Buletin GIS / 1999

16
BIL. 2 1999 ISSN 1394 - 5505

Transcript of Buletin GIS / 1999

Page 1: Buletin GIS / 1999

BIL. 2 1999 ISSN 1394 - 5505

Page 2: Buletin GIS / 1999

Sidang PengarangPenaung

Dato' Abdul Majid bin Mohamed, DSNS, JSM, SMPKetua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

PenasihatDr. Abdul Kadir bin Taib, KMN

Ketua EditorCheong Kwok Wai

EditorKamariah bt. Jaafar

Abdul Manan bin Abdullah

Ketua RekabentukIsmail bin Mohd. Yusof, KSD

Ketua PencetakMuhammat Puzi b. Ahmat

MAKLUMAN

Buletin GIS diterbitkan dua (2) kali setahun olehJawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara.Sidang Pengarang amat mengalu-alukan sumbanganberbentuk artikel dan laporan bergambar mengenaiperkembangan Sistem Maklumat Geografi di AgensiKerajaan, Badan Berkanun dan Institut Pengajian Tinggi.Segala pertanyaan dan sumbangan boleh dimajukankepada :

Ketua EditorBuletin GISBahagian Pengeluaran PemetaanJabatan Ukur dan PemetaanMalaysiaJalan Semarak50578 Kuala LumpurE-Mail : [email protected]

JAWATANKUASA PEMETAAN DANDATA SPATIAL NEGARA

1. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM)

2. Jabatan Tanah dan Ukur Sabah

3. Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak

4. Wakil Kementerian Pertahanan

5. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

6. Jabatan Perhutanan SemenanjungMalaysia

7. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia

8. Jabatan Perhutanan Sabah

9. Jabatan Perhutanan Sarawak

10. Jabatan Pertanian Sabah

11. Jabatan Pertanian Sarawak

12. Pusat Remote Sensing Negara (MACRES)

13. Universiti Teknologi Malaysia

KandunganMuka Surat

DARI MEJA PENGARANG 1

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI

UNTUK APLIKASI KEJURUTERAAN

TENTERA 2 - 5

HARI KUALITI DAN PAMERAN ITX ‘99

KTPK 6 - 7

SEMINAR TAHUNAN KEJURUTERAAN

GEOINFORMASI 1999 7

NAIS KE ARAH PEMETAAN ATLAS

INTERAKTIF 8 - 10

SEMINAR STANDARD GIS 10 - 11

ULASAN BUKU 12

SENARAI BUKU-BUKU

BERKAITAN GIS 13

Nota :Kandungan yang tersiar boleh diterbitkan semuladengan izin Urusetia Jawatankuasa PemetaanNegara

Page 3: Buletin GIS / 1999

Dari Meja Pengarng

Ketika Malaysia melangkah ke era

maklumat dengan perlaksanaan KoridorRaya Multimedia (MSC), penggunaan teknologi

maklumat seperti Sistem Maklumat Geografi

(GIS) tidak dapat dielakkan malahan ianya terus

berkembang dan digunapakai oleh berbagai

jabatan dan Agensi Kerajaan serta swasta.

Seperti yang kita sedia maklum, GIS

boleh diimplementasikan bagi tujuan

perancangan dan pengurusan organisasi.

Oleh yang demikian pada keluaran kali ini,

pihak sidang pengarang cuba mengenengahkan

artikel berhubung dengan aplikasi GIS dalam

kejuruteraan tentera. Di samping itu ia

turut memuatkan artikel berhubung dengan

pengimplimentasian Sistem Maklumat

Atlas Kebangsaan yang berobjektifkan

penyediaan maklumat geografi yang

komprehensif untuk tujuan rujukan, pem-

belajaran dan penyelidikan.

Perubahan teknologi yang pantas dalam

bidang GIS ini memerlukan standard bagi

melindungi kepentingan sesebuah negara

seperti keselamatan, kualiti, perlindungan alam

sekitar dan perdagangan sejagat. Oleh yang

demikian adalah bertepatan sekali dengan

penganjuran Seminar Standard GIS yang mana

dapat memberi pendedahan dan kesedaran

tentang aktiviti standardisasi GIS di Malaysia.

Maklumat lanjut berhubung seminar tersebut

boleh didapati di keluaran kali ini. Di samping

itu, keluaran pada kali ini juga turut memuatkan

aktiviti sempena Hari Kualiti dan Pameran

ITX ’99 Kementerian Tanah dan Pembangunan

Koperasi (KTPK).

Didapati pelbagai pihak telah

menunjukkan minat terhadap perkembangan

teknologi GIS. Ini telah mendorong pihak sidang

pengarang mempertingkatkan usaha untuk

mengumpul dan menyebarkan maklumat khusus

berkaitan GIS tersebut . Akan tetapi usaha ini

tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada

pembekal dan pengguna maklumat GIS kerana

pihak sidang pengarang memerlukan

maklumbalas dan laporan yang berkaitan

dengan pengimplimentasian GIS dari agensi

yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, sidang

pengarang menyeru agar mana-mana pihak

sama ada Agensi Kerajaan, swasta mahupun

para akademik tampil menyumbangkan hasil

karya, laporan penyelidikan dan sebagainya

yang berkaitan dengan GIS. Ini bagi

membolehkan maklumat tersebut dikumpul,

disebarkan dan dikongsi bagi faedah bersama.

Semua sumbangan tersebut hendaklah

dihantar kepada Ketua Editor Buletin GIS

samada secara bersurat atau email kepada

[email protected]. Segala kerjasama

yang diberikan didahului dengan ucapan terima

kasih

BULETIN GIS 1

Page 4: Buletin GIS / 1999

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI UNTUKAPLIKASI KEJURUTERAAN TENTERA

Oleh

Kapt Mohd Zambri bin Mohamad RababPegawai Staf 2 Pemetaan

Cawangan Pemetaan PertahananJabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

ABSTRAK

GIS telah terbukti berkesan dalampelbagai disiplin sebagai satu alat untuk

menguruskan maklumat spatial dan atribut.Aplikasi GIS ini juga boleh digunakan dalambidang pertahanan seperti Sistem MaklumatKejuruteraan Pertahanan. Di era teknologimaklumat sekarang ini, penyimpanan dan

capaian maklumat penggunakan komputeradalah lebih relevan daripada cetakan keras. Iniadalah kerana panglima-panglima angkatantentera memerlukan maklumat-maklumat yangboleh dicapai dengan pantas untuk membuatkeputusan. Projek pilot yang telah dilaksanakanmenunjukkan pengurusan maklumatkejuruteraan pertahanan menggunakan GISterbukti berkesan dan efektif pelaksanaannya.

Sistem ini telah dibangunkan dalam tahun 1999 dan didapati pengurusan maklumat kejuruteraan

ketenteraan menggunakan GIS amat berkesan

BULETIN GIS 2

Page 5: Buletin GIS / 1999

PENDAHULUAN

Geographic Information System (GIS)ataupun Sistem Maklumat Geografi adalah satusistem maklumat berasaskan komputer yangboleh menyunting, menyimpan, memanipulasi,menganalisa dan memaparkan maklumat spa-tial dan atribut bagi menyelesaikan pelbagaiujikaji yang kompleks serta masalahperancangan dan pengurusan. Penggunaan GISini telah terbukti berkesan di dalam pelbagaidisiplin terutamanya yang melibatkanpengurusan yang merujuk kepada kedudukandi atas muka bumi.

Aplikasi-aplikasi GIS telah didapati mulamandapat tempat di hati pengguna yang celikIT. Ini kemungkinan daripada penggunaanperisian-perisian GIS telah dipermudahkansupaya pengguna tidak menganggapnyasebagai perisian yang kompleks. Kalau dahulukebanyakan perisian GIS seperti Genasys danArc Info menggunakan platform UNIX untukberoperasi di mana pengguna terpaksamenghafal dan mengingati beberapa kata kuncitetapi sekarang dengan kemajuan teknologikomputer, perisian GIS dapat dijalankanmenggunakan platform Windows seperti perisianMapInfo, Arc View dan Geomedia. Denganledakan teknologi Internet, maka sudah adaperisian GIS yang diperkenalkan untukberoperasi secara website. Kemudahan demikemudahan yang diperkenalkan oleh pembekalperisian GIS akan terus menampakkankemajuan dalam teknologi ini.

PENGGUNAAN KONSEP GIS DALAMTENTERA

Sepertimana yang kita telah sediaketahui bahawa tentera amat memerlukan petaatau carta bagi sesuatu operasi pertahanan.Perancangan tersebut sudah tentu akanmelibatkan data-data atribut tertentu untukdihubungkaitkan dengan maklumat yangterdapat di atas peta atau carta tersebut.Penggunaan perisian GIS sudah tentu dapat

menghubungkan secara efektif semuamaklumat-maklumat atribut tersebut denganlokasi perancangan. Secara tidak langsung, inidapat memudahkan lagi para panglima angkatantentera dalam membuat perancanganpertahanan. Sebenarnya konsep GIS ini telahlama digunakan dalam ketenteraan. Konseptersebut telah dimajukan dengan bantuanteknologi komputer dan telah pun terbuktisebagai alat yang dapat membantu melicinkanlagi proses pentadbiran dan pengurusan dalammembuat keputusan.

Di dalam konteks pertahanan ini, konsepGIS bukan sahaja boleh digunakan dalamoperasi ketenteraan namun ia juga tidak terhadkepada pengurusan logistik dan pengurusanbantuan dalam membantu operasi pertahananberjalan dengan lancar. Maklumat kejuruteraanadalah salah satu maklumat yang bolehmembantu sesuatu operasi supaya dapatdilaksanakan dengan berkesan. Maklumat-maklumat seperti jambatan, jalanraya, sungai,lapangan terbang dan lain-lain adalah mudahdikenal pasti di atas peta atau pun carta. Namunbegitu, maklumat atribut yang lebih lengkapmengenai sesuatu maklumat tersebut mungkindisimpan di tempat lain. Proses carian untuksesuatu maklumat sudah tentu akan mengambilmasa dan adalah tidak praktikal untuk digunakandalam keadaan semasa yang memerlukankeputusan dibuat dengan pantas. Ini berikutandengan kemajuan dalam teknologi pertahananyang mana sesuatu senjata dapatmemusnahkan kawasan yang besar sertakepantasan pergerakan kenderaan tenteradalam membantu sesuatu operasi ketenteraan.Di sinilah peranan GIS dapat dimainkan untukmemantapkan lagi pengurusan maklumatkejuruteraan pertahanan. GIS boleh menyimpansemua maklumat yang dahulunya disimpan didalam bentuk cetakan keras yang amat mudahterdedah kepada bahaya terkoyak, terbakar danhilang. Penggunaan GIS sudah tentu dapatmengurangkan risiko ini dan dapat bertindaksebagai salah alat yang efektif.

BULETIN GIS 3

Page 6: Buletin GIS / 1999

PEMBANGUNAN PROJEK PILOT UNTUKMENGUJI KEBERKESANAN GIS DALAMMENGURUSKAN MAKLUMATKEJURUTERAAN PERTAHANAN

Untuk membuktikan bahawa teknologiGIS dapat membantu pengurusan maklumatkejuruteraan yang mantap, maka satu projekperintis telah dilaksanakan. Antara lainobjektifnya adalah untuk menilaikeberkesanannya dalam pengurusan tersebut.Perisian MapInfo telah dipilih sebagai perisianGIS untuk projek tersebut.

Malaysia (JUPEM) untuk lembar yangmerangkumi kawasan Mersing.

Keperluan utama sistem GIS ini adalahkepada kedua-dua data spatial dan atribut.Sebagai contoh jenis data-data spatial adalahseperti kedudukan dan bentuk jalanrayasepertimana di atas peta manakala maklumatmengenai jalanraya tersebut seperti panjang,jenis bahan binaan dan ketebalan jalan adalahmerupakan data-data atribut kepada jalanrayatersebut. Pangkalan data di dalam perisianMapInfo telah dibina berdasarkan strukturmaklumat-maklumat kejuruteraan ini.Kemasukan data-data ini kemudiannya dibuatsecara manual ke dalam ruang maklumat atributyang telah siap dibangunkan. Setiap butiranseperti jalanraya akan mempunyai maklumatatributnya yang tersendiri. Selain itu, maklumatberbentuk gambar juga boleh di disimpan danperisian GIS ini juga berkeupayaanmemaparkannya dengan pantas.

Data-data pemetaan yang terlibat adalahpeta Semenanjung Malaysia pada skala1:1 000 000, peta topografi dan bandar berdigitdaripada seksyen Computer Asissted MappingSystem (CAMS), Jabatan Ukur dan Pemetaan

Maklumat padang terbang dapat dicapai dengan mudahberserta gambar

Maklumat imej satelit boleh juga diintegrasikan denganmaklumat spatial yang sedia ada

Maklumat stesen minyak berserta gambar dipaparkandengan tindihan atas terhadap peta bandar

Peta skala 1:1 000 000 dibangunkanuntuk bertindak sebagai peta indeks. Ini adalahuntuk memudahkan pengguna mengetahui dikawasan manakah beliau ingin mencapaimaklumat kejuruteraan tersebut. Peta topografipada skala 1:50 000 akan berfungsi men-yediakan maklumat yang lebih lengkap.Maklumat-maklumat kejuruteraan ini bolehdibuka sebagai bentuk lapisan (layer) supaya

BULETIN GIS 4

Page 7: Buletin GIS / 1999

pengguna dapat mengetahui di manakahbutiran-butiran ini berada di atas peta. Untukmaklumat spatial yang lebih lengkap daripadaini, pengguna akan mempunyai pilihan dalammenggantikan peta topografi kepada petabandar pada skala 1:10 000. Pada skala ini,pengguna akan memperolehi gambaran yanglebih lengkap di mana maklumat-maklumat yangdisimpan berada. Nama jalanraya-jalanrayatertentu yang berdekatan dengan maklumat-maklumat tertentu akan memudahkan lagipengenalan kepada maklumat-maklumattersebut.

sesuatu jambatan yang dikehendaki dapatdilakukan dengan pantas dan mudah. Hasilanalisa atau capaian sesuatu maklumat tersebutboleh juga dicetak ataupun bertindak sebagaigambar untuk diletakkan di dalam perisian Wordsebagai kembaran kepada laporan tertentu.

KESIMPULAN

Daripada perlaksanaan projek pilottersebut, bolehlah dikatakan bahawapenggunaan GIS telah terbukti berkesan dalammenguruskan maklumat kejuruteraanpertahanan. Terdapat banyak lagi pengurusanyang melibatkan kedudukan di dalam tenterayang boleh dijadikan sebagai salah satu aplikasiGIS. Perlaksanaan aplikasi GIS tidaklah terhadkepada sesuatu jenis perisian GIS sahaja, malahperisian GIS lain seperti Arc View dan Geomediaboleh juga digunakan. Pendekatan terhadap ITyang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Ma-laysia (ATM) dalam memastikan supaya anggotatentera celik IT di abad ke 21 ini, hendaklah jugamengambil kira kemajuan teknologi GIS dalamrancangan mereka

Perisian GIS juga menyediakan kemudahanmengukur jarak

Selain daripada penyimpanan danpengurusan maklumat-maklumat ini, perisianGIS ini juga dapat membuat berbagai jenisanalisa terhadap maklumat-maklumat spatial danatribut yang sedia ada. Sebagai contoh, sistemini berkeupayaan membuat analisa sepertimemaparkan semua jambatan yang panjangnyamelebihi sesuatu ukuran yang ditetapkan untuksesuatu jalanraya. Selain itu, penganalisaanterhadap berapakah jumlah bahan letupan, masaserta kekuatan anggota untuk meletupkan

Analisa terhadap maklumat atribut dapat dilaksanakandengan mudah

BULETIN GIS 5

Page 8: Buletin GIS / 1999

HARI KUALITI DANPAMERAN ITX ‘99 KTPK

Oleh

Kamariah Jaafar

Selaras dengan perkembangan teknologi

maklumat masa kini, didapati setiap

Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya

telah dan sedang mempertingkatkan keupayaan

pengoperasian di organisasi masing-masing

dengan penggunaan teknologi pengkomputeran

agar boleh bergerak seiring dengan teknologi

terkini.

Kementerian Tanah dan Pembangunan

Koperasi (KTPK) juga tidak ketinggalan di dalam

menyahut cabaran Kerajaan dengan

perlaksanaan projek pengkomputeran sesuai

dengan perkembangan semasa. Sehubungan

dengan itu, pada 2hb. November 1999, telah

berlangsung Pameran ITX ’99 yang merupakan

expo dan pameran mengenai usaha

pengkomputeran yang telah dan sedang

jalankan oleh Kementerian Tanah dan

Pembangunan Koperasi untuk meningkatkan

keupayaan pengurusan agensi di bawahnya.

Pameran ini merupakan yang julung kali

diadakan dan mengambil sempena Hari Kualiti

KTPK yang telah dirasmikan oleh Yg. Bhg.

Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Ketua Setiausaha

Negara.

Objektif mengadakan Pameran ITX ’99

ini adalah untuk mendedahkan kepada

Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang

lain mengenai hasil dan faedah daripada

perkembangan IT di KTPK serta Jabatan/

Agensi di bawahnya. Di samping itu, pihak

KTPK ingin mendedahkan dan menghebah-

kan faedah-faedah yang dinikmati hasil

daripada usaha menggunakan IT terhadap

perkhidmatan KTPK dan Jabatan/Agensi

di bawahnya dengan menggunakan IT kepada

pihak awam dan swasta.

Yg. Bhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali,

Ketua Setiausaha Negara sewaktu

melancarkan majlis

BULETIN GIS 6

Page 9: Buletin GIS / 1999

Berbagai program

telah dijalankan di sepanjang

Hari Kualiti dan Pameran ITX

KTPK 1999. Antaranya

adalah pembentangan

kertaskerja, penyampaian

hadiah/ anugerah Hari Kualiti

dan pameran Pameran

tersebut bukan sahaja disertai

oleh Jabatan/ Agensi di

bawah KTPK malah telah

disertai oleh beberapa pihak

Swasta

Pembentangan kertas kerja oleh pihak JUPEM

SEMINAR KEJURUTERAANGEOINFORMASI ‘99

Pada 17 & 18 November 1999 telahberlangsung Seminar Tahunan

Geoinformasi ‘99 bertempat di IntekmaResort and Convention Centre, UniversitiTeknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Seminarini merupakan anjuran bersama JabatanSains Ukur dan Geomatik, UiTM dan BahagianUkur Tanah, Pertubuhan Juruukur Malaysia.Seminar seumpama ini yang merupakankali ketiga diadakan secara tahunan di manaia lebih merupakan forum yang mengumpulkanprofesional yang terlibat dalam disiplin

Ukur, Pemetaan, GIS, LIS dan GeomatikPerbincangan di dalam seminar ini tertumpukepada aspek pembangunan disiplinGeoinformasi dan Geomatik di mana sebanyak42 kertas kerja telah dibentangkan. Seminaryang telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. NaibCanselor UiTM Datuk Prof. Ir. Dr. Haji AhmadZaidee Laidin ini telah dihadiri oleh lebih 200peserta yang terdiri daripada golonganprofesional, ‘practitioner’ dan akademik yangbergiat cergas di dalam disiplin Geoinformasidan Geomatik

Yg. Bhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, ketika melawat ke Pameran ITX ‘99 KTPK

BULETIN GIS 7

Page 10: Buletin GIS / 1999

NAIS: KE ARAH PEMETAAN ATLAS INTERAKTIFOleh

Hasidah BaharuddinSeksyen Kartografi, JUPEM

Pengenalan

Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM)merupakan sebuah jabatan kerajaan yang

sedang mengalami kemajuan danpembangunan yang pesat dalam memenuhikeperluan pengurusan sumber tanah danpemetaan yang cekap, tepat dan kemaskini.Melalui teknologi pemetaan JUPEM telahmewujud dan melaksanakan Sistem PemetaanBerkomputer (CAMS) pada tahun 1988, diikutidengan perolehan Sistem Pemetaan Laju (FMS)pada tahun 1993 dan Sistem Pemetaan TematikBerdigit (DTMS) pada tahun 1995. PewujudanDTMS di Seksyen Kartografi bertujuan untukmenggantikan proses kartografi konvensional disamping meningkatkan keupayaan dalampenerbitan peta tematik.

Melalui sistem pemetaan berkomputertersebut, sistem maklumat geografi dapatdibangunkan dengan pewujudan PangkalanData Topografi, Kartografi Kebangsaan danPangkalan Data Peta Asas Tematik. Seterusnyaia dapat mempercepatkan proses penerbitanpeta bermula dari penawanan data hingga keperingkat cetakan peta hardcopy dan petaberdigit.

Selaras dengan kemajuan teknologipemetaan berkomputer, JUPEM telahmengambil inisiatif untuk menerbitkan AtlasKebangsaan di bawah Rancangan Malaysia ke7.Projek ini dilaksanakan oleh Seksyen Kartografimelalui perolehan sistem komputer yang dikenalisebagai Sistem Maklumat Atlas Kebangsaan(NAIS).

Objektif NAIS

NAIS dapat mengautomasikanpenyediaan Atlas Kebangsaan. Denganwujudnya NAIS, JUPEM dapat menerbitkan

Atlas Kebangsaan Elektronik dalam bentukMultimedia CD ROM dan cetakan berwarnamengikut tema atlas. Objektif NAIS adalah untuk:

i. Mewujud dan menyelenggara PangkalanData Atlas Kebangsaan.

ii. Menerbitkan Atlas Kebangsaan berdigitdan bercetak.

iii. Menyediakan maklumat geografi yangkomprehensif bagi rujukan, pembelajaran,penyelidikan dan kegunaan awam.

iv. Mempelbagai dan menghasilkan produkbaru JUPEM serta membangunkan aplikasibagi menyokong pelaksanaan KerajaanElektronik.

Teknologi NAIS

Keseluruhan perkakasan dan perisianNAIS menggunakan Sistem Intergraph yangmerupakan satu sistem menyeluruh,sebagaimana yang telah dilaksanakan di bawahDTMS. Melalui sistem ini, ianya terbukti dapatmenepati proses penerbitan peta pada masa kinidan akan datang.

NAIS terbahagi kepada empat (4) subsistem iaitu:

i. Subsistem Penawanan Data (DCS)

Subsistem ini merangkumi prosespengimbasan, pendigitan, penyusunan,pengolahan dan penerapan data-data asasyang diperolehi daripada agensi-agensiyang terlibat bagi penyediaan data Atlasdan membangunkan Pangkalan Data At-las Kebangsaan.

ii. Subsistem Pangkalan Data Atlas (DBS)

Subsistem ini digunakan untuk menyimpandan mengurus Pangkalan Data AtlasKebangsaan.

BULETIN GIS 8

Page 11: Buletin GIS / 1999

iii. Subsistem Penerbitan (MPS)

Subsistem ini bertujuan untukmenyediakan filem pisah warna mengikutspesifikasi yang telah ditentukan.

iv. Subsistem Multimedia (MMS)

Subsistem ini digunakan untukmenerbitkan CD-ROM Atlas Kebangsaandalam bentuk multimedia.

Oleh yang demikian, Seksyen Kartografitidak menghadapi masalah kerana masihmengekalkan subsistem-subsistem sedia adakecuali subsistem Multimedia. Pembangunanaplikasi diperlukan di bawah subsistem Multime-dia kerana belum ada perisian Multimedia Atlasyang tersedia di pasaran.

Melalui sistem yang diperolehi NAISberupaya melaksanakan fungsi-fungsi kartografidisamping fungsi naratif berikut:

i. scrolling kawasan peta yang dipaparkan

ii. perubahan skala dengan keupayaanpengitlakan

iii. dapat membuat perbandingan antaraelemen peta

iv. animasi ciri-ciri pilihan

v. penentuan jarak dan keluasan kawasanatas peta

vi. penentuan lokasi sesuatu elemen peta dan

vii. memaparkan maklumat melalui multiplewindows

Frameworks NAIS

Projek ini turut melibatkan agensi-agensikerajaan lain dan juga badan-badan berkanunserta swasta bagi perolehan data untuk subjek-subjek kandungannya. Disebabkan bidang iniadalah luas dan berkembang dari semasa kesemasa, kepakaran dalam mengolah data-datasubjek yang dipetakan adalah perlu agarmaklumat yang dipaparkan dalam peta itu tepatdan betul.

Bagi menjamin kejayaan projek ini,

pelaksanaan NAIS melibatkan penubuhanJawatankuasa Induk Atlas Kebangsaan,Jawatankuasa Kecil/Agensi dan JawatankuasaKerja Atlas Kebangsaan. Ketiga-tigajawatankuasa ini mempunyai fungsi yangberlainan tetapi perlu bekerja rapat antara satudengan lain.

Jawatankuasa Induk dianggotai olehpakar-pakar subjek atlas dari JUPEM, Agensidan Institusi Pengajian Tinggi yang berkaitanserta pakar-pakar dalam penyediaan atlas.JUPEM adalah urusetia dan penyelaras.Semua Jabatan, Agensi dan Institusi PengajianTinggi yang berkaitan dengan kandungan atlasdipertanggungjawabkan mengumpul danmengolah data/maklumat, menyediakan iktisarmengikut subjek kandungan atlas danmenyerahkan kepada Jawatankuasa Induk At-las Kebangsaan untuk diteliti dan disahkankesahihannya. Tanggungjawab jawatankuasa iniadalah seperti berikut:

i. Merumus dasar dan garis panduanmengenai maklumat Atlas Kebangsaan

ii. Menyelaras ke atas pengumpulan data/maklumat yang akan dimuatkan ke dalamatlas

iii. Penubuhan Jawatankuasa Kecil peringkatjabatan atau agensi

iv. Meneliti dan mengesahkan data/maklumatdan ikhtisar kandungan atlas.

Jawatankuasa Kecil peringkat jabatan/agensi pula ditubuhkan oleh JawatankuasaInduk. Jawatankuasa Kecil ini dianggotai olehahli-ahli dan jabatan/agensi dan seorang ahli dariJUPEM untuk mengumpul data/maklumatmengikut subjek kandungan atlas.

Jawatankuasa Kerja adalah merupakanjawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh ahli-ahli dari JUPEM dan seorang pakar dalambidang penyediaan atlas jika perlu sebagaipenasihat. Tanggungjawab jawatankuasa iniadalah seperti berikut:

i. Menerap atau memanfaatkan keputusanJawatankuasa Induk.

BULETIN GIS 9

Page 12: Buletin GIS / 1999

ii. Merumus cara penerapan maklumat dalampeta (detail presentation).

iii. Merekabentuk persembahan atlas.

iv. Menentukan proses reproduksi danpenerbitan.

v. Mewujud dan menyelenggara PangkalanData Atlas Kebangsaan.

Faedah-faedah

Dengan adanya NAIS, AtlasKebangsaan dapat diterbitkan oleh JUPEM.Atlas Kebangsaan ini akan memberi pelbagaimanfaat seperti berikut:

i. Mengadakan maklumat geografi yangkomprehensif dalam bentuk digital.

ii. Dapat mengatasi masalah kekuranganbahan rujukan maklumat geografi untukpembelajaran dan kajiselidik

iii. Mempelbagaikan produk AtlasKebangsaan dengan menerbitkan produksampingan seperti Atlas untuk sekolah.

iv. Menyediakan sumber data spatial bagimendukung projek MultimediaSuper Corridor dalam merealisasikankonsep Kerajaan Elektronik.

Status NAIS

Projek Atlas Kebangsaan telah bermulapada tahun 1997 di mana semua kakitangan diseksyen telah didedahkan kepada teknologipemetaan berkomputer. Seterusnya perolehanperkakasan dan perisian NAIS diterimasepenuhnya pada September 1999. StandardAcceptance Test telah dilakukan pada 7Disember 1999. Ini akan diikuti pula denganGovernment Acceptance Test, Provisional Ac-ceptance Test dan akhirnya Final AcceptanceTest pada tahun 2000. Produk pertama NAISdalam bentuk Multimedia CD-ROM dijangkaberada di pasaran pada tahun 2001

SEMINAR STANDARD GISOleh

Kamariah Jaafar

Tidak ramai yang menyedari tentangwujudnya usaha beberapa agensi dan

jawatankuasa tertentu yang telah, sedang,merancang untuk membangunkan beberapastandard GIS di Malaysia mengikut keperluan danbidang masing-masing. Menyedari hakikat tentangkeperluan usaha pembangunan Standard GIStersebut secara bersama dan terselaras, pihakNaLIS selaku penyelaras infrastruktur GIS bagiaktiviti perkongsian maklumat geo-spatial diMalaysia dan pihak SIRIM yang merupakan“Standard National Body Malaysia telah mengoraklangkah dengan bekerjasama menganjurkan‘Seminar Standard GIS’. Seminar ini telah diadakanpada 2hb. Disember 1999, bertempat di Park Royal& Resort, Kuala Lumpur.

Objektif seminar ini adalah untuk memberipendedahan dan kesedaran kepada semua

SeminarStandard

2 Disember 1999 Parkroyal Hotel & Resort Kuala Lumpur•Anjuran Bersama

STANDARD & AKREDITASIMALAYSIAmalaysia

S i s t e m I n f r a s t r u k t u r K e b a n g s a a n b a g i M a k l u m a t T a n a hN a t i o n a l I n f r a s t r u c t u r e f o r L a n d I n f o r m a t i o n S y s t e m

BULETIN GIS 10

,,

Page 13: Buletin GIS / 1999

pembekal dan pengguna data spatial tentangaktiviti pembangunan standard GIS di Malaysia.Seminar sehari yang bertemakan “ StandardGIS Asas Perkongsian Maklumat Geo-spatial ”ini telah berjaya menarik minat kalangan agensi-agensi Kerajaan di mana lebih 200 orangpeserta telah menyertainya.

Seminar ini bertujuan untuk memberipendedahan terhadap aktiviti-aktivitipembangunan Standard GIS agar ianyadiketahui oleh umum terutamanya di kalanganpelbagai pembekal dan pengguna datageo-spatial di Malaysia.

Sebanyak sepuluh kertas kerja berhubungdengan pembangunan standard GIS telahdibentangkan. Berikut adalah tajuk-tajuk kertaskerja yang telah dibentangkan:

1. Pembangunan Standard di Malaysiaoleh En. Rajinder RAJ (SIRIM Berhad)

2. ‘Significance of International GIS Stan-dard’ oleh Dr. Ken Bullock (ISO/TC211-WG2 Convenor)

3. ‘ Approach to GIS Standardization inMalaysia’ oleh En. Hasan bin Jamil(NaLIS)

4. ‘Standardization of Soil Survey, SoilClassification and Land Evaluation inMalaysia’ oleh Dr. Lim Jit Sai(COMSSSEM)

5. ‘Standardizing of Route NumberingSystem for GIS Applications’ oleh Ir. TuanHj. Mohamad bin Husin (REAM)

6. ‘GIS Standards Development -Australian Experience’ oleh KenBullock(ISO/TC211 WG 2 Convenor)

7. Isu Standard Dalam Perlaksanaan GISoleh En. Kamalruddin bin Shamsuddin(AGISWLK)

8. ‘Development of Internet-basedMetadata for Penang Integrated CoastalZone Management Project’ oleh Prof.Madya Dr. Ruslan Rainis (USM)

9. Prototaip aplikasi NaLIS olehPn. Fauziah binti Abu Hanifah (NaLIS)

10. Peranan TC12 dalam pembangunanStandard GIS Malaysia oleh Dr. AbdulKadir bin Taib (TC12 )

Sesungguhnya seminar ini sangatbermakna kepada semua pengguna GISdi negara ini di mana beberapa usahamenggubal, menyelaras serta membangunkanStandard GIS serta masalah yang perluditempuhi dapat dibawa berbincang bersama.Melalui seminar ini, para peserta berpeluangmempelajari pengalaman yang pernah ditempuhioleh negara luar di dalam usaha pembangunanstandard tersebut di mana dengan cara ini akandapat memudahkan kefahaman danmempercepatlkan pembangunan Standard GISdi Malaysia kelak. Di samping itu ianya juga dapatmerealisasikan perkongsian maklumatgeospatial melalui Sistem Infrastruktur

Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (NaLIS)

BULETIN GIS 11

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Encik Chan Keat Lim,Sekretariat NaLIS, KTPKTing. 5, Wisma Tanah,Jalan Semarak,50574 Kuala Lumpur

Tel : 03 - 2921566 ext. 672

Email : [email protected]

Page 14: Buletin GIS / 1999

ULASAN BUKUADJUSTMENT COMPUTATION:

statistics and least squares in surveying and GIS

This book is written by Paul R. Wolf,professor emeritus of the Department

of Civil and Environmental Engineering at theUniversity of Wisconsin in Madison andCharles Ghilani, an associate professor at theSurveying Program at Pennsylvania StateUniversity was design as a reference and selfstudy source for working surveyors, photo-grammetrists and GIS manager who may beusing least squares and GIS programs. It isalso an ideal text for courses in surveying,civil engineering, cartography and geology. Itcomes with program disk that contain threesoftware packages called STATS for statisti-cal analysis, ADJUST to perform least squareadjustment and MATRX to perform basic ma-trix operations.

This book consists of 22 chapters, 9appendices, a bibliography and index. Itprovides definitions, basic statistical discus-sion, the importance of redundant measure-ment, the need for adjustment and the advan-tages of least squares over alternate ap-proaches to adjustments. It then details intro-ductory measurement analysis topics such asrange, measures of central tendencies, varianceand standard deviation, graphical methods fordescribing data.

It provides a complete, up to-date treat-ments of every aspect of least squares adjust-ment and procedure available for adjustment tomeasured data. Each chapter is supported byclear, practical examples and illustration. Oneof the most important components of least

Adjustment Computations: Statistics and Least

Squares in Surveying and GIS by Paul R. Wolf,

Charles D. Ghilani. New York : John Wilay & Sons, 1996.

564p. 18BN 0-471-16833-5

squares analysis, proper weighting of measure-ments is discussed as is the relationship be-tween weights and standard errors and the sta-tistics of weighted observations leading the userinto the generic least squares information whichfollows

BULETIN GIS 12

Page 15: Buletin GIS / 1999

Senarai Penerbitan BerkaitanSistem Maklumat Geografi (GIS)

Di Perpustakaan Peta Negara, JUPEM

BULETIN GIS 13

1. Berry, Joseph K.Beyond Mapping: Concepts,Algorithms, and issues in GIS.Fort Collins: GIS World Books, 1993.

2. Joseph K. BerrySpatial Reasoning for Effective GIS.Fort Collins: GIS World Books, 1995.

3. Seppe CassettariIntroduction to Integrated Geo-information Management.London: Chapman & Hall, 1993

4. Environmental Modelling with GIS.New York: Oxford University Press,1993.

5. Framework for the World.Cambridge: GeoinformationInternational, 1997.

6. GIS and Environmental Modeling:progress and reserve issues.USA: GIS World Books, 1996.

7. GIS and Generalization: methodologyand practice.London: Taylor & Francis , 1992.

8. Innovations in GIS 2: selected papersfrom the 2nd. InternationalConference on GIS Research UK.London: Taylor & Francis, 1995.

9. Introductory Reading in GeographicInformation Systems.London: Taylor & Francis, 1990.

10. The Local Government Guide toGeographic Information System:planning and implementation.Washington: PTI & ICMA, 1991.

11. Mather, Paul M.Computer Applications in Geography.New York: John Wiley & Sons, 1991.

12. Martin, DavidGeographic Information Systems andTheir Socio-economic Applications.London: Routledge, 1991.

13. McDonnell, RachelInternational GIS Dictionary.Cambridge: GeoInformationInternational, 1995.

14. Montgomery, Glenn E.GIS Data Conversion Handbook.USA: GIS World Books, 1993.

15. Mountain Environments &Geographic Information Systems.London: Taylor & Francis, 1994.

16. Profiting From A GeographicInformation Systems.USA: GIS World Books, 1993.

17. Understanding GIS: the ARC/INFOmethod.USA: ESRI Inc., 1990 -1995.

18. Visualization in Geographical InInformation Systems.England: John Wiley &Sons, 1994.

Nota : Bahan terbitan di atas merupakan tambahankepada senarai terbitan pada Buletin GISkeluaran 1/96

Page 16: Buletin GIS / 1999

Disedia dan dicetak oleh JUPEM No. 67 - 2000