Pelayaran yang penuh peristiwa

16
Pelayaran yang Penuh Peristiwa Disediakan oleh: Fazrin & Nash

Transcript of Pelayaran yang penuh peristiwa

Page 1: Pelayaran yang penuh peristiwa

Pelayaran yang PenuhPeristiwa

Disediakan oleh:

Fazrin & Nash

Page 2: Pelayaran yang penuh peristiwa

SinopsisAwang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri

Jawa yang ingin pulang ke tanah jawa. Dalam pelayaran

itu,kebanyakan penghuni geliung itu mabuk dan tidak sedarkan

diri. Hanya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, si Kembang Cina

dan Awang Sulung yang tidak mabukTuan Puteri meminta si

Kembang Cina memujuk Awang Sulung Merah Muda untuk

menjaga kemudi geliung panjang itu.Setelah 3 hari, mereka

berlabuh di Pulau Tapai. Awang menenagkan air laut yang

bergelora dengan mencampakkan tulang pelanduk putih ke

dalam laut. Apabila penghuni geliung yang lain

tersedar, jurumudi segera menemui Tuanku Nakhoda Tua dan

mengaku bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu

daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah, lalu Tuanku

Nakhoda Tua mempercayainya.

Page 3: Pelayaran yang penuh peristiwa

Tuanku Nakhoda ada berjanji bahawa baginda akanmengahwinkan puteri baginda iaitu:Tuan PuteriDayang Seri Jawa, kepada sesiapa yang dapatmenyelamatkan pelayaran itu sehingga ke tanah jawa. Pelayaran mereka kemudiannya meredah laut Sakonalingga yang terdapat ramai lanun. Ketika merentasiPulau Salah Nama ,geliung mereka diserang lanun. Anak-anak kapal itu masing-masing lari danmenyembunyikan diri. Sekali lagi Tuan Puteri DayangSeri Jawa memujuk Awang untuk membantumenyelamatkan geliung itu.Selepas mandi danmenggosokkan badannya dengan limau selimpat pagaryang diberi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, AwangSulung menyeru kapada lanun-lanun itu. lanun-lanunitu mengecam suara Awang Sulung. Mereka ketakutandan segera menyembah. Lanun berjanji akanmemenuhkan kapal itu dengan rial batu (mata wang) dan emas bagi melangsaikan hutang Awang terhadapDatuk Batin Alam.

Page 4: Pelayaran yang penuh peristiwa

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terpikat dengan

ketampanan wajah Awang. Apabila Awang menyatakan

hasrat untuk pulang ke bandar Mengkalih, Tuan Puteri

Dayang Seri Jawa hendak terjun ke laut.Apabila di halang

Tuan Puteri tidak sedarkan diri. Baginda Tuan Puteri

tersedar apabila mendengar pantun dari Awang Sulung.

Sementara itu, jurumidi pula mengambil kesempatan

memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua. Kononnya, dialah

yang mengalahkan lanun-lanun tersebut.Tuanku Nakhoda

Tua ingin mengahwinkan jurumudi dengan Tuan Puteri

Dayang Seri Jawa bagi mengotakan janji baginda. Tuan

Puteri Dayang Seri Jawa membantah dan menyatakan

bahawa Awang Sulung Merah Muda yang berjaya

menumpaskan serangan lanun. Nakhoda Tua

mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan

Awang Sulung Merah Muda.

Page 5: Pelayaran yang penuh peristiwa

Kapal mereka kemudiannya berlabuh di perairan Negeri

Pati Talak Terengganu.Sultan di Negeri Pati Talak

Terengganu menjemput penghuni geliung itu untuk naik

ke darat, setelah mendengar cadangan Puterinya, iaitu

Tuan Puteri Pinang Masak. Awang ,jurubatu dan Bujang

Senang turun ke darat dengan membawa ayam

sabungan,Kiantan Suci. Sebelum naik ke Balairung

Seri, Kiantan Suci bersabung dengan ayam tempata

Kiantan Suci menang.

Page 6: Pelayaran yang penuh peristiwa

TemaKelebihan dan kesaktian yang ada pada AwangSulung

Merah Muda dan kemampuannya menghadapi pelbagai

rintangan sepanjang pelayaran ke tanah Jawa.

Persoalan1. Keistimewaan dan kelebihan seseorang tidak dapat

dinilaidaripada penampilan luaran semata-mata.

2. Dugaan semasa pelayaran.

3. Sesuatu tempat pasti mempunyai adat resam tersendiri.

4. Pembohongan yang bertujuan mendapatkan ganjaran

dan pujian.

5. Tindakan raja yang terburu-buru membuat keputusan

tanpa menyelidik sesuatu yang didengarnya.

Page 7: Pelayaran yang penuh peristiwa

Watak dan Perwatakan

.Awang Sulung Merah Muda

1. Awang Sulung ialah anakanda kepada Tuanku Si Helang

Laut dan cucu kepada Si Helang Mawai.

2. Awang Sulung menyamar sebagai budak hitam yang

comot dan hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang

Seri Jawa.

3. Awang Sulung merendah diri. Baginda tidak menunjuk-

nunjukkan kelebihan dan kesaktian yang dimilikinya.

4. Awang Sulung memiliki keris dan pedang sakti.

5. Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang

Seri Jawa.

6. Seorang yang pandai berpantun.

7. Seorang yang suka bersabung ayam.

Page 8: Pelayaran yang penuh peristiwa

.Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

1. Tuan Puteri Dayang seri Jawa ialah anak kepada Awang

Sulung.

2. Beliau jatuh hati kepada Awang Sulung.

3. Beliau seorang yang terlalu mengikut perasaan dan

sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat

untuk balik ke Bandar Mengkalih.

.Si Kembang Cina

1. Si Kembang Cina orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri

Jawa.

2. Pandai memujuk Awang Sulung.

3. Taat akan perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Page 9: Pelayaran yang penuh peristiwa

.Tuanku Nakhoda Tua

1. Tuanku Nakhoda Tua ialah ayahanda kepada Tuan

Puteri Dayang Seri Jawa.

2. Seorang yang mudah percaya akan percakapan orang.

.Jurumudi

1. Jurumudi pengecut apabila lari lintang-pukang

menyelamatkan nyawa daripada serangan lanun.

2. Seorang yang bercita-cita untuk mengahwini Tuan

Puteri Dayang Seri Jawa.

3. Berasa iri hati terhadap Azhar Sulung yang mendapat

perhatian Tuan Puteri.

Page 10: Pelayaran yang penuh peristiwa

Latar.Latar Tempat

• Di Dalam Geliung Panjang Tuan Puteri Dayang Seri

Jawa.

• Di Pulau Tapai.

• Di Pulau Salah Nama.

• Di Negeri Pati Talak Terengganu.

.Latar Masa

• Siang dan Malam iaitu sepanjang pelayaran menuju ke

Tanah Jawa.

Page 11: Pelayaran yang penuh peristiwa

.Latar Masyarakat

• Masyarakat golongan bangsawan yang menjadi

pemerintah. Contohnya,raja di Negeri Pati Talak

Terengganu yang memerintah di situ.

• Masyarakat golongan bawahan yang bekerja untuk raja,

misalnya anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri

Dayang Seri Jawa.

• Masyarakat yang taat akan perintah seperti Si Kembang

Cina dan Bujang Selamat.

• Masyarakat lanun yang suka melakukan rompakan di

laut.

Page 12: Pelayaran yang penuh peristiwa

Gaya Bahasa

1. Bahasa Klasik. Contohnya: geliung. *hal.31*

2. Bahas Istana. Contohnya: santap

*hal.32, bonda*hal.36*, beta, patik, adinda, kakanda, tita

h. *hal.37*

3. Simile. Contohnya: bagai pucuk dilancarkan

*hal.31*, bagai air di kuali *hal.32*, bagai purnama

empat belas hari bulan *hal.40*, bagai kilat sembur-

menyembur *hal.47*

4. Peribahasa. Contohnya: bagai kumbang putus tali

*hal.31*, berkecil hati, enau mencari sigai, dan lesung

mendapat antan *hal.41*

5. Puisi.

Pantun. Contohnya:

Anak udang kepit kepayang,

Berderai-derai pucuknya jati;

Anak orang tengalah sayang,

Pada bercerai maulah mati. *hal.44*

Page 13: Pelayaran yang penuh peristiwa

Seloka. Contohnya:

Nobat perpati di gunug,

Memberi salam murai di pintu,

Berbega burung di bumbungan,

Berkokok si tambang denak,

Membalas kinantan suci,

Bertutu ketitir jantan,

Berkokok dalam tembaga tiga gaya,

Berbunyi sekalian bunyi-bunyian. *hal.47*

Page 14: Pelayaran yang penuh peristiwa

Nilai

1. Nilai keberanian. Setiap orang mesti berani menentang

kejahatan. Contohnya, Awang Sulung berani menentang

lanun semasa dalam pelayaran.

2. Nilai merandah diri. Aikap merandah diri tidak akan

merendahkan darjat atau kelebihan

seseorang.Contohnya, Awang Sulung yang keturunan baik-

baik sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak

menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.

3. Nilai kasih sayang. Setiap orang mesti hidup dalam susana

kasih sayang. Contohnya,Awang Sulung dan Tuan Puteri

Dayang Seri Jawasaling menyayanggi antara satu dengan

yang lain.

4. Nilai rasional. Setiap orang mestilah berfikirdan bertindak

secara rasional. Contohnya, Nakhoda tua sanggup

menerima pandangan anakandanya agar tidak terpengaruh

lagi oleh kata-kata jurumudi.

Page 15: Pelayaran yang penuh peristiwa

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan.

2. Kita janganlah suka meninggi diri dan berbangga akan

darjat keturunan.

3. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang

timbul.

4. Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan tidak

berdendam.

5. Kita hendaklah mengutamakan kehidupan masyarakat.

6. Kita hendaklah sanggup menerima kebenaran dan tidak

mudah memerulukan pertolongan.

7. Kita hendaklah bersedia memberikan bantuan terhadap

orang yang memerlukan pertolongan.

Page 16: Pelayaran yang penuh peristiwa

SEKIANTERIMA KASIH