Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

11
TAJUK:Menulis Ulasan HANG KASTURI MUHD FIRDAUS BIN SARPAN MUHD AMIR ZAFRI BIN ZAMRIN SITI SYARAFANA BINTI SUHAIMI MUHD RIZHUWAN BIN ABDUL RAHMAN DIBIMBING OLEH: CIKGU SITI AMINAH RAMLAN SK BANDAR RENGAM

Transcript of Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

Page 1: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

TAJUK:Menulis Ulasan

HANG KASTURI

MUHD FIRDAUS BIN SARPAN

MUHD AMIR ZAFRI BIN ZAMRIN

SITI SYARAFANA BINTI SUHAIMI MUHD

RIZHUWAN BIN ABDUL RAHMAN

DIBIMBING OLEH: CIKGU SITI AMINAH RAMLAN

SK BANDAR RENGAM

Page 2: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

PETIKAN [1]

Encik Azman seorang yang rajin. Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dia bertugas di sebuah bank. Dia sentiasa membantu pelanggan bank tersebut. Dia juga menolong orang-orang tua mengisi borang atau berurusan dengan pihak bank.

Ada ketikanya, dia tidak berkesempatan untuk berehat kerana ramai pelanggan yang berurusan dengan pihak bank. Pada hujung minggu En.Azman akan ke kebun miliknya yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Di kebunnya terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan yang ditanamnya.

Pada musim buah-buahan dia akan menjual buah-buahan di pasar malam. Hasil jualan ini sebagai sumber pendapatan sampingan keluarganya. Di samping itu En.Azman juga mengusahakan ternakan ayam.Dengan ini, dapat menambahkan lagi pendapatan keluarganya.

Page 3: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

NILAI MURNI YANG DIJELMAKAN [1]

Frasa idea utama Nilai

1. Rajin

2. Membantu pelanggan

bank

3. Menolong orang tua

4. Ke kebun miliknya

5. Menjual buah-

buahan/menternak

ayam

1. Bertanggungjawab

2. Baik hati

3. Berhemah tinggi

4. Mengisi masa

lapang/menghargai

masa

5. Berusaha gigih

Page 4: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

Contoh jawapan petikan [1]

Antaranya, kita mestilah menjalankan tanggungjawab

sebagai pekerja sebaik mungkin. Selain itu, kita patut baik

hati terhadap pelanggan yang memerlukan bantuan. Di

samping itu, kita perlu mengamalkan sikap berhemah

tinggi dengan menolong orang tua yang ingin mengisi

borang di bank. Oleh itu, kita wajar bijak mengisi masa

lapang dengan aktiviti berkebun. Akhirnya, kita hendaklah

berusaha gigih menambah pendapatan dengan mejual

hasil tanaman dan ternakan.

Page 5: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

PETIKAN [2]

Ketika berjalan menuju ke sekolah, aku terjumpa sebuah dompet. Aku mengambil dompet itu lalu membukanya untuk mengetahui pemiliknya . Aku dapati di dalam dompet tersebut terdapat beberapa keping wang kertas RM50 dan dokumen-dokumen penting. Tiba-tiba, datang seorang kawanku iaitu Kamal menyuruh supaya aku mengambil wang tersebut.Namun begitu ,aku tidak berani berbuat demikian kerana ibuku pernah berpesan jangan mengambil kepunyaan orang lain.

Akhirnya,aku mengambil keputusan menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas pada hari itu iaitu Cikgu Karim. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan Guru Besar.Guru Besar memuji-muji tindakan yang telah aku lakukan.

Page 6: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

NILAI MURNI YANG

DIJELMAKAN [2]

Frasa idea utama Nilai

1. Aku mengambil dompet itu

lalu membukanya untuk

mengetahui pemiliknya .

2. Menyuruh supaya aku

mengambil wang / aku tidak

berani berbuat

3. berpesan jangan mengambil

kepunyaan

4. menyerahkan dompet

tersebut

5. memuji-muji tindakan

1. Jujur

2. Tetap pendirian

3. Ingat/mendengar nasihat ibu

bapa

4. Bertanggungjawab

5. Menghargai jasa

Page 7: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

Contoh jawapan petikan [2]

Antaranya, kita mesti sentiasa mengamalkan sikap jujur

apabila terjumpa dompet orang. Oleh itu, kita patut tetap

pendirian ingin memulangkan dompet yang dijumpai. Di

samping, itu kita perlu patuh dengan mengingati pesanan

ibu dan bapa supaya amanah. Selain itu, kita wajarlah

melaksanakan tanggungjawab menyerahkan beg dompet

kepada guru yang bertugas. Akhirnya, kita hendaklah

menghargai jasa orang yang berbudi dengan memuji-muji

kebaikannya.

Page 8: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

CONTOH PETIKAN [3]

Pada hari Sabtu yang lalu, Siti dan Amira pergi ke bandar. mereka pergi menaiki bas. Ketika di dalam bas, mereka melihat seorang tua sedang berdiri. Siti memberikan tempat duduknya kepada orang tua itu. Orang tua itu mengucapkan terima kasih kepada Siti.

Ketika turun dari bas, mereka memberi laluan kepada orang tua itu dahulu. Selepas itu, mereka melintas jalan dan pergi ke kedai buku. Mereka ke kedai itu untuk membeli buku ulangkaji UPSR. Mereka bercita-cita menjadi seorang pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Di samping itu, setelah tamat persekolahan di sekolah rendah mereka ingin meneruskan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 9: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

NILAI MURNI YANG DIJELMAKAN [3]

Frasa idea utama Nilai

1. Siti memberikan

tempat duduk

2. mengucapkan terima

kasih

3. memberi laluan kepada

orang tua

4. bercita-cita menjadi

seorang

5. ingin meneruskan

pelajarannya

1. Baik hati

2. Menghargai jasa

3. Berhemah

tinggi/hormat

4. Berazam

5. Rajin belajar

Page 10: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C

Contoh jawapan petikan [3]

Antaranya, kita mestilah mengamalkan sikap

baik hati terhadap orang tua dengan memberikannya

duduk di dalam bas. Oleh itu, kita patut menghargai

jasa baik orang dengan mengucapkan terika kasih. Di

samping itu, kita perlu menghormati orang tua

dengan memberikan laluan menuruni bas terlebih

dahulu. Justeru, kita wajarlah sentiasa berazam

menjadi pelajar yang berjaya dan cemerlang. Akhirnya,

kita hendaklah bertekad belajar dengan rajin untuk

menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Page 11: Modul BM UPSR Ulasan Bahagian C