numissmatik

download numissmatik

of 16

Transcript of numissmatik

  • 7/30/2019 numissmatik

    1/16

    Pendahuluan

    Sebelum memahami mengapa arkeologi islam penting sebagai disiplin ilmu kita

    perlu terlebih dahulu memahami apakah itu arkeologi.Ramai sarjana yang memberi maksud

    mengenai arkeologi seperti Grahame Clark,Stuart Piggot dan James Deetz. Grahame Clarke

    menyatakan arkeologi dalam tulisannyaArcheology and Society merujuk kepada Arkeologi

    merupakan satu pegajian yang sistematik tentang benda-benda kuno sebagai suatu alat untuk

    membina semula masa lampau .Beliau menambah lagi ,walaupun pengajian arkeologi

    bergantung kepada arifak ,mengklasifikasikannya dan menjelaskan perkembangan gayanya

    ,arkeologi juga perlu memberikan gambaran lebih luas tentang bentuk,tekstur,dan

    artistiknya.Sehingga ahli arkeologi itu dapat membezakan pelbagai tinggalan budaya yang

    terpisah,menentukan tahap perkembangan sejarahnya ,atau mengenalpasti pelbagai tradisi

    yang berbeza-beza1. Namun begitu James Deetz pula memberi pendapat berbeza mengenai

    definisi arkeologi. Menurut beliau, Arkeologi sebagai disiplin yang memusatkan

    perhatiannya terhadap item-item tertentu dari ahli antropologi, beliau menganggap

    arkeologi tidak boleh didefinisikan kecuali dalam hubungannya dengan antropologi iaitu

    arkeologi sebagai suatu disiplin yang mana antropologi menjadi bidangnya. Perkara ini

    diterima oleh kebanyakan universiti-universiti di Amerika Syarikat yang mana arkeologi

    dianggap disiplin kecil antropologi iaitu kajian berkaitan manusia dari pelbagai aspek seperti

    fizikal, budaya, sosial, linguistik dan sejarah2.Walau apa pun definisi yang diberikan oleh

    sarjana ,namun tidak dapat menafikan bahawa arkeologi islam amat penting kepada bidang

    pengajian sejarah Oleh tu, dapat dirumuskan bahawa arkeologi merupakan antara satu kaedah

    atau sumber yang dapat menyumbang kepada kewujudan fakta sejarah yang dapat

    menceritakan peradaban mahupun peristiwa akan sesuatu kejadian dahulu. Kaedah gali cari

    dapat membantu manusia untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas terhadap sesuatu

    1Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,Jakarta,Kepustakaan Popular Gramedia,2010,hlm 1

    2Shakila Yaacob ,Arkeologi Prasejarah (edisi pertama). Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990 , hlm 5

  • 7/30/2019 numissmatik

    2/16

    tafsiran misalnya berkenaan penempatan kota3.Dari sini kita dapat merumuskan bahawa

    arkeologi islam sebagai disiplin ilmu amat penting dalam bidang pengajian sejarah.

    Menambahkan pengamatan dan pengetahuan mengenai sejarah

    Melalui arkeologi islam kita dapat menambah pengetahuan dan pengamatan kita

    terhadap sejarah islam yang pernah berlangsung di Malaysia dan Nusantara.Mungkin kita

    dapat memperoleh maklumat mengenai sejarah kerajaan islam di Nusantara melalui sumber

    bertulis seperti dokumen,mahupun pensejarahan awal alam melayu seperti Sejarah Melayu

    yang ditulis Tun Sri Lanang atau Hikayat Raja Pasai dan sumber bertulis lain,namun melalui

    jumpaan data arkeologi ia dapat menambahkan lagi pengamatan dan pengetahuan kita serta

    dapat memperjelaskan lagi pengetahuan kita terhadap kerajaan awal islam serta

    masyarakatnya sama ada dari aspek politik,ekonomi,dan sosial .Sejarah Melayu menceritakan

    kepesatan perdagangan dan kemajuan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan

    Sultan-sultan Melaka dan mungkin kita dapat membayangkan kepesatan aktiviti perdagangan

    yang berlangsung di pelabuhan Melaka.Melalui jumpaan arkeologi seperti mata wang zaman

    kesultanan Melaka maka menambah lagi pengetahuan kita mengenai kepesatan perdagangan

    di Melaka.Melalui jumpaan mata wang yang mengunakan gelaran berunsurkan islam

    misalnya dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kedudukan islam

    dalam Kesultanan Melayu Melaka yang dianggap sebagai agama rasmi kerajaan. Sebagai

    kajian terhadap bentuk mata wang syiling berunsur Melayu-Islam,Kesultanan Melaka hanya

    melibatkan empat orang Sultan sahaja iaitu Sultan Muzaffar Shah (1445-1459),Sultan

    Mansur Shah (1459-1477),Sultan Ahmad Shah (1510) dan Sultan Mahmud Shah (1488-

    1511).Dari segi pengertian secara khusus,syiling merupakan mata wang yang diperbuat

    daripada logam dan dapat dibahagikan kepada dua iaitu pertama dihasilkan untuk tujuan jual

    3

    Mohd Supian Sabtu, Sejarah Masih Releven: Arkeologi sebagai Sumber Sejarah.Karisma PublicationSdn.Bhd,2001,hal 362.

  • 7/30/2019 numissmatik

    3/16

    beli dalam urusan perdagangan atau pertukaran dan kedua,sebagai memperingati sesuatu

    peristiwa.4

    Mata Wang Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada bentuk yang seragam

    iaitu berbentuk bulat, tulisan terdapat pada bahagian hadapan dan belakang syiling yang

    menggunakan tulisan Jawi5, bahasa yang digunakan adalah bercampur antara Bahasa Melayu

    dan Bahasa Arab6, wang syiling dibuat daripada timah yang merupakan bahan utama

    digunakan untuk membuat wang syiling7. Syiling yang dikeluarkan Sultan Muzafar Syah

    menunjukan nama baginda iaitu Sultan Muzafar Shah telah ditulis dibahagian hadapan wang

    syiling ini dan ditulis dalam lingkungan dua baris sahaja.8

    Pada bahagian belakang, telah

    ditulis gelaran baginda iaitu Nasir-Al- Dunia Waidin yang mempunyai lingkungan dalam

    tiga baris sahaja.9Bukti-bukti dari jumpaan syiling Melaka dapat menambahkan pengetahuan

    dan pengamatan kita terhadap kesultanan Melayu-Islam Melaka.Pengunaan nama sultan yang

    memerintah serta gelaran pemerintah pada mata wang menunjukan satu perlambangan simbol

    kekuasaan kerajaan yang memerintah pada ketika itu.Penemuan arkeologi dilihat menambah

    pengetahuan dan pengamatan terhadap sejarah.

    Membuktikan wujudnya interaksi dan hubungan diantara dua masyarakat yang

    berbeza

    Melalui persamaan dalam aspek numismatik ,seni bina mahupun batu nisan dapat

    kita memberi gambaran dan maklumat kepada kita bahawa wujud interaksi diantara dua

    masyarakat atau kerajaan di wilayah yang berbeza.Dalam sumber bertulis awal seperti

    Sulalatus Salatin menceritakan mengenai hubungan yang wujud diantara kesultanan Melayu

    4 Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu abad-15 hingga ke-19M.Kajian dari Perspektif

    Numismatik dan Arkeologi,Mohd Supian Sabtu,hlm 385 Bank Negara Malaysia, Our Currency Legacy, Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia, 1988, hlm. 4.6Mohd Supian bin Sabtu, Pengukuhan Melaka Oleh Parameswara: Kesan, Perkembangan dan Kronologi

    Numismatik, dalam Prof. Emeritus Dato Mohd Yusoff Hashim (Penyelenggara), Parameswara Pengasas

    Empayar Melaka, hlm. 53.7

    Hussain bin Mahmud, Sejarah Mata Wang, Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu Berhad, 1967hlm. 27.8Ibid.

    9Ibid.

  • 7/30/2019 numissmatik

    4/16

    Melaka dengan kerajaan awal lain di Nusantara dan luar Nusantara.Melalui penemuan data

    arkeologi kita dapat membuktikan bahawa hubungan tersebut benar-benar wujud dan

    berlangsung pada era tersebut.Interaksi mungkin dalam bentuk perkahwinan mahupun

    perdagangan yang menyebabkan persamaan dalam jumpaan arkeologi di kawasan yang

    berbeza.Penemuan batu nisan Acheh dibeberapa kawasan di Malaysia seperti Melaka,Johor

    dan Negeri Sembilan yang berasal dari Acheh membuktikan wujudnya hubungan diantara

    kedua kawasan10

    .Tom Pires menyatakan raja Melaka iaitu Parameswara memeluk islam

    apabila mengahwini puteri Raja Pasai ,hal ini dapat disokong melalui jumpaan data arkeologi

    .Tipologi batu-batu nisan Sultan Melaka memiliki persamaan dengan batu nisan yang ada di

    Samudera-Pasai .Interaksi turut dapat dilihat melalui persamaan dalam syiling emas antara

    kerajaan Pasai dan Kerajaan Melaka.Syiling yang dikeluarkan Kesultanan Pasai yang

    dikeluarkan oleh Sultan Muhammad Malik al-Zahir (memerintah antara tahun 1297-1326)

    dan baginda menggunakan gelaran al-Sultan al-adil11

    manakala Syiling yang dikeluarkan

    Sultan Muzafar Syah menunjukan nama baginda iaitu Sultan Muzafar Shah telah ditulis

    dibahagian hadapan wang syiling ini dan ditulis dalam lingkungan dua baris sahaja.12

    Pada

    bahagian belakang, telah ditulis gelaran baginda iaitu Nasir-Al- Dunia Waidin yang

    mempunyai lingkungan dalam tiga baris sahaja13

    .

    Interaksi turut dapat dilihat melalui struktur binaan dan sebagainya,contoh yang jelas

    ialah persamaan struktur binaan masjid Tua Kampung Laut di Kelantan dengan binaan

    masjid Agung Demak.Kebanyakan masjid tua menunjukan persamaan seperti masjid Tua

    Kampung Laut di Kelantan,Masjid Ampangan di Negeri Sembilan ,Masjid Air Baloi dan

    Kampung Merlong di Johor serta beberapa masjid tua lain di Malaysia menunjukan

    10Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 6

    11Ibid, Mohd Supian Sabtu, Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu abad-15 hingga ke-19M.Kajian

    dari Perspektif Numismatik dan Arkeologi, hlm 3912 Ibid.13

    Ibid

  • 7/30/2019 numissmatik

    5/16

    persamaan dengan masjid Agung Demak dan Masjid Agung Banten dan masjid Agung

    Cirebon melalui binaan struktur atap yang bertingkat samada dua,tiga,empat atau lebih14

    .Hal

    ini membuktikan melalui data arkeologi kita dapat membuktikan wujudnya interaksi diantara

    dua masyarakat atau kerajaan yang berbeza.

    Memahami sistem sosial dan adat sesebuah masyarakat

    Melalui kaedah arkeologi dan data arkeologi kita turut dapat memahami budaya

    dan adat sesebuah kawasan.Pemahaman mengenai mobilasi sosial terutamanya yang

    berbentuk Horizontal dapat dicungkil melalui data-data arkeologi.Contohnya penemuan

    binaan kota-kota kerajaan Islam di demak ,Kudus ,dan Cirebon dapat dianalisa adanya

    mobilisasi sosial tukang-tukang dari satu tempat ke tempat lain melalui persamaan bentuk

    binaan15

    .Hal lain ialah pemakaman Islam yang ditempatkan diatas bukit seperti makam

    Sunan Gunung Jati,Sunan Muria, Sunan Giri,makam Sultan-sultan Yongyakarta dan Solo di

    Imogiri dan makam Sunan Sendang di Sendangsuwur .Kesemua makam tersebut menunjukan

    makam yang ditempatkan ditempat yang paling tinggi merupakan makam yang paling suci

    ,jika kawasan berbentuk dataran rata pula ,kuburan orang-orang yang dianggap suci

    ditempatkan dibahagian belakang iaitu kawasan ketiga .Demikian juga batu nisan dan

    kijingnya yang berbentuk berundak menunjukan kedudukan status sosialnya yang

    tinggi16

    .Hal ini menunjukan bagaimana kepentingan arkeologi islam dalam memahami aspek

    budaya sesebuah masyarakat.

    14

    Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 615Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 5

    16Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 5

  • 7/30/2019 numissmatik

    6/16

    Mewujudkan penemuan maklumat baru

    Melalui penemuan data arkeologi turut dapat membawa kepada pembaharuan

    dalam sejarah dan memperbaiki fakta sejarah sedia ada terutamanya yang diperolehi melalui

    sumber bertulis.Menurut Sejarah Brunai perkahwinan Awang Alak Betatar dengan salah

    seorang Puteri Sultan Melaka membawa kepada pengislaman Awang Alak Betatar.Tradisi

    lain menyatakan pengislamannya hasil perkahwinan beliau dengan puteri Sultan Johor(H.R

    Hughes-Hallet,M.C.S,1940,25) .Jika dinilai kepada dua sumber ini bermakna proses

    pengislaman di Brunai berlaku agak lewat.Melalui jumpaan data arkeologi batu nisan Putri

    Sultan Abdul Majid Bin Sultan Muhammad Syah bertanggal 440 hijrah atau 1048 masihi

    iaitu tarikh yang lebih awal dari pemerintahan Awang Alak Betatar pada awal abad ke-15.Hal

    ini memberi maklumat bahawa islam datang ke Brunai lebih awal iaitu pada abad ke-11 dan

    penyebaran islam dikatakan dilakukan pedagang arab dan Parsi17

    . Hal ini memperlihatkan

    kepada kita kepentingan arkeologi islam sebagai satu disiplin ilmu yang membantu daam

    penemuan data dan maklumat baru sejarah. Maklumat baru turut diperoleh mengenai

    kedatangan islam di Nusantara,ramai melihat kerajaan Melayu Samudera-Pasai terawal

    menerima islam ,namun melalui jumpaan batu nisan syeikh Muhammad yang tidak diketahui

    tarikh kematiannya tetapi melalui kajian arkeologi keatas batu nisan tersebut di Barus

    mendapati ia bertarikh 602 Hijrah lebih awal dari batu nisan Sultan Malik As Salih yang

    dikatakan yang terawal memeluk islam di Alam Melayu18

    .

    Mempelbagaikan cabang ilmu

    Kepentingan arkeologi islam turut dilihat dalam menyumbang kepada

    perkembangan pelbagai cabang disiplin ilmu.Melalui arkeologi islam pelbagai maklumat

    dapat diperoleh bagi tujuan kajian ilmu numismatik,environmental archaeology(arkeologi

    17Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 25

    18Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 14

  • 7/30/2019 numissmatik

    7/16

    alam sekitar),antropologi iaitu berkenaan sistem sosial dan kebudayaan masyarakat serta

    pelbagai ilmu lain lagi.Kajian mengenai lingusitik turut dapat dilakukan melalui data

    arkeologi seperti mengkaji perkembangan sistem bahasa dan tulisan di Malaysia dan

    Nusantara.Sebagai contoh penemuan batu bersurat Minye Tujuh di Acheh 1380 masihi yang

    terdapat tulisan india dan arab ,samskrit dan jawa kuno, dari sini kita dapat melihat

    perkembangan bahasa di Nusantara yang bermula dari Sanskrit,jawa kuno dan seterusnya

    bahasa Melayu Klasik yang dipengaruhi bahasa Arab yang menunjukan proses

    perkembangan bahasa di Nusantara .Melalui arkeologi turut memperluaskan ilmu kajian

    Numismatik .Pengenalan sistem mata wang dalam kerajaan Islam telah menukarkan corak

    urusan jual beli sistem barterkepada sistem mata wang19

    yang menampakkan keistimewaan

    yang tersendiri serta dapat mengatasi masalah yang timbul daripada sistem barterini seperti

    kadar tukaran barang sukar untuk ditentukan, barang sukar disukat dan barang sukar untuk

    dibawa.Penggunaan mata wang dalam pemerintahan Islam Melayu pernah berlaku semasa

    pemerintahan Kerajaan Samudera Pasai pada tahun 1297 sehingga 1326. Wang emas yang

    dinamakan dirham yang mempunyai berat 0.60 gram dan mutu 1/8 telah digunakan sebagai

    alat pembayaran. Pada muka wang ini tertera nama Muhammad Malik al-Zahir20

    .Kesultanan

    Melayu Melaka di era pemerintahan Sultan Mahmud Syah(1488-1511) Ini dapat dilihat

    melalui ukiran nama yang terdapat pada wang syiling yang dikeluarkan oleh baginda. Pada

    wang syiling 1 pitis yang berukuran 21 mm sehingga 22 mm dan beratnya 3.0 gm, pada

    bahagian hadapan wang syiling ini mempunyai ukiran nama baginda iaitu Al-Sultan Mahmud

    Shah dan bahagian belakang wang syiling ini mempunyai ukiran gelaran baginda iaitu Al-

    Adil.21

    Selain itu cabang ilmu lain ialah kajian ilmu perundangan mengenai sistem

    perundangan syariah melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu yang terkandung

    19Hussain bin Mahmud (1967). Sejarah Mata Wang. Penerbit Utusan Melayu, hal 2.

    20Ismail Hussein (1995).Tamadun Melayu Jilid Tiga: Nilai Mata Wang Raja-raja di Dunia Melayu.Dewan

    Bahasa dan Pustaka, hal 133721 Mohd. Supian Sabtu,Bentuk Mata Wang Kesultanan Di Tanah Melayu Abad Ke -15 Hingga ke-19 M : KajianDari Perspektif Numismatik Dan Arkeologi, hlm. 50.

  • 7/30/2019 numissmatik

    8/16

    maklumat mengenai undang-undang islam yang diamalkan di Mandulika ,ada perkataan

    mengenai Allah dan Rasul,disamping bukti campuran undang-undang islam dan undang-

    undang adat,membabitkan 9-10 berkaitan hukum muamalat(hutang-piutang,kesalahan enggan

    membayar denda),berkaitan hukum keatas penzina ,namun sebahagian daripada hukuman ini

    kurang lengkap dari segi penerangan kerana ada serpihan batu yang hilang22

    . Melalui kajian

    arkeologi pengkajian numismatik dapat diperluaskan dan dapat memahami sejarah kesultanan

    Islam.

    Menghayati Keindahan kerajaan islam awal

    Keindahan kerajaan awal islam dapat dilihat melalui aspek numismatik,seni bina

    dan dekoratif dalam struktur binaan awal kerajaan islam seperti masjid. Syiling emas di

    negeri Kelantan menggunakan gelaranAl Julus Kelantan Shah pada bahagianpermukaan dan

    bahagian belakang masih mengekalkan gelaran al-Mutawakkil Ali Allah yang mempunyai

    ukuran diameter sekitar 10.55mm dengan berat 0.6 gram.Daripada kajian William Shaw dan

    Mohd Kasim Haji Ali,kita mengetahui bahawa di belakang mata wang emas Kelantan -Patani

    yang tertera jenis kijang dan matahari terdapat ungkapan Malik al-adil yang menunjukan

    kedudukan islam sebagai agama rasmi kerajaan islam di Kelantan.23

    Melalui seni bina kita

    dapat membuat tafsiran dan menghuraikan tujuan setiap ukiran dibuat.Melalui batu nisan

    Acheh yang ditemui mengandungi pesanan tersirat sufisme.Pesanan itu mengenai pandangan

    hidup sufi seperti kematian dan perjalanan mistik jiwa menuju singahsana Tuhan untuk

    berkomunikasi denganNya.Antara batu nisan yang memiliki pesanan sufisme seperti batu

    nisan Marhum Berdarah Puteh di Pagoh-Muar,Batu Nisan Sultan Allaudin Riayat Syah ,batu

    nisah Raja Fatimah dan Raja Jamil ,makam Nibong dan banyak lagi.Masjid tua di Indonesia

    22Rahimin Affendi Abd Rahim,Batu Bersurat Terengganu:Satu Tafsiran Terhadap

    Pelaksanaan Syariah Islam, Jurnal Fiqh, No. 7 (2010) 107-148,hlm 12423 Tamadun Malayu Jilid Tiga,Ismail Hussein,Abdul Aziz Derahman,Abdul Rahman Al-Ahmad,DewanBahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur,1995 hlm 1346

  • 7/30/2019 numissmatik

    9/16

    dan Malaysia seperti Masjid Agung Demak dan Masjid Tua Kampung Laut menunjukan

    dekoratif kaligrafi ayat-ayat Al Quran pada dinding masjid yang dikatakan bertujuan

    memujuk masyarakat memeluk islam24

    .Kewujudan masjid turut menunjukan masyarakat

    awal yang memeluk islam di Nusantara telah memiliki institusi untuk melakukan ibadat dan

    tujuan pengajian keagamaan kerana masjid selain dari dijadikan tempat beribadat turut

    dijadikan tempat pengajian agama.

    Melalui arkeologi islam dapat melihat sistem ekonomi dan kepandaian masyarakat

    Melalui jumpaan data arkeologi juga dapat membantu dalam memahami sistem

    ekonomi masyarakat islam awal di Malaysia dan Nusantara.Kewujudan mata wang

    kesultanan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan Pasai membuktikan

    kepesatan ekonomi masyarakat yang terlibat dalam aktiviti jual beli dan

    perdagangan.Penemuan seramik dari kajian arkeologi di ibu kota Banten,Goa dan Acheh

    memperlihatkan bukti hubungan perdagangan dengan kerajaan Siam,Tiangkok,Eropah Timur

    dan Jepun25

    .Kewujudan mata wang (Numismatik) turut memperlihatkan kemahiran

    masyarakat melayu dari segi pertukangan sehingga berjaya menghasilkan pelbagai bentuk

    mata wang.Mata wang yang dijumpai melalui kaedah arkeologi memperlihatkan kemahiran

    penempaan masyarakat awal dalam kerajaan Melayu di Nusantara .Melalui bentuk mata

    wang dalam kesultanan Melayu Melaka ,Kesultanan Kelantan ,Terengganu dan Perlis kita

    dapat melihat kemahiran masyarakat Melayu yang tinggi hingga berjaya menghasilkan mata

    wang dalam pelbagai bentuk.Hal ini contohnya dapat dilihat pada penghasilan mata wang

    kesultanan Melayu Terengganu yang berbentuk seperti saluran bunga dan mempunyai enam

    kelompak dengan perkataan Malik Al Adil pada bahagian permukaan .Kepandaian

    masyarakat Melayu turut dapat dilihat dalam penghasilan mata wang di Kelantan iaitu

    24Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 34

    25Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 6

  • 7/30/2019 numissmatik

    10/16

    Kupang Kijang dan Dinar Matahari keduannya tertulis perkataan jawi.Kupang Kijang

    mempunyai gambar kijang di permukaannya ,dan dinar matahari terdapat ukiran bunga atau

    bintang manakala dibelakang kedua syiling ini terdapat nama gelaran Sutlan iaitu Malik Al

    Adil. Bagi duit pitis Kelantan yang dihasilkan dari acuan yang berbentuk pokok duit dan

    apabila hendak digunakan syiling tersebut akan dipatahkan dari dahannya yang peringkat

    awal duit pitis ini diperbuat dari timah sebelum ditukar kepada peauter26

    .

    Menyokong bukti sumber bertulis berbentuk menuskrip atau pensejarahan

    Sumber arkeologi juga disiplin ilmu yang penting dalam menyokong data sejarah

    bertulis yang berbentuk menuskrip dan pensejarahan Melayu awal.Apabila kita melihat

    dalam pelbagai catatan fakta sejarah dijelaskan maklumat berkaitan kedatangan dan

    pertapakan masyarakat Arab sama ada melalui perdagangan, aktiviti mubaligh dalam

    pendakwahan, perkahwinan dan seumpamanya dalam Kesultanan Sulu dan Brunei yang

    mempunyai status de-facto ke atas Borneo Utara. Malah Kesultanan Sulu dikatakan telah

    diasaskan oleh golongan Syarif yang berasal dari Tanah Arab. Cesar Adib Majul umpamanya

    menjelaskan pada tahun 982 M,sebuah kapal dagang Arab dari Mai (Mindoro), Sulu telah

    menuju ke Canton di Negeri China (Cesar Adib Majul, 1973: 39). Ini menunjukkan

    masyarakat Arab telah pun sampai dan bertapak di Kepulauan Sulu (sebagai kawasan

    persinggahan) sehingga penerimaan agama Islam oleh masyarakat tempatan pada abad ke 13

    atau 14 Masihi. Syed Naquib al-Attas dalam bukunya Preliminary Statement On A General

    Teory of The Islamization Of The Malay Indonesian Archipalego menyatakan bahawa

    bukti pertapakan ini berdasarkan penemuan batu nisan orang Islam di Bud Dato,Jolo yang

    bertarikh 1310 M.27

    . Kemasukan agama Islam diceritakan dalalm Sulalatus Salatin yang

    26W.Shaw dan Mohammad Kasim hj Ali,Coins of North Malaya,Kuala Lumpur,Mezium Negara,1971,hlm

    27

    Mohammad Syaukhi Muhammad Radzi,MASYARAKAT ARAB(KETURUNAN SYED )DI TAWAU,SABAH:TINJAUAN TERHADAP SEJARAH PERTAPAKAN DAN SUMBANGAN DARI ASPEK SOSIAL, Borneo Research

    Journal, Volume 1, December 2007,Hlm 190

  • 7/30/2019 numissmatik

    11/16

    membincangkan keajaiban yang menyelubungi kedatangan Islam dalam dua konteks iaitu

    pertama pengislaman Pasai dan keduanya pengislaman Melaka.28

    Namun melalui penemuan

    data arkeologi ia dapat menyokong kebenaran sumber dalam pensejarahan Sulalatus

    Salatin.Ternyata sumber arkeologi amat penting apabila penemuan batu nisan Sultan Malik

    As Salih yang meninggal 696 hijrah ,data arkeologi ini dianggap batu nisan tertua

    mencantumkan nama sultan di wilayah ini29

    .Hikayat Patani misalnya menyatakan mengenai

    pengislaman Raja dan pembesar-pembesar Patani oleh ulama Pasai iaitu Syeikh Said hal ini

    di sokong oleh data arkeologi batu nisan Raja Pasai dan Patani yang menunjukan persamaan

    bentuk dan jenisnya.Dalam Sejarah Kelantan pula diceritakan mengenai ketibaan seorang

    Syeikh Arab dari Patani yang menyebarka agama islam ke Kelantan dan kenyataan ini di

    sokong oleh penemuan kepingan syiling bertarikh 577 hijrah atau 1181 masihi di Kelantan

    menguatkan lagi pengislaman di peringkat awal di negeri ini30

    .

    Sebagai pengukur masa secara relatif

    Berdasarkan kajian data arkeologi terutamanya ciri-ciri perkembangan bentuk binaan

    atau sebagainya boleh menjadi pengukur masa yang amat penting berdasarkan cirri yang

    khusus pada sesuatu binaan.Apabila kita melihat kepada batu nisan Acheh misalnya

    ,perubahan bentuk pada batu nisan Acheh boleh diguna sebagai pengukur kepada zaman atau

    masa kerana bentuk yang khusus pada perubahan batu nisan Acheh tersebut.Peringkat awal

    batu nisan Acheh ditandai dengan bentuk meganlithik,,unsur hindu iaitu lingga atau menhir

    yang dikenali nisan Plakpling yang menyerupai menera dari bangunan suci masyarakat

    hinddu.Contohnya Kompleks makam Ratu Nahrisah di Kabupaten Acheh Utara31

    .Mengikut

    pembahagian yang dilakukan oleh Othman dan Perret membahagi nisan kuno kepada

    28Abdul Rahman Hj Ismail dan Haron Daud (editor),Sulalatu-Us-Salatin (Sejarah Melayu),Cerakinan

    Sejarah,Budayadan Bahasa,hlm. 41.29

    Ibid Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,hlm 1330

    Mohd Zamberi A.Malek,UMAT ISLAM PATANI ,SEJARAH dan POLITIK,SHAH ALAM,HIZBI,1993,hlm 2331Repelita Wahyu Oetomo,Perkembangan Bentuk Batu Nisan Acheh ,Sebagai Wujud Kreativitas Masyarakat

    Acheh Pada Masa Lalu,Jurnal Balai Arkeologi Medan,BAS NO.23/2009,Hlm 83

  • 7/30/2019 numissmatik

    12/16

    beberapa bahagian dasar,badan bahagian bawah,badan bahagian atas, ,bahu,kepala dan

    puncak .Kesimpulannya nisan-nisan yang dijumpai di Johor terbahagi kepada 99 bentuk

    pipih, 7 bentuk tiang.Batu nisan yang dijumpai di Kelurahan Peuniti yang menempatkan

    makam golongan raja dan ulama yang berasal dari Bugis memperlihatkan perbezaan dari segi

    pola hias.Walau bentuk yang hamper sama dari batu nisan sebelumnya yang ketara

    perbezaannya ialah hiasan sehingga nisan tersebut kelihatan bersisik32

    .yang berlebihan di

    badan dan sayap,kepala diukir hingga keluar dari bidang hias Perkembangan batu nisan

    Acheh dapat dilihat pada perkembangan bentuk batu nisan Acheh yang boleh digunakan

    untuk menetukan zaman berdasarkan bentuknya sama ada 1400 masihi,1500 masihi,1600

    masihi atau 1700-1800 masihi.

    32Repelita Wahyu Oetomo,Perkembangan Bentuk Batu Nisan Acheh ,Sebagai Wujud Kreativitas Masyarakat

    Acheh Pada Masa Lalu,Jurnal Balai Arkeologi Medan,BAS NO.23/2009,Hlm 84-86

  • 7/30/2019 numissmatik

    13/16

    Kesimpulannya

    Kesimpulannya arkeologi islam sebagai disiplin ilmu memiliki peranan yang amat

    penting dalam pelbagai bidang terutamanya sejarah dalam memahami sistem

    politik,ekonomi,sosial masyarakat islam awal di Nusantara.Kewujudan bidang pengajian

    arkeologi islam telah memudahkan pemahaman dan penghayatan terhadap kewujudan unsur

    islam dalam masyarakat awal di Malaysia dan Nusantara.Melalui arkeologi islam kajian

    mengenai numismatik,budaya,seni bina mahupun mobiliti sosial masyarakat dapat

    dikenalpasti dengan lebih jelas dan tidak dapat dinafikan bahawa arkeologi islam dapat

    membantu membuktikan kesahihan sumber bertulis.Melihat kepada kepentingan arkeologi

    islam sebagai satu disiplin ilmu maka usaha untuk memperluaskan dan meningkatkan

    pengunaan kaedah arkeologi perlu dipertingkatkan sebagai kaedah penting dalam

    mendapatkan maklumat mengenai kerajaan islam awal di Malaysia dan Nusantara.

    Bibliografi

    1.Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,Jakarta,Kepustakaan Popular Gramedia,2010

    2.Shakila Yaacob ,Arkeologi Prasejarah (edisi pertama). Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990

    3.Mohd Supian Sabtu, Sejarah Masih Releven: Arkeologi sebagai Sumber Sejarah.Karisma

    Publication Sdn.Bhd,2001

    4.Abdul Rahman Hj Ismail dan Haron Daud (editor),Sulalatu-Us-Salatin (Sejarah Melayu),Cerakinan

    Sejarah,Budayadan Bahasa, Pulau Pinang:Penerbit Universiti Sains Malaysia,2008

    5.Hussain bin Mahmud, Sejarah Mata Wang, Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu Berhad, 1967

    6.Ismail Hussein,Abdul Aziz Derahman,Abdul Rahman Al-Ahmad ,Tamadun Malayu Jilid Tiga, ,Dewan

    Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur,1995

  • 7/30/2019 numissmatik

    14/16

    7.Ismail Hussein,Tamadun Melayu Jilid Tiga: Nilai Mata Wang Raja-raja di Dunia Melayu.Dewan

    Bahasa dan Pustaka,1995

    8.Mohammad Syaukhi Muhammad Radzi,MASYARAKAT ARAB(KETURUNAN SYED )DI TAWAU

    ,SABAH:TINJAUAN TERHADAP SEJARAH PERTAPAKAN DAN SUMBANGAN DARI ASPEK SOSIAL,Borneo

    Research Journal, Volume 1, December 2007

    9.Mohd Zamberi A.Malek,UMAT ISLAM PATANI ,SEJARAH dan POLITIK,SHAH ALAM,HIZBI,1993

    10. Rahimin Affendi Abd Rahim,Batu Bersurat Terengganu:Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan

    Syariah Islam, Jurnal Fiqh, No. 7 (2010) 107-148

    11. Repelita Wahyu Oetomo,Perkembangan Bentuk Batu Nisan Acheh ,Sebagai Wujud

    Kreativitas Masyarakat Acheh Pada Masa Lalu,Jurnal Balai Arkeologi Medan,BAS

    NO.23/2009,Hlm

  • 7/30/2019 numissmatik

    15/16

    Masjid Kampung Laut Masjid Agung Demak

    Batu Nisan Aheh di Pasai Batu Nisan dijumpai di Johor

    Mata wang Pasai Mata Wang Melaka

  • 7/30/2019 numissmatik

    16/16