MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
Transcript of MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
1/25
PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEPERIKSAAN
SEKOLAH BERASASKAN WEB
MOHAMAD HAZRIZAL BIN MOHAMAD JANAI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
2/25
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEPERIKSAAN
SEKOLAH BERASASKAN WEB
SESI PENGAJIAN: 2/2008/2009
Saya: MOHAMAD HAZRIZAL BIN MOHAMAD JANAI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3.
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malayia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO 16, KAMPUNG GUAR,06000 CHANGLUN,
KEDAH DARULAMAN
P.M. DR. ZAIDATUN BTE. TASIRNama Penyelia
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
Catatan: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan dari pihak berkuasa/organisasi berkeaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebgai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan ataudisertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
3/25
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Tandatangan : ..
Nama Penyelia : P.M. DR. ZAIDATUN BTE. TASIR
Tarikh : 14 APRIL 2009
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
4/25
i
PEMBANGUNAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEPERIKSAAN
SEKOLAH BERASASKAN WEB
MOHAMAD HAZRIZAL BIN MOHAMAD JANAI
Projek Sarjana Muda ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugeraan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
5/25
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama Penulis : MOHAMAD HAZRIZAL BIN MOHAMAD JANAI
Tarikh : 14 APRIL 2009
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
6/25
iii
Jutaan Terima Kasih Kepada
Ayahandaku, Hj. Mohamad Janai Bin Mat Daud
Bondaku, Hjh. Saleha Bte. Hj. Abd Mued
Kekanda Dan Semua Adindaku
Atas Kasih Sayang, Tunjuk Ajar Dan Doa Kalian Yang Tidak Putus-Putus
Kepada Daku
Juga Kepada Isteriku Yang Tercinta,
Hayatul Murshida Bte Mohd. Khairuddin
Atas Sokonganmu Yang Tiada Noktah
Kepada Rakan Seperjuanganku,
Bond, Pok Nik, Alek, Isa, Hasnan, Pok Lan Dan Lain-Lain
Terima Kasih Atas Persahabatan Kita Selama Ini
Teruskan Perjuangan
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
7/25
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat
saya siapkan laporan ini seperti yang ada sekarang. Sesungguhnya segala kebaikan itu
datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala keburukan, kekurangan dan kesilapan yang
berlaku adalah hasil daripada kelemahan diri saya sendiri selaku hamba yang lemah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Prof.
Madya Dr. Zaidatun Bte. Tasir atas kerjasama, tunjuk ajar, bimbingan, toleransi serta
kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang diberikan beliau kepada saya sepanjang
proses penyediaan laporan ini. Tunjuk ajar beliau serta komen-komen membina yang
beliau berikan banyak membantu dalam meningkatkan lagi kualiti laporan saya supaya
memenuhi kehendak-kehendak yang disasarkan untuk PSM ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga mertua yang banyak memberikan
dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya sebagai
seorang pelajar. Semoga jasa baik kalian dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh
Allah S.W.T.
Akhir sekali, saya sudahi dengan salam takzim penuh penghormatan kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.
Sekian. Terima Kasih.
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
8/25
v
ABSTRAK
Sistem Pengurusan Maklumat Peperiksaan (ExIMS) dibangunkan sebagai
alternatif kepada pihak sekolah dalam mengurus dan menyimpan maklumat berkaitan
keputusan peperiksaan di sekolah. Aplikasi atas talian (online) ini dapat membantu guru-
guru untuk memasukkan markah ujian atau peperiksaan dengan mudah, seterusnya dapat
dilihat oleh pelajar melalui capaian internet. Objektif utama pembangunan sistem ini
adalah untuk memberi kemudahan kepada guru dan pelajar dalam mengakses maklumat
berkaitan keputusan peperiksaan dan seterusnya menghantar keputusan peperiksaan
kepada pelajar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Keputusan peperiksaan yang
diperoleh akan disampaikan terus kepada pelajar melalui nombor telefon bimbit yang
telah didaftarkan ke dalam sistem. Sasaran pengguna sistem ini adalah para pelajar, guru
matapelajaran, guru tingkatan dan setiausaha peperiksaan. Sistem ini dibangunkan
menggunakan bahasa pengaturcaraan Hypertext Preprocessor (PHP), pangkalan data
My-Structured Query Language (My-SQL) dan Model Rapid Prototypingdipilih bagi
mengawal proses pembangunan sistem mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, sistem ini mampu untuk membaiki kelemahan yang terdapat dalam
aplikasi stand alone, seterusnya meningkatkan kecekapan pihak sekolah dalam
mengurus dan menyimpan maklumat keputusan peperiksaan para pelajar.
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
9/25
vi
ABSTRACT
ExIMS was developed as an alternative to schools in managing and storing data
regarding examination results. This online application could help teachers to key in the
examinations or tests marks easily, where the results could be viewed by students
through the internet. The main objective of this system is to provide a facility for
teachers and students to access information regarding examinations results, where the
results could be sent to students, parents, etc. through Short Message System (SMS).
The examinations results will be received directly by students through a hand phone
number that has been registered into the system. The target users of this system are;
students, subjects teachers, form teachers and examinations secretary. This system
was developed by using the programming language Hypertext Preprocessor (PHP), My-
Structured Query Language (My-SQL) database, and Rapid Prototyping Model, which
has been selected to control the process of system development according to the
standard. In conclusion, this system could improve the weaknesses in a stand-alone
application. As a result the schools efficiency in managing and storing information on
students examination results will be improved.
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
10/25
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Rasional Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Projek 9
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
11/25
viii
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Sistem Maklumat 13
2.2.1 Definisi Sistem Maklumat 14
2.2.2 Fungsi Sistem Maklumat 15
2.2.3 Proses Pembangunan Sistem Maklumat 16
2.2.4 Sistem Maklumat Berkomputer (Computer
Based Information System)
18
2.3 Sistem Pengkalan Data 21
2.3.1 Ciri-Ciri dan Keupayaan Pangkalan Data 21
2.3.2 Sistem Pengurusan Pangkalan Data 22
2.4 Sistem Berasaskan Web 23
2.4.1 Internet 23
2.4.2 Intranet 24
2.4.3 Kebaikan Internet / Intranet 25
2.5 Pengurusan Maklumat Pendidikan Melalui
Pangkalan Data Web
26
2.6 Bahasa Pengaturcaraan 27
2.6.1 HTML 27
2.6.2 PHP 28
2.6.3 Java Script 28
2.6.4 Cascading Style Sheet (CSS) 29
2.7 Teknologi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) 30
2.7.1 SMS Gateway 31
2.7.2 Kelebihan SMS 32
2.7.3 Aplikasi SMS dalam ExIMS 32
2.8 Sistem Analisis Peperiksaan 33
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
12/25
ix
2.9 Penutup 34
3 REKA BENTUK SISTEM 36
3.1 Pendahuluan 36
3.2 Model Reka Bentuk Dalam Pembangunan Sistem 37
3.2.1 Model Rapid Prototyping 38
3.2.1.1 Fasa Analisis 39
3.2.1.2 Fasa Rekabentuk 41
3.2.1.3 Fasa Penilaian Formatif 44
3.2.1.4 Fasa Pelaksanaan dan Penilaian
Sumatif
45
3.2.2 Kelebihan Rapid Prototyping 45
3.2.3 Kelemahan Rapid Prototyping 47
3.3 Carta Alir EXIMS 48
3.4 Pemilihan Perisian Dalam Pembangunan Sistem 51
3.4.1 Penyunting Web (Web Editor) 52
3.4.2 Pelayan Web (Web Server) dan Pelayar Web
(Web Browser)
53
3.4.3 Pangkalan Data (Database) 54
3.4.4 Penyunting Grafik (Graphic Editor) 55
3.5 Spesifikasi Perkakasan Yang Digunakan 56
3.6 Penyebaran EXIMS 57
3.7 Penutup 58
4 HASIL REKA BENTUK SISTEM 59
4.1 Pendahuluan 59
4.2 Pakej Sistem 59
4.2.1 Kategori Pengguna: Admin 61
4.2.2 Kategori Pengguna: Guru Tingkatan / Kelas 68
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
13/25
x
4.2.3 Kategori Pengguna: Guru Subjek 75
4.2.4 Kategori Pengguna: Pelajar 78
4.3 Komen Terhadap Sistem 83
4.4 Penutup 84
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
85
5.1 Pendahuluan 85
5.2 Perbincangan 85
5.3 Kelebihan Sistem 87
5.4 Kelemahan Sistem 89
5.5 Masalah Yang Dihadapi 89
5.6 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 90
5.6 Kesimpulan 91
RUJUKAN 92-96
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
14/25
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Komponen-komponen sistem maklumat 20
3.1 Jenis dan nama perisian yang digunakan dalam
pembangunan ExIMS
52
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
15/25
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Sistem Maklumat Berasaskan Komputer (CBIS) 19
2.2 Infrastruktur Rangkaian Perkhidmatan Pesanan
Ringkas
31
3.1 Model Rapid Prototyping 37
3.2 Penyusunan maklumat secara linear 42
3.3 Penyusunan maklumat secara hieraki 42
3.4 Carta alir keseluruhan sistem 48
3.5 Carta alir modul admin 49
3.6 Carta alir modul guru 50
3.7 Carta alir modul pelajar 51
4.1 Antaramuka login 60
4.2 Ralat yang dipaparkan apabila pengguna
menggunakan pelayar web Mozilla Firefox
61
4.3 Antaramuka laman utama bagi admin 62
4.4 Senarai submenu bagi menu Daftar 62
4.5 Antaramuka pendaftaran guru baru 63
4.6 Senarai pelajar untuk proses kemaskini 64
4.7 Antaramuka kemaskini maklumat personal pelajar 65
4.8 Pengesahan proses kemaskini yang berjaya
dilakukan.
65
4.9 Senarai maklumbalas daripada pengguna 66
4.10 Antaramuka penetapan tarikh peperiksaan 67
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
16/25
xiii
4.11 Antaramuka penetapan guru tingkatan 67
4.12 Antaramuka laman utama bagi guru 68
4.13 Antaramuka pendaftaran subjek pelajar 69
4.14 Ralat yang dipaparkan apabila guru memilih jenis
peperiksaan yang ditutup
70
4.15 Antaramuka untuk memasukkan markah pelajar 70
4.16 Ralat apabila guru memasukkan markah melebihi
nilai 100
71
4.17 Ralat apabila guru memasukkan markah dalam
bentuk kombinasi nombor dan simbol /
71
4.18 Antaramukafinalizemarkah pelajar 72
4.19 Pop-up windowkeputusan pelajar 73
4.20 Antaramuka penghantaran SMS keputusan 74
4.21 Status penghantaran SMS 74
4.22 Akses disekat bagi pendaftaran pelajar baru 75
4.23 Antaramuka tulis mesej 76
4.24 Pop-up windowcarian pengguna 76
4.25 Antaramuka peti masuk 77
4.26 Antaramuka butiran terperinci mesej yang dihantar 77
4.27 Antaramuka laman utama bagi pelajar 78
4.28 Antaramuka maklumat asas pelajar 79
4.29 Antaramuka maklumat tingkatan pelajar 79
4.30 Antaramuka subjek yang diambil oleh pelajar bagi
setiap tahun
80
4.31 Antaramuka senarai tampal bagi jenis peperiksaan
yang dibuka
80
4.32 Ralat senarai tampal bagi jenis peperiksaan yang
ditutup
80
4.33 Antaramuka keputusan peperiksaan pelajar 81
4.34 Maklumat terperinci keputusan pelajar 82
4.35 Antaramuka penukaran katalaluan 82
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
17/25
xiv
SENARAI SINGKATAN
ExIMS - Examination Information Management System
SMS - Short Message Service
URL - Uniform Resource Locator
WWW - World Wide Web
HTTP - Hyper Text Transfer Protocol
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
18/25
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Komitmen untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah bestari
menjelang 2010 memberi satu gambaran tentang arus perubahan besar yang berlaku di
dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan teknologi
maklumat dalam pendidikan. Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi negara untuk
muncul sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 dengan memberikan penekanan
kepada penguasaan Teknologi Maklumat di kalangan rakyat Malaysia. Koridor Raya
Multimedia merupakan satu langkah strategik ke arah mencapai matlamat tersebut.
Mulai tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program
Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Kementerian Pendidikan
juga telah mengumumkan pada tahun 1996 untuk menjadikan mata pelajaran Literasi
Komputer sebagai salah satu antara pelajaran dalam pengajian di peringkat Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Penggunaan Teknologi Maklumat bukanlah bertujuan
mengambil alih peranan guru sebagai pendidik, malah ia akan dijadikan sebagai media
utama dalam proses tersebut (Mohd. Yusof, 1997).
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
19/25
2
Namun begitu, kepesatan teknologi perkomputeran kini telah diperluaskan
penggunaannya kepada aspek pengurusan sesuatu organisasi yang melibatkan
maklumat-maklumat tertentu. Komputer tidak lagi hanya mampu memberikan maklumat
kepada pengguna, malah boleh diprogramkan untuk melakukan tugasan-tugasan
tertentu. Demikian halnya dengan pengurusan organisasi sekolah terutamanya
melibatkan hal-hal peperiksaan. Komputer mampu untuk menyimpan beribu-ribu
maklumat peperiksaan seperti data peribadi pelajar, markah dan gred, kedudukan dalam
tingkatan, rekod kemajuan dan analisis maklumat peperiksaan, yang boleh dicapai
dengan mudah dan tidak lagi menggunakan kaedah lama seperti sistem fail (filing
system). Cuma, yang menjadi masalahnya ialah kesanggupan organisasi atau individu
tertentu untuk membangunkan sistem seperti ini dan kesungguhan guru-guru untuk
menggunakannya.
Sejauh mana kemajuan yang dicapai oleh negara dalam bidang teknologi
maklumat, adalah sia-sia sekiranya rakyat tidak mahu mengubah cara hidup kepada yang
lebih efektif, berdaya saing serta bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Oleh itu,
kajian ini cuba untuk merungkai persoalan yang berkaitan dengan penggunaan sistem
berasaskan web dalam pengurusan maklumat peperiksaan di sekolah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Tey Kien Huat (2005), maklumat ialah satu set fakta dan data yang
telah disusun dan diproses dengan cara yang membawa makna atau nilai kepada
pengguna dalam menyiapkan tugas atau menyelesaikan masalah kepada sesuatu fakta
atau data mentah yang memudahkan transformasi data kepada maklumat. Maklumat
dikatakan penting kerana dianggap sebagai sumber dan aset utama bagi sesebuah
organisasi dan menjadi tunjang dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu
urusan pentadbiran dan pengurusan. Kepentingan maklumat kepada sesuatu organisasi
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
20/25
3
menuntut kepada suatu pengurusan yang efisyen dalam menentukan kesahihan,
keselamatan serta capaian terhadap maklumat tersebut.
Pengurusan maklumat yang dilakukan secara tradisional, memperlihatkan
beberapa kelemahan yang dapat mengganggu perjalanan pentadbiran sesebuah
organisasi. Antaranya ialah faktor keselamatan. Kaedah fail dan kertas yang digunapakai
membuka ruang kepada kehilangan dan kerosakan sesuatu maklumat. Sekiranya
sesebuah organisasi ditimpa kecelakaan seperti kebakaran dan banjir, sudah tentu
maklumat-maklumat tersebut sukar untuk diselamatkan. Ini sudah tentu mengundang
kepada kerugian yang terpaksa ditanggung oleh organisasi tersebut. Selain itu, faktor
capaian terhad juga membelenggu mereka yang menggunapakai kaedah tradisional
dalam menyimpan maklumat. Apabila seseorang sedang menggunakan sesuatu fail,
sudah tentu sukar bagi orang lain untuk menggunakan fail tersebut, dan terpaksa
menunggu sehingga urusan menggunakan fail tersebut selesai. Keadaan fail yang tidak
dikemaskini juga menyumbang kepada kelemahan yang dapat diperhatikan daripada
kaedah ini. Kesukaran untuk mencapai maklumat tersebut mendorong kepada individu
yang terlibat dalam proses kemaskini lambat untuk melakukannya.
Sekolah juga merupakan antara organisasi yang terlibat dalam pengurusan
maklumat. Ini termasuklah maklumat peribadi pelajar dan guru serta maklumat
akademik dan ko-kurikulum. Bagi sekolah yang masih menggunakan kaedah tradisional
dalam pengurusan maklumat mereka, sudah tentu menjadi suatu kesukaran kepada guru
dan pelajar dalam mencapai maklumat-maklumat tersebut. Pencarian maklumat sukar
dan rumit kerana maklumat yang direkod dan disimpan tidak disusunkan dalam bentuk
yang sempurna. Banyak masa diperlukan untuk mengesan maklumat yang dikehendaki
dari fail-fail yang telah ditutup dan disimpan di dalam stor. Selain itu, ruang
penyimpanan yang banyak diperlukan untuk fail-fail lama (Mohamad Mahadi, 2001). Ini
dapat diperhatikan apabila pelajar lambat untuk mendapat maklumat peperiksaan,
termasuklah keputusan peperiksaan semasa. Terdapat juga sesetengah pelajar yang tidak
langsung mendapat keputusan peperiksaan mereka, ekoran daripada kaedah pengurusan
maklumat yang dipraktikkan.
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
21/25
4
Kemajuan era ICT yang dicapai, telah mendorong kepada perubahan daripada
segi pengurusan maklumat di sekolah. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mahu
sekolah mengorak langkah seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara,
terutamanya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Kaedah paperless dengan
mengaplikasikan penyimpanan maklumat secara berkomputer telah mendapat tempat di
sekolah-sekolah di Malaysia. Kaedah ini bukan sahaja dilihat mampu untuk
menyelamatkan data dan maklumat, malah dapat membantu sekolah dalam
menguruskan maklumat-maklumat mereka dengan lebih baik. Menurut Wan Mohd
Zahid (1993),
sekolah disarankan menggunakan komputer sebagai instrument
pengendalian pengurusan dan pentadbiran
Selain itu, beliau juga amat bersetuju dengan peranan komputer dalam
meningkatkan kecekapan dalam operasi pentadbiran. Pendapat ini turut disokong oleh
Rofidah (1989) yang menyatakan bahawa,
the computer is a rich and complex tool that is increasingly being
used in many functional areas. With this in mind, the usage of computer
in the school administration should be explored.
Kecanggihan perisian pangkalan data yang terdapat di pasaran dapat membantu
sekolah untuk mengurus dan menyimpan maklumat mereka dengan lebih baik. Perisian-
perisan seperti Microsoft Access dan Structued Query Language (SQL) mendapat
tempat di kalangan guru-guru di sekolah bagi menguruskan maklumat mereka. Hasilnya,
guru-guru dapat menjimatkan masa dalam menguruskan maklumat sekolah, disamping
dapat mencapainya dengan lebih mudah. Faktor keselamatan juga tidak lagi menjadi
perkara utama yang dibancangkan kerana perisian-perisian ini terkenal dengan aspek
keselamatan data. Meskipun begitu, terdapat juga kelemahan yang tidak lepas daripada
pandangan. Kesemua fail yang mengandungi maklumat-maklumat sekolah, hanya boleh
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
22/25
5
dicapai melalui komputer yang diinstallkan dengan perisian tersebut. Ini sudah tentu
menimbulkan kesukaran bagi guru sekiranya mereka menggunakan komputer yang lain.
Dengan itu, terdapat perisian pangkalan data atas talian (online database) yang
mampu untuk menangani masalah ini. Dengan perisian ini, maklumat-maklumat sekolah
tidak lagi disimpan dalam satu komputer, sebaliknya maklumat-maklumat tersebut akan
disimpan pada komputer pelayan (server). Guru-guru boleh mencapai maklumat ini
dengan mudah sekiranya dilengkapi dengan talian internet. Faktor keselamatan, mudah
capai dan kesahan maklumat tidak perlu lagi dirisaukan, memandangkan hampir
kesemua pangkalan data atas talian ini dilengkapi dengan ciri-ciri tersebut.
Kewujudan pangkalan data atas talian dapat membantu guru-guru dalam
menguruskan maklumat peperiksaan di sekolah mereka. Hasilnya, maklumat-maklumat
peperiksaan tidak lagi disimpan di satu komputer di sekolah, sebaliknya disimpan pada
komputer pelayan. Dengan itu, guru-guru tidak lagi perlu menunggu giliran untuk
memasukkan markah peperiksaan pelajar di komputer yang telah ditetapkan, tetapi
mereka boleh melakukannya di mana sahaja dengan capaian internet. Inilah yang
dikatakan dunia tanpa sempadan.
Kecanggihan pangkalan data atas talian ini telah mendorong penyelidik untuk
membangunkan suatu sistem yang dapat membantu guru-guru dalam menguruskan
maklumat peperiksaan mereka. Dengan adanya sistem ini, maklumat dan keputusan
peperiksaan dapat diproses dengan cepat dan disalurkan kepada pelajar dengan segera.
Selain itu, kemajuan teknologi telekomunikasi turut diaplikasikan dalam pembangunan
sistem ini di mana guru-guru boleh menghantar keputusan peperiksaan pelajar melalui
khidmat pesanan ringkas (Short Messaging Services - SMS) ke telefon bimbit pelajar.
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
23/25
6
1.3 Penyataan Masalah
Pengurusan maklumat pendidikan terutamanya maklumat peperiksaan dilihat
aspek yang perlu diberi perhatian khusus oleh pihak pentadbir sekolah. Ini adalah
kerana, maklumat peperiksaan bukan sahaja penting, malah boleh dijadikan penanda
aras tahap kecemerlangan akademik sekolah tersebut. Oleh itu, sebuah sistem
pengurusan maklumat peperiksaan yang berkesan diperlukan bagi menjamin kesahihan
dan keselamatan maklumat-maklumat tersebut.
Aplikasi yang dibangunkan bagi menguruskan maklumat-maklumat peperiksaan
ini terdiri daripada pelbagai bentuk. Antaranya aplikasi berdiri sendiri (stand-alone) dan
berasaskan web. Perkembangan telekomunikasi dan teknologi web pada masa kini
menuntut perubahan penggunaan aplikasi stand alone kepada berasaskan web. Ini
kerana, maklumat tidak hanya disimpan pada satu komputer sahaja, sebaliknya
diletakkan dalam suatu komputer yang khas untuk dicapai oleh setiap pengguna di
seluruh dunia. Istilah Dunia Tanpa Sempadan membolehkan apa jua maklumat dicapai
dengan mudah dan hanya berada di hujung jari. Penggunaan internet dalam kehidupan
bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti perhubungan malah dapat membantu manusia
menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan dengan lebih baik.
Faktor perkembangan teknologi web ini telah mendorong pembangun untuk
membangunkan sebuah sistem berasaskan web iaitu Sistem Pengurusan Maklumat
Peperiksaan (ExIMS). Sistem maklumat pengurusan ini dibangunkan bagi membantu
pihak pengurusan sekolah menguruskan maklumat peperiksaan sekolah mereka dengan
lebih efisyen dan sistematik. Segala masalah yang berkaitan dengan maklumat
peperiksaan, bermula daripada proses masukkan markah, pemprosesan keseluruhan
markah, sehinggalah proses penyampaian maklumat keputusan kepada pelajar, dapat
diatasi dengan mudah dan cepat.
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
24/25
7
1.4 Objektif Kajian
Untuk memastikan kajian ini dilakukan dengan cara yang sistematik, terurus dan
tidak menyimpang daripada matlamat asal, penyelidik telah menetapkan beberapa
objektif kajian. Antaranya adalah seperti berikut:
i.
Membangunkan sebuah sistem berasaskan web iaitu Sistem Pengurusan
Maklumat Peperiksaan (ExIMS) yang mengintegrasikan pangkalan data bagi
menyalurkan maklumat peperiksaan kepada guru dan pelajar.
ii. Membangunkan sebuah sistem yang dapat menghantar keputusan
peperiksaan berbentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelajar.
1.5 Rasional Kajian
Faktor utama yang mendorong penyelidik untuk membuat kajian ini adalah
berdasarkan kepada tahap penggunaan web dalam sektor institusi pendidikan,
terutamanya di sekolah menengah dan rendah yang dikatakan masih belum berada pada
tahap yang boleh dibanggakan (Abd. Rashid Johar, 1998). Institusi pengajian tinggi
yang mengaplikasikan web sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
seharusnya menjadi perintis untuk menaikkan lagi taraf penggunaan web di sekolah.
Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenalpasti tahap
kesesuaian web dalam pengurusan organisasi sekolah.
Selain itu, kajian-kajian yang berkaitan dengan pangkalan data amat jarang
dilakukan. Ini dapat dilihat apabila kita cuba untuk mencari kajian-kajian terdahulu yang
memfokus kepada pangkalan data dan pembangunan sistem. Boleh dikatakan tidak
banyak kajian yang dapat membantu dalam bidang ini. Mungkin kerana faktor
pangkalan data itu sendiri yang terdiri daripada pelbagai elemen dan sukar diuruskan,
-
7/25/2019 MOHAMADHAZRIZALAP050394D2009TTP.pdf
25/25
8
mendorong kepada kurangnya bilangan pengkaji atau penyelidik dalam bidang ini.
Meskipun begitu, ramai pengkaji dalam bidang pendidikan lebih berminat
membangunkan perisian multimedia yang tidak melibatkan pangkalan data dan senang
untuk dibangunkan.
Antara lain rasionalnya ialah, memperluaskan skop dan batasan kajian yang
dilakukan sebelum ini yang lebih memfokuskan ibu bapa dan penjaga pelajar sebagai
pengguna sistem (Mahadi, 2004). Kajian ini lebih menjurus kepada guru dan pelajar
untuk menggunakannya.
1.6 Kepentingan Kajian
Antara kepentingan dalam pembangunan sistem ini ialah:
i. Guru dan Setiausaha Peperiksaan.
a. Memudahkan guru-guru dan Setiausaha Peperiksaan menyimpan,
merekod dan mencapai maklumat peperiksaan secara terus ke
pangkalan data.
b. Memudahkan bagi guru tingkatan untuk mencapai keputusan pelajar
tanpa perlu merujuk kepada guru matapelajaran atau subjek.
ii. Pelajar Sekolah.
a. Membantu pelajar untuk mengakses dan menyimpan keputusan
peperiksaan sepanjang berada di sekolah tersebut.
b.
Membantu menyalurkan keputusan peperiksaan kepada pelajar melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit
mereka.