Migrasi Cina Ke Tanah Melayu

download Migrasi Cina Ke Tanah Melayu

of 1

Transcript of Migrasi Cina Ke Tanah Melayu

  • 7/29/2019 Migrasi Cina Ke Tanah Melayu

    1/1

    Migrasi Cina ke Tanah Melayu

    Dasar pemerintahan British yang menerima kemasukan masyarakat imigran ke

    Tanah Melayu atas motif utama untuk memenuhi keperluan bahan mentah lantas

    tindakan pihak British ini tidak memikirkan perasaan sentimen masyarakat peribumi

    lokal di Tanah Melayu . Lantaran daripada keperluan permintaan terhadap tenagaburuh, maka proses penghijrahan kaum cina dilakukan melalui beberapa sistem,

    antaranya melalui Sistem Tiket Kredit yang diusahakan oleh kelompok kongsi gelap.

    Cara ini telah menimbulkan pelbagai masalah. Kegagalan sistem ini kemudiannya telah

    digantikan dengan Sistem Pengambilan Personel oleh majikan yang memerlukan

    tenaga buruh dan sistem pengambilan rumah kongsi apabila kerajaan British mula

    prihatin dalam hal ehwal merekrutkan buruh-buruh Cina.

    Bagi orang Cina, terdapat 3 cara mereka datang ke Tanah Melayu, iaitu melalui

    Sistem Tiket Kredit, melalui cara bersendirian dan melalui Sistem Kangchu. Masyarakat

    Cina yang datang dengan cara Sistem Tiket Kredit, kehadiran mereka dibiayai olehseorang agen. Mereka akan terikat dengan perjanjian untuk bekerja dengan broker

    buruh bagi suatu tempoh masa sehingga mereka mampu menyelesaikan segala hutang

    piutang yang mereka tanggung. Buruh-buruh Cina dianggap berhutang dengan ejen

    tersebut.

    Bagi yang datang melalui cara persendirian pula, kehadiran mereka dibantu oleh

    rakan atau ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Selain itu juga, terdapat

    juga migrasi masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu melalui Sistem Kangchu.

    pula, orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor dam membuka ladang-ladang

    lada hitam, gambir, kopi, teh dan sebagainya. Kedatangan orang Cina telahmenggalakkan kepada tahap perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu

    terutamanya di kawasan Larut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Ini dapat dilihat

    apabila jumlah eksport bijih timah Tanah Melayu telah meningkat secara berterusan

    dari tahun 1850 dengan jumlah eksport 6500 tan kepada 77 ribu tan pada tahun 1937.

    Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang Cina terutamanya di bandar

    yang terletak di kawasan perlombongan.