Panduan Tugasan Pelajar KK

download Panduan Tugasan Pelajar KK

of 4

description

math

Transcript of Panduan Tugasan Pelajar KK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN PROJEK

Tarikh Mula :9 Mac 2015Tarikh Hantar :

3 April 2015

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan

2. Menghasilkan pelbagai media pengajaran secara berkesan

3. Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran

4. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

5. Menilai keberkesanan media dan sumber pendidikan dengan cekap Projek ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 5

Objektif Kerja Kursus:

1. Merancang pengajaran harian berasaskan model reka bentuk pengajaran ASSURE

2. Menghasilkan satu laman web berasaskan modul yang diberikan

3. Mengaplikasikan teknik dan kemahairan teknikal yang dipelajari untuk menghasilkan fotografi dan videografi

4. Mengintegrasikan pelbagai media dan kemahiran TMK secara kreatif dan berkesan bagi mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran

Soalan Bahagian A

A. Penghasilan Kerja Kursus Fasa 1: (Individu : 70%)

A.1 Dengan menggunakan model reka bentuk pengajaran ASSURE, hasilkan satu rancangan pengajaran dan huraiannya bagi mata pelajaran major. Sediakan set peralatan atau bahan bantu mengajar yang melibatkan pengintegrasian media secara kreatif dan berkesan ke arah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran anda.(Markah 30%)

A.2 Bina satu Laman Web anda sendiri berasaskan modul yang diberikan (Markah 20%)

A.3 Dengan menggunakan Portal IPGKPP, sila jawab semua soalan kuiz (20 soalan) di atas talian yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. (Markah 20%)

Soalan Bahagian B B. Kerja Amali dan Aplikasi Fasa 2 (Kumpulan 2 @ 3 orang: 30%)B.1 Anda perlu mengaplikasikan kemahiran teknikal fotografi dengan menghasilkan 3 keping gambar fotografi (15%) iaitu:-

1 Keping - Fotografi berasaskan tema world of motion(original)

1 Keping - Fotograf berasaskan tema landscape (original)

1 Keping - Fotografi sebuah kulit majalah (edited)dan

B.2 Anda perlu menghasilkan footage video berdurasi selama lebih kurang lima minit bertemakan nilai kemanusiaan dan sertakan sinopsisnya bersama

C. Syarat-syarat dan Garis Panduan Pelaksanaan Projek A :

1. Tugasan ini mengandungi dua bahagian, iaitu :-

Bahagian A : Tugasan Individu (70%)

Bahagian B : Tugasan Kumpulan (30%)

2. Tugasan ini perlu dilaksanakan dalam dua fasa seperti yang dinyatakan di atas. Keseluruhan tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah selama enam minggu

3. Format penulisan tugasan bagi fasa satu adalah seperti berikut:

a) Font Ariel

b) Saiz huruf ialah 12

c) Langkah satu setengah baris (1.5)

d) Rujukan mengikut format APA

e) Lampiran (sekiranya ada)

4. Sertakan bersama sebarang alat atau bahan bantu mengajar yang dihasilkan

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku, tugasan projek pelajar ini secara automatik gagal

6. Anda mesti sertakan bersama Borang Maklum Balas Tugasan

7. Tugasan mesti dihantar pada tarih yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat dari tarikh yang ditetapkan tanpa alasan yang kukuh akan menjejaskan gred kerja kursus anda

8. Bahagian kulit luar mestilah menggunakan format yang telah ditetapkan dan perlu mengisi maklumat dengan tepat (sila rujuk Lampiran 1)

9. Sila hubungi pensyarah anda sekiranya terdapat apa-apa keraguan atau mendapatkan maklumat lanjut berhubungan tugasan kerja kursus anda

D. Syarat-syarat dan Garis Panduan Pelaksanaan Projek B :1. Tugasan Bahagian B.1, mestilah memenuhi garis panduan berikut :-

a. 3 keping fotografi bersaiz 8R

2 Keping - Fotografi berasaskan tema (original)

1 Keping - Fotografi sebuah kulit majalah (edited)b. Menyediakan maklumat teknikal fotografi di luar framec. Kedua-dua gambar tersebut perlu diletakkan dalam frame dan mounting2. Bagi Tugasan B.2, mestilah mematuhi garis panduan berikut :-

a. Sinopsis perancangan penggambaran dalam satu muka surat bersaiz A4

b. Mematuhi perkara 3-9, dalam bahagian C di atas

c. Footage dihasilkan berdurasi lebih kurang 5 minit

d. Tema : Nilai-Nilai Kemanusiaan

Kriteria Pentaksiran

Tugasan Kerja Kursus akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh

Disemak oleh

Disahkan oleh Ketua Jabatan...........................

................................

.........................................

(CHE YUSOFF B. CHE HASAN ) (CHE YUSOFF B CHE HASAN) (AZIZAN BIN ARIFFIN)

Penyelaras PISMP

Pakar Bidang (SME) Jabatan Teknologi Pendidikan Jabatan Teknologi Pendidikan Jabatan Teknologi Pendidikan

Tarikh: ....................

Tarikh: ...........................

Tarikh :........................

TAJUK PROGRAM : PISMP

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : EDU 3053

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SEMESTER : 1