisya juga betul-betul makan beria setelah berumur 7 bulan lebih.
Namun, ibu-ibu jangan khuatir, kita boleh memerhatikan tingkah laku anak-anak kita
dengan cuba beri mereka merasa sedikit sedikit.
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 4
PERINGKAT PEMAKANAN 1:
6 BULAN
Sebaiknya mula memperkenalkan anak-anak kita dengan makana pejal setelah berumur 6
bulan. Kisar makanan supaya ia halus dan lembut. Beri bayi makanan dalam kuantiti yang
kecil.
Tekstur Kekerapan Contoh Makanan Sumber Protein
Minggu 1 Kisar Halus / Tapis 1x pada 2-3 hari pertama 2-3x pada hari seterusnya
Puree Pisang Puree Epal Puree Betik Avocado Bubur kosong
-Ikan Bilis -Tauhu -Ayam (rebus dan hancurkan) -Kacang Peas (lecek) -Isi ikan
Minggu 2-4 Lecek 2-3x sehari -Puree+bubur -Kentang lecek halus -Sayur dimasak dan di blend/ lecek -Buah-buahan lecek/blend halus
Gunakan teknik “3-4 days rules”. Di mana kita memperkenalkan satu-satu jenis makanan
tu selama 3-4 hari untuk mengenalpasti sekiranya anak-anak kita elergi terhadap sesuatu
makanan. Ni contoh menu yang boleh dicuba selama sebulan untuk di bawa ke taska
Hari 1-3 : air kanji nasi (*ni petua orang dulu-dulu yang selalu dibuat)
Hari 4-7 : bubur nasi kosong sahaja
Hari 8-11 : Kentang / bubur nasi +Puree kentang (setelah masak+blend+tapis)
Hari 12- 15 : Bubur nasi + Puree carrot (setelah masak+blend+tapis)
Hari 16-19 : Bubur nasi +Puree Labu (setelah masak+blend+tapis)
Hari 20- 23 : Bubur nasi + Puree Brokoli (setelah masak+blend+tapis)
Hari 24-27 : Bubur nasi+Puree kentang+ Puree carrot+bilis
Hari 28-31 : Bubur nasi+Kentang+Bayam+ayam
Semasa 6 - 7 bulan ni, tapis semua makanan. Umi memang suka blend kan semua, tetapi
lepas tu tapis juga sebab takut2 tekstur kasar. Lebih baik buat agak cair sedikit.
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 5
PERINGKAT PEMAKANAN 2:
7 - 9 BULAN Setelah berumur 7 bulan lebih, anak-anak boleh dicuba dengan makanan yang dilecek.
Lecek makanan yang kasar dan lebih pekat supaya ia lembut dan halus. Beri makanan dalam
kekerapan 3-4 kali sehari. Farisya berumur 8 bulan lebih baru umi sediakan makanan yang
sedikit kasar. Bila terlalu kasar, anak-anak nak poo poo susah..sian anak. Pastikan kita
sensitif terhadap jenis tekstur makanan yang anak-anak boleh terima. Pantau dan
memerhati
Tekstur Kekerapan Contoh Makanan Sumber Protein
Lecek, Lebih Kasar, Pekat dan tetap lembut
3-4x sehari -Puree+bubur -Kentang lecek halus -Sayur dimasak dan di blend/ lecek -Buah-buahan lecek/blend halus *Makan yang digenggam atau dipegang -Roti lembut -Makanan jejari (pisang, betik, mentimun) -Lobak Merah -Keju
-Ikan Bilis -Tauhu -Ayam (rebus dan hancurkan) -Kacang Peas (lecek) -Isi ikan -Daging lembut (hancur)
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 6
PERINGKAT PEMAKANAN 3:
10 - 12 BULAN
Mengikut pembacaan, anak-anak yang telah mencapai umur 10 bulan ke atas boleh mula
diperkenalkan dengan makanan family. Namun seingat umi, Farisya diperkenalkan makanan
family setelah berumur setahun dua bulan. Tapi elakkan garam, gula, dan pedas. Cincang
atau potong kecil makanan supaya mudah dikunyah oleh anak.
Tekstur Kekerapan Contoh Makanan Sumber Protein
Lembut, cincang ataupun potong kecil
3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
-Puree+bubur -Kentang lecek halus -Pelbagai jenis sayuran dimasak air/lemak -Buah-buahan dipotong dadu -Nasi lembik -Bijirin Sarapan Pagi -Roti bakar -Telur rebus -Keju -Yogurt asli -Mee, meehoon, pasta dll. *Kebayakan anak yang dah ada gigi telah boleh mencuba untuk menu family, namun perlu diingatkan seboleh-bolehnya tiada garam dan gula.
-Ikan Bilis -Tauhu -Ayam (rebus dan hancurkan) -Kacang Peas (lecek) -Isi ikan -Daging lembut (hancur)
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 7
Puree
Cara Penyediaan:
1) Pilih sayur yang segar (contoh: brokoli, carrot, labu) atau mungkin boleh
memilih buah-buahan segar (contoh: epal, pisang, petik)
2) Potong kecil agar mudah dan cepat masak.
3) Masukkan di dalam pengukus seperti gambar di atas.
4) Setelah empuk/masak, blendkan sehingga hancur dan sedikit halus.
5) Kemudian, masukkan ke dalam bekas kiub. Tunggu sehingga sedikit sejuk &
masukkan ke dlaam freezer.
SIAPPPP!!!!!
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 8
Contoh
Menu Kegemaran
BKCS
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 9
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 10
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 11
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 12
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 13
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 14
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 15
Kreativiti diperlukan oleh ibu-ibu dalam menarik perhatian anak
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 16
Sup Ayam
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 17
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 18
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 19
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 20
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 21
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 22
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 23
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 24
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 25
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 26
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 27
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 28
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 29
Makaroni Goreng
*Tak sempat umi nak edit tulis resepi nye..hehe. Tak pe buat macam ibu-ibu goreng
macaroni biasa, tapi jangan pedas ok
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 30
Murtabak Makaroni
*Farisya suka sangat murtabak ni. Tipsnya sama macam kita buat telur dadar, tapi
campurkan macaroni+carrot+daun bawang+cendawan tiram+bawang k
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 31
Sosej Roll Berkeju
*Ni bukan setakat Farisya yang suka, ayah Farisya pun suka sangat. Tapi tak boleh makan
banyak, nanti Farisya batuk
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 32
Gulai Udang
*Farisya memang penggemar udang, tak kisahlah buat menu ape
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 33
Nasi Goreng Cintaku
*Bila goreng telur mata bentuk love macam tu, umi pun semangat nak makan sama
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 34
Nasi Goreng Seafood
*Nyum..nyum. Variasikan menu nasi goreng
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 35
Telur Dadar Bayam
*Farisya suka makan sayur sangat sangat..so umi buatkan telur dadar bayam untuk dia. Tak
sempat umi nak rasa, semua Farisya habiskan
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 36
Carta Pemakanan Bayi (Sumber: http://pama.karangkraf.com)
Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri. Bayi perlu mengambil makanan pejal apabila kalori yang mereka dapat daripada susu sudah tidak mencukupi. Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak secara berperingkat. Ketahuilah bahawa makanan bayi yang disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak kerana segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.
6 bulan
Tekstur makanan : Puri yang halus.
Minuman: Susu ibu.
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.
8 bulan
Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.
10 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.
12 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar
Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5)
Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 37
Waktu Makan Yang Tepat (Sumber : Buku Memupuk Gaya Pemakanan Sihat: Makan Secara Sihat untuk Tumbesar
Optimum sempena Bulan Pemakanan Sihat Malaysia 2009 )
Apabila mencapai umur 2 tahun, anak anda boleh makan di meja dan mengambil makanan yang sama seperti ahli keluarga lain. Tetapi pastikan dia makan mengikut waktu dan berikan hidangan tambahan jika dia berasa lapar. Makan mengikut waktu dan apa yang anda sediakan untuk setiap hidangan amat penting.
Sarapan pagi
Ia adalah hidangan permulaan hari dan memberikan tenaga yang diperlukan si kecil. Kanak-kanak yang makan sarapan pagi lebih cerdas, cergas dan mempunyai daya ingatan
yang lebih baik.
Cadangan hidangan:
Bijirin sarapan pagi Telur hancur bersama roti bakar Apam kukus / balik Pau kacang / daging
Nasi goreng dengan telur Thosai dengan telur
*Nota: sentiasa berikan susu atau minuman bermalt yang berkhasiat kepada anak anda sebagai sarapan pagi.
Makan tengah hari / Makan malam
Hidangan-hidangan ini menambahkan tenaga dan nutrien serta membantu anak anda mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Cadangan hidangan:
Nasi goreng Pai ayam Makaroni dengan keju Mi sup dengan ayam tanpa lemak serta sayur-sayuran Sandwic daging dan sayur-sayuran
Hidangan mesra kanak-kanak
Kurma ayam Ikan masak pindang Nasi ayam dengan salad Bebola ikan digoreng ringkas dengan sayur-sayuran. Tofu / kentang masak masam manis
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 38
Makanan Jejari (Sumber: http://pama.karangkraf.com)
Memberi anak makan makanan jejari sangat baik kerana cara ini dapat memahirkan koordinasi tangannya. Ketika berusia 8 bulan, bayi sudah boleh makan makanan jejari. Walau bagaimanapun, setiap bayi berbeza. Ada yang sudah inginkan mencuba makanan jejari seawal 6 bulan dan ada yang lambat. Jadi, sekiranya anak anda telah berusia 8 bulan, tapi masih enggan makan makanan jejari, janganlah risau. Biarkan dia sendiri yang tentukan bila dia inginkannya. Ketahuilah bahawa anda masih boleh berikan anak makanan jejari meskipun dia belum tumbuh gigi kerana gusi bayi sangat kuat. Tapi, pastikan makanan jejari yang diberi itu tidak keras. Menyediakan sendiri makanan jejari untuk anak tidaklah sukar malah menyeronokkan. Pilihlah makanan yang anda rasakan sesuai untuk anak. Ketika memilih bahan mentah yang ingin dijadikan makanan jejari untuk anak, pastikan bahan tersebut lembut dan mudah dikunyah. Selain itu, pastikan saiznya tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Sesuai untuk dipegang oleh anak anda. Untuk menarik minat anak, perkenalkan makanan jejari yang berwarna-warni dan mempunyai tekstur yang berbeza setiap kali memberinya makanan tersebut. Ada banyak makanan yang boleh anda jadikan makanan jejari. Antaranya ialah :
1. Sayur-sayuran seperti lobak merah, ubi kentang dan labu. 2. Buah-buahan seperti pisang, epal, betik dan tembikai. 3. Biskut 4. Roti 5. Pasta 6. Keju 7. Sandwic bersaiz kecil 8. Ikan 9. Ayam
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 39
Semasa memilih bahan mentah yang boleh dijadikan makanan jejari, pastikan anak anda tidak alah terhadap bahan tersebut. Peraturan mudah yang perlu anda ikuti setiap kali memberi anak makan makanan baru ialah teruslah memberi makanan yang sama selama empat hari berturut-turut. Setelah tubuh anak anda tidak memberikan tindak balas negatif maknanya dia boleh makan makanan tersebut. Begitulah seterusnya setiap kali anda memperkenalkan makanan baru kepada anak. Tetapi ingat, jangan sesekali perkenalkan dua makanan baru serentak kepada anak.
Kisah Bidadari Kecil (Petikan dari blog)
Bismillah. Ok..hari ni umi nak cerita pasal makanan jejari a.k.a finger food. Umi dulu tak la tahu sangat pasal makanan jejari ni. Ye la..baru nak belajar nak jadi super umi *perasan*. Selalunya bidadari kecil hanya berbekal pergi sekolah..makan pun bersuap suap. Tapi selepas kejadian hari tu, opppsss umi baru perasan, umi kena bagi Farisya makan jejari laaa.. Ceritanya begini. Masa hari tu bersempena esoknya hari gaji, ayah bawa umi dan Farisya makan kat restoren yang berdekatan..time tu seingat umi ada 2orang je kot yang sedang makan. Memandangkan kami nak senang, jadi masuklah kami dan pesan makanan. Ambil 'high chair' untuk Farisya, memandangkan bidadari kecil belum boleh duduk dengan tegap dan teguh, umi akan pastikan diletak satu bantal kecil untuk menyokong badan Farisya. Bila makanan yang di order sampai, umi dengan ayah nak start makan..tapi Farisya plak start meragam. Adoiii..sekali umi kasi la satu fries kasi Farisya main. Nak tahu apa jadi??? Bidadari boleh genggam kemas fries tu...bila umi toleh tengok...ngap ngap ngap..dah tinggal separuh. Erkkk~ terkejut bukan kepalang..alamak dah terkasi...nak buat macamana. Masa tu baru perasan macam sangat sangat nak kena fikir sediakan makanan jejari. Umi buat research dan studi sikit. Antara makanan yang sesuai dijadikan makanan jejari ialah ubi keledek,carrot, ubi kentang, labu,betik, mangga, tembikai, epal, pisang, roti..dll. Tapi kena pastikan dimasak atau direbus dulu ye kecuali buah buahan yang boleh dimakan mentah. Hari tu umi try la carrot, umi steam..kasi bidadari kecil test, nampak macam ok.....skaliiii buekkkkk!! Muntah...nampaknya dia tak berapa suka...lepas tu umi fikir punya fikir, tengok dan intai kat peti ais...aha! Umi potong panjang panjang timun batang (lebih kurang panjang jari telunjuk)..hehe. Bila umi kasi Farisya, bukan main lagi duk mengunyah dengan gusinya yang kuat itu..lagi la bila tengah tengah gatal gusi sekarang ni..alhamdulillah Farisya ok dan suka sangat sangat. Sekarang bila balik keje, umi siap siap makanan jejari ni takut takut Farisya meragam ke apa kan..terutama bila umi nak masuk dapur nak masak. Tapi kena pastikan dan tengok tengok risau tercekik..bahaya tau! Pasni ada la strategi nak kasi baby diam bila di high chair time makan kat luar..hehe.~ bijak bijak..bijak lah anak umi!
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 40
Avocado
Kisah Bidadari Kecil (Petikan dari blog)
Alhamdulillah..alhamdulillah..umi memang merancang nak buat entri pasal ni sebab ini
ilmu baru yang umi dapat dan harap dapat berkongsi dengan mommies semua. Bila umi
duk belek belek, baca dan research sikit sikit berkaitan pemakanan untuk bayi, umi baca
banyak betul sebut pasal khasiat avocado.
Yang ni untuk rujukan bersama umi ambil dari www.avocadocentral.com. *memang bes
website ni...siap ada pasal nutrisi buah avocado, resepi avocado dll.*
Umi cuba hujung minggu hari tu masa dah warna ke 3. Kulitnya memang agak keras.
Tapi isi nya lembut. So umi buatkan la bidadari kecil resepi avocado+pear+yogurt. Risau
juga takut takut Farisya tak suka...bila suap kan, mula mula mukanya lain macam
je...tapi lepas tuuuuu....asyik nak aje. Siap nak ambil sudu nak suap sendiri, gelak
lagi..hepi makan avocado ye..bijak betul!
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 41
Ni cara-cara yang dicadangkan untuk membelah buah avocado.
1) Ikut gambar, belah macam tu. Tapi masa umi buat..umi potong macam nak potong
buah mangga..hehe. tak kesahla kot asalkan dapat isi nya. *jangan ikut cara umi sebab
masa tu umi tak tahu cara yang betul..jadinya susah nak pegang isi sebab lembik.
2) Buang kulit yang keras kat luar tu ye.
3) Keluarkan biji dan korek dengan sudu untuk keluarkan isi. Umi campukan avocado
dan pear...lepas tu blend!
Nyum nyum nyum...campurkan bersama sedikit yogurt. Hidangkan dan suapkan kepada
bidadari kecil dengan penuh kasih sayang ;)
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 42
Tips Dari Umi: 1) Makanan puree yang belum dibekukan hanya boleh bertahan maksimum selama 48
jam sahaja. Seeloknya setelah diletakkan di dalam bekas kiub dan puree telah sedikit
sejuk, teruskan masuk ke ruang sejuk beku (freezer) agar tahan lebih lama.
2) Kebiasaannya bagi ibu yang bekerjaya, penyediaan puree seeloknya dibuat pada
hujung minggu bagi bekalan selama 2 minggu. Lagi rajin lagi bagus. Sebab bayi
memerlukan makanan yang segar untuk menu mereka.
3) Untuk bayi yang baru mengenai puree atau baru mengenali makanan pejal,
seeloknya mencuba puree yang sama selama 3-4 hari bagi membolehkan kita
mengenali jika anak terdapat elergi pada makanan tertentu. Sekiranya anak tiada
masalah, boleh teruskan dengan puree yang pelbagai, serta dicampurkan dengan
bubur anak. Lagi nyum nyum
4) Elakkan garam dan gula dalam makanan bayi sebab anak-anak tidak memerlukan
perisa. Sumber manis mereka boleh dapati dari buah-buahan malah sekiranya kita
ingin menambah rasa manis hanya perlu masukkan separuh kurma dalam sayuran
atau bubur anak kita. (Kurma sumber kecergasan dan kecerdasan anak kita )
5) Seboleh-bolehnya gunakan minyak zaitun dalam masakan anak. *xpela mak n ayah
minyak masak yg murah…demi anak2 sanggup je minyak zaitun. Hehe.
6) Penggunaan air yang bersih/ bertapis amat diperlukan. Malah campurkan sedikit air
zamzam amat digalakkan. Juga boleh dicampur dengan susu ibu agar rasa lemak
berkrim disukai tamai
7) Niatkan menyediakan makanan yang terbaik untuk anak. Rajin2 kan diri walaupun
memang kadang-kadang terasa malassss, tapi fikirkan anak yang kenyang dan sihat
inshaAllah perasaan rajin dan semangat akan datang.
8) Untuk memastikan kita tidak merasa bosan dalam meyediakan menu yang sama,
kreativiti amat diperlukan. Pilih bentuk dan acuan yang comel untuk membuat
dekorasi.
9) Rajin membaca. Ya, sebagai ilmu yang mementingkan pemakanan sihat anak-anak,
kita perlu topupkan ilmu pengetahuan. Bukan sekadar rajin membaca buku, tetapi
digalakkan juga rajin membaca pengalaman orang lain berkaitan penyediaan
makanan anak-anak mereka. Pengalaman dan cerita yang menyeronokkan akan
merangsang kita untuk lebih rajin lagi!
10) Jadilah contoh terbaik untuk anak. Jika inginkan anak-anak yang menggemari sayur,
ibu dan ayah kena turun berperanan sukakan sayur juga. Jadikan waktu makan
bersama sebagai budaya di rumah
11) Selawat, zikir, doa perlulah dilazimkan dalam penyediaan makanan anak-anak kita.
In sha Allah semoga dengan menu yang sihat disediakan untuk anak-anak, mereka
akan membesar dengan sihat, cergas dan cerdas.
[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013
http://www.bidadarikecil.com Page 43
Semoga Bermanfaat Buat Semua.
*BKCS = Bidadari Kecil Cerdik Solehah
*Untuk makluman, dulu url blog umi ialah farisyadotbaby.blogspot.com. Sekarang telah bertukar kepada
www.bidadarikecil.com. Sudi-sudikanlah untuk jenguk blog umi ye
Alhamdulillah. Terima Kasih!