Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN...

33
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT CABARAN INOVASI 2015 Pelan Induk GIS JPS GEOMIND JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

Transcript of Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN...

Page 1: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

Page of 33

Pelan Induk GIS GPS Page

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS JPS GEOMIND

J A B A T A N P E N G A I R A N D A N S A L I R A N

Page 2: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page i

Isi Kandungan

RINGKASAN EKSEKUTIF ......................................................................................... 1

PENGENALAN ........................................................................................................... 2

Latar Belakang ....................................................................................................... 2

Tujuan ..................................................................................................................... 3

Kronologi ................................................................................................................ 3

Kolaborasi ............................................................................................................... 7

Maklumbalas Stakeholder .................................................................................... 13

IMPAK INOVASI ...................................................................................................... 14

Elemen Inovatif/Kreativiti ...................................................................................... 14

Elemen Keberkesanan ......................................................................................... 17

Elemen Signifikan ................................................................................................. 19

Elemen Relevan ................................................................................................... 24

GAMBAR .................................................................................................................. 28

PENUTUP ................................................................................................................ 30

Page 3: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page ii

Senarai Jadual

Jadual 1: Elemen Keberkesanan ............................................................................. 19

Jadual 2: Elemen Relevan ....................................................................................... 22

Senarai Lampiran

Lampiran A: Kronologi Dan Aktiviti Pembangunan Pelan Induk JPS

Lampiran B: Mesyuarat-mesyuarat dan Bengkel

Lampiran C: Cabutan Minit Mesyuarat Dedikasi Geospatial

Lampiran D: Pelancaran Pelan Induk JPS di NRE

Lampiran E: Cabutan Minit Mesyuarat dengan Pihak JUPEM

Lampiran F: Senarai Teras dan Program Terperinci

Page 4: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 1

RINGKASAN EKSEKUTIF

Usaha dan inisiatif yang berterusan bagi mengatur langkah kehadapan perlu

dilaksanakan bersesuaian dengan agenda tranformasi Negara bagi meningkatkan

sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan pada hari ini. Teknologi Geographic

Information System (GIS) adalah amat penting dalam membuat analisa dan

membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang tepat dan cepat dalam

perancangan pembangunan Negara.

GIS telah lama digunakan di Jabatan, tetapi digunakan dan disimpan secara

berasingan. Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) JPS Malaysia telah mengambil

inisiatif untuk menjadikan penggunaan GIS secara bersepadu. Pelan Induk GIS

Bersepadu JPS yang mengandungi 5 Teras dan 23 program telah berjaya

diwujudkan dengan sokongan pihak atasan/bahagian/negeri JPS.

Pelan ini menjadi hala tuju dan garis panduan yang membantu JPS membangunkan

teknologi GIS yang berkesan, terkini dan dapat berfungsi dengan jayanya serta

menepati keperluan semasa bisnes JPS. Ini bagi memastikan program-program dan

inisiatif ICT yang dilaksanakan oleh JPS selaras dengan Dasar Kerajaan iaitu

Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi dengan mengutamakan

pencapaian NKRA serta lain-lain perkembangan teknologi semasa.

Pelan Induk GIS JPS 2014-2018 merupakan satu-satunya pelan yang komprensif

PERTAMA dihasilkan sama ada dikalangan agensi/jabatan di bawah Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) atau di peringkat sektor awam, yang

dibangunkan khusus untuk memastikan pembangunan GIS yang lebih terancang.

Pusat Infrastruktur Data Geospatial (MaCGDI), NRE, sedang berusaha mendapat

Peruntukan Pembangunan RMKe-11 bagi membangunkan pelan yang setara untuk

keseluruhan sektor awam pada Tahun 2016.

Page 5: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 2

PENGENALAN

Latar Belakang

Sebagai sebuah organisasi sektor awam yang terpenting dalam pengurusan

sumber air di Malaysia, penggunaan teknologi geospatial terkini yang setanding

dengan tahap antarabangsa adalah satu keperluan di Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS), Malaysia.

Usaha untuk menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam

pengurusan sumber air khususnya pengurusan banjir, sungai dan zon pantai ini

memerlukan kewujudan strategi pengurusan dan model Sistem Maklumat

Geografi (GIS) yang berkesan yang merangkumi penyatuan pengurusan data dan

perancangan pembangunan aplikasi GIS.

Oleh itu, kajian dan pembentukan pelan strategi yang menyeluruh adalah perlu bagi

merangka pembangunan GIS sebagai platform tunggal secara berpusat yang

diintegrasikan dengan aplikasi „GIS web-based‟ JPS sedia ada. Bagi tujuan tersebut,

Bahagian Pengurusan Maklumat dengan sokongan Jawatankuasa GIS JPS

mengambil inisiatif bertindak sebagai Pengurus Projek melaksanakan kajian ini.

Pelan Induk GIS Bersepadu JPS yang mengandungi 5 Teras dan 23 Program telah

berjaya diwujudkan dengan sokongan pihak atasan/bahagian/negeri JPS.

Berdasarkan Pelan ini, JPS telah berjaya melaksanakan beberapa program,

antaranya mengwujudkan (Seksyen GIS (Program 5), membangunkan Pangkalan

Data Induk GIS (Program 7), mempromosikan penggunaan GIS (Program 2) dan

menyedia serta mengemaskini piawaian dan prosedur pembangunan GIS (Program

Page 6: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 3

4). Bagi merealisasikan GIS Bersepadu JPS, usaha-usaha untuk program-program

lain sedang giat dilaksanakan.

Tujuan

Tujuan Pelan Induk GIS Bersepadu JPS dibangunkan adalah bagi menyediakan

pelan terperinci mengenai halatuju, strategi, garis panduan, cadangan model data

dan cadangan konseptual sistem sasaran GIS bagi tempoh lima (5) tahun yang akan

menjadi rujukan bagi pembangunan Model Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Bersepadu di JPS Malaysia.

Kronologi

Cetusan idea untuk melaksanakan Pelan Induk GIS Bersepadu telah bermula akhir

tahun 2012 di mana satu taklimat pada 3 Disember 2012 telah diberikan kepada

Jawatankuasa GIS yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan ketika itu, Y.Bhg.

Dato‟ Ir. Zainor Rahim. Disusuli pembentangan kepada Jawatan kuasa Teknikal ICT

pada 23 Januari 2013, bersetuju untuk BPM meneruskan projek ini. Pegawai BPM

ketika itu Cik Rosminah, Cik Norazlina, Encik Hamid Anuar dan Encik Zulkefli telah

berusaha menyediakan terma rujukan pelantikan perunding, menyelaras dan

mengerakkan Pasukan Projek. Kronologi dan aktiviti yang di telah dilaksanakan

seperti di Lampiran A.

Pendekatan yang digunakan untuk membangunkan Pelan Induk GIS Bersepadu

JPS adalah melalui kaedah pemantapan halatuju dan sokongan melalui mesyuarat

dan lawatan teknikal, maklumbalas melalui soal selidik dan sesi perbincangan,

Page 7: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 4

analisa keperluan, penyelidikan jurang serta penyelarasan keperluan dan kehendak

melalui bengkel. Sila rujuk Lampiran B.

Aliran proses penyediaan Pelan Induk GIS Bersepadu JPS meliputi lima (5) aspek

utama iaitu sumber manusia, data, proses kerja, standard dan teknologi. Rajah 1

menunjukkan senarai tugasan/fasa yang telah dilaksanakan sepanjang

pelaksanaan projek:

Rajah 1: Fasa Pelaksanaan

Fasa 1 - Orientasi Kajian

i. Membentuk Jawatankuasa Kerja dan mendapat sokongan penuh daripada

Stake-holder yang berkaitan;

ii. Mengesahkan butiran projek dan mewujudkan rangka kerja kajian;

iii. Mewujudkan protokol komunikasi dan laporan;

Page 8: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 5

iv. Mengenalpasti teras dan inisiatif utama Pelan Induk; dan

v. Menyediakan pelan pelaksanaan kajian

Fasa 2- Penyelidikan dan Kajian Keperluan

i. Membuat siasatan dan menganalisa keadaan semasa berkenaan aktiviti dan

fungsi kementerian berkaitan penggunaan GIS;

ii. Membuat siasatan dan menganalisa keadaan semasa berkenaan aktiviti,

fungsi dan organisasi JPS berkaitan penggunaan GIS;

iii. Menyemak dan menganalisa persekitaran pembangunan projek-projek GIS

sedia ada dan mencadangkan keperluan;

iv. Menjalankan kajian sumber-sumber sedia ada (tadbir urus, sumber manusia,

perkakasan, perisian dan aplikasi);

v. Mengkaji objektif, dasar dan halatuju pembangunan GIS JPS dengan aliran

kemajuan teknologi semasa dan akan dating;

vi. Menjalankan kajian dan analisa terperinci dan mengenal pasti keperluan GIS

semasa dan akan datang bagi menyokong operasi teras JPS dan operasi

sokongan bahagian-bahagian di JPS; dan

vii. Menjalankan kajian terhadap piawai, garis panduan dan pekeliling berkaitan

GIS

Fasa 3- Penilaian dan Semakan

i. Mengujipakai dan menganalisa sistem GIS semasa atau sedia ada,

pangkalan data GIS, perkakasan serta perisian dan rangka kerja yang terlibat.

Page 9: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 6

Fasa 4- Analisa Keprluan dan Jurang

i. Menjalankan kajian menyeluruh tentang keperluan dan jurang data GIS yang

dikehendaki di JPS termasuk keperluan data migration dari sistem manual ke

sistem baru; dan

ii. Mengkaji serta mencadangkan perisian dan perkakasan bagi menyokong

pembangunan model sistem GIS secara berpusat yang akan dilaksanakan

menggunakan teknologi GIS terkini.

Fasa 5- Rekabentuk Konseptual Sistem Sasaran

i. Menyediakan cadangan pembangunan teknikal dan infrastruktur yang sesuai

untuk pelaksanaan projek GIS;

ii. Mencadangkan perisian dan perkakasan bagi menyokong

iii. pembangunan sistem yang akan dilaksanakan menggunakan teknologi

terkini;

iv. Menyediakan cadangan peningkatan keupayaan aplikasi GIS yang telah

dikenalpasti;

v. Mendefinisikan senibina, aliran proses kerja, pengurusan data dan rangkaian

sistem sasaran; dan

vi. Mereka bentuk Model Data.

Fasa 6- Cadangan Pelan Induk GIS JPS

i. Menyediakan halatuju dan rangka-rangka kerja institusi, sumber manusia dan

infrastruktur GIS di JPS;

Page 10: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 7

ii. Mengenalpasti strategi dan operasi yang akan digunakan dalam

pembangunan projek-projek GIS untuk organisasi, bahagian serta pihak

berkepentingan yang berkaitan dengan JPS;

iii. Mengenal pasti, menilai dan menyediakan alternatif dalam kaedah-kaedah

pelaksanaan projek GIS untuk JPS;

iv. Menyediakan anggaran kos bagi membangunkan sistem sasaran; dan

v. Menganggarkan jangkaan penjimatan kos dan kadar keuntungan bagi sistem

sasaran.

Kolaborasi

Pembangunan Pelan Induk GIS Bersepadu JPS telah berkolaborasi dengan

Pengurusan Kanan, Pengurus Projek, Perunding, Pejabat Pengurusan Projek,

Jawatankuasa Kerja GIS JPS dan agensi-agensi awam yang berkaitan. Rajah 2

dibawah menunjukkan struktur carta organisasi pemabangunan pelan ini.

Rajah 2: Carta Organisasi Pembangunan Pelan Induk GIS JPS

Page 11: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 8

i. Pengurusan Kanan

Jawatankuasa Kerja GIS JPS yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Sektor

Pengurusan bertindak sebagai wakil pengurusan kanan. Peranan dan

tanggungjawab pengurusan kanan adalah seperti berikut:

a) Mengesahkan perancangan serta arah tuju dan strategi kajian;

b) Mengesahkan aktiviti kajian dan jadual pelaksanaan secara terperinci;

c) Mengesahkan isu dan masalah pelaksanaan kajian dan cadangan

penyelesaian;

d) Mengesahkan kemajuan pelaksanaan kajian berdasarkan jadual pelaksanaan

yang telah ditetapkan; dan

e) Menyemak dan mengesahkan penyerahan kajian.

ii. Pengurus Projek

Pengarah Bahagian Pengurus Maklumat bertindak sebagai Pengurus Projek.

Pengurus Projek bertanggungjawab dalam melakukan aktiviti berikut

a) Menyemak arah tuju dan strategi kajian;

b) Menyemak dan memantau aktiviti kajian dan jadual pelaksanaan kajian

secara terperinci;

c) Menyemak isu dan masalah pelaksanaan kajian dan cadangan penyelesaian;

d) Menyemak laporan kemajuan dan laporan akhir kajian; dan

e) Mengatur urusan mesyuarat dan bengkel yang dijalankan.

iii. Perunding

Pasukan Perunding terdiri daripada empat orang kakitangan profesional dalam

bidang kejuruteraan, Sistem Maklumat Geografi dan Sistem Maklumat yang

Page 12: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 9

bertindak sebagai Solution Architect, Database Administrator, Analyst

Programmer dan IT System Engineer. Pasukan Perunding bertanggungjawab

melaksanakan aktiviti berikut:

a) Merancang serta menyediakan arah tuju, strategi serta metodologi kajian;

b) Mengenalpasti aktiviti kajian dan jadual pelaksanaan kajian secara terperinci;

c) Mengenalpasti isu dan masalah pelaksanaan kajian dan cadangan

penyelesaian;

d) Melaksanakan kajian berdasarkan jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan;

e) Mengenalpasti dan mendapat maklumbalas keperluan kajian daripada sesi

temubual, soal selidik dan menyuarat;

f) Bertindak sebagai ketua fasilitator bengkel dan penyelaras perbincangan;

g) Membuat analisa keperluan, menyemak garispanduan, sumber dan

infrastuktur sedia ada serta menjalankan penyelidikan jurang; dan

h) Menyediakan laporan kemajuan dan laporan akhir kajian.

iv. Pasukan Pengurusan Projek

Pasukan Pengurusan Projek terdiri daripada tiga (3) orang pegawai Bahagian

Pengurusan Maklumat, JPS yang menyokong tugasan-tugasan Pengurus Projek.

Bidang tugas Pasukan Pengurusan Projek adalah seperti berikut:

a) Mengatur urusan mesyuarat, sesi perbincangan dan bengkel Pelan Induk GIS

Bersepadu JPS;

b) Mengkoordinasikan segala bahan dan maklumat yang diperolehi;

c) Mengkoordinasi komunikasi dalaman organisasi dan agensi lain;

d) Memastikan kemajuan pelaksanaan kajian berdasarkan jadual pelaksanaan

yang telah ditetapkan; dan

Page 13: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 10

e) Menyemak laporan kemajuan dan laporan akhir kajian.

v. Jawatankuasa Kerja GIS JPS

Jawatankuasa Kerja GIS JPS yang dikendalikan oleh Bahagian Korporat JPS

terdiri daripada Bahagian JPS seperti berikut:

a) Bahagian Korporat (BKOR);

b) Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai (BPLSZP);

c) Bahagian Projek Khas (BPK);

d) Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (BSAH);

e) Bahagian Pengurusan Banjir (BPB);

f) Bahagian Saliran Mesra Alam (BSMA);

g) Bahagian Rekabentuk dan Empangan (BRE);

h) Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME);

i) Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI); dan

j) Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Mereka bertindak dalam melakukan tugasan seperti berikut:

a) Menyemak arah tuju dan strategi kajian;

b) Menyemak aktiviti kajian dan jadual pelaksanaan kajian secara terperinci;

c) Menyemak isu dan masalah pelaksanaan kajian dan cadangan penyelesaian

d) Memberi maklum balas berkaitan keperluan dan kehendak GIS bagi pihak

bahagian masing-masing dalam sesi temubual, perbincangan dan soal

selidik; dan

e) Mengambil bahagian dalam menyuarat dan bengkel yang diadakan.

Page 14: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 11

vi. Agensi-agensi Lain yang Berkaitan

Penglibatan agensi-agensi lain dalam kajian ini bertujuan seperti berikut:

a) Mendapatkan input bagi fasa penyelidikan dan analisa keperluan kajian

melalui perkongsian maklumat berkenaan teknologi, pembangunan sistem,

penggunaan dan penyenggaraan GIS;

b) Mengenalpasti laluan komunikasi di antara JPS dan agensi serta

tanggungjawab semua agensi berkaitan GIS;

c) Menjadi platfom penyelarasan melalui kaedah perbincangan mengenai

peranan dan sokongan agensi-agensi berkaitan dalam pembentukan Pelan

Induk GIS dan rangka pembangunan Model GIS;

d) Mengenal pasti kekangan dan kekurangan dalam menjalankan kajian yang

berkaitan dengan sokongan agensi lain serta merangka tindakan dan

cadangan yang diperlukan untuk pembaikan dan tindakan pada masa akan

datang; dan

e) Mengenal pasti kaedah pengurusan GIS dan rekabentuk Model Sistem

Sasaran yang menepati keperluan agensi-agensi yang terlibat sebagai

pengguna umum.

Antara agensi awam yang terlibat dalam soal selidik, maklum balas serta

perkongsian pengurusan GIS adalah seperti berikut:

a) MaCGDI - Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara;

b) JAS - Jabatan Alam Sekitar;

c) JKPTG - Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian;

d) JMG - Jabatan Mineral dan Geosains;

Page 15: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 12

e) PERHILITAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara;

f) JPSM - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia;

g) JUPEM -Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia;

h) NAHRIM - Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia;

i) FRIM - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia;

j) INSTUN - Institut Tanah dan Ukur Negara; dan

k) JPBD - Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Organisasi swasta yang telah dipilih sebagai penanda aras Kajian adalah Tenaga

Nasional Berhad (TNB). Lawatan Teknikal ke CGIS TNB adalah salah satu

kaedah bagi mendapatkan input penyelidikan dan analisa keperluan dalam

Kajian Strategi Pengurusan dan Rangka Pembangunan Model Sistem Maklumat

Geografi (GIS) Secara Bersepadu bagi Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia.

Tujuan lawatan teknikal adalah seperti berikut:

a) Memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman berkenaan

pembangunan CGIS TNB kepada pegawai-pegawai JPS dan Perunding;

b) Mengetahui keupayaan, kualiti, fungsi, proses dan kos pembangunan dan

penyelenggaraan CGIS TNB mengikut standards TNB;

c) Meninjau kesamaan dari segi halatuju, pembangunan dan pelaksanaan

sistem CGIS yang boleh diadaptasikan dalam cadangan Pelan Induk dan

Rekabentuk Sistem Sasaran GIS JPS; dan

d) Mendapatkan pandangan dari CGIS TNB berkenaan sasaran Kajian dan

Pembangunan Model GIS Bersepadu JPS.

Page 16: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 13

Disamping itu, sesi perkongsian pengalaman pengurusan dan pembangunan GIS

daripada Penang Geographical Information System (PeGIS) telah diadakan

dalam tempoh kajian. Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan dan meninjau

kesamaan halatuju dan sasaran PeGIS yang dapat diadaptasi dalam kajian ini.

Maklumbalas Stakeholder

Pelan Induk ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Dedikasi Geospatial

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Bil.1/2014 pada 17 Febuari 2014

yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato‟ Sri Zoal Azha Bin Yusof (KSU).

Mesyuarat juga telah bersetuju supaya data-data rizab sungai menjadi priority utama

dalam perancangan JPS dimana perkara ini terdapat dalam Pelan Induk yang

telah dirancang ini. Cabutan minit adalah seperti di Lampiran C.

Pelancaran Pelan Induk GIS JPS juga telah dilancarkan semasa perhimpunan

bulanan NRE pada Mei 2014. Rujukan adalah seperti di Lampiran D. Pihak

MaCGDI juga telah menjadikan Pelan Induk ini sebagai benchmark untuk

penyediaan Pelan Induk GIS Sektor Awam.

Selain itu, perbincangan bagi perkongsian maklumat geospatial juga telah diadakan

dengan pihak JUPEM seperti Lampiran E.

Page 17: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 14

IMPAK INOVASI

Elemen Inovatif/Kreativiti

Pelan Induk ini telah dihasilkan bersesuaian dengan teknologi dan kehendak masa

kini. Banyak faedah dan kemudahan yang boleh diperolehi daripada pelan ini iaitu:

i. Pewujudan satu platform GIS Bersepadu JPS seragam, komprehensif dan

kompeten;

ii. Penyelarasan produk-produk GIS Jabatan berdasarkan halatuju dan polisi yang

lebih jelas;

iii. Penyelarasan pembangunan Model GIS Bersepadu Jabatan;

iv. Koordinasi perkhidmatan GIS lebih tersusun dan seragam antara Jabatan;

v. Menyediakan aplikasi GIS yang menyokong fungsi teras JPS;

vi. Kesediaan Model Data berpusat dan berintegriti; dan

vii. Kemudahan capaian untuk melaksanakan aktiviti GIS oleh JPS secara online

dan terkawal mengikut kategori pengguna.

Page 18: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 15

Pelan Induk GIS Bersepadu JPS yang mengandungi 5 Teras dan 23 program telah

berjaya diwujudkan dengan sokongan pihak atasan/bahagian/negeri JPS.

Berdasarkan Pelan ini, JPS telah berjaya melaksanakan beberapa program,

antaranya mengwujudkan Seksyen GIS (Program 5), membangunkan Pangkalan

Data Induk GIS (Program 7), mempromosikan penggunaan GIS (Program 2) dan

menyedia serta mengemaskini piawai dan prosedur pembangunan GIS (Program

4).. Bagi merealisasikan GIS Bersepadu JPS, usaha-usaha untuk program-program

lain sedang dipergiatkan. Rajah 3 dibawah menerangkan secara ringkas setiap teras

dan Lampiran F menerangkan secara terperinci teras dan program yang berkaitan

bagi setiap teras.

Rajah 3: Teras Strategik Pelan Induk GIS JPS

Page 19: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 16

Pembangunan Model GIS Bersepadu boleh dilihat seperti Rajah 4 dibawah dan

pewujudan satu platform GIS Bersepadu JPS yang menuju kearah one-stop-center

geospatial bersepadu JPS adalah seperti Rajah 5.

Rajah 4: Struktur Model GIS Bersepadu

Page 20: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 17

Rajah 5: Konsep one-stop-center geospatial bersepadu JPS

Elemen Keberkesanan

Bil. Faedah Keterangan

1. Efisien

Memudahkan warga JPS

untuk akses maklumat

geospatial dengan lebih

cepat dan mudah

Sebelum ini JPS Malaysia menyimpan,

merujuk, mengemaskini, menggunakan

maklumat geospatial secara berasingan. Ini

boleh menjadikan data/maklumat geospatial

yang duplicate dan sukar untuk memastikan

data/maklumat geospatial yang terkini.

Maklumat juga terpaksa diambil pada

dipelbagai lokasi.

Page 21: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 18

Bil. Faedah Keterangan

2. Komunikasi berkesan

Meningkatkan

keberkesanan sistem

penyampaian JPS

.

Kebanyakan maklumat geospatial tidak dapat

disampaikan secara on-line. Maklumat Cuma

boleh diperolehi secara manual dan dilokasi

yang pelbagai. Namun kini, melalui kemudahan

teknologi ICT yang dimanfaatkan maklumat

jabatan disampaikan secara terus atas talian

melalui aplikasi yang dibangunkan. Sebarang

pindaan atau tambahan maklumat dapat dibuat

pada satu (1) tempat/server. Oleh yang

demikian, maklumat berkenaan jabatan dapat

disampaikan dengan lebih berkesan.

3. Penjimatan Kos

Penggunaan kos yang

lebih rendah

Dengan adanya pelan ini, perancangan bagi

mendapatkan data/maklumat geospatial lebih

terancang dan tersusun. Sebagaimana yang

dimaklumi kos perolehan data geospatial amat

tinggi. Apabila data geospatial telah

disepadukan, data-data yang telah ada dapat

digunakan bersama dalam satu (1) pangkalan

data induk. Perolehan data yang sama tidak

perlu dilaksanakan lagi.

4. Tahap kepuasan

stakeholder

Meningkatkan tahap

Perkongsian maklumat sebelum ini adalah

sangat sukar kerana data/maklumat geospatial

yang disimpan adalah secara berasingan.

Page 22: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 19

Bil. Faedah Keterangan

kepuasan Pengguna

(Pengurusan Atasan JPS

dan Kementerian dan

Warga JPS)

Dengan wujudnya pangkalan data dan aplikasi

secara bersepadu, maka kepuasan stakeholder

dapat ditingkatkan kerana perkhidmatan yang

berkualiti, cepat, mudah boleh dilaksanakan

pada bila-bila masa dari mana sahaja.

Jadual 1: Elemen Keberkesanan

Elemen Signifikan

i. Kepelbagaian Keperluan dan Permintaan Terhadap GIS

JPS sebagai sebuah organisasi ulung di Malaysia yang dipertanggungjawabkan

dalam pengurusan sumber air, banjir, lembangan sungai, persisir dan zon pantai

memerlukan hasil inovasi GIS secara berterusan untuk menyokong pengurusan

yang lebih cekap dan berkesan bagi mencapai misinya.

Keperluan dan permintaan terhadap GIS bukan hanya meliputi aktiviti dalaman

yang dijalankan oleh Bahagian-Bahagian JPS dan JPS Negeri, malah ia

melibatkan agensi-agensi luar khususnya agensi-agensi di dalam Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar.

ii. Perubahan Teknologi GIS/ICT dan Peningkatan Penyelidikan Bidang Teras

Sumber Air Menggunakan GIS

Teknologi GIS daripada masa ke semasa berkembang dan semakin fleksibel

dalam memenuhi keperluan pengurusan yang diperlukan oleh JPS. Perubahan

ini perlu disesuaikan selari dengan kehendak pengurusan di peringkat pembuat

keputusan, keperluan perancangan, operasi dan penyampaian maklumat kepada

Page 23: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 20

pengguna. Selain itu, perkembangan teknologi ICT juga secara tidak langsung

menyokong peningkatan teknologi GIS.

Oleh itu, kedua-dua teknologi ini perlu seiring bagi menampung kerja-kerja

pemprosesan data, storan dan pengaksesan data.

Beberapa masalah semasa yang dikenalpasti adalah berkaitan aduan pengguna

yang mengalami masalah dalam mengakses server GIS dan sistem terutama

berkaitan aktiviti memproses dan mengemaskini maklumat. Selain itu juga,

keupayaan komputer sedia ada tidak mampu menampung kerja-kerja

pemprosesan disebabkan kebanyakan saiz data-data GIS adalah berkapisiti

tinggi.

Oleh itu, JPS perlu menilai semula teknologi perkakasan, perisian, rangkaian dan

infrastruktur GIS dan ICT sedia ada bagi menyiapkan JPS ke arah Pembangunan

GIS secara bersepadu di JPS.

Untuk berjaya dalam arus teknologi GIS, terdapat beberapa aktiviti sampingan

dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berkaitan GIS perlu

dilaksanakan. Aktiviti yang dimaksudkan ialah melihat arus pembangunan

teknologi GIS, aliran perkakasan dan trend terkini. Antara contoh R&D GIS ialah

membangunkan aplikasi pilot Geoportal JPS di peranti tablet sebelum

membangunkan aplikasi ini secara menyeluruh, mobile GIS dan 3D GIS untuk

analisa yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan sungai dan pantai. Daripada

aktiviti R&D ini, kakitangan GIS di JPS akan dapat mengenalpasti kekangan,

jurang dan penyelesaian sebelum aplikasi menyeluruh dilaksanakan.

Aktiviti R&D ini juga perlu digabungkan dengan teknologi kejuruteraan dan

permodelan hidrologi dan hidraulik agar produk dan perkhidmatan JPS dapat

Page 24: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 21

memenuhi keperluan dari segi perancangan, pemantauan dan operasi,

pengukuran dan penyediaan laporan

iii. Integriti Data

Walaupun terdapat Garis Panduan dan Piawai GIS yang sedia ada di JPS,

didapati data GIS dalam simpanan JPS yang dibekalkan oleh pembekal,

kontraktor dan konsultan masih belum menepati standard yang dikehendaki

sepenuhnya.

Antara masalah yang dikenalpasti adalah penggunaan unjuran peta atau sistem

koordinat yang berbeza seperti RSO dan Cassini. Selain itu juga, data GIS yang

diperolehi daripada sumber yang berbeza menyebabkan tiada keseragaman dan

pertindihan data.

Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti tiada infrastruktur data geospatial

yang sesuai, kakitangan projek yang kurang mahir dalam pembangunan

pangkalan data dan pelaksanaan pembangunan projek GIS serta tiada audit data

bagi sistem yang telah dibangunkan.

iv. Persediaan Kakitangan

Selaras dengan permintaan terhadap GIS dan perubahan teknologi geospatial

yang dinamik, JPS mestilah mempunyai sumber kemudahan dan kakitangan

yang kompeten. Setiap penggunaan GIS yang membantu fungsi teras JPS

mestilah dipupuk dan dianggap sebagai satu peluang untuk meningkatkan

produktiviti Jabatan. Tahap keupayaan GIS yang berbeza di kalangan kakitangan

dan kepelbagaian bidang adalah cabaran yang perlu ditangani.

Page 25: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 22

Antara cabaran yang dikenalpasti adalah tidak ada kakitangan tetap yang

bertanggungjawab penuh terhadap pengurusan GIS di JPS. Perpindahan

kakitangan yang berpengalaman dalam bidang GIS ke Bahagian/Negeri lain

secara tidak langsung memberi kesan kepada aktiviti penyelarasan dan

koordinasi aktiviti GIS.

Dengan adanya perancangan strategik GIS Bersepadu ini, ia secara tidak

langsung membuka peluang yang luas kepada kakitangan JPS mendalami

pengetahuan GIS melalui sesi Latihan Formal dan Tidak Formal, Perpindahan

Teknologi, Seminar dan Persidangan GIS tempatan serta antarabangsa.

v. Integrasi

GIS adalah satu platform yang dapat meningkatkan integrasi dan hubungan

diantara Bahagian dalam perancangan, perkongsian maklumat GIS dan

peningkatan teknologi. Oleh itu, interaksi dua hala, kerjasama yang erat dan

komitmen dari pelbagai peringkat dalam JPS adalah penting bagi menjayakan

GIS Bersepadu JPS.

Punca jurang perkongsian data dan ketidakseragaman aplikasi GIS dalam JPS

adalah kerana pembangunan GIS yang berasingan mengikut keperluan

Bahagian. Selain itu, tiada perancangan awalan dan pelan induk bagi

memastikan sistem yang dibangunkan dapat berfungsi sebagai mekanisma

perkongsian data antara Bahagian.

Dalam Kajian ini, Infrastruktur Data dan Aplikasi GIS Bersepadu JPS

dicadangkan bagi mewujudkan proses integrasi yang lebih terancang. Antara

keperluan integrasi GIS adalah kemudahan yang menyediakan pengguna

capaian yang pantas, tepat dan interaktif. Ini memerlukan perisian dan

perkakasan GIS terkini. Disamping itu, integrasi kepada kepelbagaian bidang

Page 26: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 23

kejuruteraan adalah cabaran dalam merekabentuk sistem yang memenuhi

keperluan kepelbagaian suaipakai (customization) dan antaramuka sistem bagi

semua pihak. Bagi memastikan operasi Model GIS Bersepadu JPS berjalan

lancar, satu struktur sistem yang terancang dan sokongan teknikal yang

berkemampuan perlu diwujudkan bagi mengurangkan tekanan operasi

vi. Kewangan

Salah satu cabaran penting dalam pembentukan Model GIS Bersepadu JPS

adalah kekukuhan sokongan kewangan dan peruntukan khas untuk menyokong

pembangunan GIS di JPS.

Ketika ini, tiada belanjawan yang khusus disediakan bagi tujuan pembangunan

GIS. Secara umumnya, Ia merupakan sebahagian daripada belanjawan lebihan

Bahagian dan JPS Negeri bagi menjalankan aktiviti GIS secara ad-hoc. Dengan

ketiadaan Seksyen GIS, ia menyukarkan pihak pengurusan JPS untuk

menyediakan belanjawan tahunan khusus bagi menyokong aktiviti GIS di JPS.

vii. Pengurusan Pertukaran Amalan kepada Kaedah Penggunaan GIS

Antara faktor yang memerlukan JPS melaksanakan perubahan amalan

pengurusan kepada kaedah penggunaan GIS adalah peningkatan permintaan

terhadap perkhidmatan JPS berkaitan GIS daripada pelbagai pihak samada

dalaman JPS dan agensi luar. Perkhidmatan ini termasuk menyediakan bekalan

data GIS, penyebaran maklumat, pemetaan, nilai statistik dan keputusan bagi

perkhidmatan fungsi teras. Perubahan kaedah ini juga membantu merapatkan

jurang penggunaan GIS di kalangan pelbagai agensi yang faedahnya dapat

membantu semua pihak untuk memanfaatkan maklumat dan aktiviti pengurusan

dengan cara yang lebih berkesan.

Page 27: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 24

Pasukan Pengurusan Eksekutif Tertinggi adalah peneraju kepada perubahan ini

dan pemangkin bagi kejayaan perancangan dan program pembangunan Model

GIS Bersepadu di JPS. Pendekatan top down adalah kritikal memandangkan

sudah lebih sedekad pembangunan GIS di JPS disokong oleh inisiatif individu

dan Bahagian JPS.

Dengan adanya perlaksanaan GIS secara bersepadu dan penubuhan Seksyen

GIS, kualiti pengurusan GIS akan dapat ditingkatkan. Kualiti data GIS juga akan

dapat ditingkatkan dan sekaligus dapat membantu pihak JPS membuat

keputusan dengan lebih tepat.

Elemen Relevan

Bil. Inisiatif Keterangan

1. Menyokong Dasar

Kerajaan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) yang berkesan dalam pelbagai aspek

penyampaian perkhidmatan dan operasi dalaman

Kerajaan merupakan salah satu kunci utama ke

arah mencapai aspirasi Negara. Usaha dan

inisiatif yang berterusan bagi mengatur langkah

kehadapan perlu dilaksanakan bersesuaian

dengan agenda tranformasi Negara bagi

meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

kerajaan pada hari ini. Agenda Transformasi

Digital Sektor Awam dalam Pelan Strategik ICT

Sektor Awam merupakan hala tuju dalam

Page 28: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 25

Bil. Inisiatif Keterangan

perlaksanaan dan pembangunan ICT secara

keseluruhan bagi tempoh lima (5) tahun.

Pelan ini akan menjadi hala tuju dan garis

panduan yang membantu JPS membangunkan

teknologi GIS yang berkesan, terkini dan dapat

berfungsi dengan jayanya serta menepati

keperluan semasa bisnes JPS. Kaedah yang

diambil ini, bagi memastikan program-program

dan inisiatif ICT yang dilaksanakan oleh JPS

selaras dengan Dasar Kerajaan iaitu Program

Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan

Rancangan Malaysia Kesepuluh Kerajaan dengan

mengutamakan pencapaian NKRA serta lain-lain

perkembangan teknologi semasa.

Pelan yang diwujudkan ini juga menyokong

inisiatif MyGDI iaitu ke arah “Spatial Enabled

Government in Malaysia”.

2. Memenuhi Ekspektasi

dan Kehendak Semasa

Penggubalan strategi di dalam pelan ini adalah

berdasarkan kepada penilaian dan analisis

penemuan beberapa kajian yang telah dijalankan

untuk menyediakan strategi yang mampan bagi

pelaksanaan GIS Jabatan selaras dengan aspirasi

kerajaan, menepati kehendak semua pihak yang

Page 29: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 26

Bil. Inisiatif Keterangan

memerlukan maklumat khususnya warga JPS

serta pihak atasan dan menjadi amalan terbaik

global

Usaha penyediaan Pelan Induk Sistem Maklumat

Geografi (GIS) Bersepadu JPS 2014 – 2018

merupakan satu usaha yang positif dalam agenda

tranformasi Negara bagi pengurusan maklumat

untuk terus maju mencapai visi “Menjadi sebuah

Jabatan yang lebih efektif dan efisien melalui

pembudayaan ICT” dan misi “Memperkasa

perkhidmatan dan perkongsian maklumat Jabatan

melalui peningkatan infrastruktur serta aplikasi

ICT” bagi memenuhi ekspektasi rakyat yang mahu

perkhidmatan yang cepat, cekap, berkesan,

mudah dan murah.

3. Menyokong konsep

penggunaan teknologi

ICT secara optimum dan

menggalakkan

perkongsian maklumat

geospatial

Pelan ini mengandungi strategi pengurusan GIS

dan pelan penstrukturan model pangkalan data

korporat JPS yang terdiri daripada lima (5) teras

utama iaitu Jajaran (Wawasan), Pengurusan Data,

Kemudahan, Integrasi dan Kelestarian.

Pelan ini bermatlamat untuk memastikan

penggunaan teknologi ICT secara optimum dan

menggalakkan perkongsian maklumat geospatial

Page 30: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 27

Bil. Inisiatif Keterangan

antara agensi serta orang ramai. Dasar

perkongsian ini dapat mengelakkan pertindihan

dan pembaziran dalam pengutipan dan

penyenggaraan maklumat geospatial. Dasar ini

selaras dengan kehendak kerajaan yang

berasaskan prinsip kepantasan, akses, kos, nilai

tambah, ketelusan dan inovasi

Jadual 2: Elemen Relevan

Page 31: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 28

GAMBAR

Antara program-program yang telah dilaksanakan

Promosi di National Geospatial Information Symposium (NGIS) pada bulan

Mac 2014 bertempat di PICC

Page 32: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 29

Penubuhan Seksyen GIS

Pembangunan Pangkalan Data Bersepadu GIS JPS

Pengarah

(Jurutera J54)

Seksyen Aset

J48 (Awam)

J41 Awam (sedia ada)

J29/J36 Mekanikal/

36 (aset)

J29/J36 Awam

(sedia ada)

Seksyen GIS

Operasi & Pembangunan

Aplikasi GIS J48[1]

J44/J41 [1] (Jurugeospatial)

Penolong (Jurugeospatial

/Jurutera/Pemb. Teknik/Pelukis

Pelan) [3]

Pengurusan Pengkalan Data GIS

J48 [1] (Jurugeospatial)

J44/J41 [1] (Jurugeospatial)

Penolong Jurugeospatial

/Jurutera/Pemb. Teknik/Pelukis

Pelan) [3]

Sokongan Infrastruktur ICT di

BPM

Page 33: Page 33 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAThabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1973-pelan-induk-gis-gps.pdf · utama iaitu sumber manusia, data, ... Menjalankan kajian menyeluruh tentang

CABARAN INOVASI 2015

Pelan Induk GIS GPS Page 30

PENUTUP

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkesan dalam

pelbagai aspek penyampaian perkhidmatan. Usaha dan inisiatif yang berterusan

bagi mengatur langkah kehadapan perlu dilaksanakan bersesuaian dengan agenda

tranformasi Negara bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

pada hari ini.. Teknologi Geographic Information System (GIS) adalah amat penting

dalam membuat analisa dan membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang

tepat dan cepat dalam perancangan pembangunan Negara.

Pelan Induk Sistem Maklumat Geografi (GIS) Bersepadu JPS 2014 – 2018

merupakan iniasiatif dalam menyediakan pelan terperinci mengenai strategi, hala

tuju dan penyelarasan yang akan menjadi rujukan bagi pembangunan model Sistem

Maklumat Geografi (GIS) secara berpusat dan bersepadu di JPS bagi tempoh lima

(5) tahun. Penggubalan strategi di dalam pelan ini adalah berdasarkan kepada

penilaian dan analisis penemuan beberapa kajian yang telah dijalankan untuk

menyediakan strategi yang mampan bagi pelaksanaan GIS Jabatan selaras dengan

aspirasi kerajaan, menepati kehendak semua pihak yang memerlukan maklumat

khususnya warga JPS serta pihak atasan dan menjadi amalan terbaik global. Pelan

yang diwujudkan ini juga menyokong inisiatif MyGDI iaitu ke arah “Spatial Enabled

Government in Malaysia”.