pbs group

1
Salah satu alat pentaksiran Sains SPM di sekolah menengah adalah dengan menggunakan soalan jenis terbuka (Open Ended Question). Sebagaimana yang kita ketahui bahawa bahawa instrumen adalah alat (tool) daripada mana respons murid didapatkan untuk dihakimi bagi menentukan tentang diri seseorang murid itu, sama ada daripada aspek kognitif atau pun bukan kognitif, atau dari segi konstruk yang ingin dibangunkan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Oleh itu, SoaIan Jenis Terbuka (Open Ended Question) merupakan salah satu alat pentaksiran yang bersesuaian dengan domain kognitif pelajar yang mana ia menuntut kepada perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Malah soalan jenis ini Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Alat pentaksiran sebegini amat bersesuaian untuk diguna pakai sebagai salah satu alat pentaksiran Sains SPM di sekolah menengah. Soalan jenis ini boleh diaplikasi sebagai domain kognitif seperti membanding beza, meramal dan sebagainya. Soalan jenis terbuka adalah soalan yang menggalakkan muridd bercakap tentang apa sahaja yang penting bagi mereka. Jawapan yang tiada pengkhusasan memberi kebebasan kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka. Sebagai remaja yang meningkat dewasa, pendapat mereka perlu diambil sebagai satu langkah pendekatan untuk murid meminati subjek yang diajar oleh guru. Secara tidak langsung ia dapat membantu guru untuk mengeratkan hubungan dengan murid. Sebagai contoh, murid tidak akan rasa terpinggir apabila jawapan yang diberikan tidak memenuhi kehendak soalan. Hal ini kerana soalan terbuka tidak mempunyai jawapan yang khusus dan ia dapat memotivasikan murid untuk lebih kehadapan dan berani untuk bersuara. Ini menunjukkan bahawa PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) . Selain itu, melalui alat pentaksiran PBS Sains SPM, murid dapat mengumpul maklumat dan meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu topik tersebut. Semakin banyak jawapan yang diberi semakin bertambah ilmu pengetahuan yang diterima. Soalan jenis ini menggalakkan murid untuk membentuk perkataan sendiri dan tidak memerlukan jawapan yang spesifik. Oleh itu, guru perlu bersedia untuk menerima jawapan yang tidak esklusif kerana jawapan yang diberikan bergantung keadaan kognitif pelajar. guru yang berpengalaman mengajar menengah rendah tidak mempunyai masalah dalam menyusun atur instrumen pentaksiran. Ini kerana, Menerusi alat pentaksiran PBS kognitif seperti seperti ujian ringkas, peperiksaan bulanan dan peperiksaan semester dan juga dengan item yang digunakan boleh diperkemaskan lagi dengan menjadikan soalan Low Order Thinking Skills (LOWS) kepada High Order Thinking Skills (HOTS). Pada masa kini, terlalu banyak contoh boleh didapati di pasaran, di samping contoh item peperiksaan awam tahun-tahun yang lepas. Kebanyakkan menuju kepada Soalan Jenis Terbuka yang merupakan kesinambungan PBS Tingkatan 3. Kekuatan Soalan Jenis Terbuka ini juga melibatkan perbincangan yang mencakupi analisi, penilaian dan kreativiti. Guru dapat melibatkan semua murid untuk menggalakkan respon yang pelbagai dari murid. Malah alat pentaksiran ini mampu memperluas dan memperdalamkan lagi respon murid dengan berfikir secara kritis dan kreatif. Murid dilatih untuk menjadi pemerhati, pendengar dan penyusun keadaan yang lebih baik. Alat pentaksiran ini juga dapat memandu murid belajar secara kendiri kerana melalui soalan jenis terbuka, murid dapat berbincang dengan mencari hubung kait, membuat hipotesis dan mengambil keputusan berdasarkan data yang diberikan. Namun begitu, alat pentaksiran jenis ini mempunyai beberapa kelemahan yang perlu dikawal dan ditangani. Salah satu daripadanya ialah murid lebih memberikan jawapan yang tidak relevan terhadap soalan yang diketengahkan. Ini menyebabkan suasana perbincangan tidak terkawal.Walaubagaimanapun, soalan jenis terbuka memberi ruang untuk bertanya berbanding dengan soalan jenis tertutup yang hanya memerlukan jawapan Ya atau Tidak sahaja. Ini menunjukkan bahawa soalan jenis terbuka bersesuaian sebagai alat pentaksiran PBS Sains SPM kerana bentuk soalan yang tidak terhad malah memberi peluang untuk murid bersuara.

description

assignment pbs, dpli kdc, pbs

Transcript of pbs group

Salah satu alat pentaksiran Sains SPM di sekolah menengah adalah dengan menggunakan soalan jenis terbuka (Open Ended Question). Sebagaimana yang kita ketahui bahawa bahawa instrumen adalah alat (tool) daripada mana respons murid didapatkan untuk dihakimi bagi menentukan tentang diri seseorang murid itu, sama ada daripada aspek kognitif atau pun bukan kognitif, atau dari segi konstruk yang ingin dibangunkan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Oleh itu, SoaIan Jenis Terbuka (Open Ended Question) merupakan salah satu alat pentaksiran yang bersesuaian dengan domain kognitif pelajar yang mana ia menuntut kepada perbincangan,penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Malah soalan jenis ini Ia tidak memerlukanjawapan yang khusus. Alat pentaksiran sebegini amat bersesuaian untuk diguna pakai sebagai salah satu alat pentaksiran Sains SPM di sekolah menengah. Soalan jenis ini boleh diaplikasi sebagai domain kognitif seperti membanding beza, meramal dan sebagainya.

Soalan jenis terbuka adalah soalan yang menggalakkan muridd bercakap tentang apa sahaja yang penting bagi mereka. Jawapan yang tiada pengkhusasan memberi kebebasan kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka. Sebagai remaja yang meningkat dewasa, pendapat mereka perlu diambil sebagai satu langkah pendekatan untuk murid meminati subjek yang diajar oleh guru. Secara tidak langsung ia dapat membantu guru untuk mengeratkan hubungan dengan murid. Sebagai contoh, murid tidak akan rasa terpinggir apabila jawapan yang diberikan tidak memenuhi kehendak soalan. Hal ini kerana soalan terbuka tidak mempunyai jawapan yang khusus dan ia dapat memotivasikan murid untuk lebih kehadapan dan berani untuk bersuara. Ini menunjukkan bahawa PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani).

Selain itu, melalui alat pentaksiran PBS Sains SPM, murid dapat mengumpul maklumat dan meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu topik tersebut. Semakin banyak jawapan yang diberi semakin bertambah ilmu pengetahuan yang diterima. Soalan jenis ini menggalakkan murid untuk membentuk perkataan sendiri dan tidak memerlukan jawapan yang spesifik. Oleh itu, guru perlu bersedia untuk menerima jawapan yang tidak esklusif kerana jawapan yang diberikan bergantung keadaan kognitif pelajar. guru yang berpengalaman mengajar menengah rendah tidak mempunyai masalah dalam menyusun atur instrumen pentaksiran. Ini kerana, Menerusi alat pentaksiran PBS kognitif seperti seperti ujian ringkas, peperiksaan bulanan dan peperiksaan semester dan juga dengan item yang digunakan boleh diperkemaskan lagi dengan menjadikan soalan Low Order Thinking Skills (LOWS) kepada High Order Thinking Skills (HOTS). Pada masa kini, terlalu banyak contoh boleh didapati di pasaran, di samping contoh item peperiksaan awam tahun-tahun yang lepas. Kebanyakkan menuju kepada Soalan Jenis Terbuka yang merupakan kesinambungan PBS Tingkatan 3.

Kekuatan Soalan Jenis Terbuka ini juga melibatkan perbincangan yang mencakupi analisi, penilaian dan kreativiti. Guru dapat melibatkan semua murid untuk menggalakkan respon yang pelbagai dari murid. Malah alat pentaksiran ini mampu memperluas dan memperdalamkan lagi respon murid dengan berfikir secara kritis dan kreatif. Murid dilatih untuk menjadi pemerhati, pendengar dan penyusun keadaan yang lebih baik. Alat pentaksiran ini juga dapat memandu murid belajar secara kendiri kerana melalui soalan jenis terbuka, murid dapat berbincang dengan mencari hubung kait, membuat hipotesis dan mengambil keputusan berdasarkan data yang diberikan.

Namun begitu, alat pentaksiran jenis ini mempunyai beberapa kelemahan yang perlu dikawal dan ditangani. Salah satu daripadanya ialah murid lebih memberikan jawapan yang tidak relevan terhadap soalan yang diketengahkan. Ini menyebabkan suasana perbincangan tidak terkawal.Walaubagaimanapun, soalan jenis terbuka memberi ruang untuk bertanya berbanding dengan soalan jenis tertutup yang hanya memerlukan jawapan Ya atau Tidak sahaja. Ini menunjukkan bahawa soalan jenis terbuka bersesuaian sebagai alat pentaksiran PBS Sains SPM kerana bentuk soalan yang tidak terhad malah memberi peluang untuk murid bersuara.