PBS1_laporan

22
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN AMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DI SEKOLAH 1.0 PENDAHULUAN Pada bulan Mac yang lalu, semua pelajar daripada kumpulan Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 tahun (PPPR-P4T) telah diberi tugasan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Kami telah ditugaskan untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah yang telah dipilih selama seminggu iaitu bermula pada 17 Mac hingga 21 Mac 2008. Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PPPR-P4T dan merupakan PBS pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan kami. Tujuan perlaksanaan PBS adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang persekitaran sekolah, budaya sekolah di samping membina sikap positif terhadap profesion perguruan. Selama berada di sekolah kami dikehendaki mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, hasil temu bual serta soal selidik untuk menyempurnakan tugasan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1 PBS_laporan

Transcript of PBS1_laporan

Page 1: PBS1_laporan

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN

AMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DI SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Pada bulan Mac yang lalu, semua pelajar daripada kumpulan Program

Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 tahun (PPPR-P4T) telah diberi

tugasan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Kami telah ditugaskan untuk

menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah yang

telah dipilih selama seminggu iaitu bermula pada 17 Mac hingga 21 Mac 2008.

Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PPPR-P4T dan merupakan PBS

pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan kami. Tujuan perlaksanaan PBS

adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang

persekitaran sekolah, budaya sekolah di samping membina sikap positif

terhadap profesion perguruan. Selama berada di sekolah kami dikehendaki

mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, hasil temu bual serta soal selidik

untuk menyempurnakan tugasan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1 PBS_laporan

Page 2: PBS1_laporan

Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan,

Perak untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya

memilih sekolah ini kerana saya merupakan bekas pelajar di sekolah itu dari

tahun 1995 hingga 2000. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang mencapai

tempat kedua terbaik pada peringkat daerah dalam Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR) setiap tahun.

Pada asalnya, sekolah ini telah diwujudkan sejak tahun 1952 dan dikenali

sebagai The Government English School (G.E.S) Teluk Anson. Kemudian ditukar

kepada SRJK (1) Sultan Abdul Aziz pada tahun 1962, dan akhirnya ditukar

kepada Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz. Kini, sekolah ini diteraju oleh

Puan Hajah Rohana binti Syukor. Telah banyak kejayaan yang dicipta oleh

sekolah ini, baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum sejak dahulu

lagi. Walaubagaimanapun, Puan Rohana mempunyai misi tersendiri iaitu ingin

menceriakan persekitaran sekolah di samping meningkatkan lagi prestasi

kurikulum dan kokurikulum di sekolah ini.

2 PBS_laporan

Page 3: PBS1_laporan

2.0 PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

2.1 Guru Besar

Guru Besar adalah orang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah

sekolah. Dalam kurikulum sekolah, Guru Besar adalah sebagai pengerusi

jawatankuasa tersebut. Selain itu, beliau bertanggungjawab terhadap segala

aktiviti yang berjalan di sekolah meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum,

kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar.

Dalam usaha mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Guru Besar memainkan peranan

yang sangat penting. Menurut Guru Besar sekolah ini, bidang tugas beliau

sangat luas. Antara yang utama adalah dalam bidang kurikulum, kokurikulum

sahsiah serta pentadbiran. Selaras dengan misi beliau yang mahu meningkatkan

prestasi kurikulum dan kokurikulum di samping menceriakan sekolah, pelbagai

program telah dirancang agar potensi murid-murid dapat diperkembangkan lagi.

Antara program-program yang dijalankan ialah program peningkatan akademik.

Aktiviti utama dalam program ini adalah membuat nota poket, peta minda,

program bijak sifir, reading program, vocabulary building, understanding ang

using English grammer, latih tubi terancang. Selain itu juga, kelas tuisyen malam

diadakan bagi murid-murid Tahap 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG). Kelas tuisyen ini dikenakan bayaran sebanyak RM50 setiap bulan.

Di samping itu, usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmu

turut diterapkan dalam diri setiap murid. Melalui pemerhatian saya di sekolah

tersebut, pada majlis perhimpunan pagi pada hari Isnin, Guru Besar akan

memberi beberapa perkataan Bahasa Inggeris kepada murid-murid. Perkataan-

perkataan ini akan disoal semula pada majlis perhimpunan pagi pada minggu

yang berikutnya. Selain itu juga, nilai-nilai keagamaan turut diterapkan. Ini dapat

dilihat pada setiap pagi apabila murid-murid akan membaca doa penerang hati

sebelum memulakan sesi persekolahan.

3 PBS_laporan

Page 4: PBS1_laporan

Walaupun bidang kurikulum merupakan bidang tugas yang utama bagi

beliau, namun pencapaian dalam bidang kokurikulum tidak pernah diabaikan.

Untuk membentuk insan yang yang seimbang dan harmonis, aspek jasmani,

emosi dan sosial juga perlu dititikberatkan. Seiring dengan hasrat FPK, beliau

telah melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang sewajarnya di sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah ialah persatuan akademik, unit

beruniform, kelab serta suka dan permainan. Aktiviti-aktiviti seperti permainan

secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi pelajar yang terpendam.

Mereka juga dapat berinteraksi antara satu sama lain dan seterusnya dapat

memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, mereka dapat

menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengikut kelab yang

disediakan serta dapat membentuk disiplin murid-murid melalui pasukan unit

beruniform. Menurut beliau, bagi memastikan kegiatan ini berjalan dengan

lancar, beliau telah menubuhkan Jawatankuasa aktiviti kokurikulum. Beliau juga

berperanan dalam memastikan kelengkapan prasarana bagi aktiviti kokurikulum

dapat dijalankan dengan baik.

Sebagai strategi beliau untuk menceriakan persekitaran sekolah, pelbagai

usaha telah dilakukan. Antaranya ialah program gotong-royong kawasan sekolah

bagi memastikan kawasan sekolah tersebut sentiasa berada dalam keadaan

bersih. Kawasan persekitaran sekolah juga ditanam dengan pelbagai jenis pokok

bunga. Pokok-pokok tersebut juga turut dilabelkan dengan sedikit pengenalan

tentangnya seperti nama, nama saintifik serta cara pembiakannya sebagai

usaha untuk menambahkan pengetahuan murid-murid di sekolah tersebut. Di

samping itu, bangunan-bangunan sekolah dihiasi dengan mural-mural sebagai

salah satu strategi beliau untuk menceriakan sekolah.

4 PBS_laporan

Page 5: PBS1_laporan

Mural-mural yang terdapat di SK Sultan Abd Aziz

5 PBS_laporan

Page 6: PBS1_laporan

Selain itu juga, terdapat banyak kata-kata hikmah yang digantung

menghiasi kawasan sekolah dan secara tidak langsung dapat memberi

peringatan kepada murid-murid. Kawasan sekolah juga turut dilengkapi dengan

wakaf-wakaf kecil. Terdapat bahan-bahan ilmiah yang digantung pada wakaf

tersebut agar dapat memupuk budaya ilmu di dalam diri setiap murid.

Pertandingan keceriaan kelas juga turut dilaksanakan di sekolah ini. Kelas yang

memenangi pertandingan tersebut akan diberikan hadiah pada setiap bulan

dalam perhimpunan hari Isnin.

Kata-kata hikmah

2.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran

6 PBS_laporan

Page 7: PBS1_laporan

Guru Penolong Kanan Penatadbiran (GPK1) merupakan orang yang kedua

terpenting di sekolah selepas Guru Besar. Guru Penolong Kanan Pentadbiran di

sekolah ini ialah Puan Rohana bt Mohd Alifiah. Beliau bertanggungjawab kepada

keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan kurikulum.

Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran adalah membantu Guru

Besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah, sebagai naib pengerusi

jawatankuasa kurikulum sekolah, urusan pusat sumber sekolah (PSS),

menyusun jadual waktu sekolah, menyelenggara maklumat tentang kurikulum

dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru, urusan

berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan, penilaian dan sebagainya.

Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid, Guru Penolong

Kanan Pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran

dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. GPK1 akan memastikan

ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi mahupun cuti sakit akan diganti oleh

guru lain. Ini bertujuan agar murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan

pelajaran mereka. Selain itu juga, GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan

peperiksaan. Contohnya, menyemak item ujian serta skema pemarkahan yang

disediakan oleh Guru Panitia. Tujuannya adalah supaya penilaian dan

peperiksaan yang dibuat adalah mengikut format serta menepati kurikulum yang

terkini.

2.3 Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)

7 PBS_laporan

Page 8: PBS1_laporan

Antara bidang tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ialah

mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi

memastikan rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Menurut Guru Penolong

Kanan Kokurikulum sekolah ini iaitu Encik Ibrahim bin Khalid, bidang kokurikulum

merupakan landasan utama dalam meningkat serta memperkembangkan aspek

jasmani murid-murid di sekolah. Apabila aspek ini dapat ditingkatkan dalam diri

setiap murid, minda yang cerdas terhasil daripada tubuh badan yang sihat.

Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani murid-

murid, sekolah ini telah mengadakan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dibahagikan

kepada tiga iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan.

Melalui kegiatan unit beruniform ini, murid-murid dapat menambahkan

pengetahuan dari luar bilik darjah. Contohnya melalui penglibatan murid dalam

unit beruniform Pengakap, murid-murid dapat mempelajari cara membuat ikatan,

simpulan, memasang khemah dan sebagainya. Ilmu ini juga diharap dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Disiplin murid-murid juga dapat

diperbaiki melalui kegiatan unit beruniform ini.

Selain itu juga, aktiviti sukan dan permainan dapat mencungkil bakat dan

potensi pelajar yang terpendam. Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk

melatih pasukan sekolah. Menerusi penglibatan murid dalam aktiviti ini, secara

tidak langsung guru-guru dapat membuat pemerhatian dan pemilihan murid yang

berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan sekolah.

8 PBS_laporan

Page 9: PBS1_laporan

Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum

Mereka kemudiannya akan diberikan latihan yang berterusan sebagai

strategi untuk mewakili sekolah ke pertandingan kelompok, daerah atau negeri.

Seterusnya, kelab dan persatuan yang dijalankan di sekolah pula dapat melatih

murid-murid untuk menerima serta melaksanakan tanggungjawab yang

diberikan. Perkembangan dari aspek sosial dapat dibentuk apabila murid-murid

perlu bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diberikan selaras dengan

hasrat Falsafah Pendidikan yang ingin melahirkan insan yang mempunyai

potensi yang menyeluruh dan bersepadu.

9 PBS_laporan

Page 10: PBS1_laporan

2.4 Guru Kelas

Guru kelas bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal

merekod dan mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan,

Buku Rekod Mengajar, serta Buku Kemasukan Sekolah. Kedatangan murid juga

perlu ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. Selain menguruskan

hal-hal yang berkaitan murid-murid, tugas Guru Kelas juga adalah menjalankan

pengurusan kelas seperti melantik Ketua Kelas, jadual waktu bertugas,

kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, serta kelengkapan kelas untuk

kemudahan murid-murid.

Guru Kelas juga bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam

kelasnya dan menanamkan nilai-nilai murni seperti rajin, tekun, berdedikasi,

berusaha dengan gigih dan sebagainya. Guru juga bertanggungjawab menjaga

kebajikan murid-muridnya. Murid-murid yang kurang berkemampuan biasanya

diutamakan untuk menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) serta layak

menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Dalam meningkatkan prestasi murid-murid, banyak program yang telah

dirancang oleh pihak sekolah seperti G-BUDDY, untuk murid-murid Tahun 6,

kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2, Program KIA2M dan sebagainya.

10 PBS_laporan

Page 11: PBS1_laporan

3.0 PRASARANA

Bagi memastikan murid-murid mencapai tahap kecemerlangan dan

keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, pelbagai

kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah agar persekitaran sekolah

berada pada tahap yang kondusif untuk murid-murid menimba ilmu. Antara

kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah pusat sumber,

makmal Sains, makmal komputer, kantin, dewan, pavilion, bilik rawatan, bilik

Kemahiran Hidup, surau, padang dan sebagainya.

Dewan: tempat murid-murid dan guru-guru berkumpul

Padang permainan: badminton

11 PBS_laporan

Page 12: PBS1_laporan

Perpustakaan

Kantin

Bagi membentuk murid-murid yang berilmu pengetahuan, pihak

pengurusan pusat sumber sekolah telah mengadakan Program NILAM.

Penghargaan akan diberikan kepada murid-murid yang membaca bilangan buku

yang paling banyak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid

membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan selaras dengan falsafah

pendidikan yang ingin membentuk rakyat yang dapat memanfaatkan ilmu untuk

kebaikan diri sendiri dan orang lain. Melalui program ini secara tidak langsung

12 PBS_laporan

Page 13: PBS1_laporan

dapat memupuk sikap suka membaca dan sikap berlumba-lumba untuk

membaca buku untuk mendapatkan penghargaan tersebut.

Dari segi kemudahan dalam bidang kokurikulum, sekolah ini mempunyai

sebuah padang yang luas untuk kegunaan murid-murid. Pada setiap petang,

murid-murid terutama sekali yang tinggal di asrama sering melakukan aktiviti

seperti bermain bola sepak di padang tersebut. Aktiviti kokurikulum iaitu

permainan juga dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan kerana keluasan

padang di sekolah ini dapat menampung bilangan murid yang ramai. Oleh sebab

itu juga, sekolah ini sering dijadikan tuan rumah bagi kejohanan sukan antara

sekolah-sekolah.

Padang sekolah

Sekolah ini juga mempunyai stor sukan yang dilengkapi dengan pelbagai

peralatan sukan yang mencukupi untuk murid-murid menjalankan aktiviti riadah

yang berfaedah serta dapat memanfaatkan masa lapang di samping

meningkatkan kecergasan jasmani mereka.

13 PBS_laporan

Page 14: PBS1_laporan

Stor sukan

Selain itu juga, sekolah ini mempunyai makmal Sains yang dilengkapi

dengan kemudahan komputer serta LCD untuk proses pengajaran dan

pembelajaran. Kemudahan ini adalah bertepatan dengan strategi Kementerian

Pendidikan yang memberi penekanan terhadap penyediaan sistem penyampaian

yang berkesan dalam bidang sains dan teknologi.

Makmal Sains

14 PBS_laporan

Page 15: PBS1_laporan

Di sekolah ini juga terdapat bilik Bimbingan dan Kaunseling. Bagi

mengurangkan dan mengatasi masalah disiplin yang serius dikalangan murid-

murid, sekolah ini telah menubuhkan jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling.

Murid-murid yang mempunyai masalah disiplin atau dalam pelajaran boleh

merujuk kepada kaunselor sekolah. Kebiasaannya, murid-murid yang

dikenalpasti akan dipanggil dan diberikan kaunseling serta bimbingan.

Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Kemudahan bilik Kemahiran Hidup juga turut disediakan di sekolah ini.

dengan adanya kemudahan ini, proses pembelajaran secara praktikal dapat

dijalankan oleh murid-murid. Di samping itu juga dapat mencungkil potensi

murid-murid dalam bidang tersebut. Selain itu sekolah ini turut mempunyai

makmal komputer yang besar. Tetapi malangnya makmal komputer di sekolah

tersebut sedang dalam proses pembaikpulih dan tidak dapat digunakan oleh

murid-murid lagi.

15 PBS_laporan

Page 16: PBS1_laporan

Bilik Kemahiran Hidup

Makmal komputer

16 PBS_laporan

Page 17: PBS1_laporan

4.0 PROGRAM DAN AKTIVITI

Motto Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz ialah “BE THE BEST”. Selaras

dengan visi sekolah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz

sebuah sekolah terbilang di negeri Perak menjelang 2010, pelbagai usaha telah

dirancang dan dijalankan bagi memperkembangkan aspek-aspek intelek,

jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid. Program atau aktiviti yang

dijalankan terbahagi kepada dua iaitu dalam bidang kurikulum serta kokurikulum.

Dalam bidang kurikulum, pihak sekolah ini telah menjalankan program-

program bagi meningkatkan prestasi murid-murid. Antara program yang

dijalankan ialah Program Peningkatan Akademik serta Program Peningkatan

UPSR 2008. Selaras dengan usaha meningkatkan prestasi murid-murid, pihak

sekolah telah merancang program-program mengikut kumpulan sasaran yang

telah ditetapkan.

Program Peningkatan Akademik merangkumi semua kumpulan pelajar

iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini adalah dibawah tanggungjawab

dan tindakan guru-guru mata pelajaran serta Guru Penolong Kanan 1. Dalam

jadual perancangan yang didapati dari buku takwim sekolah, terdapat banyak

program-program yang disediakan. Antara program utama ialah Program Nota

Poket, Peta Minda, Bijak Sifir, Pembelajaran Koperatif, Latihtubi Terancang,

Understanding and Using English Grammar, Vocabulary Building, Reading

Programme, Buku Skrap (daripada Portal Pendidikan), Galeri Sains serta Taman

Sains (Taman Alam Semesta). Selain itu juga, terdapat program sokongan yang

dirancangkan seperti program agihan kelas mengikut pencapaian murid bagi

setiap murid, program orientasi bagi murid Tahun 1 dan Tahun 6, Program

Motivasi Kendiri, Teknik Menjawab Soalan bagi murid-murid Tahun 6.

Selain itu juga kelas tuisyen malam (dengan kerjasama PIBG) dijalankan

bagi murid yang berada di Tahap 2. Pihak pengurusan sekolah ini juga telah

merancang program sampingan bagi Program Peningkatan Akademik dalam

usaha memperkembangkan potensi individu yang terpendam. Antara program-

program yang telah dirancang adalah seperti Karnival Sains dan Matematik serta

17 PBS_laporan

Page 18: PBS1_laporan

aktiviti persatuan akademik bagi murid-murid Tahap 2. Melalui program ini,

murid-murid dapat menambahkan pengetahuan baru yang tidak terdapat di

dalam proses pembelajaran serta pemahaman yang lebih mendalam apabila

subjek Sains dan Matematik dapat diaplikasikan dalam program tersebut. Selain

itu juga pihak sekolah mengadakan Kempen Bahasa Inggeris, Sudut Bahasa

Inggeris, Laluan Bahasa Inggeris serta pertandingan kokurikulum akademik

untuk semua pelajar. Ini bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai

Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua dalam proses pembelajaran di

sekolah.

Dalam usaha mengekalkan pencapaian UPSR berada di tangga kedua

terbaik pada peringkat daerah setiap tahun, pihak pengurusan sekolah telah

merancang Program Peningkatan UPSR 2008. program ini telah dijalankan sejak

cuti sekolah setiap akhir tahun. Pihak sekolah telah mengadakan kelas tuisyen

cuti sekolah selama 4 minggu kepada murid-murid Tahun 5. Murid-murid juga

telah dikelaskan mengikut pencapaian peperiksaan akhir tahun. Mereka

dikelaskan ke dalam 6 kelas yang berlainan iaitu, 6 Khas untuk murid cemerlang

mengikut mata pelajaran Bahasa Arab, 6 Merah untuk murid cemerlang, 6

Kuning untuk murid potensi cemerlang, 6 Hijau dan Biru untuk murid sederhana

serta 6 Ungu bagi murid galus.

Selain itu, pencapaian murid-murid juga dikenalpasti oleh guru-guru kelas

dengan cara membuat Headcount dan ETR (Expected Target). Program ini

bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid-murid Tahun 6 serta

membuat target untuk pencapaian UPSR. Pihak sekolah telah mengadakan

program motivasi dan program suaikenal pada setiap awal tahun. Ini bertujuan

bagi mengembalikan serta menaikkan semangat murid-murid Tahun 6 yang akan

menduduki peperiksaan UPSR.

Selain itu juga, program akademik yang dilaksanakan di sekolah ialah

program KIA2M. Bertepatan dengan piagam pelanggan sekolah ini yang ingin

memastikan semua anak didik di sekolah ini dapat menguasai kemahiran 3M

pada akhir Tahun 6 iaitu sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Pemilihan murid yang mengikuti kelas pemulihan ini adalah berdasarkan

18 PBS_laporan

Page 19: PBS1_laporan

maklumat prestasi murid yang diperolehi daripada guru kelas, Guru Besar atau

ibubapa. Murid-murid yang dikenalpasti mempunyai masalah ini akan

ditempatkan di sebuah bilik khas pada waktu pengajaran subjek Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris dan Matematik. Bilik tersebut dilengkapi dengan bahan

pengajaran yang menarik supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif

serta menimbulkan minat kepada murid-murid tersebut. Di situ mereka akan

diajar sehingga mereka boleh menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.

Selain itu juga, sekolah ini mengadakan program G-BUDDY Klinik UPSR

untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Murid-murid

dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dan akan mengadakan

perbincangan bergantung kepada kesesuaian masa. Murid-murid yang

mempunyai tahap prestasi yang berbeza dicampurkan dalam satu kumpulan.

Fungsinya agar murid yang cemerlang dapat membimbing rakan-rakannya yang

lemah.

Pihak sekolah turut melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan

Dadah (PPDa). Matlamat program ini adalah untuk memberi pengetahuan,

kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid, guru, kakitangan pendidikan dan

ibu bapa tentang bahaya dadah. Ini bertujuan agar mereka dapat menjauhinya

dan berupaya menentang ancaman dadah serta meletakkan sasaran “Sekolah

Bebas Dadah Tahun 2012”. Setiap guru perlu memainkan peranan yang penting

untuk mencapai matlamat ini. Guru-guru bertanggungjawab untuk memberi

penerangan dan pendedahan kepada murid-murid sebelum memulakan proses

pengajaran dan pembelajaran setiap matapelajaran dalam program yang

dinamakan “Program Cuma 5 minit Anti Dadah”. Mesej jauhi dadah juga

diberikan semasa perhimpunan setiap minggu. Mesej ini secara tidak langsung

dapat memberi peringatan kepada murid-murid serta guru-guru tentang padah

dan bahayanya dadah. Selain itu juga, dalam usaha mencapai matlamat

tersebut, turut diadakan Ceramah Anti Dadah bagi murid-murid Tahap 2. Dalam

aktiviti kokurikulum pula, pihak sekolah telah menubuhkan satu pasukan boria

sekolah, dan pernah mendapat tempat ketiga peringkat negeri dalam

pertandingan Boria Anti Dadah. Aktiviti lain seperti mengadakan poster anti

19 PBS_laporan

Page 20: PBS1_laporan

dadah, deklamasi sajak serta pertandingan mewarna anti dadah. Dari aspek

pemantapan sahsiah murid-murid juga, kaunseling PPDa diberikan kepada

individu atau murid-murid yang dirujuk mahupun yang datang secara sukarela.

Tindakan ini dijalankan agar murid-murid tersebut sedar dan dapat ketahanan

diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa.

Antara aktiviti lain yang dilaksanakan oleh sekolah ini dalam

memperkembangkan bakat dan potensi dalam diri setiap murid ialah Kejohanan

Sukan Tahunan. Pada 22 Mac 2008 yang lalu, sekolah ini telah mengadakan

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-49. Melalui aktiviti ini murid-murid bukan

sahaja dapat memperkembangkan potensi serta jasmani, malah mereka juga

dapat memperkembangkan aspek-aspek emosi dan sosial. Dari segi emosi,

murid-murid dapat memiliki semangat berpasukan, setia kawan, muhibbah,

kerjasama serta perpaduan yang dapat ditunjukkan semasa kejohanan sukan

berlangsung. Penganugerahan dan pengiktirafan yang diberikan dalam bentuk

hadiah juga dapat menaikkan semangat serta usaha murid-murid untuk

mencapai kejayaan yang lebih membanggakan lagi. Tindakan ini juga dapat

melatih murid-murid tersebut menghargai pemberian orang lain. Dari segi sosial,

murid-murid dapat bergaul dan berintegrasi dengan murid yang berlainan kaum.

Secara tidak langsung, murid-murid faham akan budaya kaum masing-masing

dan belajar untuk hormat-menghormati hak setiap individu yang lain. Justeru

akan lahirlah semangat perpaduan dikalangan mereka.

Selain program-program yang dijalankan di sekolah dalam bidang

akademik mahupun kokurikulum, program bagi murid-murid yang tinggal di

asrama juga turut dijalankan untuk memperkembangkan potensi murid-murid

serta membentuk insan yang berdisiplin, berakhlak mulia serta mengamalkan

nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun adalah gotong-royong, latihan kawad, Bengkel Permainan Alat

Muzik Kompang, Sambutan Kemerdekaan, Sambutan Majlis Maulidur Rasul,

lawatan serta kelas tambahan. Menurut Pembantu Pengurusan Murid (asrama)

ini, telah banyak kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid di asrama ini

peringkat sekolah-sekolah negeri Perak. Antaranya ialah Anugerah

20 PBS_laporan

Page 21: PBS1_laporan

Kecemerlangan Akademik, kokurikulum, Anugerah Bitara Tokoh Pemimpin

Pelapis Asrama dan sebagainya. Asrama sekolah ini turut mencapai Anugerah

Asrama Cemerlang Negeri Perak 2006 dan mewakili negeri Perak pada

peringkat kebangsaan dalam Anugerah Asrama ‘BITARA’ pada tahun ini.

21 PBS_laporan

Page 22: PBS1_laporan

4.0 RUMUSAN

Seperti yang diketahui, Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seiring

dengan matlamat Pendidikan Kebangsaan, iaitu memperkembang potensi

pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem

pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan yang bertaraf

antarabangsa. Sehubungan dengan itu, guru-guru haruslah merealisasikan

strategi Kementerian Pendidikan yang menumpukan aspek-aspek perlaksanaan

kurikulum serta kokurikulum yang dapat memperkembangkan potensi pelajar-

pelajar dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani secara keseluruhan dan

bersepadu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Justeru itu,

guru-guru perlu melengkapkan diri supaya dapat menjadi model ataupun contoh

kepada pelajar-pelajar. Selain itu juga, pihak pengurusan dan pentadbiran perlu

melengkapkan prasarana agar kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat

digunakan secara optimum serta dalam keadaan baik dan selamat.

Melalui pemerhatian saya selama seminggu menjalankan PBS di Sekolah

Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, dapat saya simpulkan bahawa sekolah ini

menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai asas dan panduan dalam

menentukan hala tuju kecemerlangan para pelajar iaitu dalam bidang kurikulum

mahupun kokurikulum. Pencapaian-pencapaian sekolah yang membanggakan

membuatkan saya yakin bahawa sekolah ni sememangnya memegang hasrat

pendidikan negara dalam urusan pentadbiran di sekolah ini.

Selain itu warga sekolah ini turut mengamalkan nilai-nilai murni dalam

konteks perhubungan seharian samada dikalangan guru dengan pihak

pengurusan sekolah mahupun dalam kalangan murid-murid dengan warga

sekolah yang lain. Guru-guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk

dan menyemai nilai-nilai murni dikalangan pelajar di samping menunjukkan

contoh teladan yang baik kepada mereka. Melalui tindakan ini, guru dapat

membentuk sebuah masyarakat yang berakhlak mulia dikalangan pelajar.

22 PBS_laporan