Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar Sarjana Muda Ekonomi...

5
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB76 1 Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia Mashithah Kahlid, Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] [email protected] Abstrak: Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan mengenal pasti ciri metakognisi pelajar sarjana muda ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia merangkumi penyelesaian masalah dan mengetahui ciri metakognisi pelajar melalui kaedah penyelesaian masalah matematik dalam subjek ekonomi. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif untuk pengumpulan data dengan melibatkan 55 orang pelajar Fakulti Ekonomi. Soalan kajian ini menggunakan dua alat iaitu ujian penyelesaian masalah berdasarkan soalan ekonomi dan soal selidik berkaitan dengan metakognisi. Tiga kategori yang dinilai dalam inventori metakognisi adalah (a) strategi kognitif, (b) perancangan dan (c) pemantauan dan penilaian. Analisis min dan peratusan telah digunakan untuk menjawab soalan yang telah ditetapkan. Ujian korelasi juga telah digunakan untuk melihat hubungan di antara ciri metakognisi dengan konsep penyelesaian masalah. Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi. Hasil daripada kajian ini adalah menunjukkan bahawa penggunaan metakognisi dalam kalangan pelajar khususnya dalam penyelesaian masalah adalah penting. Kata kunci: metakognisi, strategi kognitif, perancangan, penilaian, penyelesaian masalah ekonomi. Pengenalan Subjek ekonomi bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai teori dan konsep yang mendasari ekonomi, mengaplikasikan pendekatan ekonomi dalam menyelesaikan masalah masyarakat, menguasai kemahiran membuat keputusan secara rasional dan berpandukan fakta, dan berupaya melihat dunia sejagat dalam konteks pembangunan ekonomi dan kerjaya. Matlamat ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana mata pelajar ekonomi itu sendiri sering dikaitkan dengan subjek yang sukar untuk dikuasai. Ini disokong oleh Johnston, James, Lye, & McDonald (2000) yang menyatakan mata pelajaran ekonomi ialah mata pelajaran yang sukar bagi pelajar Sekolah Menengah dan Universiti di Melbourne, Australia. Kecemerlangan dalam subjek ekonomi menurut Gallo dan Johnson (2008) adalah melibatkan kemahiran asas matematik. Ini kerana subjek ekonomi mengandungi unsur pengiraan, graf, analisis, dan hafalan oleh itu seorang pelajar yang mengambil kos ini memerlukan kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik bagi mendapat pencapaian yang cemerlang. Kajian Epon, Yusuf dan Dindin (2006) melihat metakognisi dalam aspek kesukaran seseorang dalam menyelesaikan permasalahan atau menggunakan kemahiran yang mereka ketahui, dan bagaimana pelajar itu melakukannya. Kaedah metakognisi dapat membantu pelajar berjaga-jaga berkaitan apa yang mereka tahu dan bagaimana mereka belajar, tindakan ini adalah mengelakkan pelajar melakukan kesalahan

description

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan mengenal pasti ciri metakognisi pelajar sarjana muda ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia merangkumi penyelesaian masalah dan mengetahui ciri metakognisi pelajar melalui kaedah penyelesaian masalah matematik dalam subjek ekonomi. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif untuk pengumpulan data dengan melibatkan 55 orang pelajar Fakulti Ekonomi. Soalan kajian ini menggunakan dua alat iaitu ujian penyelesaian masalah berdasarkan soalan ekonomi dan soal selidik berkaitan dengan metakognisi. Tiga kategori yang dinilai dalam inventori metakognisi adalah (a) strategi kognitif, (b) perancangan dan (c) pemantauan dan penilaian. Analisis min dan peratusan telah digunakan untuk menjawab soalan yang telah ditetapkan. Ujian korelasi juga telah digunakan untuk melihat hubungan di antara ciri metakognisi dengan konsep penyelesaian masalah. Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi. Hasil daripada kajian ini adalah menunjukkan bahawa penggunaan metakognisi dalam kalangan pelajar khususnya dalam penyelesaian masalah adalah penting.

Transcript of Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar Sarjana Muda Ekonomi...

Page 1: Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia

SPPG /IPIK-UNP/2012/PB76 1

Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar

Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia

Mashithah Kahlid, Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected] [email protected]

Abstrak: Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan mengenal pasti ciri

metakognisi pelajar sarjana muda ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia

merangkumi penyelesaian masalah dan mengetahui ciri metakognisi pelajar melalui kaedah

penyelesaian masalah matematik dalam subjek ekonomi. Kajian ini telah menggunakan

pendekatan kuantitatif untuk pengumpulan data dengan melibatkan 55 orang pelajar Fakulti

Ekonomi. Soalan kajian ini menggunakan dua alat iaitu ujian penyelesaian masalah

berdasarkan soalan ekonomi dan soal selidik berkaitan dengan metakognisi. Tiga kategori

yang dinilai dalam inventori metakognisi adalah (a) strategi kognitif, (b) perancangan dan (c)

pemantauan dan penilaian. Analisis min dan peratusan telah digunakan untuk menjawab

soalan yang telah ditetapkan. Ujian korelasi juga telah digunakan untuk melihat hubungan di

antara ciri metakognisi dengan konsep penyelesaian masalah. Hasil kajian mendapati tidak

terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan

pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi. Hasil daripada kajian

ini adalah menunjukkan bahawa penggunaan metakognisi dalam kalangan pelajar khususnya

dalam penyelesaian masalah adalah penting.

Kata kunci: metakognisi, strategi kognitif, perancangan, penilaian, penyelesaian masalah

ekonomi.

Pengenalan

Subjek ekonomi bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai teori

dan konsep yang mendasari ekonomi, mengaplikasikan pendekatan ekonomi dalam

menyelesaikan masalah masyarakat, menguasai kemahiran membuat keputusan secara

rasional dan berpandukan fakta, dan berupaya melihat dunia sejagat dalam konteks

pembangunan ekonomi dan kerjaya. Matlamat ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai

kerana mata pelajar ekonomi itu sendiri sering dikaitkan dengan subjek yang sukar untuk

dikuasai. Ini disokong oleh Johnston, James, Lye, & McDonald (2000) yang menyatakan

mata pelajaran ekonomi ialah mata pelajaran yang sukar bagi pelajar Sekolah Menengah dan

Universiti di Melbourne, Australia.

Kecemerlangan dalam subjek ekonomi menurut Gallo dan Johnson (2008) adalah

melibatkan kemahiran asas matematik. Ini kerana subjek ekonomi mengandungi unsur

pengiraan, graf, analisis, dan hafalan oleh itu seorang pelajar yang mengambil kos ini

memerlukan kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik bagi mendapat

pencapaian yang cemerlang. Kajian Epon, Yusuf dan Dindin (2006) melihat metakognisi

dalam aspek kesukaran seseorang dalam menyelesaikan permasalahan atau menggunakan

kemahiran yang mereka ketahui, dan bagaimana pelajar itu melakukannya. Kaedah

metakognisi dapat membantu pelajar berjaga-jaga berkaitan apa yang mereka tahu dan

bagaimana mereka belajar, tindakan ini adalah mengelakkan pelajar melakukan kesalahan

Page 2: Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia

SPPG /IPIK-UNP/2012/PB76 2

dalam menyelesaikan persoalan ekonomi. Penggunaan pendekatan metakognisi menurut

Najmi Hayati (2009) ia dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran belajar dan berfikir

dan sekali gus meningkatkan kualiti proses pembelajaran. Tambahnya lagi metakognisi

merujuk kepada sejauh mana strategi yang perlu digunakan supaya ia dapat mengawal proses

pembelajaran.

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti ciri-ciri metakognisi yang digunakan pelajar apabila menyelesaikan

masalah matematik dalam subjek ekonomi.

2. Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep

yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek

ekonomi.

Metodologi

Kajian ini di jalankan dalam kalangan pelajar ekonomi fakulti ekonomi di Universiti

Kebangsaan Malaysia pengumpulan data menggunakan borang soal selidik dan ujian bagi

subjek ekonomi bagi mengukur ciri metakognisi dan pemboleh ubah keupayaan matematik

dalam menyelesaikan persoalan bagi subjek ekonomi dalam kalangan 100 orang pelajar.

Sampel dipilih secara rawak mengikut jantina dan bidang pengajian Fakulti Perniagaan dan

ekonomi sebanyak 55 borang (55%) berjaya dikutip kembali daripada responden. Secara

umumnya, item dalam soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Soal selidik ini

menggunakan skala likert yang telah diubahsuai daripada kajian Roslina Radzali (2007).

Instrumen ini mengandungi 22 item yang telah dibina untuk mengukur sejauh mana pelajar

ekonomi menggunakan ciri metakognisi mereka. Dapatan kajian ini dianalisis berdasarkan

IBM SPSS STATISTIC 19 dan analisis dokumen.

Dapatan Kajian

Jadual 1 menunjukkan min keseluruhan ciri metakognisi strategi kognitif (m= 3.58, SP= .51),

perancangan (m= 4.27, SP = .49) dan pemantauan (m= 3.86, SP= .44) berada pada tahap

penguasaan matematik yang tinggi.

Jadual 1 : Min dan sisihan piawai ciri metakognisi secara keseluruhan dan mengikut tahap

matematik pelajar [ Cemerlang (C), Sederhana (S), Sangat Lemah (SL), Lemah (L)].

Ciri Metakognisi Tahap Min Interpretasi Sisihan Piawai

a) Strategi kognitif

Keseluruhan 3.58 Tinggi .51

C 3.61 Tinggi .33

S 3.48 Sederhana .75

SL 3.91 Tinggi .34

L 3.45 Sederhana .38

b) Perancangan Keseluruhan 4.27 Tinggi .49

C 4.36 Sangat Tinggi .36

S 4.22 Tinggi .66

SL 4.37 Sangat Tinggi .24

Page 3: Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia

SPPG /IPIK-UNP/2012/PB76 3

Jadual 2 menunjukkan Analisis berdasarkan interpretasi ke atas nilai min mendapati

terdapat trend yang agak ketara di antara lelaki dan perempuan dalam ciri metakognisi strategi

kognitif dan perancangan. Min strategi kognitif mendapati min perempuan adalah (P, m=

3.60, SP= .43 dan min pelajar lelaki adalah sederhana (L, m= 3.48, SP= .82), manakala

perancangan menunjukkan pelajar perempuan mempunyai min sangat tinggi (P, m= 4.32, SP=

.46) dan pelajar lelaki min adalah tinggi (L, m= 4.04, SP= .59). Min pemantauan dan

penilaian antara lelaki dan perempuan adalah tinggi (L, m= 3.84, SP = .43) (P, m= 3.86, SP=

.45).

Jadual 2 : Min dan Sisihan Piawai Ciri Metakognisi Mengikut Jantina

Metakognisi Jantina Min Interpretasi Sisihan Piawai

Strategi kognitif Lelaki 3.48 Sederhana .82

Perempuan 3.60 Tinggi .43

Perancangan Lelaki 4.04 Tinggi .59

perempuan 4.32 Sangat Tinggi .46

Pemantauan dan

penilaian

Lelaki 3.84 Tinggi .43

Perempuan 3.86 Tinggi .45

Jadual 3 Analisis kajian menunjukkan hubungan antara penggunaan strategi dalam

menyelesaikan soalan ekonomi melalui pengetahuan konsep, soalan 1, 2 mempunyai

hubungan lemah (r=.222, p> 0.05), manakala soalan 3 dan 5 menunjukkan hubungan yang

sangat lemah ( r= .331, p>0.05) dan soalan 5 (r= .106, p> 0.05). Bagi soalan 4 hubungan

adalah sederhana (r= .427, p> 0.05). Hubungan yang dapat dilihat seterusnya ialah hubungan

perancangan dalam penyelesaian soalan ekonomi dengan penggunaan konsep, soalan 1 (r=

.142, p> 0.05), soalan 3 (r= 0, p< 0.05) dan soalan 5 (r=.081, p>0.05) mempunyai hubungan

sangat lemah. Manakala soalan 2 dan 4 menunjukkan hubungan yang lemah, soalan 2(r= -.17,

p> 0.05) dan soalan 4(r= -.085, p> 0.05). Hipotesis nal yang menyatakan tidak terdapat

hubungan yang signifikan di antara ciri metakognsi dengan konsep yang digunakan oleh

pelajar dalam penyelesaian soalan ekonomi adalah gagal ditolak. Ini menunjukkan tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep yang digunakan

untuk penyelesaian masalah ekonomi bagi setiap soalan.

Jadual 3: Korelasi Di Antara Ciri Metakognisi dengan Konsep Penyelesaian Masalah Soalan

Ekonomi

L 4.13 Tinggi .52

C) Pemantauan dan

penilaian Keseluruhan 3.86 Tinggi .44

C 3.78 Tinggi .44

S 3.91 Tinggi .47

SL 3.91 Tinggi .44

L 3.89 tinggi .37

Page 4: Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia

SPPG /IPIK-UNP/2012/PB76 4

Strategi Hubungan Perancangan Hubungan Pemantauan

Dan Penilaian

Hubungan

Pengetahuan

Konsep S1

.222 Lemah .142 Sangat Lemah .048 Sangat Lemah

Pengetahuan

Konsep S2

.387** Lemah .331* Lemah -0.17 Sangat Lemah

Pengetahuan Konsep S3

0 Sangat Lemah 0 Sangat Lemah 0 Sangat Lemah

Pengetahuan

Konsep S4

.427** Sederhana .304* Lemah -.085 Sangat Lemah

Pengetahuan

Konsep S5

.106 Sangat Lemah .081 Sangat Lemah -.068 Sangat Lemah

** signifikan pada aras 0.01

*Signifikan pada aras 0.5 Perbincangan dan Rumusan

Perbincangan dalam bahagian ini menumpukan ciri metakognisi dan penyelesaian masalah

dalam subjek ekonomi, perbincangan tentang saling hubungan antara ciri metakognisi dan

penyelesaian masalah dalam subjek ekonomi. Seperti dijangkakan, dapatan kajian

menunjukkan bahawa ciri metakognisi dan tahap keupayaan matematik pelajar dalam

menyelesaikan persoalan ekonomi ke atas min keseluruhan menunjukkan ciri perancangan

dan ciri pemantauan dan penilaian berada pada tahap yang tinggi, manakala bagi ciri strategi

kognitif memperoleh min keseluruhan yang sederhana. Ini telah dirumuskan oleh Flavell

(1979) bahawa metakognisi memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.

Seperti yang dijangkakan juga, keputusan mengesahkan bahawa tidak terdapat trend yang

ketara dalam ciri metakognisi di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar

perempuan dan pelajar lelaki memperoleh min dalam ciri perancangan dan penelitian pada

tahap tinggi dan kedua-dua mereka juga mendapat tahap min yang sederhana dalam strategi

kognitif, walau bagaimanapun ia agak bertentang dengan pandangan yang dikemukakan oleh

Flavell (1979) yang menyatakan agak sukar untuk mempercayai bahawa pelajar yang

membuat lebih strategik kognitif tidak mendapat keputusan yang lebih baik berbanding

pelajar yang tidak menggunakan kaedah strategik kognitif.

Andaian kajian ini mengenai hubungan antara pemboleh ubah ciri metakognisi iaitu

strategi kognitif, perancangan dan pemantauan dan penilaian dengan penyelesaian masalah

subjek ekonomi. Seperti yang dijangkakan, keputusan kajian ini mengesahkan bahawa tidak

terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang digunakan

oleh pelajar dalam penyelesaian soalan ekonomi. Hal ini telah bertentangan dengan apa yang

dikatakan oleh Akturk dan Sahim (2011) iaitu pelajar yang mempunyai kemahiran

metakognisi boleh mengawal pembelajarannya di samping dapat mengeluarkan idea melalui

maklumat yang diperoleh, dapat meningkatkan pengetahuan dan dapat membangunkan dan

menggunakan strategi pembelajaran baru bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih,

maka hal ini adalah bertentang dan bagi meningkatkan lagi prestasi seseorang pelajar perlulah

digalakkan penggunaan metakognisi ini agar pelajar boleh berpengetahuan.

Kesimpulan

Page 5: Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia

SPPG /IPIK-UNP/2012/PB76 5

Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan pelajar boleh menjawab soalan yang

diberi tanpa menggunakan ciri-ciri metakognisi dan tahap keupayaan matematik selain itu

kejayaan pelajar menjawab soalan bergantung kepada kemahiran kuantitatif termasuk ada

sedikit kemahiran asas menjawab soalan (Ballard & Johnson 2004). Walau bagaimanapun

pelajar perlu juga diterapkan ciri metakognisi bagi memudahkan pelajar untuk menyelesaikan

setiap persoalan dengan mudah dan sistematik seperti mana yang dicadangkan oleh Najmi

Hayati (2009), iaitu bagi meningkatkan kemahiran para pelajar guru perlu menggunakan

kaedah refleksi metakognisi yang merujuk kepada aktiviti memikirkan semula proses atau

langkah-langkah yang telah dijalankan selepas melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran

dan metakognisi ini perlu kerana ia adalah perlakuan yang mendorong kepada membentuk

kemahiran sebelum memulakan sesuatu dan langkah awal dalam menyelesaikan sesuatu

(Soliman & Mathna 2009).

Rujukan

Arias J.J, & Walker, D.M. 2004. Additional Evidence on the Relationship Between Class Size

And Student Performance. Journal Of Economic Education.

Akturk. A. O & Sahin. I. 2011. Literature Review on Metacognition and its Measurement.

Procedia Social and Behavioral Sciences, 15: 3731-3736.

Ballard C.L & Johnson M.F. 2004. Basic Math Skill and Performance in an Introductory

Economics Class. Journal of Economic Education. 35(1): 3.

Epon Nur’aeni L, Yusuf Suryana & Dindin. 2006. Penggunaan Instrumen Monitoring dari

Metakognisi untuk Meningkatkan Kemampuan Mahasiswa Menerapkan Strategi

Pemecahan Masalah Matematik. Artikel Hasil Penilaian Hibah Pembinaan UPI

2006.

Elizabeth J. Jensen and Ann L. Owen. 2001. ‘Pedagogy, Gender, and Intersest In Education’.

Journal Of Economic Education 32:323-343.

Farhad Kazemi, Mohammad Reza Fadaee & Sahar Bayat 2010. A Subtle View to

Metacognitive Aspect of Mathematical Problems Solving. Proceeding Social and

Behavional Sciences 8(2010). International Conference on Mathematics Education

Research 2010 (ICMER 2010), hlm 420-426

Flavell J. H. 1979. Metacognition and Cognitive Monitoring: A New Area of Cognitive

Development Inquiry. Amarican Psychologist, 34: 906-911.

Gallo A.A & Johnson C.K (2008). Math Skills and Everyday Problem Solving. Journal of

Economic and Finance Education. 1(7).

Johnston, C.G., James, R. H., Lye, J. N. & McDonald, I. M. 2000. An Evaluation of

Collaborative Problem Solving for Learning Economics. Journal of Economic

Education, 31(1): 13-29.

McCarty, Padgham & Bennett. 2006. Determinants of Student Achiement in Principles of

Economics. Journal for Economics Education. 6(2): 1-9.

Mandel P. & Sussmuth B .2011. Size Matters. The Relevent and Hicksian Surplues of

Freferred College Class size. Economics of Education Review. ECOEDU-1212. 1-12.

Najmi Hayati .2009. Kemahiran Metakognitif dan Pemupukan Perkembangan Metakognitif

dalam Bilik Darjah. Tesis tidak Diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Roslina Radzali 2007. Kepercayaan Matematik, Metakognisi, Perwakilan Masalah dan

Penyelesaian Masalah Matematik dalam Kalangan Pelajar. Tesis yang tidak

diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Soliman. A.M & Mathna. E. K. 2009. Metacognitive Strategy Training Improves Driving

Stuation Awareness. Social Behavior and Personality, 37(9): 1161-1170.