Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

15
Bahagian Usul Fiqh (Tingkatan 4) Tajuk: Dalil-dalil Hukum Yang Tidak Disepakati 1. Terdapat beberapa dalil lain yang tidak disepakati oleh para ulama. 2. Maksud ‘tidak disepakati’ di sini ialah tidak semua ulama menerima autoritinya. 3. Namun begitu, dalil-dalil ini diakui mempunyai peranan besar dalam pembentukan hukum-hukum syarak yang sering digunakan oleh para ulama terkemuka dalam ijtihad-ijtihad mereka. 4. Dalil-dalil tersebut ialah: 1

description

Nota Usul Fiqh Ting. 4-Dalil Tidak Disepakati

Transcript of Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

Page 1: Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

Bahagian Usul Fiqh (Tingkatan 4)

Tajuk: Dalil-dalil Hukum Yang Tidak Disepakati

1. Terdapat beberapa dalil lain yang tidak disepakati oleh para ulama.2. Maksud ‘tidak disepakati’ di sini ialah tidak semua ulama menerima autoritinya.3. Namun begitu, dalil-dalil ini diakui mempunyai peranan besar dalam pembentukan hukum-hukum syarak yang sering digunakan oleh para

ulama terkemuka dalam ijtihad-ijtihad mereka.4. Dalil-dalil tersebut ialah:

1

Page 2: Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

Bahagian Usul Fiqh (Tingkatan 4)

Bil. Dalil Yang Tidak

Disepakati

Takrif / Maksud Pembahagian Contoh Autoriti

1

Al-I

stih

san

(

ساناالستح

)

Bahasa: Menganggap sesuatu sebagai baik.

Istilah: Menggunakan qias yang tidak nyata / dengan meninggalkan qias yang nyata / atau mengecualikan sesuatu perkara / dari dalil atau kaedah umum / berdasarkan dalil-dalil yang tertentu./

1) Menggunakan qias tidak nyata )خفي) dengan meninggalkan qias nyata ( (جلي

Sisa minuman burung helang suci dengan mengqiaskan kepada lebihan minuman manusia kerana persamaan kedua-duanya dari segi dagingnya yang tidak halal dimakan.

*Ia dinamakan qias tidak nyata kerana persamaan kedua-duanya tidak nyata, iaitu binatang dengan manusia.

1) Mazhab Hanafi: Menerima autoriti al-Istihsan kerana mengikut prinsip kemudahan yang memang telah diakui oleh Syarak.

2) Imam Syafie: Menolak penggunaan al-Istihsan kerana ia membuka ruang kepada manusia menentukan hukum mengikut nafsu.

2) Mengecualikan sesuatu dari dalil atau kaedah umum.

Jual beli salam atau tempahan dikira harus.

*Berdasarkan dalil atau kaedah umum, menjual sesuatu yang belum ada adalah tidak harus. Tetapi berdasarkan nas dan ijmak, kedua-duanya diharuskan. Pengecualian ini dinamakan al-Istihsan.

2

Page 3: Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

Bahagian Usul Fiqh (Tingkatan 4)

Bil. Dalil Yang Tidak

Disepakati

Takrif / Maksud Pembahagian Contoh Autoriti

2Al

-Mas

olih

al-M

ursa

lah

(

صالح

المرسلةالم

)

-Dikenali juga sebagai Al-Istislah ( االستصالح (.

Bahasa:

-Al-Masolih (المصالح): Kemaslahatan atau kebaikan.

-Al-Mursalah (المرسلة): Dilepaskan.

Istilah:

Menentukan hukum sesuatu / berdasarkan kepada kemaslahatan tertentu / yang tiada ketentuan nas / mahupun al-ijmak / yang menerima atau

menolaknya./

*Untuk menggunakan dalil ini, para mujtahid hendaklah mengambil kira ketiga-tiga jenis maslahah ini mengikut keutamaan.

-Para ulama telah membahagikan kemaslahatan manusia kepada 3 tahap mengikut keutamaan:

a) Ulama bersepakat bahawa al-masalih al-mursalah tidak menjadi hujah dalam perkara2 ibadat kerana ketentuannya (ketentuan ibadat) semata-mata berdasarkan wahyu.

b) Mereka berselisih pendapat dalam perkara selain ibadat:

1) Jumhur ulama: menerimanya kerana mengandungi kemaslahatan & keperluan manusia. Selain itu, keperluan manusia sering berubah mengikut masa dan tempat. Jika tiada ruang menentukan hukum berdasarkan maslahah, Syariat tidak akan memenuhi keperluan semasa.

2)Sebahagian ulama: Menolak kerana manusia membuat hukum mengikut nafsu.

1) Keperluan mendesak ات Keperluan2 :((الضروري

utama yang bergantung kehidupan manusia kepadanya.

-Disyariatkan hukuman qisas untuk memelihara nyawa manusia.

-Dibenarkan memakan bangkai ketika terdesak sekadar untuk menyambung kehidupan.

2) Keperluan biasa ( ات :(الحاجي Keperluan2 yang diperlukan manusia untuk mengelakkan dari kesukaran.

Diberi rukhsah kepada orang musafir untuk berbuka puasa serta mengqasar dan menjamakkan solat2

tertentu.

3) Keperluan kesempurnaan (ات :(الكمالي Keperluan2 yang menentukan keselesaan kehidupan manusia.

Disyariatkan memakai pakaian yang menutup aurat dan bersih serta beradab sopan dalam pergaulan.

3

Page 4: Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

Bahagian Usul Fiqh (Tingkatan 4)

Bil. Dalil Yang Tidak

Disepakati

Takrif / Maksud Pembahagian Contoh Autoriti

3Al

-Ist

isha

b (

بصحا

االست

)

Bahasa: Minta bersama-sama atau bersahabat.

Istilah: Menggunakan sesuatu hukum yang thabit melalui dalil pada masa lalu sehingga ada dalil lain yang mengubahnya.

1) Hukum wajib jihad kekal hingga kiamat:

قال قال، أنس عن الله صلى الله رسول اد--هجلا: وس--لم علي--ه

الله ينثعب نذم اضم يتمأ رآخ لاتقي أن إلى

الجالد .

Maksudnya: Daripada Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: Jihad berterusan sejak aku diutuskan oleh Allah sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.

2) Orang berwuduk dikira masih ada wuduk sekiranya tiada bukti wuduknya batal.

3)Seseorang tidak dikira berhutang jika tiada bukti dia berhutang sebelumnya.

-Jumhur Ulama telah menerima al-Istishab sebagai dalil hukum syarak. Kerana bagi mereka, jika sesuatu hukum tidak dianggap berkekalan walaupun tiada dalil lain yang mengubahnya, ia akan menyebabkan syariat tidak akan kekal kerana secara keseluruhan, hukum-hukumnya sentiasa terdedah kepada perubahan dan penasakhan.

-Sebahagian ulama menolak penggunaan al-Istishab , antaranya sebahagian ulama generasi awal Mazhab Hanafi dan kebanyakan ulama Kalam.

4

Page 5: Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

Bahagian Usul Fiqh (Tingkatan 4)

Bil. Dalil Yang Tidak

Disepakati

Takrif / Maksud Pembahagian Contoh Autoriti

4Sa

ddu

al-D

zaro

i’

(

الذرائع سد )

Bahasa: Menutup jalan2

kejahatan.

Istilah: Menghalang perkara-perkara harus yang boleh membawa kepada perkara-perkara yang haram.

1) Sesuatu yang pasti membawa kepada keburukan.

1) Membuang bahan toksik ke dalam sungai.

- Ulama sepakat mengharuskan perkara yang jarang membawa kepada keburukan.

- Ulama sepakat mengharamkan perkara yang pasti atau besar kemungkinan membawa keburukan.

2) Sesuatu yang besar kemungkinan membawa kepada keburukan.

2) Menjual anggur kepada pembuat arak.

3) Sesuatu yang berkemungkinan membawa kepada keburukan.

3) Jual barang secara bertangguh @ jual salam kerana boleh mendorong kepada riba.

4) Sesuatu yang jarang membawa kepada keburukan.

4) Menggali lubang di tempat yang jarang dilalui oleh manusia.

5

Page 6: Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

Bahagian Usul Fiqh (Tingkatan 4)

Bil. Dalil Yang Tidak

Disepakati

Takrif / Maksud Pembahagian Contoh Autoriti

5Q

aulu

as-

Soha

biy

(

صحابيقول

ال

)

-Sahabat menurut istilah Usul Fiqh: Orang yang pernah bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan beriman serta berdampingan dengannya untuk jangka masa yang lama.

- Qaulu as-Sohabiy dari segi istilah Usul Fiqh: Kata2 atau perbuatan orang yang pernah bertemu dengan Rasulullah SAW (sahabat Nabi) dalam keadaan beriman serta berdampingan dengannya untuk jangka masa yang lama.

Para ulama bersepakat menerima Qaulu as-Sohabiy dalam perkara-perkara berikut:

i- Jika ia melibatkan perkara2 yang tidak boleh diijtihadkan atau disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW . Qaulu as-Sohabiy dalam bentuk ini dikategorikan sebagai hadis.

ii-Jika ia berlaku dalam bentuk persepakatan semua sahabat, ia dikira sebagai ijmak.

*Selain dari dua perkara di atas, ulama berbeza pandangan tentang penerimaannya sebagai dalil hukum syarak:

1)Imam Malik, As-Syafie dan Ahmad bin Hanbal menerimanya sebagai dalil.

2) Ulama Asy-‘Ariyyah menolaknya.

6

Page 7: Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

Bahagian Usul Fiqh (Tingkatan 4)

Bil. Dalil Yang Tidak

Disepakati

Takrif / Maksud Contoh Autoriti

6

‘Am

alu

Ahli

al-M

adin

ah

(

هلالمدينةعملأ

)

Maksud: Perkataan atau perbuatan yang disepakati oleh penduduk Madinah dalam lingkungan tiga kurun Hijriyyah yang pertama.

-Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwatto’ ( الموطأ ), makmum tidak perlu membaca surah al-Fatihah dalam solat jahriah (bacaan nyaring) berdasarkan amalan penduduk Madinah yang tidak membaca surah al-Fatihah dalam solat jahriah.

1. Kebanyakan ulama tidak menerima amalu ahli al-Madinah sebagai dalil kerana persepakatan mereka hanya berlaku di kalangan manusia biasa yang tidak mustahil melakukan kesilapan.

2. Imam Malik menganggap amalu ahli al-Madinah sebagai dalil hukum syarak, bahkan mendahulukan penggunaannya berbanding al-qiyas, hadis ahad dan qaul as-sohabiy. Beliau berhujah dengan kelebihan Madinah sebagai tempat yang mulia dan menyimpan khazanah wahyu serta kenabian yang tiada pada tempat lain.

7

Page 8: Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

Bahagian Usul Fiqh (Tingkatan 4)

Bil. Dalil Yang Tidak

Disepakati

Takrif / Maksud Contoh Autoriti

7

Syar

’u M

an Q

obla

na

(

شرعقبلنامن

)Syar’u Man Qoblana bermaksud: Syariat rasul2

terdahulu yang terdapat dalam al-Quran atau al-Sunnah, tetapi tiada arahan supaya kita mengikuti atau menghindarinya.

Poligami yang asalnya menjadi amalan masyarakat Arab diteruskan dalam Islam dengan meletakkan had maksimum 4 orang isteri, selain suami dikenakan syarat supaya berlaku adil terhadap isteri2 dari segi pemberian nafkah dan giliran.

-Para ulama bersepakat mengatakan bahawa syariat rasul2 terdahulu yang terdapat arahan dalam al-Quran dan al-Sunnah supaya kita mengikutinya, hendaklah diterima. Jika terdapat dalil yang menunjukkan pemansuhannya, ia dengan sendiri terbatal.

-Jika tiada dalil menunjukkan ia diterima atau dinasakhkan, para ulama berbeza pandangan:

1) Jumhur ulama mazhab Hanafi dan sebahagian ulama mazhab Maliki dan Hanbali: menerimanya sebagai dalil hukum syarak.

-Hujah mereka: Setiap hukum yang disebutkan dalam al-Quran dan al-Sunnah sekalipun berasal drp syariat rasul2 terdahulu mesti diikuti kerana ia merupakan wahyu Allah.

8

Page 9: Nota Usul Fiqh T4 Dalil2 Yg Tdk Disepakati

Bahagian Usul Fiqh (Tingkatan 4)

Bil. Dalil Yang Tidak

Disepakati

Takrif / Maksud Pembahagian Contoh Autoriti

8

Al-‘

Urf

u w

al ‘A

dah

(

ف

والعادةالعر

)-Al-‘urfu (العرف) mempunyai makna yang sama dengan al-‘adah (العادة).

-Menurut istilah Usul Fiqh, Al-‘Urfu wal ‘Adah ialah:

“Perkataan atau perbuatan yang menjadi kebiasaan sekumpulan manusia dan diterima baik oleh akal yang sejahtera.”

i. Uruf Sohih ( صحيح tidak :(عرفbercanggah dengan Islam. Adat merisik dan

meminang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu untuk memilih calon isteri.

-Diiktiraf sebagai salah satu dalil hukum oleh kebanyakan ulama, terutama mazhab Hanafi dan Maliki.

-Kebanyakan ulama menerima pengaplikasian al-urfu khusunya melalui kaedah fiqhiyyah yang utama, iaitu

محكمة “ adat) ”العادةdirujuk dalam penentuan hukum). Namun penerimaan ini hanya khusus kepada uruf sohih, iaitu uruf yang tidak bercanggah dengan nas.

ii. Uruf Fasid ( عرف : (فاسدbercanggah dengan Islam. Cth : dedah aurat

Amalan menepung tawar, pergaulan bebas, minum arak, dedah aurat, bersalaman lelaki-perempuan bukan mahram.

9