Nilai Dan Etika Perkhidmatan Awam

26
NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM 1. Jelaskan cirri-ciri atau perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan seseorang pegawai itu menghayati nilai- nilai ikhlas dan dedikasi Jawapan: Ikhlas : Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai- pegawai atasannya Tidak memilih sesuatu tugas tertentu untuk dilaksanakan umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak mengetepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan ; dan Dedikasi Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya; Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan ; dan Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah agama, bangsa dan negara 2. ‘Akauntabiliti’ merupakan salah satu nilai yang penting dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam menguruskan kewangan di sector awam. Kekurangan tahap akauntabiliti boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Jelaskan 29

description

fn

Transcript of Nilai Dan Etika Perkhidmatan Awam

NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM1. Jelaskan cirri-ciri atau perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan seseorang pegawai itu menghayati nilai-nilai ikhlas dan dedikasiJawapan:

Ikhlas : Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai atasannya

Tidak memilih sesuatu tugas tertentu untuk dilaksanakan umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak mengetepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan ; dan

Dedikasi

Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya;

Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan ; dan

Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah agama, bangsa dan negara

2. Akauntabiliti merupakan salah satu nilai yang penting dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam menguruskan kewangan di sector awam. Kekurangan tahap akauntabiliti boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Jelaskan lima tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan akauntabiliti

Jawapan:

Tindakan-tindakan bagi meningkat akuantabiliti:

i. pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas dan tanggungjawabii. sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap pekerja dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanyaiii. akauntabiliti hendaklah dinyatakan secara bertulis dan di dokumenkan melalui undang-undang, prosedur, peraturan dan arahan-arahan yang spesifik.

iv. system kawalan kewangan perlu mengambil perhatian ke atas tiga aspek yang penting, iaitu:

system belanjawan yang berkesan bagi pengagihan dan pembahagian peruntukan kewangan

mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia, asset dan perkhidmatan

mewujudkan system perakaunan yang cekap dan kemas kini

v. system pengawalan dan pengawasan seperti audit dalaman hendaklah dipertingkatkan keupayaannyavi. penguatkuasaan hendaklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan jabatan dilaksanakan dengan tegas dan berkesan; danvii. akauntabiliti di peringkat individu di tingkatkan melalui perubahan-perubahan diri seseorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti bersih, cekap dan amanah dan sebagainya.

3. Tonggak 12 telah diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan nilai, norma dan etika perkhidmatan di kalangan penjawat awam. Ketekunan membawa kejayaan merupakan salah satu daripada tonggak tersebut. Huraikan pengertian serta nyatakan sepuluh amalan positif yang memperlihatkan nilai berkenaan.Jawapan:

Pengertian :Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurnanya dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan individu.

Amalan positif:

i. gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar

ii. rajin dan sentiasa berusaha

iii. tekun dalam menjalankan tugas

iv. sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan

v. berpandangan jauh

vi. bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah

vii. dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi

viii. sanggup berkorban

ix. cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas

x. tidak patah semangat

xi. bercita-cita tinggi

4. Etika perkhidmatan awam adalah berteraskan kepada 7 Teras perkhidmatan. Huraikan lima daripada tujuh teras perkhidmatan tersebut.Jawapan:

i. berazam meninggikan mutu perkhidmatan seseorang pekerja bertanggungjawab itu membaiki mutu perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latihan-latihan tertentu, pembacaan, perbincangan dan lain-lain lagi. Kesediaan seseorang pekerja untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya tanpa diperingatkan oleh ketuanya adalah satu sikap yang terpuji

ii. bekerja dengan penuh bertanggungjawab setiap pekerja dikehendaki bertanggungjawab bererti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin seperti mana yang diharapkan oleh organisasi

iii. berusaha mengikis sikap mementingkan diri kakitangan kerajaan perlu menyifatkan dirinya sebagai penggerak masyarakat tanpa mempergunakan kedudukannya bagi mencari keuntungan diri sendiri. Sifat sombong dan bongkak perlu dihapuskan dan digantikan dengan perasaan insaf dan sopan.

iv. berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan ini memerlukan semua kakitangan kerajaan bekerja dengan muhibah dan kemesraan

v. bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat adalah menjadi kewajipan bagi setiap kakitangan kerajaan membantu memberi kefahaman kepada masyarakat awam tentang dasar, program serta hasrat kerajaan agar pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancer dan jayanya.

vi. bekerjasama dalam membanteras keselamatan dan musuh-musuh negara semua pihak adalah terlibat dalam usaha membanteras kelemahan negara seperti kemiskinan , kejahilan dan rasuah. Kerjasama antara semua pihak awam perlu swasta serta golongan-golongan tertentu adalah penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan negara kea rah pembangunan yang menyeluruh

vii. berpegang teguh kepada ajaran agama berpegang teguh kepada ajaran agama merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menjalankan tugas. Ini adalah kerana agama itu sendiri membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk pekerja yang jujur, cekap dan berkesan.

5. Seseorang pegawai awam sewajarnya memahami dan mengamalkan nilai-niali murni dan etika kerja dalam pengurusan seharian. Huraikan pengertian nilai dan etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sebuah organisasi.a. akauntabiliti

b. integriti

c. profesionalisme

Jawapan:

a. Akauntabiliti

Bermakna tanggungjawab seorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dari konteks pengurusan organisasi dalam perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai dan kakitangan awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan bagi memastikan pencapaian matlamat serta objektif tugas-tugas tersebut.

Pelaksanaan tugas-tugas tersebut hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Undang-undang yang berkuat kuasa, prosedur dan arahan, sikap cermat dan cekap perlu diutamakan.

b. Integriti

Sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan dan sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Dalam kontak pengurusan organisasi, sebarang kerja yang dilakukan hendaklah dengan penuh ketulusan hati dan tahu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama

c. profesionalisme

bermakna setiap anggota organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan akan dapat dihasilkan jika masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan secara professional. Oleh itu, setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada.

6. Berdasarkan kepada tonggak 12 huraikan amalan-amalan positif dan negatif yang berkaitan dengan tonggak kemuliaan kesederhanaanJawapan:

Amalan positif:

Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan

Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan

Tidak membazir di dalam perbelanjaan pejabat

Bersifat pemaaf di dalam pergaulan

Boleh menerima teguran

Berlaku adil dalam semua tindakan

Menepati janji

Sedia menerima cadangan dan nasihat

Jujur dan ikhlas

Merendah diri

Bijaksana dalam membuat pertimbangan

Bermaruah dan berhemah tinggi

Berjimat cermat

Cermat dalam kata-kata

Tidak memperagakan kemewahan

Mesra dalam pergaulan

Senang didampingi oleh semua pihak

Amalan negatif :

Menonjol-nonjolkan diri

Bercakap dengan menggunakan perkataan bombastic

Mengada-ngada

Sombong dan meninggi diri

Menyukarkan persoalan yang mudah

Memperbesarkan perkara kecil

Kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisasi

Berlebihan dalam mengampu ketua

Memperagakan kemewahan dan kedudukan

Kerap menghias diri di pejabat

Membazir dan merosakkan harta benda kerajaan Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal.

7. Huraikan lima nilai-nilai peribadi asas yang perlu diamalkan atau dihayati oleh seseorang anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas-tugas sehariannya.Jawapan:

Nilai-nilai yang perlu dihayati oleh pegawai-pegawai kerajaan ialah

i. adil

ii. amanah

iii. bertanggungjawab

iv. ikhlas

v. dedikasi

vi. tekun

vii. berdisiplin

viii. bekerjasama

ix. berbudi mulia

x. bersyukur

xi. jujur

xii. baik hati

xiii. rajin

xiv. menepati masa

8. Huraikan pengertian tiga daripada nilai-nilai berikut :a. amanah

b. bekerjasama

c. berdisiplin

d. bertanggungjawab

Jawapan :a. Amanah : Bermakna boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan rahsia. Seseorang yang mempunyai nilai ini tidak akan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Setiap urusan yang dipertanggungjawabkan akan ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin.

Nilai amanah ini akan membentuk perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia kita hendaklah menunaikan amanah kepada Tuhan ,negara, organisasi, masyarakat, keluarga dan diri sendiri.b. Bekerjasama Kita masing-masing memerlukan dan diperlu antara satu sama lain. Kerjasama yang diperlukan ini ialah kerjasama antara anggota-anggota kerajaan di semua peringkat, semua perkhidmatan dan semua Kementerian. Kerjasama juga penting antara sector awam dan sector swasta

c. berdisiplin akur dan patuh kepada semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan dan tugas yang dijalankan. Patuh kepada perintah, rajin serta sentiasa berusaha mencari kemajuan dan kejayaand. bertanggungjawab bermakna kewajipan yang perlu dilaksanakan atau disempurnakan. Segala akibat dari tindakan serta perbuatannya akan dipertanggungjawab olehnya. Akauntabiliti adalah merupakan antara cirri utama nilai bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa sanggup dirinya dinilai dan diperiksa.

9. Nyatakan sebab-sebab mengapa etika perkhidmatan awam diwujudkan dan berikan tujuh amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah agensi kerajaan bagi melaksanakan etika tersebut.Jawapan:

a.sebab-sebab etika perkhidmatan awam diwujudkan

Permintaan rakyat ke atas perkhidmatan awam terus meningkat dan mereka mahukan satu pentadbiran yang dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan

Adanya tuduhan bahawa terdapat penyelewengan di dalam perlaksanaan dasar-dasar kerajaan

Kerajaan berazam untuk meninggikan lagi mutu kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam

Disebabkan factor-faktor luar seperti kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan kepada rantau ini dan kemunculan gejala-gejala social yang kurang sihat.

b. amalan-amalan yang boleh dilaksanakan

pemberian penghargaan

mengadakan dialog serta perbincangan untuk menerangkan cara perlaksanaan etika perkhidmatan awam

menubuhkan jawatankuasa kelab sukan kebajikan dan social

mengeluarkan berita jabatan

mengadakan majlis jamuan minum the dan sebagainya

menganjurkan majlis syarahan / ceramah agama

memberi kakitangan kursus / latihan

mengadakan pertandingan pejabat terbersih

mengadakan lawatan mengejut untuk menaksir perjalanan kerja-kerja pejabat

menyediakan manual kerja

penyediaan buku panduan

mewujudkan perpustakaan jabatan

10. Berikut adalah di antara etika perkhidmatan yang terkandung di dalam tonggak 12 yang menjadi teras kepada kakitangan kerajaan bagi meningkatkan prestasi masing-masing:i. menghargai masa

ii. keseronokan bekerja

iii. pengaruh teladan

iv. kewajipan menjalankan tugas

Jawapan:

i. menghargai masa setiap kakitangan kerajaan haruslah berusaha kea rah penggunaan masa secara maksimum. Ini dapat dilakukan dengan cara mendisiplinkan diri dan menggunakan catatan penggunaan masa setiap hari.

Tepat pada masa hendaklah dijadikan tabiat yang harus dimulakan, biasakan dan dikekalkan kerana ia merupakan maruah diri dan adanya rasa hormat pada orang lain.

ii. keseronokan bekerja konsep kerja sebagai ibadat akan menimbulkan dedikasi ,ketekunan, amanah, bertanggungjawab dan ikhlas

kerja akan menyeronokkan jika seseorang berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap positif terhadap cabaran baru.

iii. pengaruh teladan sifat merendah diri memerlukan kekuatan peribadi dan kebijaksanaan. Ketua yang mempunyai sifat ini dihormati pekerjanya dan lebih mudah mengawal organisasi

ketua yang tegas tetapi adil lebih senang meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi serta lebih mudah dicontohi.

iv. kewajipan menjalankan tugas sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan

tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan boleh diharap untuk menyempurnakan tugas.

11. Huraikan lima nilai-nilai profesionalisme yang semestinya ada pada kakitangan Perkhidmatan AwamJawapan

Nilai-nilai Profesionalisme

a) Berilmu

Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi.

Setiap anggota sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran sedia ada.

b) Kreatif dan inovatif

Menggalakkan penyertaan yang lebih gigih oleh anggota organisasi untuk terlibat dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam organisasi.

c) Integriti

Dikaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, dan kebolehpercayaan.

Sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.

Sebarang tugas dilaksanakan dengan penuh ketelusan hati

Mengguna kuasa dengan adil dan saksama.

d) Akauntabiliti

Tanggungjawab melaksanakan tugas

Memastikan pencapaian objektif dan matlamat tugas-tugas tersebut.

Mengikut peraturan yang ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa prosedur dan dan arahan.

Perlulah cekap dan mengutamakan sikap berhati-hati dan cermat.

Memastikan tidak ada pembaziran yang menjejaskan penggunaan sumber-sunber awam.

e) Berkecuali

Tanpa membawa apa-apa bentuk tekanan luar berhubung dengan sesuatu tuntutan yang berkaitan dengan tugas awamnya.

Bersedia dan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan semua dasar , program dan aktiviti yang telah direncanakan oleh kerajaan.

Tidak dibenarkan bergiat secara aktif mana-mana parti politik untuk mengelakkan kerajaan daripada menghadapi keadaan serba salah.

f) Kepimpinan

Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang berkesan.

Berupaya mendorong, merangsang, membangun serta mengembeling sepenuh tenaga, kepakaran dan peralatan yang ada bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Mempunyai wawasan yang jelas.

Mampu memberi panduan, dengan sistematik dan berkesan.

Pengurusan masa yang berkesan.

Membuat keputusan yang berkesan.

g) Bekerjasama

Budaya antara jabatan/kementerian dalam melaksana tugas bagi mencapai objektif.

Setiap anggota tidak mungkin dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan secara bersendirian.

Kerjasama perlu pada semua peringkat dan antara sektor.

h) Berorientasikan pelanggan

Bersedia memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholder.

Berfikiran terbuka dan bersedia mendengar pandangan pelanggan.

Sentiasa mendampingi pelanggan bagi mendapatkan idea-idea baru bagi meningkatkan prestasi dan mutu kerja.

Sentiasa responsif dan proaktif.

i) Pengurusan Diri

Menjaga imej diri dari segi pakaian, tutur kata, gerak-geri, budi bahasa dan kesihatan diri.

Personaliti yang baik. Tidak sombong, setia kawan, arif tentang perilaku dan cara bergaul, berdisiplin, berbudi bahasa dan berhemah tinggi.

12. Sepuluh nilai murni dalam Perkhidmatan Awam bertujuan untuk membimbing anggota-anggota ke arah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.

(Nilai dan Etika PA)

INTAN 1999

Sebagai anggota Perkhidmatan Awam , sejauh manakah nilai-nilai murni itu mempengaruhi komitmen anda bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam organisasi.

a) Huraikan.Jawapan:

a) Nilai-nilai murni mempengaruhi komitmen :Adil dalam perlantikan

Individu layak dan berkebolehan sahaja dilantik ke dalam satu-satu jawatan

Pekerja yang benar-benar memenuhi syarat dan dinilai dari perspektif yang adil sahaja disahkan dalam jawatan

Pekerja-pekerja yang layak dan berkemampuan sahaja dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat

Amanah dalam menjalankan tugas Bermakna boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan rahsia. Seseorang yang mempunyai nilai ini tidak akan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Setiap urusan yang dipertanggungjawabkan akan ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin.

Nilai amanah ini akan membentuk perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia kita hendaklah menunaikan amanah kepada tuhan ,negara,organisasi,masyarakat,keluarga dan diri sendiri.

Bertanggungjawab dalam perkhidmatan awam bermakna kewajipan yang perlu dilaksanakan atau disempurnakan. Segala akibat dari tindakan serta perbuatannya akan dipertanggungjawabkan individu. Akauntabiliti adalah merupakan antara ciri utama nilai bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa bersedia dinilai dan diperiksa.

Ikhlas dalam perkhidmatan awam

Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai atasannya

Tidak memilih sesuatu tugas tertentu untuk dilasanakan umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak mengetepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan pangkat atau ganjaran.

Dedikasi dalam perkhidmatan awam

Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankna tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan .

Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah agama,bangsa dan negara

Tekun dalam perkhidmatan awam Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri supaya hasil kerjanya benar-benar sempurna

Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan untuk kemajuan negara

Dapat meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti ke tahap yang cemerlang

Berdisiplin dalam perkhidmatan awam akur dan patuh kepada semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan dan tugas yang dijalankan. Patuh kepada perintah, rajin serta sentiasa berusaha mencari kemajuan dan kejayaan

Bekerjasama dalam perkhidmatan awam

Kita masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama yang diperlukan ini ialah kerjasama antara angota-anggota kerajaan di semua peringkat, semua perkhidmatan dan semua kementerian.Kerjasama juga penting antara sektor awam dan sector swasta

Berbudi mulia dalam perkhidmatan awam

Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas

Memberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan santun

Bertindak dengan kelakuan yang menyenangkan

Bersedia membantu orang lain dengan tangan terbuka

Bersyukur dalam perkhidmatan awam Bekerja dengan tekun tanpa mengeluarkan sebarang rungutan

Patuh dan sabar menerima semua arahan

Sanggup mengorbankan masa dan tenaga dalam melaksanakan tugasnya demi kepentingan bangsa,agama dan negara. Soalan sambungan...b) Terangkan kepentingan nilai dan etika dlm perkhidmatan awamc) Jelaskan maksud dan pemakaian dua (2) nilai utama berikut dlm perkhidmatan awam

- Taat setia- Berkecuali

Jawapan

b) Kepentingan Nilai dan etika dlm perkhidmatan awam

Nilai dan etiika menentukan arah dan memberikan makna kpd pemikiran, tindakan dan t/laku anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi t/jawab dan amanah sbg pekerja

Nilai dan etiika memberi penyatuan dan penyelarasan antara anggota perkhidmatan awam sbg institusi utama yg membuat sumbangan kpd pembangunan tamadun masyarakat

Nilai dan etiika perkhidmatan awam merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan berkhidmat dgn ikhlas dan berkesan

c) Maksud dan pemakaian nilai murni utama :

Taat Setia

Taat setia kpd raja,negara dan kerajaan adalah nilai yg penting perlu diamalkan dan dihayati

Peraturan pegawai awam kelakuan dan tatatertib 1993 mengkhendaki pegawai pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yg tak berbelah bahagi kpd YDPA, negara dan kerajaan

Rukun negara menghendaki setiap pegawai mendukung prinsip kesetiaan kpd raja dan negara Bagi menentukan nilai ini dipatuhi, setiap anggotanya dikehendaki mematuhi tatakelakuan serta ikrar yang termaktub dlm beberapa peruntukan yg berkenaan.

Berkecuali

Anggota perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa membawa apa2 bentuk pengaruh atau tekanan luar berhubung dgn sesuatu tuntutan yg berkaitan dgn tugas awam.

Mereka tidak dibenarkan menyertai secara aktif dlm mana2 parti politik utk mengelakkan kerajaan drp menghadapi keadaan serba salah

Nilai ini termaktub dlm tatatertib 1993 dan surat pekeliling Bil 30 tahun 1974

d) Pegawai awam hendaklah sentiasa memiliki keperibadian unggul yg dizahirkan melalui sikap dan tatakelakuan yg berasaskan nilai2 murni. Bagi memastikan semua pegawai menghayati nilai2 tsb nyatakan dan huraikan perkara2 bkt:-i. Mempunyai keazaman dan kegigihan

ii. Bersikap positif

iii. Mempunyai sifat keberanian dan sanggup menerima cabaran

Jawapan

i. Mempunyai keazaman dan kegigihan : Tidak berputus asa dan Sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memastikan rancangan dan tugas dilaksanakan spt mana dijadualkan demi mencapai matlamat organisasi

Berupaya menggunakan strategi dan kaedah lain yg bersesuaian melalui inisiatif sendiri spt mdptkan sokongan pihak2 ttu utk memastikan objektif organisasi tercapaiii. Bersikap positif

Mempunyai keyakinan dan percaya sesuatu perkara boleh dilaksanakan walaupun dlm suasana dan keadaan yg sukar

Sentiasa percaya setiap isu atau masalah mempunyai jalan penyelesaian

Sentiasa menganggap sesuatu yg negatif itu boleh diperbaiki atau diterjemahkan kpd sesuatu yg bernilai positif

iii. Mempunyai sifat keberanian dan sanggup menerima cabaran

Boleh mengemukakan pandangan secara berani tetapi secara bertangungjawab dan berhemah Sanggup menerima cabaran utk memajukan diri dan organisasi Mempunyai semangat dan keupayaan utk melaksanakan tugas yg mencabar dan sanggup mengambil risiko dlm melaksanakannya

13. Huraikan berkenaan Nikmat Mencipta :a) Berikan 4 amalan positif dan negatif Nikmat Mencipta dalam tonggak 12

a. Nilai positif

Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan

Sentiasa berada dalam cabaran intelektual

Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah

Over-zealous dengan pekerjaan

Gembira melihat wujudnya kaedah dan idea baru dalam pentadbiran

Senang bermain dengan idea dan berani mencuba

b. Nilai negatif Berpuas hati dengan kedudukan yg sedia ada

Takut menemui kegagalan

Memandang remeh usaha org lain

Pemikiran tidak dinamik

Mempertahankan status quo secara membuta tuli

Tidak suka pembaharuan

Tidak sabar dalam penciptaan baru

b) Berikan 4 contoh amalan positif dan negative Nikmat Mencipta dalam tonggak 12

a. nilai positif : Idea mewujudkan pungutan hasil setempat di pejabat pos pada mulanya diragui dan ditentang kerana ianya berbeza daripada cara yang biasa. Apabila dilaksanakan cara ini didapati sangat baik, memudahkan orang ramai membuat bayaran dan pungutan hasil.

Konsep landskap pejabat pada mulanya tidak meyakinkan , tetapi setelah dilaksanakan bersungguh-sungguh dan mengikut perancangan, hasilnya akan dapat menggembirakan semua orang.

Idea memainkan piped muzik di pejabat-pejabat pada mulanya dianggap canggung dan mengganggu, tetapi bila dilaksanakan dengan betul boleh menghilangkan rasa jemu bekerja atau jemu menunggu dan menimbulkan suasana gembira.

Alam sekitar disesuaikan untuk mengujudkan ciptaan baru, misalnya , Jambatan Temerloh menggunakan satu tiang besar sahaja untuk mengelakkan daripada dirempuh kayu-kayu balak semasa banjir. Jambatan lama yang mempunyai banyak tiang telah runtuh semasa banjir kerana sampah sarap terkumpul di situ.

Mengatasi masalah pentadbiran dengan formula tertentu ataupun mengeluarkan pekeliling khusus contoh Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.

b. nilai negatif : suatu masa dahulu ada percubaan utk menembak awan yg membawa hujan bagi mengelak banjir, tetapi usaha ini bertentangan dengan kehendak alam dan akibatnya boleh menimbulkan kemarau. Ini merupakan pemikiran yg tidak rasional

sifat memandang remeh usaha orang lain timbul kerana perasaan hasad dengki dan rendah budi pekerti

jika tidak sabar mencuba setiap perkara baru, tidak akan lahir kejayaan daripada pemikiran baru

sifat takut menemui kegagalan akan melemahkan organisasi, menghalang peningkatan produktiviti dan kualiti

contoh pemikiran tidak dinamik ialah suka mengetepikan cadangan atau pemikiran baru sebelum diteliti dengan sebaik-baiknya.14. Ketekunan membawa kejayaan merupakan salah satu daripada Tonggak 12 yang telah diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan budaya kerja cemerlang di kalangan penjawat awam. Sebagai ketua jabatan, sejauh manakah anda dapat mempengaruhi anggota organisasi ke arah menghayati budaya kerja positif demi kecemerlangan organisasi anda?

Jawapan:

Amalan positif:

i. gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar

ii. rajin dan sentiasa berusaha

iii. tekun dalam menjalankan tugas

iv. sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan

v. berpandangan jauh

vi. bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah

vii. dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi

viii. sanggup berkorban

ix. cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas

x. tidak patah semangat

xi. bercita-cita tinggi

PAGE 48