Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

14
Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ________________________________________________________________________ Modul 1 1 KURSUS ASAS PENGENALAN PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MODUL 1 PENGENALAN KEPADA PENGASUHAN KANAK-KANAK KANAK-KANAK DAN PERKEMBANGAN MENYELURUH

Transcript of Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Page 1: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 1

KURSUS ASAS PENGENALAN PENGASUHAN DAN

PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

MODUL 1

PENGENALAN KEPADA PENGASUHAN KANAK-KANAK

KANAK-KANAK DAN PERKEMBANGAN MENYELURUH

Page 2: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 2

MATLAMAT

Membolehkan peserta mengetahui tentang pengasuhan kanak-kanak dan

sumbangannya terhdap perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

OBJEKTIF

Supaya peserta dapat:-

1. Memahami peranan pengasuhan dalam pendidikan awal dan

perkembangan kanak-kanak

2. Menerangkan langkah-langkah pengasuhan yang berkualiti yang perlu

disediakan untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun

3. Mengetahui dan mengenalpasti tahap-ahap perkembangan dan

kebolehan kanak-kanak pada setiap peringkat umur

4. Menyebut tiga (3) cara yang boleh menyokong perkembangan kanak-

kanak

PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat

penting, yang menjadi aset negara dan penyumbang nadi pembangunan

negara pada masa hadapan. Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 (37.9%)

orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia Dengan itu, pihak

Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak

Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan

Page 3: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 3

Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah

satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status

negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan

penyayang.

(Dasar Kanak-Kanak Negara)

Pengasuhan Berkualiti untuk Kanak-Kanak

Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau

Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Konvensyen

ini memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang

menjurus kepada aspek kelangsungan hidup (survival), perlindingan

(protection), perkembangan (development) dan penyertaan (participation).

Sebagai sebuah negara pihak (state party) kepada CRC, Malaysia amat

prihatin dan komited terhadap tanggungjawab untuk memastikan keselamatan

dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara

masa hadapan.

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PERTUMBUHAN –

adalah perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat kepada satu

peringkat yang lain

Page 4: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 4

Page 5: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 5

PERKEMBANGAN:

merupakan perubahan yang tidak boleh diukur secara kuantiti tetapi ternyata

telah berlaku dan boleh dilihat dalam satu tempoh yang panjang.

PERKEMBANGAN MENYELURUH KANAK-KANAK

PENGENALAN

1. Perkembangan Fizikal

Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; seperti tinggi,

kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta

koordinasi anggota badan

2. Perkembangan akal (Kognitif)

Proses mengetahui, berfikir dan mengatasi masalah. Keupayaan kanak-

kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah

Page 6: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 6

3. Perkembangan Bahasa

Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada

penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak

balas

4. Perkembangan Sosio-emosi

Sesuatu keadaan di mana seorang kanak-kanak dapat berinteraksi dan

bertindakbalas serta dapat menyesuaikan diri dengan cara kehidupan

masyarakat

Pelbagai aktiviti perlu dijalankan untuk menyokong perkembangan-

perkembangan ini.

Perkembangan mestilah menyeluruh

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MENYELURUH KANAK-

KANAK

1. Baka dan keturunan

2. Persekitaran

3. Kesihatan

4. Makanan dan Pemakanan

Kenapa perlu tahu perkembangan kanak-kanak ?

1. Orang dewasa dapat mengenalpasti kebolehan kanak-kanak

apabila mengetahui peringkat perkembangan kanak-kanak dalam

aspek-aspek yang berkaitan

Page 7: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 7

2. Mengenali setiap kanak-kanak adalah individu dan menyediakan

rangsangan kepada kanak-kanak mengikut kebolehannya

3. Kanak-kanak berkembang dan maju dalam semua arah, oleh itu

perancangan aktiviti kanak-kanak hendaklah menyeluruh di mana

semua aspek harus diambil kira.

CARA-CARA MENYOKONG PERKEMBANGAN MENYELURUH

1. Menggunakan rutin harian dan juga aktiviti yang dirancangkan untuk

menyokong perkembangan kanak-kanak

2. Aktiviti yang dijalankan perlu dirancang mengikut tahap-tahap

perkembangan, kebolehan dan kesediaan kanak-kanak

3. Jangan paksa kanak-kanak membuat sesuatu sebelum kanak-kanak itu

mencapai kesediaan

Bagaimanakah kita mengenali tahap-tahap perkembangan bayi dan kanak-

kanak ?

Tahap-tahap perkembangan adalah seperti berikut:-

Lahir hingga 1 bulan

Kebolehan

- tidur sepanjang masa

- kepala tidak boleh tegak dengan sendiri

- terkejut, bergolek dan menggerakkan tangan kesemua arah

Page 8: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 8

- jari menggenggam rapat

- Kepala menoleh kearah yang menyentuh pipi dan mulut

2 bulan

Kebolehan

- menggelekkan kepala dan badan ke tepi

- memegang objek dalam masa yang pendek

- mengangkat kepala dan dada untuk beberapa saat

3 bulan

Kebolehan

- mendengar bunyi dan menoleh ke arah bunyi

- memandang, memegang objek berwarna-warni

- kenal muka dan suara orang yang menjaganya

- mengeluarkan bunyi yang tidak difahami

4 bulan

Kebolehan

- Mengenal dirinya di dalam cermin

- Senyum/ketawa apabila kita bercakap dengannya

- Mencapai objek yang boleh dicapai

- Bergolek

Page 9: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 9

5 bulan

Kebolehan

- berpusing dan berbaring

- boleh duduk dengan bantuan

- mahu perhatian

- mengenal muka ibu, bapa dan adik-

beradik

- dapat melihat objek dengan lebih jelas dan merenungnya

6 bulan

Kebolehan

- duduk sendiri dengan bantal di belakangnya

- meniru bunyi

- menangis dengan orang yang tidak biasa dengannya

- menangis atau menunjukkan perasaan tidak suka apabila barang

permainan kesukaannya diambil

- dapat bermain dengan beberapa barang permainan

- menaruh objek ke dalam mulut

7 bulan

Kebolehan

- merangkak atau menjulur

- bergerak ke hadapan semasa meniarap/duduk

- duduk tanpa jatuh untuk beberapa minit

- mencapai dan mengambil objek

- mula makan dengan tangan

Page 10: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 10

- menyebut ‘pa..pa..pa.. dan ma…ma…ma…’

8 bulan

Kebolehan

- duduk dengan kawalan yang baik

- merangkak dengan pantas

- mengambil objek kecil dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk

- lebih mesra tetapi boleh menolak orang yang tidak biasa dengannya

- meniru gelagat yang mudah dan bunyi yang didengarnya

- boleh menyebut dua suku kata dengan jelas seperti baba, mama, tata

dan lain-lain

9 bulan

Kebolehan

- mula merangkak

- boleh menyimpan permainan ke dalam kotak

- mengenal tubuh badan menggunakan tangan dan mulut

- berpusing bila namanya dipanggil

- menggunakan perkataan lebih bermakna seperti mama untuk mak dan

papa untuk bapa

10 bulan

Kebolehan

- berdiri dengan pertolongan

- mengikut apa yang dibuat oleh orang lain

- melambai-lambai tangan

Page 11: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 11

- menawarkan barang permainan tetapi tidak melepaskannya apabila

diminta

11 bulan

Kebolehan

- berjalan dengan bantuan

- cuba makan sendiri

- gemar dengar muzik dan melihat gambar

- memanjat kerusi dan tangga

12 bulan (1 tahun)

Kebolehan

- berjalan beberapa langkah tanpa pertolongan

- membaling bola, menjatuhkan objek

- suka membuka buku dan majalah

- mengulang 2 – 5 patah perkataan pendek

- menggunakan tangan mencapai sesuatu yang disukai

- meneroka dengan aktif

- mahu makan sendiri

- boleh melakar sesuatu

2 Tahun

Kebolehan

- melakar dengan sendiri

- menggunakan tangan untuk mencapai, menggenggam dan merenyok

- naik dan turun tangga satu persatu tanpa bantuan

Page 12: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 12

- mendengar cerita

- suka melihat orang

- menamakan objek, binatang dan bahagian tubuh badan

- cuba untuk membuka dan memakai pakaian sendiri

- boleh menyebut lebih perkataan

3 tahun

Kebolehan

- naik dan turun tangga dengan yakin

- membuka dan memakai pakaian sendiri

- melukis bulatan bila ditunjukkan

- berlari dengan baik, melompat dengan dua kaki

- bercakap dengan menggunakan ayat yang mudah dan ringkas

- bertanya soalan

- boleh menyebut beberapa perkataan

- boleh memberitahu untuk ke tandas

- memotong dengan gunting, melukis dan mengecat

4 tahun

Kebolehan

- boleh berjalan sambil berjengkek

- mengenali dua atau tiga warna

- bercakap dengan bijak tetapi masih menggunakan bahasa kanak-kanak

- mendengar cerita dan meminta untuk diulang lagi

- menunjukkan kasih sayang kepada orang yang rapat dengannya

- boleh meniru dan melukis sesuatu yang bermakna

- bermain dengan kanak-kanak lain dan mula berkongsi

- boleh mengawal buang air besar atau kecil

Page 13: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 13

PERBINCANGAN KUMPULAN KECIL

Peserta di bahagikan dalam 5 kumpulan. Memilih seorang wakil untuk

menyampaikan hasil perbincangan. Sila gunakan jadual di bawah sebagai

panduan.

1. Setiap kumpulan diminta mencatat tahap-tahap perkembangan

kanak-kanak mengikut peringkat umur

2. Setiap kumpulan perlu memberi cadangan aktiviti untuk menyokong

perkembangan kanak-kanak

3. Nyatakan bahan yang boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti

Kumpulan Umur Tahap-tahap

perkembangan

Cara aktiviti

dijalankan

Bahan

1 4 bulan 1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4

2 6 bulan 1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4

3 8 bulan 1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4

4 10 bulan 1

2

1

2

1

2

Page 14: Modul 1- Pertumbuhan dan Perkembangan.pdf

Kursus Asas Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

________________________________________________________________________

Modul 1 14

3

4

3

4

3

4

5 1 tahun 1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4

6 2 tahun 1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4

7 3 tahun 1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4

8 4 tahun 1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4