pbs

22
PENDAHULUAN Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya menggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid. Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk. TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar

Transcript of pbs

Page 1: pbs

PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan

biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak

dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru

tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya

menggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.

Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang

lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater

bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan

murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada

murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya

pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak

disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin

dipupuk.

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil

seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony

mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru

yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa

tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian

Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu

organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai

sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi

menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang

dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang

dianuti.

Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau

guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal

Page 2: pbs

bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah

ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan

rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan

sedang dilaksanakan.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik

permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi

latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang

dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada

peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu

strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan

bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh

digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada

murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan

bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan

kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

Langkah-langkah Permainan Bahasa

i. Secara Berkumpulan

Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan ahli

dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika

bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan murid

dalam banyak kumpulan.

ii. Secara Berpasangan

Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan

penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak

Page 3: pbs

peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan

murid.

iii. Secara Individu

Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya

dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan

oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.

BAHAN BANTU BELAJAR ( BBB )

Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang

digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam

bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur

dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja

yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru

sekurang-kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai

jenis, iaitu - bahan bantu mengajar bukan elektronik - bahan bantu mengajar elektronik - bahan

bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Namun walau apa jua kategori bahan bantu

mengajar yang digunapakai oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah

untuk - memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik -

mengatasi keterbatasan ruang - mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan -

mempersamakan pengalaman - membangkitkan persepsi di kalangan pelajar. Menurut Noor

Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan

membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan

penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa,

bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program

pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui

sesuatudan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Pada masa sekarang

penggunaan bahan bantu mengajar telah berkembang dengan pesat dalam dunia pendidikan.

Page 4: pbs

Perkembangan ini amat ketara sekali disebabkan oleh kemajuan dalambidang sains dan

teknologi. Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara

praktis dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan

teknologi dalam mencipta peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat

nyata dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan

juga dalam mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan parapelajar. Keberkesanan

setiap bahan bantu mengajar bukan terletak pada kecanggihan bahan atau alat tersebut,

namun yang lebih utamanya ialah kesesuaiannya berdasarkan penggunaan serta penyerlahan

konsep atau idea kandungan sesuatu mata pelajaran. Di samping itu kecekapan seseorang

guru mengapliksikan bahan bantu mengajar adalah penting kerana kegagalannya

menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pengajaran dan

pembelajaran seluruhnya.Selanjutnya Omardin Ashaari (1997), berpendapat sebagai pendidik,

guru juga harus dapat membuat penilaian mengenai bahan bantu mengajar yang dipilih untuk

digunakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang

digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

Antaranya bahan bantu mengajar yang digunakan dapat memberi rangsangan dan

mengekalkan minat murid. Bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan

baik akan dapat meransangkan para pelajar untuk belajar. Para pelajar akan terangsang untuk

mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Disamping itu, bahan bantu mengajar yang baik juga akan dapat mengekalkan minat para

pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Dalam pengajaran moral,

bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau rakaman video sebenar, mampu menarik

perhatian kepada proses ingin tahu dalam hati para pelajar Seterusnya beliau menyatakan

bahawa bahan bantu mengajar dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan

kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan

daripada pelajar-pelajar. Penggunaan bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet

atau sebarang bahan sokongan akan memberikan kesan peneguhan. Contohnya dengan

melayari internet banyak maklumat yang akan diperolehi oleh murid, sekaligus internet akan

mengurangkan gerak balas lisan yang tidak perlu di kalangan para pelajar. Mereka akan

memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai. Selain itu,

penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses sesuatu

pengajaran dan pembelajaran. Melalui bahan bantu yang sesuai akan memberi peluang pelajar

berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran.

Page 5: pbs

Justeru dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk, yang kurang digemari oleh para

pelajar. Contohnya dalam aktiviti menggunakan bahan rangsangan gambar tunggal, guru

meminta para pelajar memberikan idea berdasarkan gambar tersebut, disamping meramalkan

kemungkinan-kemungkinan yang lain.Tidak kurang penting, bahan bantu mengajar juga dapat

memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar berbanding kaedah

konvesional yang lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan buku teks. Dengan

menggunakan bahan yang menarik seperti boneka, pengajaran Bahasa Melayu akan

memberikan keseronokan kepada para pelajar. Mereka akan rasa terhibur dan terangsang

lebih-lebih lagi sekiranya guru yang mengajar bijak memainkan peranan sebagai tukang cerita

serta jalan cerita juga tidak membosankan. Para pelajar juga boleh dilibatkan bersama dan

secara tidak langsung pembelajaran secara interaktif dapat dilaksnakan. Kepentingan bahan

bantu mengajar bukan sekadar yang telah dinyatakan diaatas sahaja, malah ia juga dapat

membina pemikiran yang berterusan,membantu pemahaman dan perbendaharaan kata pelajar,

mendorong pelajar menyiasat sesuatu isu atau perkara melalui peningkatan lagi aktiviti bacaan

mereka dan dapat memberi pengalaman baru serta menjadikan pembelajaran lebih mendalam

dan beragam.

Merujuk rancangan pengajaran harian Bahasa Melayu tahun 5 yang telah saya lihat,

bagi mengajar tajuk “bersatu teras keharmonian “, guru memerlukan satu bahan bantu

mengajar yang sesuai dan dijangka mampu memberikan kesan pembelajaran yang optimum

kepada para pelajar. Justeru, guru telah memilih internet sebagai medium yang paling relevan

sebagai bahan bantu mengajar yang sangat sesuai dengan nilai serta kandungan pelajaran

yang akan disampaikan. Sumber maklumat yang diperlukan sangat banyak dan mudah untuk

diperolehi oleh para pelajar. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks semata-

mata, tetapi juga dalam bentuk gambar-gambar warna dan rakaman-rakaman video. Gambar-

gambar serta rakaman video amat berkesan untuk kefahaman dan mampu membantu daya

ingatan para pelajar.

Internet atau International Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi

komputer di peringkat antarabangsa dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu

sama lain. Dalam rangkaian internet terdapat pelbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan

dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan tersebut termasuklah artikel, imej

grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan projek dan

sebagainya. Menurut Ismail Zain (2002), dalam internet terdapat lebih daripada 8000 kumpulan

diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke

Page 6: pbs

beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama. Terdapat beberapa perkara

penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam

proses pengajaran dan pembelajaran . Pertama, internet hanya akan bertindak sebagai sumber

alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran, justeru aktiviti pembelajaran

hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

Kedua, komputer dan internet tidak mengubah peranan guru, sebaliknya guru akan sentiasa

berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang

IT. Ketiga, penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan

murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik keempat,

internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibu bapa dalam menghadapi cabaran IT

dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat akan mencorakkan kehidupan pada masa

hadapan, perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya

warga pendidik dan ibu bapa. Menurut Ryder dan Hughes dalam Hassan Mohd Ghazali (2006),

terdapat tiga bentuk sistem yang menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pertama Web Course, iaitu penggunaan internet untuk keperluan pembelajaran, di mana

seluruh bahan belajar, diskusi, konsultasi,tugasan dan ujian sepenuhnya disampaikan melalui

internet. Guru dan pelajarsepenuhnya terpisah, namun komunikasi antara kedua-dua pihak

bolehdilakukan pada setiap saat, secara ansynchronous atau synchronous. Kedua,Web Centric

Course, iaitu sebahagian bahan belajar, disukusi, konsultasi,tugasan dan latihan disampaikan

melalui internet, sedangkan sebahagian lagiamalan tersebut berlaku secara bersemuka atau

secara trsdisi. Ketiga WebEnhanced Course, iaitu pemanfaatan internet dalam pendidikan

hanya untuk membantu peningkatan kualiti kegiatan pengajaran dan pembelajaran dikelas.

Peranan internet adalah untuk menyediakan sumber-sumber yang sangat padat dengan

memberi pautan (link) ke pelbagai sumber pembelajaran yang sesuai yang boleh diakseskan

secara online.

Proses pengajaran dan pembelajaran bagi nilai murni dalam bersatu teras keharmonian

tersebut menggunakan teknik inkuiri penemuan, yakni satu teknik yang memberi peluang

kepada para pelajar dalam mencerna serta mencanai daya pemikiran mereka. Bagi tujuan

penyatuan idea serta perkongsian maklumat yang lebih mantap, guru telah menetapkan

bahawa pembelajaran ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. Berkenaan nilai dan tajuk

pelajaran yang hendak disampaikan guru akan memberikan arahan yang jelas tentang sesuatu

projek yang akan dilaksanakan oleh kumpulan. Berdasarkan projek ini setiap kumpulan diharap

dapat membuat pemerhatian atau penyelesaian.Teknik inkuiri penemuan ini akan dapat

membina daya pemikiran para pelajardalam menyelesaikan masalah, meransang perasaan

Page 7: pbs

ingin tahu, memberi kebebasan dalam membuat keputusan dan sangat mencabar.Untuk

mengajar kemahiran bertutur, guru perlu merancang pembelajaran dengan teliti supaya proses

pembelajaran menggunakan internet dapat berjalan lancar, berkesan, menarik, meransang dan

tidakmembazir masa. Berikut adalah beberapa langkah pembelajaran yang dirancang oleh guru

tentang penggunaan internet dalam proses pengajarandan pembelajaran tersebut :

Guru membahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3

hingga 4 orang ahli dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan ditentukan tugas masing-masing

untuk mendapat maklumat dengan melayaril aman-laman web tertentu. Seterusnya guru akan

mencadangkan beberapa laman web yang boleh diakseskan untuk mendapatkan maklumat

yang diperlukan.3. Pelajar juga boleh mengakses maklumat tambahan yang diperlukan

melaluiengin carian google dan yahoo dengan menaip kata kunci yang sesuai. Setiap kumpulan

diberikan masa selama 30 minit untuk mendapatkanmaklumat mengenai tajuk-tajuk yang telah

ditentukan. Guru sentisasa memantau dan memberikan bantuan bagi kumpulan yang

menghadapimasalah. Maklumat yang telah diperolehi boleh dicetak, kemudian disalin dalam

bentuk peta minda pada kad manila. Setiap kumpulan akan membentangkan maklumat yang

telah diperolehi berdasarkan peta minda yang dipamerkan kepada kelas. Semasa sesi

pembentangan, pelajar lain dibenarkan berinteraksi dengan kumpulan pembentangan supaya

semua pelajar dapat maklumat yang jelas.

Lanjutan daripada pembelajaran tersebut dan sebagai langkah pengukuhan, setiap

kumpulan dikehendaki menyediakan Folio yang berkaitan dengan pelajaran yang telah

disampaikan. Guru boleh memberi sedikit kelonggaran masa supaya tugasan tersebut dapat

dihasilkan dengan baik tetapi tidak membebankan para pelajar.

Kebaikan yang mungkin dikecapi oleh para pelajar melalui penggunaan internet dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ialah kebebasan belajar. Para pelajar diberi peluang

untuk belajar atau memilih maklumat dengan cara yang disukai, di samping dapat melatih para

pelajar untuk berdikari. Kebaikan yang seterusnya ialah penggunaan internet dalam pengajaran

dan pembelajaran dapat menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat secara pantas.

Para pelajar berupaya memperolehi input yang begitu banyak, relevan dan

berkesan.Penggunaan komputer juga akan menggalakkan minat para pelajar terhadap

aplikasikomputer, yakni berpotensi mengurangkan jurang fobia penggunaan komputer

dikalangan para pelajar terutamanya pelajar yang kurang berinteraksi dengankomputer. Selain

itu, penggunaan internet juga menyediakan kesempatan belajar yang baik kepada pelajar.

Page 8: pbs

Proses pembelajaran boleh berlaku di mana-mana tanpa mengira waktu, tiada had waktu

belajar seperti di bilik darjah biasa. Penggunaanmedium internet sebagai bilik darjah maya

mampu membekalkan pengajaran danpembelajaran secara interaktif walaupun tidak

bersemuka.

KESIMPULAN

Bahan bantu mengajar adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatu

pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matkamatnya. Sebagai seorang guru yang

berdedikasi aspek tersebut tidak boleh dipandang ringan. Pengajaran guru yang menggunakan

bahan bantu pengajaran berbanding dengan guru yang mengajar secara tradisi tentu sekali

mempunyai perbezaan yang ketara dari segi penerimaan dan tumpuan pelajar, aktiviti yang

dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar. Apa yang penting,

seseorang guru yang dedikasi perlu menyedari hakikat bahawa pengajaran yang menggunakan

bahan bantu mengajar lebih diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu daripada

gurunya.Selain bahan bantu mengajar, seseorang guru juga hendaklah peka tentang

penyediakan soalan-soalan latihan atau soalan-soalan peperiksaan. Mengikut Taksanomi

Bloom terdapat enam aras kognitif yang berbeza. Justeru guru yang baikperlu menguasai

kemahiran membina soalan, untuk disesuaikan dengan kemampuan dan latar belakang para

pelajar, kandungan pelajaran serta tujuan sesuatu soalan tersebut dikemukakan.

Kesimpulannya sekiranya kedua-dua faktor di atas dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh

para guru, maka pembelajaran Bahasa Melayu akan mencapai matlamat seperti yang

diharapkan oleh pihak kerajaan. Mata pelajaran Bahasa Melayu tidak lagi dilabelkan sebagai

mata pelajaran yang membosankan atau sebagaimata pelajaran suka-suka sahaja.

TEKNIK BERCERITA

Teknik bercerita adalah untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru,

malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu

pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu.

Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada

anak-anak murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di

samping menjadikan pembelajran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.

Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita.

Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera

Page 9: pbs

difahami dan kadangkala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu. Oleh yang

demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan,

pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan

pengajaran cerita adalah dua perkara yang berlainan. Janganlah oleh kerana terlalu seronok

bercerita, objektif pengajaran yang sebenar yang hendak disampaikan ketika itu menjadi kabur.

Guru perlu ingat, bercerita itu hanyalah sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran,

sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan itu adalah lebih penting dan seharusnya

menjadi tumpuan utama.

Cara melaksanakan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pelajaran

cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan itu seharusnya

ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek

tersebut semasa guru bercerita.

Kelebihan teknik bercerita

Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran, bercerita bermanfaat bagi murid-murid dalam

memperkembangkan aspek kognitif, afektif mahupun psikomotor. Hal ini demikian kerana

melalui cerita, murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang fakta, konsep mahupun

pengetahuan yang digabungjalinkan dalam sesuatu kisah. Cerita juga menampilkan model-

model tingkahlaku yang ditunjukkan oleh para pemegang watak atau tokoh dalam cerita.

Murid-murid sebagai pendengar cerita, biasanya juga terlibat secara emosional ketika

mendengar atau membaca cerita. Dengan hal yang demikian, maka baik aspek kognitif, afektif

maupun psikomotor murid-murid dapat dibantu perkembangannya melalui bercerita.Sebagai

suatu teknik dalam pembelajaran juga, bercerita memiliki beberapa kelebihan jika dibandingkan

dengan teknik-teknik yang lain.

Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana yang

menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan bentuk dari seni

sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang

disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid.

Page 10: pbs

Kedua, cerita yang sarat dengan nilai-nilai murni, mampu menanamkan sikap jujur,

berani, setia, ramah dan sikap positif lainnya yang berguna dalam pembentukan budi pekerti

atau keperibadian murid-murid.

Ketiga, melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar

mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka.

Keempat, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-

satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan

membaca yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu

mereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat.

Selepas sesi bercerita, sesi perbincangan pula perlu dijalankan untuk menguji kefahaman

pelajar tentang cerita yang disampaikan, perbincangan hendaklah merangkumi:

Pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang disampaikan.

Latihan tatabahasa.

Merumuskan isi-isi penting dalam cerita.

TEKNIK MAIN PERANAN

Pengenalan

Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu

peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau

beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan

kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan

interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.

Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan berdasarkan

tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana

peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah

diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut

sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di

samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.

Langkah-langkah Main Peranan

Page 11: pbs

1.Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan :

* situasi membeli kuih-muih di gerai

2.Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang terlibat

dalam situasi itu dan tempoh berlakon :

* pembeli, penjual

3.Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.

4.Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah yang

timbul dalam situasi .

5.Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan

masalah 

6.Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan

menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan

sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberi kepada penggunaan

pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

REFLEKSI

Guru Bahasa Melayu merupakan guru yang mempunyai kemahiran dan kebolehan yang

memuaskan untuk mengajar Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu yang berkesan adalah yang

mempunyai kuasa keilmuan, menguasai matapelajaran yang diajar dan mengambil berat hal

Page 12: pbs

muridnya dan seterusnya dapat menghasilkan murid yang berkesan dan menghasilkan

keputusan yang baik. Ciri tersebut terkandung dalam komponen kecekapan guru dalam tugas

dari segi komitmen, latihan, pelaksanaan pengajaran, penguasaan kurikulum, penguasaan ilmu

bahasa dan penguasaan komputer dan teknologi maklumat. Semua ini selari dengan pendapat

Tucman (1995) melihat komponen profesional seorang guru terletak kepada kecekapan guru

dari segi sikap dan kepercayaan, kecekapan kelakuan mengajar, dan pengetahuan

matapelajaran. Manakala Brown (1994) menyentuh mengenai aspek pengetahuan teknikal,

kemahiran pedagogi, kemahiran interpersonal, dan kualiti peribadi.

Dalam proses menjadi seorang guru, terdapat pelbagai ilmu pengetahuan yang baru,

yang diperolehi. Semua itu diperolehi melalui pengajaran dan pembelajaran dalam kelas,

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 8 haribulan sehingga 12 haribulan September

2014. Saya telah melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan Muhhibah, Kuching, Sarawak.

Tugasan PBS untuk Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( BMM 3173 E ),

telah saya siapkan mengikut kehendak soalan yang diberi oleh pensyarah matapelajaran iaitu

Dr. Tuan Jah Bt. Tuan Yusof.

Guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana kerjaya guru

yang menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan membimbing anak-anak murid agar

menjadi insan yang berguna kelak. Guru juga memainkan peranan penting dalam proses

melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dan dalam memimpin negara pada masa

akan datang. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang PBS ini sangat berguna dan akan

saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar. Potensi yang ada pada saya hendaklah

saya huraikannya dengan cara dan kaedah yang betul, mengikut tertib agar dapat

dikembangkan dengan baik. Begitu juga personaliti yang ada pada saya, hendaklah saya

menjaga nama baik kerjaya dalam bidang pendidikan ini sebagai seorang guru agar tidak

memberikan kesan buruk kepada saya, dan bidang keguruan itu khasnya.

Sepanjang menjalankan PBS ini, saya telah banyak mendapat bimbingan dan tunjuk

ajar dari Puan Habibah Bt. Haji Jepon selaku guru matapelajaran Bahasa Melayu tahun lima.

Beliau juga merupakan guru cemerlang Bahasa Melayu dan Penolong Kanan Ko-kurikulum di

sekolah tersebut. Beliau seorang yang tidak lokek ilmu dan telah banyak berkongsi maklumat

yang berguna kepada saya. Pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran serta bahan

bantu belajar ( BBB ) telah saya perolehi dari beliau.

Page 13: pbs

Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung hendaklah

digunakan sepenuhnya. Perbincangan dengan para guru dan para pensyarah untuk proses

meningkatkan tahap profesional saya sebagai seorang guru kelak adalah sangat penting. Ini

kerana, kadang-kala diri sendiri itu tidak mampu untuk melihat kekurangan yang ada,

sebailiknya orang lain yang melihat sudah pastinya dapat mengenal pasti kelemahan-

kelemahan yang ada. Seterusnya, daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang

dengan mereka, mendapatkan nasihat untuk penambahbaikan dan menutup kelemahan saya

dengan cara yang betul dan baik. Ini kerana apabila melakukan perbincangan, kita dapat

memperolehi lebih banyak nasihat dan pelbagai pandangan, pendapat dan akhirnya dapat

memberikan pelbagai jalan penyelesaian yang baik.

Apa yang penting, proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu mengambil masa

yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang ada. Oleh itu, kita haruslah

sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar tidak memberikan kesat buruk kepada

diri sendiri. Juga, saya perlulah sentiasa mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan

juga personaliti sebagai seorang guru.

Page 14: pbs

08/09/2014

Hari pertama PBS semester 3

Sekolah Kebangsaan Muhhibah, Kuching, Sarawak.

Guru matapelajaran Bahasa Melayu

Puan Habibah binti Haji Jepon

Page 15: pbs

Bahan Bantu Belajar

Page 16: pbs
Page 17: pbs