Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

23
TAJUK : RANCANGAN PERNIAGAAN Syarikat Los De’Licious Restaurant & Bakeri Sdn. Bhd Unit 65, 66 & 67, Commercial Centre, Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) 1. Muka Hadapan 1

Transcript of Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Page 1: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

TAJUK :RANCANGAN PERNIAGAAN

Syarikat Los De’Licious Restaurant & Bakeri Sdn.

Bhd

Unit 65, 66 & 67, Commercial Centre, Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia

FEBRUARI 2011

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

1. Muka Hadapan

1

Page 2: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

2. Ringkasan Eksekutif

2.1 Takrif Ringkasan Eksekutif

Setiap kertas kerja / proposal yang melebihi 20 mukasurat perlu disertakan dengan ringkasan eksekutif. Ringkasan Eksekutif hendaklah tidak melebihi 5 mukasurat dan disediakan akhir sekali iaitu selepas keseluruhan kertas kerja disediakan. Ringkasan Eksekutif hendaklah diletakkan di bahagian hadapan (selepas muka hadapan) kertas kerja tersebut.

2.2 Maklumat yang periu dinyatakan Maklumat ringkas organisasi / usahawan; Aktiviti perniagaan / perkhidmatan yang ditawarkan; Carta organisasi pasukan pengurusan; Produk, kumpulan sasaran, kawasan pasaran dan strategi

pemasaran; Kos pelaburan projek dan pembiayaan yang diperlukan (yang

mana berkenaan); Unjuran-unjuran kewangan yang disediakan - Aliran Tunai,

Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira; Berdaya maju, mempunyai perancangan dan potensi di masa

hadapan.

3. Mukasurat

Kandungan muka surat setiap tajuk utama dan sub-tajuk kandungan kertas kerja perlu disediakan bagi memudahkan pembaca untuk membuat rujukan / semakan.

4. Pengenalan

Maklumat yang diperlukan dinyatakan

Nama perniagaan dan tarikh ditubuhkan; Lokasi dan alamat perniagaan; Aktiviti utama perniagaan; Sejarah ringkas penubuhan dan perkembangan perniagaan; Pengalaman pengasas dalam bidang kerja dan perniagaan; Sebab-sebab menjalankan perniagaan; Hubungan / nilai perniagaan kepada persekitaran dan ekonomi

Negara secara umum.

Contoh ‘Pengenalan’

2

Page 3: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

SYARIKAT XYZ (XYZ) adalah sebuah perniagaan milikan tunggal telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 1003. Perniagaan ini beroperasi di Lot 471, Jalan Enggang 4, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur. XYZ merupakan sebuah syarikat kontraktor elektrik yang terlibat di dalam kerja-kerja senggaraan, pemasangan, pendawaian kabel (atas/bawah), membekal barangan elektrik serta berkelayakan untuk mentauliahkan peralatan elektrik bagi kegunaan industri. Di samping itu, XYZ turut menyediakan perkhidmatan sampingan mekanikal dan elektrikal seperti membekal dan memasang sistem pemadan api, saluran gas dan paip untuk bangunan, sistem penghawa dingin dan lain-lain lagi. Perniagaan ini telah dijalankan selama lebih 5 tahun oleh pemiliknya, walaupun baru lagi didaftarkan. Pemilik perniagaan mempunyai lebih 8 tahun pengalaman kerja di dalam bidang elektrik.

XYZ amat berharap agar dapat turut serta menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara yang sedang berkembang. Syarikat ini turut ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan perniagaan di bawah program Masyarakat Perdagangan dan Perindutrian Bumiputera (MPPB). Perniagaan yang dijalankan oleh XYZ mempunyai potensi untuk berdaya maju. Sehubungan itu, XYZ berhasrat untuk meningkatkan kapasiti perniagaan dengan menambah bilangan peralatan dan kelengkapan serta modal pusingan melalui pembiayaan MARA. Melalui pembiayaan ini, XYZ akan turut meningkatkan prestasi pekhidmatan yang ditawarkan dengan menumpukan lebih perhatian kepada pelanggan industri dan premis-premis perniagaan.

5. Tujuan Kertas Kerja

Maklumat yang perlu dinyatakan

Nyatakan tujuan dengan jelas; Jumlah Kos Pelaburan keseluruhan yang terlibat dan pecahanan

penggunaannya; Nilai pembiayaan yang dipohon; Pengiraan pembiayaan dan nilai ansuran bulanan.

Contoh ‘Tujuan’

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan rancangan perniagaan XYZ, yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA untuk mempertimbangkan permohonan pembiayaan

3

Page 4: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

berjumlah RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu 5ahaja). Tempoh pembiayaan adalah selama 5 tahun dan XYZ turut memohon tempoh bernafas selama 3 bulan. Kos Pelaburan Projek adalah sebanyak RM??? di mana RM??? dibiayai oleh pemilik, sementara baki RM??? adalah melalui pembiayaan yang dipohon ini.

Pengiraan Pembiayaan :Nilai Pembiayaan : RM???Kadar Keuntungan : 6% setahunKeuntungan Permbiayaan : RM??? @ 7% @ 5 TAHUN1umlah Pembiayaan : RM??? + RM???Bayaran Balik Bulanan : RM???/ 60bulanBaran Bulanan : RM??? Sebulan

Kaedah pengiraan keuntungan pembiayaan kewangan

Pengiraan keuntungan pembiayaan kewangan adalah dengan menggunakan Kaedah Garis Lurus bagi memudahkan penyediaan Anggaran Aliran Tunai dan anggaran bayaran balik pembiayaan. Bayaran bulanan sebenar adalah lebih kecil jika menggunakan kaedah baki berkurangan.

6. Latar Belakang Perniagaan

Contoh ‘Latar Belakang Perniagaan’

Nama Perniagaan : Alamat Berdattar . :Alamat Operasi / Kedai :No. Telefon :No. Fax :E-mail :No. Daftar Perniagaan :Tarikh Pendattaran/ Bila hendak mula operasi:Aktiviti Perniagaan :Bentuk Perniagaan : Milikan Tunggal/ PerkongsianModal Permulaan : RM ???Bank : ???

Cawangan ??? No. Akaun

No. Lesen Kementerian Kewangan :Tarikh Tamat Lesen :Bidang Kerja Yang Didaftarkan :Nama Pemilik :No. K/P :

4

Page 5: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Dokumen yang perlu dilampirkan

Salinan Daftar Perniagaan; Lesen Kementerian Kewangan (jika ada); Penyata Bank (6 bulan).

7. Latar Belakang Pemilik

Contoh ‘Latar Belakang Pemilik’

Nama :Jawatan : Pengurus / PemilikAlamat Tetap :Telefon :No. Kad Pengenalan :Tarikh Lahir :Bangsa / Agama : Melayu / IslamTaraf Perkahwinan :KeJulusan Akademik :Pengamalan Kerja : Tahun / Jawatan / MajikanKursus Yang Pernah Dihadiri : Tarikh / Kursus / Penganjur

Dokumen yang perlu dilampirkan

Salinan Sijil-sijil Kursus Dokumen Akademik (yang berkaitan) Salinan Perjanjian Perkongsian (jika ada)

8. Skop Perniagaan

Aktiviti perniagaanNyatakan akiviti utama perniagaan yang dijalankan.

Contoh:- Di antara aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh XYZ adalah :--

5

Page 6: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Produk / Perkhidmatan yang ditawarkanNyatakan produk / perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh:-Berikut adalah produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat XYZ:--

Potensi perniagaanNyatakan potensi perniagaan yang dijalankan.

Contoh:- Berdasarkan kepada analisa dan kajian pasaran yang dibuat,

perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang di sekitar 10% hingga 20% setahun. Perniagaan masih di tahap awal dan mempunyai potensi besar untuk berkembang di masa hadapan.

Dengan usaha yang berterusan, XYZ telah mendapat tempat di kalangan pelanggan berdasarkan kualiti perkhidmatan yang tinggi yang ditawarkan. Lokasi perniagaan yang strategik merupakan suatu kelebihan kepada XYZ kerana dapat dikunjungi oleh pelanggan dengan mudah.

Keadaan ekonomi negara yang terus berkembang positif turut menyumbang kepada potensi perkembangan perniagaan XYZ. Pemulihan ekonomi negara yang turut menyumbang kepada pembangunan Bandar ......... di mana terdapat banyak kawasan industri dan komersil serta taman-taman perumahan baru yang telah dibina, seperti Taman .........., Taman ............. Dan Taman ........, di samping taman perumahan sedia ada. Keadaan ini telah meningkatkan saiz pasaran XYZ.

Di antara faktor yang turut menyumbang kepada peningkatan potensi perniagaan XYZ adalah tidak banyak perniagaan seumpama ini yang dimiliki oleh syarikat Bumiputera di Bandar ............. . Ini merupakan satu satu kelebihan kepada Syarikat XYZ untuk memonopoli pasaran kerana majoriti penduduk Bandar ini dan kawasan sekitar adalah Bumiputera.

Dengan penambahan modal pusingan yang lebih besar, XYZ akan dapat menambahkan bilangan stok fizikal dan alatan ganti.

6

Page 7: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Me1alui kepelbagaian tawaran perkhidmatan dan produk yang ditawarkan, XYZ mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dl masa hadapan. XYZ juga mampu menjadi pembekal utama di kawasan tersebut.

9. Pemasaran

Perkhidmatan dan harga yang ditawarkan

Senaraikan perkhidmatan yang ditawarkan dan harga.

Contoh:-

PERKHIDMATAN HARGA (RM)

TEMPOH PENYIAPAN

Kumpulan Sasaran

Nyatakan kumpulan sasaran dan pelanggan yang berpotensi; Berikan pecahan mengikut kategori jantina, umur, kumpulan

pendapatan dan sebagainya.

Kawasan Pasaran

Namakan taman perumahan, kompleks pejabat, kawasan perindustrian, sekolah, pejabat dan sebagainya di kawasan sekitar premis

Saiz pasaran

Saiz pasaran ditentukan berdasarkan kumpulan sasaran yang berada di kawasan pasaran yang telah dikenal pasti. Berikan anggaran saiz pasaran secara umum kerana saiz pasaran sebenar agak sukar didapati tanpa melalui proses kajian pasaran yang menyeluruh. Bagaimanapun, saiz pasaran perlu ditentukan dan dianggarkan bagi memudahkan membuat anggaran jualan.

Analisis pesaing

Senaraikan pesaing di kawasan pasaran. Buat analisis Kekuatan dan Kelemahan (Analisis SWOT) untuk setiap pesaing.

7

Page 8: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Contoh:-

NAMA PERNIAGAAN & ALAMAT

KEKUATAN KELEMAHAN

Syer pasaran

Dikira berdasarkan pecahan peratus syer pesaing sedia ada dan peratus syer yang akan diperolehi oleh perniagaan apabila memasuki pasaran.

Anggaran jualan / pendapatan tahun pertama

Dikira berdasarkan asas perniagaan pendapatan.

Strategi pemasaran

Promosi

Nyatakan promosi dan strategi pemasaran yang dilakukan.

Contoh:- Di antara strategi promosi XYZ bagi menawarkan dan memperkenalkan perkhidmatan ialah:

Mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan; Memberikan profil perniagaan kepada bakal-bakal

pelanggan; Mengedarkan pamphlet dan ‘brochure’ secara berkala; Memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas

dan tepat.

Lokasi

Nyatakan kelebihan lokasi perniagaan.

Contoh:-Lokasi perniagaan Syarikat XYZ yang terletak di tepi jalan utama, merupakan lokasi yang strategik untuk perniagaan yang dijalankan.

8

Page 9: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Harga

Nyatakan justifikasi penetapan harga bagi perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh:-Penetapan harga bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat XYZ adalah berpatutan, kompetitif dan mengikut kadar pasaran semasa.

Produk

Nyatakan kelebihan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Contoh:-Produk yang ditawarkan kepada pelanggan adalah berkualiti dan setimpal dengan harga yang ditawarkan. Perniagaan yang dijalankan adalah mengikut perubahan teknolegi terkini dan kehendak pelanggan agar produk dan perkhidmatan yang dijalankan sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

Perhubungan pelanggan

Nyatakan strategi perhubungan pelanggan yang diberikan oleh syarikat.

Kos pemasaran

Nyatakan kos yang terlibat dengan aktiviti pemasaran yang dijalankan (jika ada).

Senarai kerja-kerja yang pernah dilaksanakan

Jika pernah melaksanakan kerja sebelum ini, sila nyatakan secara ringkas kerja-kerja yang pernah dilaksanakan.

Contoh:-

BIL KERJA-KERJA YANG PERNAH DILAKSANAKAN

TEMPOH NILAI (RM)

9

Page 10: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

10. Rancangan Teknikal / Perkhidmatan

Lokasi premis

Nyatakan kedudukan lokasi premis, nama jalan utama, nama bangunan dan sebagainya.

Maklumat premis perniagaan

Nyatakan :a. Alamat; b. Bentuk binaanc. Keluasand. Pemilik premis;e. Tempoh sewaan;f. Nilai sewaan bulanan;g. Salinan perjanjian sewa.

Kemudahan asas

Nyatakan kemudahan asas yang terdapat di sekitar lokasi premis perniagaan.

Contoh:-Premis XYZ memiliki segala kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan telefon. Premis perniagaan kami terletak di tepi jalan utama ............. dan merupakan kawasan komersil baru di Bandar ............... . Pejabat kami juga mempunyai ruang kerja dan pameran yang luas dan dapat memberi keselesaan kepada para pelanggan yang datang berkunjung.

Harta tetap dan peralatan yang dimiliki

Harta tetap dan peralatan yang dimiliki perlu dinyatakan bagi memberi pandangan jelas tentang kedudukan perniagaan yang dijalankan.

10

Page 11: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Contoh:-Perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan oleh pemilik ketika mula-mula ditubuhkan. XYZ memiliki beberapa buah mesin dan peralatan yang dibeli secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan perniagaan ketika itu. Aset tetap dan kelengkapan yang dimiliki oleh XYZ adalah seperti jadual berikut:

BIL PERKARA TAHUN DIBELI

UNIT NILAI (RM)

JUMLAH (RM)

JUMLAH

Harta tetap dan kelengkapan yang diperlukan

Kaitkan justifikasi permohonan pinjaman dengan peralatan yang telah dimiliki dan yang masih diperlukan.

Contoh:-Melalui pembiayaan kewangan yang dipohon ini, XYZ akan membeli beberapa lagi aset dan kelengkapan tambahan yang diperlukan oleh syarikat kami seperti jadual di bawah :

BIL PERKARA NILAI (RM) JUMLAH (RM)

JUMLAH

Stok barangan tambahan yang diperlukan

Nyatakan juga stok untuk barangan tambahan yang diperlukan.

Contoh:-Di samping harta tetap dan kelengkapan bengkel yang diperlukan, pembiayaan kewangan ini juga akan digunakan untuk membeli stok bekalan tambahan. Anggaran keperluan bekalan tersebut adalah seperti berikut :

BIL PERKARA UNIT NILAI JUMLA

11

Page 12: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

(RM) H (RM)

JUMLAH

Senarai pembekal barang niaga

Setiap syarikat perlu ada senarai pembekal yang digunakan bagi mendapatkan bekalan barangan bagi kerja-kerja yang dijalankan. Sekiranya syarikat masih baru ditubuhkan, buat kaji selidik pembekal-pembekal yang boleh digunakan dengan harga yang berpatutan.

Contoh:-Bekalan barangan yang diperolehi oleh XYZ adalah daripada pembekal-pembekal yang biasa berurus niaga dengan XYZ. Di antara pembekal yang membekalkan barangan keperluan XYZ adalah seperti jadual di bawah :

BIL

NAMA & ALAMAT JENIS BEKALAN CARA PEMBAYARAN

Anggaran belian

Buatkan anggaran belian bagi kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh syarikat.

Contoh:- Anggaran yang disediakan di bawah adalah meliputi bahan-bahan yang biasa digunakan untuk kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.

BULAN TAHUN 1 (RM)April MeiJunJulaiSeptemberOktoberNovemberDisember

12

Page 13: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

JanuariFebruariMac

JUMLAH

Strategi perkhidmatan

Selain strategi pemasaran, nyatakan strategi perkhidmatan yang diatur oleh syarikat.

Contoh:- XYZ telah mengatur strategi perkhidmatan yang kuat bagi mendapatkan pulangan yang tinggi untuk kerja-kerja yang dilaksanakan, di samping meningkat tahap perkhidmatan seperti berikut:

a) Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah dan rungutan pelanggan dengan segera;

b) Menerima kerja mengikut keupayaan dan kemampuan sahaja agar dapat mengekalkan kualiti kerja;

c) Sentiasa berbincang dan memberikan khidmat nasihat yang terbaik kepada pelanggan agar mereka sentiasa berpuas had terhadap perkhidmatan yang diberikan secara keseluruhan, dan tidak bergantung kepada mutu kerja sahaja.

Lain-lain maklumat yang difikirkan perlu

Perkara-perkara lain juga perlu dititikberatkan dan sekiranya difikirkan perlu, boleh dimasukkan sekali ke dalam Kertas Kerja yang disediakan. Di antara perkara yang boleh dinyatakan adalah :

i. Susunatur kedai;ii. Aliran proses kerja;iii. Kos tenaga kerja perkhidmatan / pengeluaran;iv. Anggaran penggunaan bahan mentah sebulan (bagi sektor

pengeluaran);v. Contoh pengiraan kos (untuk satu projek).

11. Rancangan Pengurusan

Struktur organisasi

13

Page 14: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Sturktur organisasi yang ringkas dan jelas adalah penting bagi menggambarkan keseluruhan struktur pengurusan syarikat.

Contoh:- Struktur organisasi XYZ adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan yang dibentuk sebagai satu entiti perniagaan. Secara keseluruhan, struktur organisasi XYZ adalah seperti berikut :

Nama Perniagaan

Fungsi dan tanggungjawab

Senaraikan fungsi dan tanggungjawab kakitangan syarikat.

Contoh:-

11.2.1 Pengurus / PemilikPengurus terlibat di dalam segala aspek pengurusan perniagaan, tetapi lebih kepada aspek pentadbiran dan kewangan perniagaan. Pengurus bertanggungjawab di dalam membuat belian bekalan dan kawalan stok. Pengurus juga bertanggungjawab mengetuai kerja-kerja yang dilaksanakan oleh syarikat setiap masa. Pengurus akan merancang pemasaran syarikat dan mencari peluang peluang perniagaan dalam pasaran, di samping memastikan perkembangan perniagaan berjalan dengan lancar, mengikut jadual perancangan.

11.2.2 Bahagian PemasaranBahagian Pemasaran bertanggungjawab untuk memasarkan barangan dan produk yang dihasilkan oleh syarikat. Di samping itu, Bahagian Pemasaran juga bertanggungjawab mencari pasaran baru , terutama sekali pasaran komersil

PENGURUS/PEMILIK Nama

BAHAGIAN PEMASARANBAHAGIAN KEWANGAN &

PENTADBIRANBAHAGIAN PERKHIDMATAN & TEKNIKAL

PEKERJAKERANI

14

Page 15: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

yang berurusan dengan premis-premis perniagaan, bangunan dan kawasan industri.

11.2.3 Bahagian Perkhidmatan dan TeknikalBahagian Perkhidmatan dan Teknikal akan terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang meliputi kerja-kerja membekal, memasang dan mentauliahkan peralatan, serta membaiki dan memantau kerja-kerja pemasangan dan sebagainya. Pada masa ini, Ketua Bahagian dibantu oleh 2 orang pekerja yang mengendalikan urusan kerja di bahagian ini. Bilangan kakitangan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan seiring dengan perkembangan perniagaan di masa hadapan.

Gaji dan ganjaran

Nyatakan gaji yang diterima oleh pekerja dan justifikasi setiap pekerja mendapat gaji yang diberikan kepada mereka.

Contoh:-Syarikat XYZ memberikan pakej gaji yang berpatutan kepada kakitangannya. Gaji dan ganjaran kakitangan bulanan kakitangan adalah seperti jadual di bawah :

BIL

JAWATAN GAJI (RM)

ELAUN

(RM)

KWSP

(RM)

PERKESO (RM)

JUMLAH

1 Pengurus 2 Penyelia3 Pekerja # 14 Pekerja # 25 Pekerja # 3

JUMLAH

Perbelanjaan pengurusan

Anggarkan perbelanjaan pengurusan bulanan dengan mengambil kira peningkatan kapasiti perniagaan yang disasarkan.

Contoh:-Berikut adalah anggaran perbelanjaan pengurusan bulanan bagi Syarikat XYZ mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaan :

BIL JENIS PERBELANJAAN JUMLAH (RM)

1 Gaji & Elaun Pengurus

15

Page 16: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

2 Gaji & Elaun Pekerja3 KWSP & PERKESO4 Sewa Lot Perniagaan5 Air & Elektrik6 Telefon & Faks7 Alatulis & Belanja Pejabat8 Perjalanan & Pengangkutan9 Tol & Parking10 Senggaraan Kedai & Mesin11 Keraian & Promosi12 Belanja Pelbagai & Kontigensi

JUMLAH

Strategi pengurusan

Nyatakan kaedah pengurusn perniagaan yang dilaksanakan oleh syarikat.

Contoh:-Pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik dan sistematik adalah kaedah yang penting di dalam usaha memajukan sesuatu perniagaan. XYZ telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut : Menerapkan semangat kerja berpasukan (team-work) di antara

semua kakitangan tanpa mengira jawatan dan bahagian, demi kepentingan bersama;

Memberi bimbingan dan motivasi kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik serta bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan;

Setiap kakitangan, samada pekerja bawahan atau pengurusan sentiasa berbincang dan memberi pendapat serta cadangan tentang pelaksanaan yang terbaik untuk menghasilkan kerja yang sistematik dan produktif.

12. Aspek Kewangan

Kos pelaburan projek

Anggarkan kos pelaburan projek dengan mengambil kira peningkatan kapasiti perniagaan yang disasarkan.

Contoh:- Berdasarkan kapasiti perniagaan yang dirancang, XYZ telah mengganggarkan kos pelaburan projek seperti jadual berikut :

BIL PERKARA/KETERANGAN UNIT

HARGA / UNIT (RM)

JUMLAH (RM)

1) BELANJA PERMULAAN

16

Page 17: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Deposit Sewa KedaiDeposit UtilitiDaftar PerniagaanLesen Majlis PerbandaranDokumentasi & GuamanLatihan & KursusMajlis Pelancaran

BIL PERKARA/KETERANGAN UNIT

HARGA / UNIT (RM)

JUMLAH (RM)

2) PEMBELIAN ASET TETAPUbahsuai kedai & rakPenghawa DinginKomputerMesin # 1Mesin # 2Mesin # 3

3) BELANJA OPERASIGaji & Elaun PengurusGaji & Elaun PekerjaKWSP & PERKESOSewa Lot PerniagaanAir & ElektrikTelefon & FaksAlatulis & Belanja PejabatPerjalanan & PengangkutanTol & ParkingSenggaraan Kedai & MesinKeraian & PromosiBelanja Pelbagai & Kontigensi Stok Permulaan

JUMLAH KOS PELABURAN PROJEK

Sumber pembiayaan projek

Daripada jumlah kos pelaburan projek, asingkan kos yang akan dibiayai oleh syarikat dan kos di bawah pembiayaan yang dipohon.

Contoh:-Daripada jumlah kos pelaburan projek di atas, pecahan sumber projek yang telah dirancang adalah seperti berikut:-

BIL

PERKARA/KETERANGAN

JUMLAH (RM)

MODAL SENDI

RI

PEMBIAYAAN

SKIM SEWAAN MESIN (SSM)

1) BELANJA PERMULAANDeposit Sewa KedaiDeposit Utiliti

17

Page 18: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Daftar PerniagaanLesen Majlis PerbandaranDokumentasi & GuamanLatihan & KursusMajlis Pelancaran

BIL

PERKARA/KETERANGAN

JUMLAH (RM)

MODAL SENDI

RI

PEMBIAYAAN

SKIM SEWAAN MESIN (SSM)

2) PEMBELIAN ASET TETAP

Ubahsuai kedai & rakPenghawa DinginKomputerMesin # 1Mesin # 2Mesin # 3

3) BELANJA OPERASIGaji & Elaun PengurusGaji & Elaun PekerjaKWSP & PERKESOSewa Lot PerniagaanAir & ElektrikTelefon & FaksAlatulis & Belanja PejabatPerjalanan & PengangkutanTol & ParkingSenggaraan Kedai & MesinKeraian & PromosiBelanja Pelbagai & Kontigensi Stok Permulaan

JUMLAH KOS PELABURAN PROJEK

Sumber kewangan yang diperlukan akan dibiayai sendiri sebanyak RM??? manakala baki sebanyak RM??? akan diperolehi daripada pihak MARA melalui pembiayaan ini.

Anggaran aliran wang tunai

18

Page 19: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Nyatakan anggaran aliran wang tunai sebelum dan selepas pembiayan :

a) Sebelum pembiayaan (Bhgn A) dan selepas pembiayaan (Bhgn B) - 3 tahun pertama sahaja;

b) Andaian-andaian kepada anggaran aliran tunai.

Contoh andaian : Pembiayaan ini diperolehi terlebih dahulu sebelum

kapasiti operasi dapat ditingkatkan. Anggaran aliran tunai dan prestasi kewangan

disediakan selama 3 tahun selepas pembiayaan. Anggaran kutipan jualan yang dibuat adalah melalui

jualan dibuat secara tunai (50%) dan jualan melalui kemudahan kredit (50%).

Belian daripada pembekal dibuat secara tunai atau bayaran tertunda kurang 1 bulan.

Kos kendalian dan pengurusan meningkat pada purata lebih kurang 5% setahun.

Penyata kewangan

Sediakan penyata kewangan seperti berikut :

a) Anggaran penyata pendapatan - 3 tahun selepas pembiayaan;

b) Penyediaan anggaran penyata pendapatan mengambil kira susutnilai aset melalui kaedah garis lurus mengikut peratus susutnilai seperti berikut :

Kelengkapan pejabat - 15%; Komputer dan pencetak - 50% Rak dan almari - 15% Pendawaian dan ubahsuai - 10%

Anggaran kunci kira-kira

Anggaran kunci kira-kira perlu disediakan bagi memperlihatkan kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik di setiap hujung tahun anggaran yang disediakan.

13. Justifikasi Dan Penutup

Berikan justifikasi terhadap cadangan dan kertas kerja dan disediakan.

19

Page 20: Panduan Penyediaan (RP-contoh)[1]

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Contoh:-

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, XYZ amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi adalah suatu perniagaan yang menguntungkan dan dapat membawa pulangan yang lumayan.

Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan adalah konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal pemasaran untuk dibekalkan kepada pelanggan.

XYZ telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, XYZ amat optimis bahawa perniagaan berdaya maju dan mampu berkembang dengan lebih pesat di masa hadapan.

Adalah diharap semoga permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak MARA kerana melalui cara ini sahaja perniagaan ini dapat dikembangkan. XYZ amat berharap agar diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berjaya di Malaysia.

14. Senarai Lampiran

Salinan Kad Pengenalan;

Salinan laporan kewangan beraudit;

Salinan penyata akaun untuk 6 bulan terakhir;

Salinan daftasr perniagaan dan borang-borang berkanun;

Salinan perjanjian sewa premis;

Gambar-gambar berkaitan – jika perlu;

Segala jadual dan maklumat anggaran kewangan.

20