Muzik Dlm Pnd Pmmlhn

2
Kemahiran Seni Dalam Pendidikan Pemulihan Pendidikan seni merupakan salah satu cabang dalam pendidikan di negara. Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk. Seni yang ingin saya kongsi bersama ialah terbahagi kepada tiga iaitu seni visual, seni bunyi dan seni pergerakan. 1. Seni Visual Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka. Melalui seni visual ini, kita akan dapat melihat psikologi kanak- kanak dan cuba untuk memahami apa yang sedang difikirkan oleh murid ketika itu. Hal ini yang demikian seni visual akan membantu guru dalam memahami masalahmurid dengan cara yang lebih kreatif dan tidak disedari oleh murid. 2. Seni Muzik Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat sosial di negara kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita dari dahulu hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial. Ahli falsafah berpendapat manusia secara semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik.. Fakta ini jelas kerana muzik menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja

description

baca

Transcript of Muzik Dlm Pnd Pmmlhn

Page 1: Muzik Dlm Pnd Pmmlhn

Kemahiran Seni Dalam Pendidikan Pemulihan

Pendidikan seni merupakan salah satu cabang dalam pendidikan di negara. Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk. Seni yang ingin saya kongsi bersama ialah terbahagi kepada tiga iaitu seni visual, seni bunyi dan seni pergerakan.

1. Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

Melalui seni visual ini, kita akan dapat melihat psikologi kanak-kanak dan cuba untuk memahami apa yang sedang difikirkan oleh murid ketika itu. Hal ini yang demikian seni visual akan membantu guru dalam memahami masalahmurid dengan cara yang lebih kreatif dan tidak disedari oleh murid.

2. Seni Muzik

Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat sosial di negara kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita dari dahulu hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial. Ahli falsafah berpendapat manusia secara semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik.. Fakta ini jelas kerana muzik menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dapat dinikmati melalui pacaindera malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan seseorang itu. Muzik dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui seni,irama dan lagu. Muzik juga dapat ditontonkan dan dipersembahkan melalui pelbagai cara samaada secara terus ataupun melalui media. Persembahan muzik bukan sahaja dapat dilakukan dengan pelbagai cara malahan dapat dipersembahkan oleh kaum lelaki mahupun wanita. Menurut kamus dewan pula seni muzik merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam bentuk lagu dan irama yang indah dan menyenagkan. Seni muzik juga sentiasa berubah-rubah melalui aliran dari zaman ke zaman.

Muzik digunakan bagi menaikkan lagi suasana yang menyeronokkan. Suasana yang terbentuk akan membantu guru menyediakan murid dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.

Page 2: Muzik Dlm Pnd Pmmlhn

3. Seni Pergerakan

Dalam Seni Pergerakan individu melahirkan perasaan melalui gerakan. Seseorang yang mengambil bahagian dalam main peranan mengikut imaginasi mereka. Mereka melahirkan perasaan melalui lakonan drama dan bacaan puisi. Menunjukkan semangat kerjasama dalam persediaan dan persembahan. Membuat gerak badan berdasarkan muzik yang ada kaitan dengan cerita yang didengar.

Kemahiran yang berasaskan Seni Pergerakan terdiri daripada bidang pergerakan kreatif, tarian, drama, main peranan, lakonan, teater, pentomin, simulasi, gimrama dan puisi.

Menggunakan seni pergerakan ini dalam pengajaran, guru akan memberi peluang kepada murid untuk turut serta dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, kefahaman murid dapat dilihat melalui gerakan yang diperlihatkan.

Kesimpulannya, kemahiran seni dapat membantu guru dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik bagi membantu murid memahami setiap pengajaran yang disampaikan agar mereka tidak tercicir berbanding murid yang lain.