Pemikiran Tak Rasional Albert Ellis

download Pemikiran Tak Rasional Albert Ellis

of 2

description

pemikiran tak rasional

Transcript of Pemikiran Tak Rasional Albert Ellis

11 pemikiran tak rasional Albert EllisEllis telah mengemukakan 11 pemikiran tidak rasional (Sabariah Siron, 2005) yang menggangu sistem kepercayaan manusia iaitu:

1. Adalah sangat perlu seseorang itu dikasihi dan disayangi oleh orang yang signifikan.2. Adalah perlu seseorang itu lengkap, cekap dan berjaya dalam semua perkara.3. Sesetengah orang adalah jahat dan kejam. Orang sebegini seharusnya dihukum dan dipersalahkan yang setimpal dengan kesalahannya.

4. Adalah lebih senang lari daripada kesulitan dan tanggungjawab daripada menghadapinya.5. Setiap perkara yang terjadi sepatutnya mengikut apa yang dirancang. Adalah teruk dan malang apabila sesuatu perkara yang terjadi tidak seperti yang diharapkan atau diimpikan.6. Manusia tidak berupaya untuk mengawal diri kerana kesengsaraan yang berlaku disebabkan oleh faktor-faktor luaran atau diluar kawalan individu.7. Peristiwa masa lalu dalam kehidupan individu menentukan tingkah laku manusia dan ianya tidak dapat diubah.8. Jika sesuatu perkara itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya seseorang itu mengambil berat dan sentiasa berwaspada sepanjang masa untuk mengelakkan segala kejadian yang tidak diingini.9. Individu seharusnya bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan kuat.10. Seseorang itu sepatutnya mengambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain.11. Selalunya ada jawapan yang betul dan tepat kepada sesuatu masalah.

1. Saya mesti diterima oleh orang yang rapat / signifikan dalam hidup saya, kerana ini sangat penting bagi saya.2. Saya mesti disayangi oleh keluarga, kekasih atau sesiapa saja yang penting dalam hidup saya, kerana ia merupakan perkara penting bagi saya.3. Saya percaya bahawa semua masalah mesti ada jawapannya, dan jika saya tidak dapat jawapannya bererti saya tidak bagus, tidak berguna.4. Saya mesti dapatkan apa yang saya harapkan, mahukan dan jangkakan, dan jika saya gagal mendapatkannya, ianya suatu keadaan yang sangat mengecewakan dan teruk.5. Saya percaya bahawa masalah orang lain mesti menjadi masalah saya, dan saya bertanggungjawab keatasnya.6. Lari daripada masalah adalah lebih baik daripada menghadapinya.7. Saya hanya bagus dan berguna jika... dan jika tidak saya adalah tidak bagus, teruk, tidak berguna dan orang lain mungkin tidak akan menerima saya jika mempamerkan kekurangan.8. Saya percaya bahawa orang jahat, tidak adil, kejam, melampau mestilah dipersalahkan dan diambil tindakan.9. Saya mesti bergantung pada orang lain.10. Saya mesti ingatkan bahaya selalu.11. Saya tidak boleh berubah, lebih-lebih lagi kerana zaman lampau telah mencorakkan saya kini.12. Kebahagiaan saya adalah dari orang lain, atau di luar kawalan diri saya, dan saya tidak berkuasa untuk mengawalnya.