Pantun empat kerat muafakat tg 3

2
PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) [Penulis: Zailiani Taslim] MAKSUD RANGKAP 1: Kesungguhan bersama-sama menghadapi susah dan senang akan membawa kejayaan. RANGKAP 2: Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat. RANGKAP 3: Sikap bekerjasama dan bergotong -royong perlu menjadi amalan bagi menjamin kebahagiaan hidup. RANGKAP 4: Negara akan damai dan kehidupan rakyat akan aman sejahtera sekiranya nilai bermuafakat diberikan keutamaan. RANGKAP 5: Persefahaman akan berkekalan dalam kalangan anggota masyarakat sekiranya mereka berpegang pada sikap saling mempercayai. RANGKAP 6: Perpaduan akan dapat diperkukuh andainya sikap tolak ansur dan hormat-menghormati diamalkan TEMA Tema pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan. PERSOALAN (a) Pentingnya bersama-sama dalam keadaan susah mahupun senang. (b) Kepentingan kesepakatan hidup bersama. (c) Sikap saling mempercayai dalam mengekalkan kesepakatan. (d) Pentingnya mempraktikkan amalan gotong-royong. (e) Sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati mengukuhkan perpaduan. BENTUK (a) Bentuknya terikat. (b) Pantun ini terdiri daripada enam rangkap. (c) Pantun ini berisi empat baris serangkap. (d) Pantun ini ada pembayang (baris pertama dan kedua) dan ada maksud (baris ketiga dan keempat). (e) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris. (f) Setiap baris pantun ini terdiri daripada sembilan hingga lima belas suku kata sebaris. (g) Rima akhir pantun ini ialah a,b,a,b UNSUR BUNYI Asonansi pengulangan bunyi vokal (a,e,i,o,u) Contohnya: Usaha bersama membawa bahagia (pengulangan vokal a) Aliterasi pengulangan bunyi konsonan Contohnya: Indah sungguh warna pelangi (pengulangan konsonan n) GAYA BAHASA (a) Anafora pengulangan kata pada awal baris Contoh: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. (b) Repetisi pengulangan kata Contoh: Hidup muafakat hidup bahagia. (c) Imej alam penggunaan unsur alam semula jadi Contoh: pelangi, senja, lurah, buah salak, paya, kangkung, beras, sawah padi, bunga melati. (d) Peribahasa Contoh: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. (e) Responsi pengulangan kata pada tengah-tengah baris Contoh: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. NILAI (a) Muafakat Contoh: kesepakatan dalam kalangan masyarakat membawa kepada kehidupan yang sejahtera. (b) Bekerjasama Contoh: sikap sentiasa bekerjasama memudahkan pekerjaan yang kita lakukan bersama. (c) Bertolak ansur Contoh: rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan menjamin kedamaian seebuah negara. (d) Saling mempercayai Contoh: persefahaman yang berkekalan akan wujud sekiranya masyarakat saling mempercayai antara satu sama lain. (e) Hormat-menghormati Contoh: Masyarakat yang berbilang kaum sentiasa diseru agar saling menghormati akan kesejahteraan bersama akan wujud dan berkekalan. (f) Perpaduan Contoh: Semua ahli masyarakat haruslah bersatu hati demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarkat. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah bersama-sama menghadapi saat semasa susah ataupun semasa senang. (b) Anggota masyarakat hendaklah mengutamakan permuafakatan. (c) Kita perlulah mengutamakan sikap bergotong -royong demi kepentingan bersama. (d) Kita perlulah saling mempercayai antara satu sama lain.

Transcript of Pantun empat kerat muafakat tg 3

Page 1: Pantun empat kerat muafakat tg 3

PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) [Penulis: Zailiani Taslim] MAKSUD RANGKAP 1:

Kesungguhan bersama-sama menghadapi susah dan senang akan membawa kejayaan. RANGKAP 2: Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.

RANGKAP 3: Sikap bekerjasama dan bergotong-royong perlu menjadi amalan bagi menjamin kebahagiaan hidup. RANGKAP 4: Negara akan damai dan kehidupan rakyat akan aman sejahtera sekiranya nilai bermuafakat diberikan keutamaan.

RANGKAP 5: Persefahaman akan berkekalan dalam kalangan anggota masyarakat sekiranya mereka berpegang pada sikap saling mempercayai. RANGKAP 6:

Perpaduan akan dapat diperkukuh andainya sikap tolak ansur dan hormat-menghormati diamalkan TEMA Tema pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan.

PERSOALAN (a) Pentingnya bersama-sama dalam keadaan susah mahupun senang. (b) Kepentingan kesepakatan hidup bersama. (c) Sikap saling mempercayai dalam mengekalkan kesepakatan. (d) Pentingnya mempraktikkan amalan gotong-royong.

(e) Sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati mengukuhkan perpaduan. BENTUK (a) Bentuknya terikat. (b) Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.

(c) Pantun ini berisi empat baris serangkap. (d) Pantun ini ada pembayang (baris pertama dan kedua) dan ada maksud (baris ketiga dan keempat). (e) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris. (f) Setiap baris pantun ini terdiri daripada sembilan hingga lima belas suku kata sebaris. (g) Rima akhir pantun ini ialah a,b,a,b

UNSUR BUNYI Asonansi – pengulangan bunyi vokal (a,e,i,o,u) Contohnya: Usaha bersama membawa bahagia (pengulangan vokal a)

Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan Contohnya: Indah sungguh warna pelangi (pengulangan konsonan n) GAYA BAHASA (a) Anafora – pengulangan kata pada awal baris

Contoh: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. (b) Repetisi – pengulangan kata Contoh: Hidup muafakat hidup bahagia.

(c) Imej alam – penggunaan unsur alam semula jadi Contoh: pelangi, senja, lurah, buah salak, paya, kangkung, beras, sawah padi, bunga melati.

(d) Peribahasa Contoh: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. (e) Responsi – pengulangan kata pada tengah-tengah baris

Contoh: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. NILAI (a) Muafakat

Contoh: kesepakatan dalam kalangan masyarakat membawa kepada kehidupan yang sejahtera. (b) Bekerjasama Contoh: sikap sentiasa bekerjasama memudahkan pekerjaan yang kita lakukan bersama.

(c) Bertolak ansur Contoh: rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan menjamin kedamaian seebuah negara. (d) Saling mempercayai Contoh: persefahaman yang berkekalan akan wujud sekiranya masyarakat saling mempercayai antara satu sama lain.

(e) Hormat-menghormati Contoh: Masyarakat yang berbilang kaum sentiasa diseru agar saling menghormati akan kesejahteraan bersama akan wujud dan berkekalan. (f) Perpaduan

Contoh: Semua ahli masyarakat haruslah bersatu hati demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarkat. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah bersama-sama menghadapi saat semasa susah ataupun semasa senang. (b) Anggota masyarakat hendaklah mengutamakan permuafakatan.

(c) Kita perlulah mengutamakan sikap bergotong-royong demi kepentingan bersama. (d) Kita perlulah saling mempercayai antara satu sama lain.

Page 2: Pantun empat kerat muafakat tg 3

(e) Kita hendaklah bersikap toleransi agar perpaduan dapat diperkukuh. (f) Kita hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati demi kesejahteraan hidup bersama.

ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN