Nota Larian Pecut 100 Meter

download Nota Larian Pecut 100 Meter

of 2

Transcript of Nota Larian Pecut 100 Meter

  • 8/3/2019 Nota Larian Pecut 100 Meter

    1/2

    ISL OLARAGANURHAFIZAH FATIN BINTI MOHAMAD HAMSAN

    NOTA LARIAN PECUT 100 METER

    Larian 100 meter adalah salah satu dalam larian pecut iaitu acara balapan

    dalam olaraga. Sebelum menggunakan sistem metrik, jarak larian dikira dalam ela.

    Alatan yang digunakan untuk acara ini ialah trek larian atau balapan, blok permulaan

    (starting block) dan kasut berpaku atau spike.

    Kemahiran dalam lari pecut terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu Fasa

    permulaan, Fasa berlepas , Fasa pecutan dan Fasa penamat. Seseorang yang

    dapat menguasai keempat-empat fasa di atas dengan baik akan menjadi seorang

    pelari yang baik. Setiap fasa yang dinyatakan di atas mempunyai teknik-teknik

    tertentu untuk melakukannya.

    Fasa permulaan ialah permulaan yang baik dapat membantu seseorang pelari

    pecut dalam lariannya.Teknik gaya dekam biasanya digunakan dalam permulaan

    larian. Gaya dekam terbahagi kepada tiga cara, iaitu cara peluru/pendek dengan

    berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1 tapak, cara sederhana dengan

    berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 tapak dan cara panjang dengan

    berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 tapak.

    Bagi memulakan larian pecut, murid perlulah didedahkan dengan kemahiran-

    kemahiran awal lari pecut atau lebih dikenali sebagai ansur maju dalam lari pecut.

    Latihan ansur maju terdiri daripada latihan mendorong, latihan teknik pecut, latihan

    kekuatan kaki, dan latihan pecutan. Fasa permulaan juga terdiri daripada 2

    peringkat,iaitu peringkat ke garisan dengan jarak yang sesuai dari garisan mula

    dengan bahagian hadapan dan belakang blok permulaan dan peringkat sedia.

    Fasa berlepas pula merupakan suatu tindakan eksplosif di mana sebaik

    sahaja pelari mendengar isyarat mula atau bunyi letupan pistol. Seperti fasa

    permulaan, fasa berlepas juga mempunyai teknik-teknik tertentu untuk menjadi

    seorang pelari pecut yang baik.Teknik fasa berlepas ialah kaki hadapan diluruskan

    serta-merta dan lutut kaki belakang dibawa ke hadapan, tangan diayun untuk

    mengimbangi aksi kaki, badan masih lagi membongkok ke hadapan lima hingga

    enam meter yang pertama dan elakkan daripada melompat ke hadapan untuk

    langkah pertama.

  • 8/3/2019 Nota Larian Pecut 100 Meter

    2/2

    ISL OLARAGANURHAFIZAH FATIN BINTI MOHAMAD HAMSAN

    Seterusnya Fasa Pecutan biasanya, fasa ini berlaku apabila pelari telah

    berlari sejauh 40 meter dari blok permulaan. Fasa ini dikekalkan kadar pecutannya

    sehingga ke garisan penamat. Teknik bagi fasa pecutan ialah langkahan semakin

    panjang dan lutut tinggi, berlari di atas bebola kaki dan bengkokkan siku kira-kira 90

    darjah.

    Fasa terakhir larian pecut 100 meter ialah Fasa Penamat. Fasa penamat

    merupakan fasa terakhir dalam lari pecut. Perhatian perlu dititikberatkan semasa

    menghampiri garisan penamat.Teknik fasa penamat ialah terus berlari tanpa

    mengurangkan kepantasan sehingga melepasi garisan penamat , bahagian dada

    atau torso dibawa ke hadapan dan badan dicondongkan sedikit.

    Peraturan bagi pelari ialah pelari yang didapati bersalah kerana menghalang

    laluan larian peserta lain, akan dibatalkan penyertaan. Dalam kes ini, acara larian

    akan dilakukan semula atas budi bicara pengadil.Pelari tidak dibenarkan untuk

    berlari di kawasan lengkungan dalam trek.Pemantau teknikal, akan memantau

    perlumbaan pada peringkat saringan, suku akhir dan separuh akhir.Panjang dan

    lebar trek larian perlu mengikut piawaian IAAF; International Association of Athletic

    Federation. Mana-mana pelari yang false start akan diberi amaran sekali. Apabila

    pelari berkenaan melakukan kesalahan kedua, dia akan dibatalkan

    penyertaan.Kiraan masa dihitung menggunakan alatan yang diperakukan.Sebarang

    mata tidak akan diberikan kepada pelari yang gagal untuk menghabiskan

    perlumbaan. Jika perlumbaan melibatkan lebih daripada 10 peserta, saringan akan

    dilakukan. Peserta yang teratas dalam senarai perlumbaan saringan akan bertemu

    pada pusingan yang seterusnya.

    Aspek keselamatan dalam larian pecut ialah lakukan aktiviti memanaskan

    badan yang dimulakan dengan berjoging dan regangan,tingkatkan intensiti senaman

    dengan langkah yang panjang dan pantas, lari pecut jarak dekat dan latihan fasa

    permulaan,amalkan latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal

    terutamanya komponen kekuatan otot, kuasa dan kelajuan,pakai pakaian yang

    sesuai dan bebas, gunakan kasut khas (spike) yang sesuai dengan permukaan

    balapan dan pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas daripada benda-

    benda yang berbahaya.